Ayunan langkahku tidaklah selaju kebiasaannya. Tiada apa yang hendakku gesakan di pagi ini. Tiada outstanding duty yang hendakku kejarkan mahupun appointment dengan client di pagi ini. Terasa permulaan hariku begitu mudah. Segeraku pulas tombol pintu bilik pejabatku. Niat hati untuk memboloskan diri ke dalam terbantut saat namaku dipanggil. Aku tahu siapakah gerangannya. Terlihat senyuman terukir di bibir lelaki bermisai nipis itu.
“Assalamualaikum Dr. Balkis.”
“Waalaikumussalam.”
“Awal Dr. sampai pagi ni?”
“Tak adalah. Macam biasa je.”
Senyuman manis masih terukir di bibir lelaki yang sedang memandang tepat ke arahku ini. Aku
sekadar membalas senyuman itu sebagai tanda hormat.
“Pagi ni Dr. tak ada appointmentdengan sesiapakan?”
“Haah. Pagi ni saya tak ada appointment dengan mana‐mana client. Kenapa Dr.?”
“Good. Kalau macam tu saya nak Dr. baca ni.”
Sekejap sahaja dokumen bertukar tangan. Sekali imbasku tahu dokumen ini merupakan borang yang harus diisi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan perkhidmatan Syarikat Positive Thinker Consultancy and Services.
“Alhamdulillah. Kita dapat client baru nampaknya.”
Lebar senyumanku kali ini. Tanda kegembiraan menguasai hati.
“Betul. Client kita ni agak berjawatan dan berada orangnya.”
Aku mengerti apa yang hendak disampaikan oleh lelaki yang jauh berusia daripadaku ini. Sebagai empunya syarikat pastilah dia mengharapkan client yang berpotensi seperti ini akan terus mendapatkan perkhdimatan dari syarikat kami secara berterusan.
“Saya faham. Tapi client ni tak kisah ke kalau saya yang mengendalikan kes dia?”
“Apa maksud Dr.? Saya kurang jelas.”
“Tak adalah. Ada sesetengah client, mereka prefer untuk mendapatkan perkhidmatan daripada
kaunselor yang sejantina dengan mereka.”
“Dr. tak yakin dapat kendalikan client ni?”
Terdengar seperti cabaran disuakan kepadaku.
“Tak. Bukan saya tak yakin. Tapi, bagi saya apa yang penting saya nak setiap client saya berasa
selesa dan boleh berbicara secara terbuka sewaktu berhadapan dengan saya. Tak guna kalau saya sahaja yang mempunyai keyakinan yang tinggi sedangkan client saya sedikit pun tidak berasa selesa dengan apa yang bakal kami bicarakan.”
Sungguh. Itulah yangku utamakan sewaktu bersama clientku. Keselesaan!
“Sebab tulah saya pilih Dr. Saya tahu dan begitu yakin Dr. lah orang yang paling tepat untuk
menyelami permasalahan client ni. Kalau Dr. boleh mengambil kes ni, saya akan arahkan Aida untuk membawa client baru kita ni bertemu dengan Dr. dalam masa lima belas minit lagi. Okey?”
“Baiklah. Saya terima.”
Senyuman di bibir Dr. Karim kian melebar. Mungkin berasa puas kerana segala apa yang
diaturkannya diterima baik olehku.
Aku segera masuk ke bilikku setelah melihat bayangan Dr. Karim kian menghilang. Aku perlu
mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran tetamu baru di bilikku ini. Segalanya harusku atur dengan sempurna agar si tetamu berasa selesa. Keselesaan perluku wujudkan agar kelancaran sesi kaunseling mampuku kawal. Aku mahu setiap mereka yang dibebani masalah mahupun kecelaruan hidup mampuku ringankan sedikit beban mereka setelah mereka melangkah keluar dari bilikku ini. Aku mahu segala apa yangku berikan berbaloi dengan apa yang mereka hulurkan dalam bentuk ringgit saat mendapatkan perkhidmatanku.
Tuk… Tuk… Tuk…
“Masuk.”
Laungku. Terpacul Aida di muka pintu sambil mempersilakan seseorang yang mengekorinya
masuk ke dalam. Aku bangkit menghampiri kedua mereka.
“Silakan En. Safuan.”
Kini berdiri di hadapanku seorang lelaki yang tampak segak dan tampan. Namun kekeruhan di
wajahnya telah mencacatkan kesempurnaan lelaki ini. Senyumanku ukirkan sebagai tanda
perkenalan. Tetapi lambat benar senyumanku itu dibalasnya.
“Terima kasih Aida.”
Ucapan terima kasih tidakku lupakan pada si cantik manis, receptionist syarikat kami ini.
“Teh? Kopi?”
Aku sekadar mempelawa.
“Tak payah. Saya datang ke sini bukannya nak minum.”
Tersentak aku. Kasar kata‐kata lelaki yang sedang duduk berhadapan denganku saat ini. Biarpun intonasi yang digunakan tidaklah tinggi, namun sudah cukup untuk menimbulkan ketidaksenangan di hatiku. Tetapi sememangnya kata‐kata seperti ini mahupun yang lebih kasar sudah biasa dijamahi telingaku. Aku sudah lali biarpun hatiku sering terguris.
Suasanan bisu menguasai ruang. Sengajaku biarkan sebegitu. Niatku cuma satu, untuk memberikan ruang kepada En. Safuan memulakan kembali bicara yang telah dinodainya. Hampir lima minit menunggu, aku bangkit dengan niat untuk mengambil dua botol air mineral.
“Dr…”
Lembut panggilan itu. Seolah‐olah meminta aku untuk duduk kembali menghadapnya.
“Saya… Saya nak minta maaf.”
“Untuk apa?”
Sengaja aku mahu menduga.
“Saya tak patut berkasar dengan Dr. Saya tak sengaja. Saya betul‐betul tertekan.”
“Tertekan? Istimewa perkataan tu.”
“Ha?”
Seraya menuturkan persoalan tunggal itu terukir jelas di wajah En. Safuan akan keraguan. Mungkin dirinya berasa ragu dengan kenyataanku sebelum ini.
“En. Safuan tertekan sebab tak yakin saya mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik atau tertekan dengan persekitaran En. Safuan sekarang?”
Tertunduk lelaki di hadapanku ini. Nyatalah yang dirinya tidak begitu yakin akan kehadiranku di sampingnya mampu untuk meringankan segala apa yang membebani dirinya tika ini.
“En. Safuan nak dengar sebuah cerita?”
Lelaki segak ini kembali menghadapku. Ternyata aku berjaya memancing reaksinya.
“Di sebuah klinik. Hadir seorang pesakit untuk bertemu dengan seorang doktor bagi memeriksa tahap kesihatannya. Sewaktu bertemu dengan doktor itu, pesakit ditanya apakah penyakit yang sedang dihidapi? Si pesakit menjawab sakit tekak dan batuk. Doktor pun memeriksa pesakit secara ala kadar sahaja. Pada saat itu sudah terdetik ketidakpuasan di hati si pesakit dengan layanan yang diberikan oleh doktor itu. Sambil menulis sesuatu di atas slip, doktor itu terbatuk kecil dan kemudiannya semakin teruk sehingga menyebabkan doktor itu terpaksa berlari ke tandas tanpa memaklumkan kepada pesakit terlebih dahulu. Ketidakpuasan di hati si pesakit kian bertambah. Hampir sepuluh minit menunggu barulah doktor itu kembali bertemu dengan si pesakit yang kian berang dengan sikap doktor yang enggan meminta maaf di atas perbuatannya sebentar tadi. Doktor itu menghulurkan slip yang terkandung di dalamnya jenis‐jenis ubat yang akan ditawarkan kepada si pesakit untuk diambil dalam tempoh seminggu atau kurang bagi mengubati penyakitnya. Tetapi si pesakit berlalu sahaja
tanpa pergi ke kaunter ubat terlebih dahulu untuk mengambail ubat‐ubatan yang telah dicadangkan oleh doktor tadi… En. Safuan tahu kenapa si pesakit bersikap begitu?”
“Emm… Sebab doktor tu bersikap kurang ajar dan tak tahu untuk berkomunikasi secara baik dengan si pesakit.”
Aku tersenyum. Nampaknya lelaki di hadapanku ini sudah kian ‘jinak’.
“Tidak dinafikan itu antara penyebabnya. Tetapi En. Safuan tahu tak apakah faktor utamanya?”
Laju lelaki yang dipenuhi dengan perasaan ingin tahu ini menggelengkan kepalanya.
“Faktor utamanya sebab dia tak yakin ubat yang telah dicadangkan oleh Dr. itu mampu untuk
mengubati penyakitnya.”
“Maksud Dr.?”
“Si pesakit mendapati yang doktor itu sedang menghidapi panyakit yang agak sama dengan
dirinya. Andai benarlah ubat yang dicadangkan mampu untuk merawat sakit tekak dan batuk,
kenapa batuk yang dihidapi oleh doktor tersebut semakin parah?”
Agak lama En. Safuan mendiamkan diri sambil membuang pandangannya ke hadapan.
Kelihatannya seperti dia sedang memikirkan jawapan di atas persoalan yangku utarakan. Saat
merasakan yang jawapan tidak perlu dicarinya tetapi keraguan di minda perlu diutarakan.
Lantas…
“Jadi? Apa kena mengena cerita ni dengan saya?”
“Tak. Cerita ni tak ada kena mengena dengan En. Safuan. Tapi, ada kena mengena dengan
saya.”
“Maksud Dr.?”
Berkerut dahi lelaki yang sedang memandang tepat ke arahku ini.
“Tadi En. Safuan katakan yang En. Safuan tertekan. Betulkan?”
“Ya. Saya betul‐betul tertekan dan runsing. Sebab tulah saya hadirkan diri saya ke sini.”
“Situasi kita sekarang sama dengan cerita tadi. Tekanan yang dihadapi oleh En. Safuan
bukanlah suatu penyakit tetapi tekanan yang tidak dapat diuraikan menjadi ketenangan
mampu menghadirkan seribu kemusnahan kepada diri En. Safuan. Saya juga tidak pernah
menganggap mereka yang melangkah masuk ke dalam bilik ini sebagai pesakit. Saya suka
mengistilahkan kehadiran En. Safuan sebagai tetamu atau teman. Saya nak tanya En. Safuan
satu perkara. Andailah En. Safuan menolak saya sepertimana yang dilakukan oleh si pesakit,
apakah sebabnya? Adakah kerana sikap saya atau saya sendiri terlihat sebagai seseorang yang
sedang menghadapi permasalahan seperti doktor tadi? Yelah... Kalau saya pun saya takkan
dapatkan perkhidmatan daripada seseorang yang tidak mampu untuk meyakinkan saya.”
Sesaat kemudian terukir senyuman di wajah En. Safuan. Manis sungguh senyumannya.
“Baru sekarang saya faham kenapa Dr. Karim mencadangkan Dr. Balkis sebagai kaunselor
saya.”
“Dr. Karim mencadangkan aku?”
Persoalan itu hanya terluah di hati, sedangkan pada zahirnya aku sedang menampakkan seribu
keyakinan agar En. Safuan berpendirian untuk berkongsi segala apa yang sedang
disembunyikan di dalam dirinya.
Suasana bisu kembali menyepi dan senyuman yang menghiasi wajah En. Safuan sudahpun
mati.
“Kita banyak lagi masa. Kalau En. Safuan rasakan yang En. Safuan sudah bersedia baru kita
mulakan sesi kita.”
Akhirnya aku bersuara saat merasakan ketidakselesaan sedang menguasai diri lelaki yang
masih menundukkan wajahnya. Aku tahu lelaki ini sedang mengumpul kekuatan untuk
memulakan luahan rasa yang sedang menyeksa jiwanya.
“Saya kenal dia setahun yang lepas.”
Perlahan. Namun sudah cukup untuk menarik perhatianku. Terdengar hela nafas yang berat.
Aku membisukan bicaraku. Saat ini aku harus berjaya menjadi pendengar yang setia.
“Dia… Dia anak bos saya.”
Tersekat suaranya persis seseorang yang sedang menahan tangisan.
“Mesti dia cantikkan?”
Sengajaku persoalkan itu untuk melihat reaksi selanjutnya. Lambat, namun anggukan tetap jua
diberikan.
“Dia cantik. Mungkin kerana kecantikan itulah saya menerima cintanya. Pada mulanya saya
berasa agak rendah diri”
Ayat tanpa titik noktah menarik perhatianku.
“Kenapa?”
Kali ini persoalan yangku utarakan berjaya mengubah posisi lelaki di hadapanku ini. Dari
tunduk, dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arahku. Sudah terlihat kemerahmerahan
matanya menahan genangan air mata dari tumpah.
“Sebab… Saya berasal dari keluarga sederhana. Kedudukan kami jauh berbeza. Tapi
disebabkan rasa cinta, akhirnya saya menerima dia sebagai insan yang istimewa.”
Kali ini genangan air mata yang cuba ditahan gugur jua mencemari pipinya. Cepat En. Safuan
memasukkan jari jemarinya ke dalam kocek seluar untuk mengambil sehelai sapu tangan, lalu
dihapuskan titisan permata itu. Lantas pula lelaki ini berpura‐pura tersenyum. Mungkin berniat
untuk mengaburi pemahamanku terhadap dirinya tika ini.
“Kami akhirnya berkahwin dengan retsu kedua belah pihak.”
“Alhamdulillah.”
Ikhlas aku menuturkan itu.
“Pada mulanya saya juga memanjatkan rasa syukur kerana berjaya mengahwini wanita secantik
dan semanja dirinya. Saya rasa bahagia beristerikan dia. Biarpun ramai yang mencaci dirinya
kerana kisah silamnya… Saya hanya pekakkan telinga. Bagi saya masa lampaunya tak perlu
diambil kira. Apa yang penting saya yakin dapat membentuk dirinya.”
Sunyi mengambil tempat semula. Jari jemariku pula sedang rancak menulis sesuatu. Sesuatu
yang berkaitan dengan client baruku ini. Apa yangku tuliskan di atas dokumen di hadapanku
ini akan menjadi rahsia antara kami. Sesiapapun tidak berhak untuk menelitinya. Hatta Dr.
Karim sekali pun.
“Dr. tahu apa yang paling menyedihkan bagi seorang suami?”
“Emm…”
Agak lama aku berfikir. Cepat pula dicantas pemikiranku oleh En. Safuan.
“Dr. belum berkahwin?”
Aku menganggukkan kepalaku. Terasa malu kerana tidak sempat mengemukakan pendapat.
“Kalau Dr. nak tahu… Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila diri dicurangi. Isteri
melakukan dosa dibelakang dan kita pula meraikannya sebagai isteri yang selayaknya
disayangi.”
Aku mematikan ghairah jari jemariku dan penku letakkan di atas meja. Tumpuanku kembali
menghadap En. Safuan yang kian dilanda kesedihan. Simpati meluruh di hati.
“Setiap kali perihal anak saya utarakan. Pasti dia sedaya upaya mengelak. Alasan yang diberkan
tetap jua sama… Dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu.”
Kian sayu suara lelaki ini. Aku pula masih membisukan mulutku. Aku mahu lelaki ini terus
meluahkan kesengsaraannya.
“Makin lama dia semakin berani. Berani untuk melakukan maksiat secara terang‐terangan…
Arak dan dadah kembali menjadi rutin hariannya dan jantan‐jantan keparat pemuas nafsu
serakahnya!!!”
Jeritan kecil itu mengejutkan aku.
“Sabar En. Safuan. Sabar.”
“Memang itulah yang saya lakukan dari dulu. Sabar dan terus bersabar! Tapi apa yang saya
dapat?”
“En. Safuan mendapat ganjaran yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Pahala dan
keberkatan Ilahi yang sering menguasai insan yang bersifat penyabar itulah yang sukar untuk
dimiliki.”
Lelaki di hadapanku ini sedaya upaya cuba mengawal kemarahan yang sedang menguasai
dirinya.
“Minggu lepas, syarikat menghantar saya ke Sarawak atas urusan kerja. Sebelum saya berlepas
ke sana, isteri saya sudah hampir dua minggu tidak pulang ke rumah. Puas saya cari di sekitar
ibu kota. Kelab‐kelab malam serta pub yang biasa dia kunjungi pun tak menampakkan bayang
dia di situ. Saya cuba menghubungi handphonenya. Tapi tak dapat. Sentiasa off. Bila saya ke
rumah mak mentua. Mak mentua saya beritahu sudah hampir sebulan anak tunggalnya itu
tidak melawat dirinya. Mana tidaknya, setiap kali saya melawat mak mentua serta bapa mentua
saya pasti kesibukan dijadikan alasan untuk dia tidak turut serta…”
“Dia sibuk bekerja?”
“Tak! Dia sibuk menyundal!”
Terlihat api kemarahan yang diiringi air mata. Terbuktilah biarpun perasaan marah sedang
mengasak dirinya, tetapi kesedihan turut selari merantai hatinya.
“Tak baik En. Safuan menuduh.”
Lembut aku memberikan pendapat.
“Tuduh Dr. cakap??? Saya tak tuduh!!!”
Kali ini jeritan lelaki yang sedang menyinga di hadapanku ini menghadirkan sedikit kegerunan
di hatiku. Aku pantas mengambil dua botol air mineral dan sebotolku hulurkan kepada En.
Safuan. Rakus dia meneguk cecair yangku harapkan dapat mengecilkan api kemarahan yang
kian merentungkan hati lelaki yang sedang memandang tepat ke arahku ini. Terlihat
kesengsaran di ruang matanya.
“Dua biji mata saya ni menjadi saksi…”
Bunga‐bunga sebuah kepastian tergatung. Air mata yang bergenang cepat diseka. Hatiku pilu
menyelami kehancuran yang sedang dirasai oleh lelaki yang masih mahu menceritakan sebuah
kisah yang pasti menghadirkan lebih titisan permata.
“Waktu tu saya sedang bersantai di tepi kolam renang di sebuah hotel di Sarawak. Entah
macam mana mata saya tertumpu kepada sepasang kekasih yang asyik benar bercumbu. Pada
mulanya saya tidak mengendahkan siapakah gerangannya. Namun, saat mata meyakini yang
saya kenal siapakah perempuan bertubuh kecil itu… Saya pantas berlari dan mendapatkan
pasangan yang masih sedang enak berpelukan itu, dan… Tekaan saya benar…”
Tangisan yang kian lebat menghentikan bicara En. Safuan. Hampir juga air mataku tumpah.
Namun aku harus menguatkan diriku, agar clientku ini tahu yang aku mampu untuk menyuntik
sedikit ketabahan ke dalam dirinya.
“Perempuan sial yang sedang berpelukan dengan jantan keparat tu! Adalah isteri saya!!!”
Kali ini jeritan yang kedengaran turut menghadirkan sendu. Petanda tangisannya sudah kian
menghampiri tsunami.
“Sabar En. Safuan. Sabar…”
Andailah insan yang berada di hadapanku ini adalah seorang wanita pasti sudah lamaku
bawanya ke dalam rangkulanku agar sedikit kekuatan dapatku salurkan.
“Saya henyak lelaki sial tu dan seret perempuan tak guna tu! Kalau nak diikutkan hati saya ni,
nak je saya bunuh dua manusia jahanam tu!”
“Astaghfirullahal azhim. Mengucap En. Safuan. Sabar…”
“Sabar… Itu juga yang diharapkan oleh mak mentua dan bapa mentua saya bila saya katakan
yang saya dah tak sanggup lagi untuk menanggung semua ni. Mereka minta saya bersabar
dan jangan menjatuhkan talak ke atas anak mereka.”
Kini jeritan sudah tidak lagi kedengaran. Tetapi tangisan masih jua lebat menghujani wajah
tampan ini.
“En. Safuan dah jatuhkan talak?”
Lambat. Namun gelengan tetapku terima. Lamaku biarkan situasi sepi menambahkan
kesunyian antara kami. Aku tahu pasti lelaki di hadapanku ini sedang cuba menyeimbangi
perasaannya.
“Boleh saya tahu… Kenapa En. Safuan masih cuba mempertahankan rumah tangga En.
Safuan?”
Aku perlu tahu. Sebab dendamkah atau…
“Sebab… Saya masih menyintai isteri saya.”
Pandangan mata yang bertaut antara kami memperlihatkan aku akan kesayuan di ruang mata
lelaki yang sedang berlinangan air matanya petanda dia masih menyintai dan mengasihi insan
yang telah meremukkan hatinya!
Tuk… Tuk… Tuk…
Ketukan di muka pintu menyentak lamunanku. Cepatku hapus air mata. Semenjak En. Safuan
melangkah keluar dari bilik ini dengan bebanan perasaan yang telah mampuku kurangkan dan
ketenangan yangku sisipkan di hatinya, air mata kesedihan inilah yang telah menemaniku
sehingga ke saat ini. Air mata yang sepatutnya turut berlinangan sewaktu client baruku itu
menghamburkan kekecewaannya akhirnya hadir jua. Memang begitulah kebiasaannya setelah
sesuatu sesi kaunseling tamat. Pasti sesudah itu aku akan mengurungkan diriku sebentar dari
menerima kehadiran sesiapa agar mampuku stabilkan emosi yang tidak bolehku pertontonkan
kepada client‐clientku. Aku harus tampak kuat dan tabah di hadapan mereka biarpun hakikat
sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Tuk… Tuk… Tuk…
Kali kedua ketukan itu kedengaran. Aku pantas melangkah menghampiri daun pintu dan
memulas tombol yang telahku tekan punatnya bagi mengelakkan sesiapa sahaja dapat
membukanya dari luar.
“Dr. Adiib.”
Perlahanku sebut nama lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini dengan memegang sebuah
fail di tangannya.
“Boleh saya masuk.”
“Silakan.”
Aku mempersilakan rakan sepejabatku itu masuk sebelum mengambil tempat di hadapanku.
“Dr. Balkis sibuk ke?”
“Tak adalah. Ada apa‐apa ke yang Dr. nak bincangkan dengan saya?”
Aku terus ke tunjang persoalan. Dr. Adiib pantas menghulurkan fail yang dipegangnya.
Cepatku sambut hulurannya itu. Sekejap menyemak apa yang terkandung di dalamnya, sudah
mampu memberikan aku jawapan terhadap persoalanku tadi.
“Dr. Karim serahkan client ni pada Dr.?”
Dr. Adiib menganggukkan kepalanya. Matanya masih tertumpu kepadaku dan mulutnya lancar
menuturkan kata‐kata.
“Boleh saya tahu kenapa Dr. Balkis tak mahu kendalikan client ni lagi?”
Persoalan itu mengembalikan imbauanku kepada wanita yang bernama Datin Sally. Wanita
yang sering mengenakan skirt sehingga menampakkan gebu betisnya itu benar‐benar menguji
kesabaranku. Bekas model terkenal tanah air yang telah mengahwini buaya tembaga itu sering
kali mengatakan yang diri teraniaya dan menyalahi bekas isteri suaminya. Sedangkan umum
tahu siapakah penyebab keruntuhan rumah tangga wanita malang itu. Nasihat demi nasihat
yangku hulurkan langsung tidak diendahkannya. Alih‐alih aku pula ayng diajar dan
dicemuhnya. Namun itu semua masih mampuku diamkan sahaja tetapi saat hukum Allah
diperlekehkan pantas sahaja bendera putihku kibarkan.
Aku membalas pandangan Dr. Adiib dan senyuman terukir di bibirku.
Dr. Adiib senang melihat senyuman wanita di hadapannya ini.
“Maaf saya tak dapat nak berikan jawapan.”
Dr. Adiib tahu mengapa jawapan itu yang diterimanya. Pasti Dr. Balkis tidak mahu membuka
pekung di dada wanita yang pernah menjadi clientnya.
“Sebab perangai dia ke?”
Dr. Adiib masih mahu mencuba. Tetapi akanku pastikan usahanya sia‐sia belaka.
“Maaf Dr. Saya tak dapat nak komen apa‐apa.”
Dr. Adiib memandang tepat ke wajah wanita yang masih enggan memaklumkan apa‐apa.
Terlihat kelembutan dan kejujuran menambahkan kecantikannya. Dia yakin luaran wanita yang
disaluti dengan kelembutan dan keikhlasan ini pasti dibangkitkan dengan jiwa yang kental.
Andai tidak mustahil dia mampu mengawal emosinya sewaktu bersama Mak Cik Tina semalam.
Serta merta imbauan semalam kembali. Sewaktu dirinya melintasi kawasan pantry, langkahnya
termati saat melihat dan mendengar tangisan serta luahan kekecewaan Mak Cik Tina. Dari
mula wanita tua itu meluahkan segala sengsaranya, Dr. Balkis begitu lembut dan sabar
menyelami permasalahan Mak Cik Tina. Biarpun Dr. Adiib tahu yang benteng pertahanan air
mata Dr. Balkis kian rapuh sewaktu menyelami penderitaan Mak Cik Tina itu, tetapi Dr. muda
ini tetap jua kental hatinya menahan rasa sedih itu. Sedangkan dirinya sebagai lelaki saat itu
sudahpun berlinangan air mata.
“Tak apalah… Kalau macam tu saya minta diri dulu.”
Aku hanya membiarkan sahaja langkah lambat Dr. Adiib. Namun saat merasakan aku harus
mengungkapkan sesuatu…
“Dr. Adiib…”
Lelaki yang kian menghampiri muka pintu itu menoleh ke arahku.
“Saya nak minta maaf sebab… Tak dapat nak berikan apa‐apa maklumat kepada Dr.”
“Tak apa. Saya faham.”
Senyuman terukir sebelum Dr. Adiib memboloskan dirinya ke luar dan tertutuplah daun pintu.
Brek tanganku tarik dan pintu keretaku buka. Kepenatan sepanjang hari menyebabkan aku
terasa begitu lesu. Niat di hati untuk terus masuk dan berehat terbantut saat melihat lima
orang wanita muda dengan pakaian yang tidak terlihat kesempurnaannya terkekek sesama
mereka. Entah apa yang digelihatikannya aku sendiri tidak tahu.
“Assalamualaikum.”
Salamku hulur. Aku sekadar mahu mencuba nasib. Kebiasaannya salamku tidak akan disambut.
Sepi. Kekekan dan tawa gatal yang kedengaran sebentar tadi terus terbisu. Aku sedar pasti
kehadiranku saat ini tidak disukai mereka. Tetapi sebagai sesama Islam aku tetap jua
mempunyai tanggungjawab untuk bertegur sapa dengan mereka. Merasakan yang usahaku
sia‐sia belaka, aku pantas melangkah. Namun langkahku termati saat mendengar salah
seorang dari mereka mengeluarkan kata‐kata.
“Woi! Kau dengar tak suara anjing bagi salam tadi?”
Membulat mataku dan terasa kuat debaran di dada. Marahkah? Atau terlalu kecewakah aku?
“Ada. Anjing yang menyalak dan menyemak! Tak faham lagi ke yang kita semua ni tak setaraf
dengan anjing kurap macam dia tu? Kolot! Lain kali kalau anjing tu bagi salam lagi! Aku simbah dengan air. Tengoklah!”
“Astaghfirullahal azhim.”
Cepatku urut dada yang kian berdenyut kesakitan akibat tusukan kata‐kata penghinaan itu. Air
mata yang sudah bergenang segeraku kesat agar tidak mencemari pipiku dan doaku cuma
satu. Biarlah insan‐insan yang sedang mentertawakan aku saat ini tersedar sebelum semuanya
lambat untuk ditangisi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan