SYAFIKA Aziera mukanya masam mencuka. Sudah hampir satu jam dia menunggu Luqman Adzlie di situ. Gelisahnya semakin panjang. Beberapa kali dia cuba mendail talian telefon tunangnya itu namun jawapannya hampa. Hanya kedengaran suara dari peti pesanan yang menyatakan nombor talian itu berada di luar kawasan. Mesej yang dihantar juga tidak berbalas.
Geram sungguh hatinya saat itu. Aduh! Penantian itu memang menyiksakan. Bagai menanti buah yang tidak mahu gugur! Lelaki ini kalau berjanji tidak pernah yang tepat masanya. Nanti ada sahaja alasannya, gerutu Syafika Aziera lagi. Sesekali Syafika Aziera memerhatikan telefon bimbitnya kalau‐kalau ada panggilan atau mesej masuk dari Luqman Adzlie. Bosannya! Apakah dia lupa pada janjinya petang itu? Mustahil! Tidak mungkin sebab dia yang mahu berjumpa dengannya, keluh Syafika Aziera sendirian.
Penat berdiri, dia duduk di bangku menunggu yang ada di situ. Namun wajah Luqman Adzlie masih belum lagi kelihatan. Semuanya menguji tahap kesabaran Syafika Aziera. Agaknya itulah salah satu dugaan orang bercinta. Apa sahaja sanggup dibuat asalkan dapat bertemu dengan kekasih hati. Walau di hati terasa marah namun segalanya harus ditelan. Kali ini dia mahu merajuk. Biar lelaki itu memohon maaf kepadanya. Merayu dan melutut kepadanya……tetapi berapa lama lagi harus dia menunggu!
Syafika Aziera telah berkira untuk pulang sahaja ke rumah. Tidak sanggup dia menunggu lebih lama lagi. Sudahlah penat dan letih menunggu, terasa malu pun ada apabila diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu. Langkah kaki mula diatur perlahan. Langkahnya terasa longlai dengan sejumlah kemarahan mula membekas di hatinya.
“Fika….nanti dulu sayang…,” kedengaran satu suara memanggil nama Syafika Aziera namun dia
terus melangkah ke hadapan. “Fika…..okey….okey….Man minta maaf…..,”
Langkah kaki Syafika Aziera terhenti. Dia lantas menoleh ke arah datangnya suara lelaki itu. Dia tahu lelaki itu pasti mahu memujuknya. Sakit hatinya masih belum reda.
“Tolong jangan bagi apa‐apa alasan!”
Luqman Adzlie menarik tangan Syafika Aziera rapat kepadanya.
“Sekali lagi Man minta maaf…..bukan…..,” luah Luqman Adzlie bagaikan merayu kepada tunangnya itu.
“Fika dah cakap tadi…..tak payah nak susah‐susahkan diri nak bagi alasan! Fika tak mahu dengar!”
“Fika….boleh tak dengar apa yang Man nak cakapkan ni?”
“Tak faham bahasa ke? Berapa kali Fika nak cakap!”
Nampaknya perasaan dan jiwa Syafika Aziera memang telah terluka. Dia benar‐benar marah. Kali ini dia tidak mahu berlembut lagi. Bukan sekali ini tetapi sudah banyak kali Luqman Adzlie tidak menepati janjinya. Kalau berjanji dengan orang lain bolehlah pula tepat masanya. Dia tahulah kerja tunangnya itu sebagai seorang wartawan perlu sumber berita yang cepat dan tepat.
“Tak manis kita bertekak dekat sini……ramai orang tengok. Malulah sikit…,” tegur Luqman Adzlie apabila tahap kemarahan Syafika Aziera masih belum reda lagi. “Jom kita minum dulu….sambil tu bolehlah kita bincang apa yang patut,”
“Ermm…..tak ada mood! Fika nak balik!”
“Boleh tak bersabar sikit? Kalau macam ni…..bila nak selesai?”
“Sabar? Fika dah lama sangat bersabar! Kalaulah macam ni perangai Man…memang apa‐apa pun tak akan selesai!”
“Macam mana nak selesai kalau Fika tak bagi Man peluang untuk cerita perkara yang sebenarnya? Tolonglah faham sikit kerja Man yang memang sangat‐sangat sibuk….tolonglah Fika!”
“Fika dah terlebih faham….sebab itulah Man lebih‐lebihkan sangat kerja tu! Orang lain kerja jugak….pun sibuk jugak tapi tak adalah sampai tak ada masa nak bercinta dengan kekasihnya! Cinta kalau tak dipupuk dibaja manakan datang suburnya…..entahlah Man…..Fika dah macam putus harap sekarang ni…..,” keluh Syafika Aziera lagi.
Luqman Adzlie tahu sangat perangai tunangnya itu. Kalau ada sedikit berselisih faham, mulalah dia merajuk. Kadang‐kadang kata‐katanya bagaikan mahu mengugut.
“Agaknya Man dah ada perempuan lain…..Fika ni umpama melukut di tepi gantang…… menumpang kasih pada orang yang tak sudi…,”
“Fika! Apa yang Fika cakapkan ni? Ini satu tuduhan yang melampau!”
“Susah sangatkah nak jaga hati Fika ni? Susah sangatkah Man?”
“Man rasa Fika dah mula salah faham,”
“Bukan Fika tapi Man yang buat‐buat tak faham. Man fikir Fika ni patung atau batu yang tak ada perasaan? Perasaan Fika dah lama terluka….mungkin Man saja yang buat‐buat tak perasan,”
Terdiam seketika Luqman Adzlie apabila bertalu‐talu Syafika Aziera menyoalnya. Bagaikan orang bersalah di soal peguam di mahkamah. Pertemuan yang dirancang itu bertukar menjadi perselisihan. Hati perempuan milik Syafika Aziera benar‐benar sudah terluka. Terasa pedih hingga ke jantung, menghiris sampai ke kalbu yang paling dalam. Langkah kaki Syafika Aziera semakin kemas melangkah meninggalkan Luqman Adzlie yang masih terpaku berdiri di situ.
DAUN pintu diketuk beberapa kali. Wajah Rezal Haiqal nampak cemas. Dia terpaksa berhati-hati
kerana tidak mahu orang sekeliling nampak kelibatnya di situ. Dia nampak gelisah apabila ketukan di pintu tidak ada balasannya. Matanya melilau memandang ke sana ke mari.
Diketuknya daun pintu sekali lagi. Dia yakin itulah rumah tempat tinggal isterinya, Sarah Aqilah. Rumah apartmen itu milik Datuk Zulkifli yang diduduki oleh Sarah Aqilah sebagai rumah persinggahan.
Sementara itu, Sarah Aqilah baru sahaja keluar dari bilik air. Kemudian dia berlalu terus menuju ke ruang tamu. Kali ini baru dia mendengar ada ketukan di pintu rumahnya itu. Langkahnya mati seketika sebelum terus ke lubang pintu mengintai siapakah tetamunya yang datang ketika itu. Apabila melihat wajah Rezal Haiqal muncul di situ, dia segera membuka pintu.
“Cepatlah buka pintu ni!” arah Rezal Haiqal kepada Sarah Aqilah.
“Kejap…..mengapa abang datang malam‐malam ni?”
“Jangan banyak soal…buka cepat pintu ni!”
Sarah Aqilah segera mengambil anak kunci yang tersangkut pada dinding. Apabila grill pintu sudah dibuka, Rezal Haiqal segera menerpa ke dalam rumah. Sarah Aqilah sempat mengintai keluar pintu kalau‐kalau ada jiran yang nampak kehadiran suaminya itu. Rezal Haiqal melemparkan dirinya di atas sofa ruang tamu itu.
“Abang tak jawab lagi soalan saya?”
“Mengapa? Bukankah abang suami Qilah?”
“Maksud Qilah…..bahaya kalau ada orang nampak abang dekat sini. Qilah tak mahu rancangan kita gagal!”
“Abang terdesak……terpaksa sebab tadi petang kuncu‐kuncu Along tu dah nampak abang. Dah tak ada tempat nak sembunyi jadi abang datanglah sini,”
“Qilah bukannya apa bang…..takutlah Datuk atau orang‐orangnya nampak abang di sini….matilah Qilah! Kenapa tak balik rumah kita saja…..bukankah abang ada salinan kuncinya!”
“Sebab tak boleh baliklah abang datang sini….,”
“Kenapa pulak?”
“Masa sampai rumah kita petang tadi, abang tengok pintu grill rumah kita sudah bermangga besi…..cat merah yang disimbah pada pintu rumah pun masih belum kering. Kemudian siap tampal amaran lagi….memang cari nahas kalau abang terus tunggu dekat situ…..abang tak ada pilihan lain!”
Sarah Aqilah turut merasa cemas apabila mendengar cerita suaminya itu. Badannya terasa menggigil. Takut juga perasaannya apabila teringatkan tindakan ganas kuncu‐kuncu Along apabila si peminjam wang tidak dapat membayar hutang mereka. Sudah banyak cerita yang terpapar di dada‐dada akhbar, selain diugut anak isteri ada juga yang kena bunuh. Memang kejam dan menakutkan.
“Macam mana ni bang? Takut Qilah mendengarnya…..janganlah sampai dia orang tahu kita tinggal di sini…..Qilah takut bang!”
“Sabar…..rileks…..bawa bertenang…..abang rasa kita selamat di sini. Kawasan apartmen ni ada
kawalan keselamatan 24 jam…..ada CCTV lagi…..dia orang pasti tak berani masuk kawasan ini….,” ujar Rezal Haiqal cuba menenangkan perasaan Sarah Aqilah.
“Tapi kenapa tak mesej dulu sebelum datang….nasib baik orang tua tu tak ada!”
“Kredit pun tak ada…..nak telefon macam mana!”
“Hmm…..duit seratus ringgit yang Qilah bagi dua hari lepas dah habis!”
Rezal Haiqal tidak menjawab pertanyaan itu. Pandangannya tajam melawan anak mata Sarah Aqilah. Dia bagaikan menagih simpati.
“Saya dah boleh agak dah…..mesti abang beli judi nombor haram tu bukan!”
“Iyelah……manalah tahu kalau‐kalau ada rezeki……kalau sangkut kita juga yang senang,”
“Ermm…..dah bertahun abang buat kerja tu……senang sangatlah kita!” tukas Sarah Aqilah bagaikan memerli suaminya.
“Siapa lagi nak tolong abang kalau bukan Qilah……kalau abang senang, Qilah pun senang juga…,”
“Sudah‐sudahlah tu bang……kita bukan makin senang sekarang tapi makin tersepit! Nasib baiklah Datuk tak curiga pada Qilah…..kalau dia tak percaya pada Qilah….tak merasalah nak duduk rumah mewah macam ni…..,”
“Nak hidup kenalah pandai menipu…..menipu sunat!”
“Abang jangan nak perli Qilah pulak! Ini semua idea abang……sekarang siapa yang ajar Qilah jadi penipu?”
“Err…..menipu untuk kebaikan kita tak apa…..itu tandanya Qilah sayang abang!”
Terasa meluat di hati Sarah Aqilah apabila mendengar suaminya berkata begitu. Dia hatinya terasa perit dan serik mahu meneruskan kehidupan yang semakin sukar bersama lelaki itu. Memang dia sayang dengan lelaki itu tetapi itu semasa kehidupan mereka tidak menghadapi sebarang masalah. Kini segalanya sudah berubah. Kehidupan berkeluarganya semakin mencabar dan semakin sukar. Kalau memikirkan kemahuan hatinya, mahu sahaja ditinggalkan Rezal Haiqal dan pergi bersama cinta Datuk Zulkifli kepadanya. Kesenangan hidup telah sedia menunggunya di hadapan sana. Tetapi apakan dayanya, ikatan suami isteri antara dia dengan Rezal Haiqal tidak memungkinkan segalanya berlaku. Hidupnya bersama lelaki itu mesti diteruskan walaupun sesukar mana.
“Err….bila Qilah nak minta duit tu?”
“Qilah tak boleh nak paksa orang tua tu……kita kena sabar bang. Jumlahnya bukan sikit…. RM100,000.00……,”
“Masa kita semakin suntuk! Abang dah tak sanggup hidup macam pelarian……seksa hidup abang!”
“Hidup abang saja yang tersiksa……seksa hidup Qilah abang tak nampak!”
“Apa maksud Qilah?”
Sarah Aqilah terdiam seketika. Terasa ada kepedihan menjalar menyusuk ke tangkai hatinya. Ada perasaan serba salah terkumpul di situ. Antara sayangnya kepada Rezal Haiqal dan kasih Datuk Zulkifli kepadanya, dia tersepit di tengah‐tengah perasaan kedua‐dua lelaki itu. Antara tanggungjawab kepada suami tercinta dan niat suci Datuk Zulkifli mahu menyuntingnya, dia terpaksa berkorban perasaan demi bahagia yang di cari.
“Berilah Qilah sikit masa lagi……bila sampai masanya….pasti duit RM100,000.00 itu pasti kita
miliki….tapi Qilah kena lebih hati‐hati sebab orang tua tu dah mula sayang pada Qilah….,”
Rezal Haiqal sedikit pun tidak terperanjat dengan kenyataan Sarah Aqilah itu. Malah dia sangat
gembira dan rasa bersyukur. Sarah Aqilah menjadi hairan dengan sikap suaminya itu. Dalan hatinya menimbulkan tanda tanya. Gilakah suaminya itu! Dia fikir perasaan sayang boleh dibuat main‐main. Memang dia lelaki yang tidak mempunyai perasaan!
“Bagus…..itu menunjukkan rancangan kita akan berjaya. Lakonan Qilah memang mantap! Nanti
lagi senang kita nak perdayakan orang tua tu!”
Bagus? Mungkin bagus bagi Rezal Haiqal tetapi tidak bagus untuknya. Dia terpaksa mencari
alasan demi alasan supaya keinginan Datuk Zulkifli untuk mengahwini dapat dielakkan. Dia
yang menanggung akibatnya nanti, bukan suaminya. Hatinya semakin bimbang kalau dia
berterusan menolak permintaan Datuk Zulkifli. Kalau hatinya berubah kepada wanita lain,
misinya pasti menemui kegagalan. Kegagalan membuatkan hidupnya bakal sengsara selamalamanya.
“Qilah ada masalahkah dengan orang tua tu?”
“Memang banyak masalah sekarang. Macam yang Qilah cakapkan tadi…..dia dah mula sayang
pada Qilah…….dia dah mula melamar Qilah….,”
Melamar? Terpaku jiwa Rezal Haiqal apabila mendengar perkataan melamar itu. Dia bingkas
bangun mendapatkan Sarah Aqilah. Air mukanya serta merta bertukar menjadi bengis. Darah
amarahnya mula mendidih. Bagaikan mahu meletup jantungnya saat itu. Perasaan ingin
tahunya semakin meluap‐luap.
“Habis tu Qilah jawab apa?”
“Err……Qilah tidak ada pilihan jawapan lain…err…..Qilah setuju tapi dengan bersyarat…..,”
“Qilah jangan cari pasal dengan abang!”
“Err….Qilah terpaksa…..tapi abang jangan bimbang……Qilah tetap sayangkan abang,”
Lega sedikit perasaan Rezal Haiqal apabila mendengar Sarah Aqilah berkata begitu. Kendur
juga rasa amarahnya kepada perempuan itu. Lakonan yang dimainkan oleh Sarah Aqilah turut
mencemaskan perasaan lelakinya. Manalah tahu, tiba‐tiba sahaja perasaan Sarah Aqilah
berubah disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh Datuk Zulkifli. Tidak ada harimau yang mahu
menolak bangkai apabila sudah kelaparan. Tidak ada wanita yang menolak kemewahan kalau
itu berada di depan mata. Hatinya mula tergugat melihatkan lakonan cemerlang Sarah Aqilah
itu. Perasaannya kembali berdebar‐debar.
“Qilah dah bagi syarat…..dan RM100,000.00 itulah syaratnya!”
“Abang percayakan Qilah……ingat janji‐janji kita…..susah senang tetap hidup bersama,”
“Qilah dah ada rancangan untuk dapatkan duit tu...,”
“Macam mana?”
“Serahkan semuanya pada Qilah…..abang tunggu dan lihat!”
“Okeylah…….buatlah apa yang Qilah fikirkan baik untuk kita……yang penting duit tu!”
“Ermm…..Qilah dah mengantuk ni….nantilah kita bincang lagi perkara ni…,”
Rezal Haiqal terus sahaja mengekori Sarah Aqilah menuju ke kamar. Dia juga letih yang amat
sangat kerana kurang tidur beberapa hari ini. Jam dinding sudah menunjukkan hampir pukul
satu pagi. Apabila sudah melepasi pintu kamar, Rezal Haiqal menolak daun pintu supaya
tertutup rapi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan