Label

Rabu, 30 November 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab11

SEBULAN berlalu selepas aku bekerja di syarikat ini. Aku sudah mula mahir melakukan kerja-kerja
aku. Tinggal dua bulan saja lagi untuk aku diterima sebagai pekerja tetap. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk bekerja dengan ikhlas tanpa mengunakan kemudahan pejabat sebagai kegunaan peribadi.

Ramai yang tersalah mengunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan. Contoh yang selalu terjadi seperti mengunakan komputer dan kemudahan internet. Mereka melayan laman-laman sosial
ketika masa bekerja. Ada yang mencuri masa bekerja dengan membaca cerpen atau novel online tanpa mereka tahu segalanya itu adalah berdosa. Tanpa sedar mereka sudah memakan hasil duit haram. Bukan aku yang cakap begini tapi aku pernah mendengar seorang ustaz yang cakap. Aku memang masih cetek dengan ilmu. Tapi aku yakin dengan apa yang aku dengar. Aku dibayar gaji untuk melakukan kerja yang disuruh. Kalau aku nak melayan laman sosial seharusnya di luar waktu bekerja dan dengan komputer atau gajet sendiri.

Mengenai proposal yang encik Amri dan encik Zuhaimie berikan tu, Alhamdulillah aku dah berjaya siapkannya dengan bantuan encik Zuhaimie dan kertas cadangan aku tu sudah diterima oleh pemegang‐pemegang saham yang lain. Jenama Kejora kini sedang berada di pasaran dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Dengar kata smartphone Jenama Kejora ini sedang diusahakan agar berada di pasaran Antarabangsa.

Mengenai encik Awal pula, dia terus hilang tanpa khabar berita tapi aku selalu terserempak dengan seorang lelaki yang mirip encik Awal di pejabat ini, Cuma bezanya, dia lebih berketerampilan, kemas dan bergaya berbanding encik Awal. Dengar kata daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan khabar‐khabar angin yang tersebar, orang itu adalah CEO baru syarikat ini. Allahu’alam, aku pun tak pasti dengan kebenarannya.

Orang tu bagi aku terlalu sombong dan angkuh. Setiap kali kami berselisih, pandang aku pun tidak. Nak tengok dia tersenyum lagilah payah. Tak macam encik Amri dan encik Zuhaimie, mereka berdua ni, pantang jumpa aku, mesti bibir mereka akan mekar dengan senyuman. Terutamanya encik Zuhaimi, dia punya senyum terlebih lebarlah pulak.



Cuma satu saja kepantangan aku, asal berjumpa dengan encik Zuhaimie saja, mesti dia akan ajak aku keluar dating. Puas sudah aku menolak, namun itu tak bermakna aku benci dengan kelakuannya. Baru‐baru ini aku terserempak dengan encik Zuhaimie di sebuah restoran dengan seorang gadis ayu yang bertudung. Mereka cukup mesra berbual tapi aku hanya memandang mereka dari jauh saja. Tak kuasa pula aku nak pergi menyapa.

Dan aku pula sekarang ni sudah ada kawan untuk diajak makan bersama. Siti Nurbaya yang baru putus tunang seminggu yang lalu. Sebelum ni setiap kali rehat dia akan keluar makan bersama tunangnya. Untung pula aku dengan kegagalan dia dalam perhubungan, kalau tak mesti sampai sekarang aku akan makan di tingkat atas seorang diri lagi. Semenjak encik Awal tiada, aku pun dah tak naik ke tingkat atas tu lagi. Aku dah tak berpeluang untuk berangan seorang diri lagi di tingkat atas tu. Tiba‐tiba saja aku rasa rindu pula dengan tempat terindah aku di sini. Agaknya, apa khabar encik Awal sekarang ni? Eh? Kenapa pula nama dia yang naik ni? Apa hal pula ni?

‘’Has..kau ni berangan ke apa? Kau tak dengar ke aku panggil?’’ aku mendongak perlahan.

Wajah Baya aku pandang dengan rasa hairan.

''Kenapa? Kau panggil aku ke Baya?’’ soalan blurr aku pun berbunyi.

‘’Kenapa kau tanya aku? Kau tak nak makan ke? Aku dah lapar ni. Jomlah cepat, nanti payah pula nak cari tempat duduk,’’ aku masih terkebil‐kebil lagi. Minda aku masih tidak dapat mencerna akan kata‐kata Baya sebentar tadi.

‘’Has! Kau ni dah kenapa?’’ Baya sudah terpekik kuat. Aku tersengih malu.

‘’Cepatlah bangun!’’ Baya sudah mengesa aku sambil menarik tangan aku supaya bangun. Aku yang seolah baru tersedar daripada mimpi menurut saja kehendaknya. Aku bangun dan mencapai beg tangan. Kami menuju ke arah lift dan menunggu lift datang bersama dengan beberapa pekerja yang lain.

Bila lift sampai dan terbuka luas, sudah ada beberapa orang pekerja dari tingkat atas di dalamnya termasuk encik Zuhaimie dan lelaki sombong tu. Aku menarik tangan Baya agar kami turun dengan tangga saja tapi Baya pula dengan pantas menarik aku masuk ke dalam lift dan mencelah bersama‐sama yang lain. Aku ditolak masuk hingga hampir melanggar lelaki yang dikatakan sebagai CEO itu. Aku terpaksa mengecilkan tubuhku kerana tidak mahu bersentuhan dengan tubuhnya. Nasib baik cuma perlu beramai‐ramai dan berhimpit dalam lift ni hanya satu tingkat saja. Kalau tak, jenuh juga nak menahan azab.

Sebelum kami melangkah keluar aku sempat bertentang mata dengan lelaki di sebelahku. Aku
perasan matanya yang sedang merenung ke arahku. Aku tak pasti apa yang ada dalam fikirannya namun aku dapat menangkap kesedihan yang terpancar dalam matanya itu.

‘’Izz Zahrah..jom kita makan sekali hari ini. Saya belanja awak dengan kawan awak.’’ Aku terdengar suara encik Zuhaimie yang sudah menyeru namaku. Baya pula sudah menghentikan langkahnya dan menarik aku untuk berhenti sama.

‘’Eh, tak payahlah encik Zuhaimie. Lagipun menyusahkan encik saja nanti. Encik pun dah ada 
kawankan. Tak naklah kami nak ganggu privasi encik dengan kawan encik ni. Jatuh saham pula nanti kalau big bos makan dengan pekerja cabuk macam kami ni.’’ Aku bersuara tenang sambil menolak permintaan encik Zuhaimie tu. Sempat pula aku menyindir orang di sebelahnya itu.

‘’Tak sudi cakaplah tak sudi. Apa pula cakap macam tu. Bos dengan pekerja, apa bezanya. Kami pun manusia juga.’’ Lelaki sombong itu yang bersuara. Aku terkejut mendengar suaranya. Err.. macam suara encik Awal? Atau aku yang sedang bermimpi di siang hari?

‘’Beza, memang berbeza dan banyak bezanya. Berbeza pangkat dan kedudukan. Itupun beza
jugakan?’’ aku berlawan kata. Entah kenapa aku berani bertentang mata dengannya lagi. Dia sudah merenung tajam ke arahku. Gulp..aku telan liur dan menoleh ke arah lain dengan pantas.

‘’Banyak cakap pula, kalau tak sudi, sudah. Jangan nak menjawab!’’ zuppp.. berdezup telinga aku mendengarnya dan aku mencebik tanpa sedar. Aku dengar encik Zuhaimie sudah ketawa dan Baya pula sudah mencuit aku agar jangan bersuara lagi.

‘’Allah bagi kita mulut, untuk berkata‐kata. Kenapa pula tak boleh menjawab? Sebab bercakap
dengan bos, jadi kena diam sajalah. Macam tu?’’ sengaja nak menyakitkan hati lelaki sombong itu, aku membalas kata lagi. Semakin rancaklah encik Zuhaimie ketawa dan Baya sudah menarik tangan aku agar kami meninggalkan tempat itu.

‘’Nak ke mana tu?’’ aku dengar suara encik Zuhaimie melaung bila kami sudah melangkah dan derap kaki kedua‐duanya kedengaran di belakang kami. Encik Zuhaimie dan lelaki tadi sudah bersaing dengan kami. Encik Zuhaimie berjalan di sebelah Baya dan lelaki tadi mengambil tempat di sebelahku.

‘’Boleh tahan mulut awakkan? Dengan bos sendiri pun, tak reti nak respect ke?’’ suara lelaki
sombong yang kedengaran agak serius berbunyi lagi. Aku menghentikan langkahku dan spontan semuanya turut berhenti. Aku mendongak dan memandang wajah lelaki tadi.

‘’Kenapa? Bos nak pecat saya ke sebab tak respect bos?’’ aku sendiri pun tak tahu kenapa aku
teringin nak berbalah dengan dia. Mungkinkah kerana wajahnya yang mirip encik Awal atau auranya yang berlagak itu yang membuatkan aku menjadi panas dengan tiba‐tiba?

Aku tak pasti apa yang ada di dalam fikiranku ini, yang aku tahu, hati aku melonjak‐lonjak untuk menjawab setiap kata‐katanya. Dia pula sudah meluaskan matanya. Aku turut berbuat perkara yang sama dan dia sudah menoleh pantas ke arah lain. Kenapa? Takkan takut pula?

Nak mengaku kalah? Aku bertanya di dalam hati. Rasa macam aku dah menang saja bila lelaki tadi sudah melangkah dan berlalu meninggalkan kami.

‘’Encik Zuhaimie, bos besar kita tu memang macam tu ke perangai dia?’’ aku tujukan soalanku untuk encik Zuhaimie yang masih tak habis sengihnya sejak tadi. Sesekali terdengar ketawa rancaknya bila aku dan lelaki tadi berbalah.

‘’Macam apa?’’ encik Zuhaimie bertanya aku kembali.

‘’Suka bergaduh dengan perempuan.’’ Aku menjawab selamba. Encik Zuhaimie ketawa lagi sebelum menjawab.

‘’Tak tahulah pulak dia suka bergaduh dengan perempuan. Sebelum ni tak pernah pun, sebab pekerja di sini mana berani menjawab macam awak. Saya nak tanya ni, Awal pernah contact awak tak? Dia call saya dan tanya pasal awak.’’ Aku terdiam sekejap bila encik Zuhaimie menyebut nama encik Awal. Baya pula sudah menunjukkan minatnya dengan perbualan kami.

‘’Encik Awal cakap apa?’’ aku tanya encik Zuhaimie kembali.

‘’Siapa pula Awal ni?’’ Baya sudah mencelah. Aku dan encik Zuhaimi saling berpandangan.

‘’Tak ada siapa‐siapalah. Jomlah keluar. Encik zuhaimie, lain kalilah belanja kami ya? Tu, kawan
encik Zuhaimie tu pun macam tak sudi saja makan dengan kami ni. Awal‐awal lagi dah blah dah. Ke, sebenarnya dia malu nak makan dengan orang bawahan macam kami ni?’’ sambil menolak ajakan encik Zuhaimie tadi sempat aku serkap jarang. Encik Zuhaimie sudah tersenyum sambil memandang kawannya yang sudah berlalu meninggalkan dia bersama kami.

‘’Bukan macam tu Izz, CEO kita tu takut terjatuh hati dengan awak kot? Tapi, saya dah bagitau dia, awak ni dah jadi kepunyaan Awal, sebab tu dia tak berani nak join kalau awak ada,’’ encik Zuhaimie berkata sambil terus ketawa rancak. Aku kerut dahi tanpa sedar sambil berfikir. Jatuh hati dengan aku? Encik Zuhaimie ni nak kelentong aku pun, tak agak‐agak?

‘’Sejak bila pula saya ni jadi milik encik Awal? Nanti kalau encik Awal tu call encik Zuhaimie lagi,
cakap saja dengan dia. Saya hanya akan simpan dia dalam hati saya selepas dia dah pegang tangan tok kadi dan lafazkan ijab dan kabul dengan nama saya. Kalau tak, kirim salamlah, saya nak sambut hati dia yang dah jatuh tu,’’ aku buat ayat‐ayat selamba tanpa memikirkan akibatnya. Memang selamba habis dan serius, aku pun sebenarnya tak bermaksud pun nak buat ayat‐ayat macam tu. Hanya sekadar untuk menyedapkan hati sendiri saja sedangkan aku sendiri pun masih belum yakin dengan kata hati aku.

‘’Wow! Awak nak suruh Awal masuk melamar awaklah ni? Jadi, awak pun memang sukakan Awal?’’ aku terhenti melangkah mendengar kata‐kata encik Zuhaimie dan tak semena‐mena aku ketap bibir dengan kuat sambil memandang wajah encik Zuhaimie.

‘’Errr..saya tersalah cakap ke encik Zuhaimie? Itu ke yang encik Zuhaimie rasa? Saya bergurau saja tadi. Sebenarnya, saya cakap macam tu sebab nak respon ayat‐ayat tak boleh blah encik Zuhaimie tadi jer.’’ Aku terus menjungkitkan keningku kepada encik Zuhaimie sambil tersengih dalam rasa serba salah yang membuak‐buak.

‘’Ishh..awak ni Izz, janganlah main‐main. Kan senang kalau awak terima saja cinta Awal tu? Kesian pula saya tengok dia. Dengar kata, sekarang ni dia sedang rindu separuh gila dengan awak tau. Awak tak kesian ke?’’ aku mencebik lagi mendengar kata‐kata encik Zuhaimie. Boleh percaya ke?

‘’Separuh gila? Tak naklah saya kawen dengan orang yang dah separuh gila. Saya nak cari lelaki yang normal dan dapat membimbing saya hingga ke Jannah. Orang gila saya tolak sejauh mungkin,’’ aku cuba berloyar buruk pula. Encik Zuhaimie sudah mengelengkan kepalanya sambil terus melangkah. Baya juga sudah menarik laju tanganku sambil membebel kerana lapar.

‘’Has, sebenarnya kau ni sedang bercinta dengan siapa? Dengan encik Zuhaimie ke dengan Awal yang entah siapa‐siapa tu?’’ Baya sudah mula menyiasat lagi. Inilah dia penyiasat tak bertauliah di pejabat kami.

‘’Entah! Aku pun tak tahu. Kau tunggu sajalah berita baik daripada aku nanti. Kalau aku bagi kad jemputan yang ada nama aku, kau bacalah sendiri nanti, nama Awal ataupun nama Zuhaimie yang tercetak dalam kad tu,’’ aku buat ayat‐ayat pasrah untuk Baya. Dia pandang aku sambil mendengus marah. Aku hanya tersenyum sambil minda terus berkerja. Ya Allah, siapa pun jodoh aku, kurniakanlah iman yang tebal di dadanya agar dia dapat membimbing aku dan anak‐anak kami nanti. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Sempat pula aku berdoa di dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan