Mak saya kelihatan sayu sahaja, matanya merah akibat terlalu menangis dan juga nampak tidak cukup tidur. Walaupun baru sehari tidak nampak dia, namun saya nampak dia macam makin kurus pula. Dia cuba senyum pada saya tetapi saya tahu dia sedih melihat keadaan saya ini. Saya memegang tangannya yang terletak di atas meja.
“Mak, kau belum makankah? Mak nampak kurus sangatlah.”
Dia menggeleng kepalanya. “Mak tiada selera. Mak cuma minum susu sahaja.”
Saya mengeluh panjang. “Mak, kau mesti makan sesuatu, nanti gastrik, susah pula.”
“Okey, mak janji mak akan makan bila mak pulang ke rumah nanti,” katanya dengan nada yang
bersahaja. Saya mengeluh lagi, rasa bimbang pula dengan mak saya ini. Kan tidak pasal‐pasal pula dia masuk ke hospital gara‐gara gastrik...
“Mak ada bagitahu pasal ini pada bapa dengan Angie?” Saya menahan nafas saya buat sementara, rasa takut pula mahu dengar reaksi keluarga saya yang lain. Saya memang sudah agak dari awal lagi yang diorang tidak akan peduli punya, namun di sudut hati saya berharap bahawa mereka masih ada rasa kasih sayang lagi terhadap saya ini.
“Annie, mak tidak mahu cakap pasal itu hari ini‐”
“Tidak mak. Saya mahu tahu juga, walau betapa buruknya reaksi diorang,” kata saya dengan tegas.
“Tapi‐”
“Mak, bagitahu saja. Kalau pun saya mengamuk selepas ini, mereka di sini akan bagi saya ubat
penenang.”
Atas desakan saya, akhirnya mak saya pun mengalah dan menceritakan pada saya tentang apa yang berlaku di rumah pada malam kelmarin...
Justine Manggala memandu masuk ke dalam garaj rumah sambil mengeluh panjang, mengenangkan Annie di wad psikiatri itu. Dia nampak kelibat Agustine di ruang tamu itu, lalu dia mengeluh lagi, rasa belum bersedia pula untuk memberitahu khabar buruk ini kepadanya.
Dia memang sedia maklum bahawa dari dulu lagi Agustine lebih sayangkan Angie berbanding dengan Annie. Atas sebab apa, dia pun tidak tahu. Pernah sekali dia tanyakan tentang itu pada suaminya, namun suaminya menafikan semua itu dan beritahunya yang dia sayangkan kedua-dua
anak mereka. Namun Justine tidak percaya akan kata‐katanya itu.
“Hah, Jus, kau dari mana tu? Makan malam belum kena masak lagi, Angie merungut lapar berjam‐jam dah,” tegur Agustine sambil membaca surat khabar tanpa memandang ke arah Justine yang melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemah itu. Justine pun duduk di hadapan Agustine lalu memandangnya sahaja. Agustine, perasan akan renungan isterinya itu, memandang kembali ke arah Justine. “Jus, kenapa pandang saya semacam saja? Ada apaapakah?”
“Bang, boleh tolong panggil Angie turun ke sini dulu? Saya ada mahu beritahu kamu berdua.” Tanpa bertanya lebih lanjut, Agustine pun menjerit, “ANGIE! TURUN SEKARANG! MAK KAU ADA
MAHU CAKAP SAMA KITA NI!” Kedengaran bunyi tapak kaki berderung di seluruh rumah, lalu
nampak kelibat Angie turun dari tingkat atas dan duduk di sebelah bapanya. Justine nampak keakraban Agustine dan anak bongsu mereka itu, dan mengasihani Annie di dalam hatinya. Entah apalah yang Annie telah buat pada mereka menyebabkan mereka berdua ini layan Annie seakan‐akan Annie bukan ahli keluarga mereka.
Dengan rasa berat hati, Justine pun menceritakan tentang apa yang telah berlaku kepada Annie bermula daripada saat dia bertemu dengan Ste, sehinggalah saat Annie dimasukkan ke dalam wad. Sepanjang dia bercakap, nampak riak wajah mereka berdua bertukar daripada tidak kisah, menjadi riak menyampah dan juga berang.
“Kau ni biar betul Jus?! Annie masuk ke dalam wad orang gila?” Teriak Agustine.
“Wad psikiatri, bang.”
“Samalah tu! Psikiatri itu sama dengan orang gila!” Teriak Agustine lagi, lalu dia berdiri dan berjalan ke hulu dan ke hilir di kawasan ruang tamu itu. “Barulah saya faham kenapa saya susah sangat mahu terbuka hati untuk sayang Annie macam saya sayang Angie. Rupa‐rupanya Annie itu orang gila!” Rungut Agustine dengan nada menyampah. “Syukurlah saya masih ada Angie, kalau tidak, mana saya mahu letak muka saya ni?!”
“Pa, kalau kawan‐kawan saya tanya pasal ini, bolehkah kalau saya kasitahu diorang yang saya tiada kakak sudah?” Tanya Angie dengan selamba sambil mengunyah gula‐gula getah.
Justine memandang Agustine dan Angie dengan rasa tidak percaya. Dia memang sudah agak reaksi negatif yang akan dia dapat tetapi dia tidak sangka yang reaksi seteruk begini yang diterima!
“Abang, abang sedarkah apa yang abang cakap ni?” Tanya Justine dengan nada yang tenang namun di hatinya membara‐bara marahnya. Agustine berhenti berjalan dan merenung isterinya dengan pandangan bengis.
“Kau sukakah kalau anak kita jadi orang gila? Nanti apa orang lain akan cakap pasal keluarga kita nanti? Tidak pasal‐pasal dituduh tidak pandai didik anak sendiri pula! Padahal semua salah Annie sendiri sebab jadi orang gila!” Muka Agustine menjadi merah macam tomato.
“Pa, kawan saya pernah bagitahu saya yang dia nampak Annie bercakap satu orang di pantai, tapi saya tidak percaya dia. Sekarang barulah saya faham...” sampuk Angie lagi. Gaya kedua-dua
anak‐beranak ini telah mencetuskan kemarahan Justine, lalu dia berdiri dengan laju dan merenung satu‐satu muka orang yang mengecewakannya.
“Saya tidak sangka yang kamu berdua tegah buat Annie begini. Bukannya ambil berat sama dia,
malah mengutuk dia lagi,” kata Justine dengan nada suara marah. Justine jarang sekali
meninggikan suara dia, apatah lagi kalau marah. Biasanya dia pendam sahaja rasa marah dia,
tetapi kali ini sikap suaminya dan anaknya itu sudah melampaui batasnya.
“Bukan kutuk, Jus. Cuma memang kenyataanlah bah yang anak kita itu orang gila!
Hei...Kalaulah saya tahu Annie jadi begini, dari awal lagi saya suruh kau gugurkan saja dia
daripada kandungan kau tu.”
Sejurus selepas kata‐kata itu keluar daripada mulut Agustine, kedengaran bunyi tamparan yang
agak kuat, diikuti oleh suasana yang sunyi buat beberapa saat. Justine membeliakkan matanya
sambil memandang ke arah tapak tangannya yang baru sahaja selesai menampar pipi
suaminya itu. Agustine pula kelihatan sedang mengusap pipinya sambil menjeling ke arah
Justine dengan jelingan maut. “Kau apahal ni tampar‐tampar saya?!”
“Sampai hati kau Agustine. SAMPAI HATI KAU CAKAP BEGITU TENTANG ANAK KAU SENDIRI!!”
Justine menjerit pada Agustine. Angie pula hanya tercegat di tempat duduknya, terkejut dengan
karenah maknya yang selama ini tidak pernah berkelakuan begitu. Justine pun terus naik ke
tingkat atas, dan beberapa minit kemudian dia turun semula dengan satu bagasi besar di
tangannya. Tanpa memandang ke arah anak‐beranak itu, dia berkata dengan nada sedih,
“Maaf. Saya tidak boleh tinggal sebumbung dengan kamu berdua lagi. Tunggu sehingga kamu
berdua sedar akan perbuatan kamu itu barulah MUNGKIN saya akan pindah balik ke sini.”
Dengan itu, Justine melangkah keluar daripada rumahnya yang dia telah huni selama hampir
dua puluh lima tahun itu. Agustine mahupun Angie tiada usaha langsung untuk menghentikan
Justine daripada meninggalkan rumah itu.
Air mata saya mula berlinangan tatkala mak saya mengakhiri kisahnya itu. Rasa marah berluapluap
di dalam diri saya. Sampai hati bapa saya cakap begitu pasal saya? Apa salah saya sampai
dilayan seperti sampah begini? Dan Angie pun satu juga. Dia berkelakuan seakan‐akan saya ini
bukan kakak dia. Senang sekali dia cakap dia tidak mahu mengaku saya wujud dalam
hidupnya. Saya memandang ke arah mak saya yang tengah mengelap air matanya sambil
tersebak. Kalau bukan sebab mak saya, memang saya sudah tiada harapan di dalam hidup ini...
“Annie, mak minta maaf... Mak cuba bertahan tetapi mak tidak sanggup dengar penghinaan
daripada bapa dan adik kau terhadap kau...”
“Mak, mak tidak bersalah. Memang dari dulu lagi saya tahu dan sudah terima kenyataan yang
bapa saya tidak akan sayangkan saya sebagaimana dia sayangkan Angie.”
“Mak minta maaf, mak tidak perhatikan kau betul‐betul, kalau tidak, mungkin perkara ini boleh
dielakkan...”
Saya berdiri dari tempat duduk saya lalu berjalan ke sisi mak saya dan memeluknya dengan
erat. Kelihatan beberapa pesakit di sekitar kami juga sedang melihat adegan kami, kebanyakan
daripada mereka juga sedang menangis walaupun mereka tidak tahu isi perbualan kami. “Mak.
Saya akan berusaha untuk sembuh daripada penyakit ini. Walau betapa susahnya proses
penyembuhan ini, demi mak, saya tidak akan menyerah kalah!”
Selepas sahaja waktu melawat tamat, dan mak saya telah pulang ke rumah kakaknya di Likas
itu, saya masih tidak berganjak daripada tempat duduk saya selama beberapa minit. Saya
berfikir kembali apa yang mak saya ceritakan tadi, dan rasa marah dengan rasa kecewa
bercampur‐aduk, lalu membuatkan saya betul‐betul rasa ingin mahu menumbuk sesuatu.
Tanpa berfikir panjang, saya menolak meja di hadapan saya itu sehingga ia jatuh, dan bunyi
meja jatuh itu telah mengejutkan beberapa pesakit yang masih berlegar di situ.
Hahaha. Kesian kau. Bapa sendiri pun dah tidak mahu kau!
Baik kau bunuh diri sajalah!
Tidak guna kau hidup lagi!
Pergi matilah! Pergi matilah! Pergi matilah! MatiMatiMATIMATIMATI...!!
“AAAAARGHHHHH!!!!!!! DIAMLAH!!!” Saya menjerit sekuat hari saya sambil menutup keduadua
belah telinga saya, lalu saya berjalan tidak tentu arah di sekeliling ruang melawat itu. Mata
saya singgah ke arah pasu bunga, lalu saya mencapainya dan menghempas pasu bunga itu
sehingga ia pecah berkecai. Tanpa disedari, saya pun mencapai secebis serpihan itu lalu saya
kelar tangan kiri saya sehingga berdarah.
“Ya ampun, Annie!” Kedengaran suara jururawat yang bernama Celia itu sambil berlari ke arah
saya dan memegang kedua‐dua belah tangan saya dengan erat. Dia pun mencapai serpihan
itu dan membuangnya ke atas lantai. Jururawat yang seorang lagi yang saya tidak pernah
nampak juga bergegas datang ke arah kami lalu mula menekan kelaran saya itu dengan kain
putih yang bersih. Kelihatan kain putih itu menjadi merah dalam sekelip mata sahaja. Darah
agak banyak mengalir ketika ini namun saya langsung tidak rasa sakit pun, malah saya rasa geli
hati pula. Aneh, kan? Tetapi itulah apa yang saya rasa sekarang.
“Annie, jangan dengar suara itu. Dia tidak wujud. Dengar cakap kami ini yang betul‐betul
wujud dan ambil berat sama kau,” bisik jururawat Celia di telinga saya dengan nada yang
sungguh lembut, sehingga membuatkan saya rasa tenang kembali. Ketika itu barulah saya
seolah‐olah sudah sedar apa yang saya telah lakukan. Saya nampak serpihan pasu bunga itu,
nampak darah yang banyak itu mengalir daripada kelaran yang saya sendiri telah buat.
“Astaga....” hanya itu saja yang saya mampu katakan.
“Tidak apa Annie. Mari kita masuk dalam, kita cuci dan balut luka itu. Dan kemudian, kamu
makan ubat penenang supaya kamu dapat tidur, okey?” kata Celia. Saya cuma mengangguk
sahaja lalu membiarkan Celia dan jururawat yang satu lagi itu membimbing saya masuk semula
ke dalam wad.
***
Ubat saya dinaikkan dos oleh doktor Syarifah selepas kejadian saya yang agak drastik itu.
Suara itu sudah berhenti mengganggu saya buat seketika. Namun, rasa sedih itu masih ada
kerana saya rasa sangat keseorangan di sini. Saya nampak beberapa pesakit telah pun
dibenarkan pulang, jadi sekarang ini ada empat katil kosong di sini. Pesakit‐pesakit yang lain
masih enggan bercakap dengan saya, lebih‐lebih lagi selepas peristiwa hempasan pasu bunga
itu. Hanya mak cik Solmah sahaja yang masih setia dengan saya. Setiap kali dia datang ke
tempat saya, dia akan mula bermonolog dengan topik yang sering kali bertukar‐tukar, namun
saya tetap terhibur mendengar ceritanya. Mak cik Solmah adalah pesakit yang paling tua di sini, dan juga paling digemari semua orang, termasuklah sekuriti di wad ini. Jarang sekali kami
nampak dia menangis atau diam memanjang.
Jadi, bila suatu hari itu dia tiba‐tiba menangis sepanjang masa, ia menimbulkan tanda tanya di
minda kami masing‐masing. Dia nampak macam kesakitan pula, sambil memegang
abdomennya setiap kali dia mula menangis. Rasa risau itu menyebabkan saya bertindak
memanggil jururawat Noi yang sedang menulis sesuatu di kes nota kami di kaunter luar wad
kami itu. Noi pun pergi ke tempat mak cik Solmah, dan walaupun katil saya dengan katil dia
berjarak agak jauh, namun saya masih dapat dengar perbualan mereka berdua.
“Mak cik, kamu sakit apa, ya? Kata Annie kamu menangis sejak pagi tadi lagi,” tanya Noi
dengan nada yang lembut dan penuh kasih sayang.
“Aduhhhhhh misi.....Ada pisau di perut aku bah...sakittttt,” mak cik Solmah mengerang. Noi pun
mula menekan perut mak cik Solmah dengan berhati‐hati, nampak terus kerutan di dahinya.
“Mak cik, saya rasa ada sesuatu bendalah di perut ni. Takpa, saya panggil doktor dulu tolong
cek, ya?”
Beberapa minit kemudian, doktor Isya pun datang ke tempat mak cik Solmah. Dia menanya
beberapa soalan yang dijawab oleh mak cik itu dengan jawapan yang susah untuk saya fahami
namun doktor itu seakan‐akan faham sahaja apa yang mak cik itu cuba sampaikan. Selepas itu,
dia pun mula cek seluruh badan mak cik Solmah, riak wajahnya berubah menjadi suram
apabila dia nampak seperti dia merasai sesuatu di abdomen mak cik itu. Saya pula rasa gelisah
secara tiba‐tiba, risau kalau mak cik ada ketumbuhan atau apa‐apakah di dalam perutnya itu...
“Mak cik, saya akan kol doktor bedah tolong cek mak cik, okey? Saya rasa ada sesuatu benda
di dalam perut mak cik ni, tidak tahu lagi apa benda itu. Sementara itu saya bagi mak cik ubat
tahan sakit, okey?” Mak cik itu cuma mampu mengangguk sahaja sambil mengerang kesakitan.
“Noi, tolong bagi dia Tramadol lima puluh miligram STAT, okey? Saya mahu rujuk dia ke
surgeri dulu.”
Mak cik Solmah mula berhenti menangis selepas sahaja dia makan ubat penahan sakit itu.
Saya pun pergi ke tempatnya lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya sambil
pegang tangannya. “Mak cik, saya harap tiada apa‐apa yang serius berlaku pada kamu, eh.”
Mak cik Solmah tersenyum lemah. “Udahlah Annie. Jangan kau risau sama aku. Aku kuat bah.”
Saya terketawa kecil, lega sebab mood mak cik kembali seperti biasa. Nampaknya ubat itu
berkesan. Dalam hati kecil saya berdoa semoga sakit itu cuma sakit biasa dan bukannya
ketumbuhan. Saya tidak mahu kehilangan kawan saya ini, kami baru sahaja menjalinkan
persahabatan.
***
Matahari hampir mahu terbenam tatkala mak cik Solmah mula mengerang kesakitan lagi. Saya
pun panggil jururawat Noi sekali lagi untuk memberitahu dia tentang itu. Beberapa minit
kemudian, dua orang doktor yang saya tidak kenal masuk ke dalam wad itu dan terus menuju
ke arah mak cik Solmah...
Saya terpegun buat seketika.
Saya memang tidak kenal seorang itu, dia nampak macam big boss sahaja, tetapi yang seorang
lagi itu nampak macam familiar saja....
Tidak mungkin! Ini semua tidak mungkin!
“Selamat petang Solmah. Saya Doktor Yi, saya doktor pakar bedah. Yang di sebelah saya ialah
Doktor Stephen...” Tatkala nama itu singgah ke telinga saya, saya terus fokuskan pandangan
saya terhadap Doktor Stephen itu. Saya renung muka dia dengan renungan tajam. Ya! Sah
sudah yang dia ialah Stephen Marcus, lelaki yang saya sangkakan mencintai saya itu. Lelaki
yang sebenarnya tidak wujud itu. Lelaki yang telah menyebabkan saya berada di dalam wad
ini!
Tanpa saya sedari, saya mula melangkah ke arah Ste. Pandangan saya tidak lari daripada muka
Ste yang ketika itu sedang fokus menulis sesuatu di kes nota si mak cik.Hmm, dia masih
nampak macam dulu, tidak berubah langsung. Masih kacak, dengan rambutnya yang terpacak
di hadapan itu. Dia mula ada sedikit janggut yang baru tumbuh di mukanya. Dia nampak
sangat matang dan....Sangat kelelakian...Dengan janggut itu. Buat seketika, saya lupa akan
semua benda buruk yang dia lakukan pada saya. Saya mengingat kembali saat‐saat saya
pertama kali bertemu dengannya, saat‐saat kami muladating, dan tidak lupa juga saat‐saat
kami masing‐masing melafazkan kata‐kata cinta sesama sendiri.
“Ste.....?” Panggil saya dengan nada yang penuh kasih sayang. Segala‐galanya hanya tertumpu
pada Ste, lelaki yang saya sangat cintai itu. Ste berhenti menulis lalu pandang ke arah saya dengan kerutan di dahinya. Matanya nampak kosong sahaja, jelas yang dia tidak mengenali
saya. Saya menelan air liur saya lalu memberanikan diri untuk terus bercakap padanya, “Ste....
Saya ni, Annie, girlfriend kau. Sudah mahu sebulan saya tidak dengar khabar daripada kau. Kau
sudah lupakan saya, ya?” Nada saya berbaurkan tuduhan. Kerutan di dahinya bertambah
dalam.
“Annie? Saya macam pernah dengar nama kamu..... Ah! Annie Agustine, kan?” Saya tersenyum
lebar, gembira kerana dia masih mengenali saya. Mungkin memang betullah yang dia itu
boyfriend saya. Mungkin saya tidak sakit sebenarnya....Mungkin dia sengaja mahu lapor polis
tentang saya kerana dia merajuk pada saya.....? Adakah saya akan dibebaskan daripada
“penjara” ini selepas ini? Oh, Ste..... Saya maju ke hadapan dan baru sahaja mahu memeluknya
bila Ste berkata lagi, “Cik Annie.” Nada dia kedengaran tegas dan serius. Dingin pun ada juga.
Saya meletakkan kedua‐dua tangan saya di sisi saya.
“Kenapa panggil saya ‘cik’? Selama ini kau panggil saya Annie‐”
“Saya tidak kenal siapa kamu, cik. Saya cuma tahu yang kamu telah stalk saya selama enam
bulan. Dan kalau tidak silap, saya ada kenakan perintah sekatan pada kamu supaya kamu tidak
boleh dekat dengan saya,” katanya dengan nada dingin itu lagi. Doktor Yi memandang kami
berdua dengan pandangan pelik. “Maaf, cik, saya sibuk ni. Kamu pergilah duduk kembali ke
katil kamu.”
Saya pun tersentap, dan seperti saya dikejutkan daripada mimpi, barulah saya sedar dan
mengingati kembali tentang penyakit saya dan juga kenyataan bahawa Ste di depan saya
sekarang ini ternyata memang betul‐betul tidak mengenali saya. Saya pun mula rasa marah
lalu tanpa amaran saya terus maju ke arahnya dan memukul dadanya dengan kuat sehingga
dia mengerang kesakitan. “BEDEBAH BETUL KAU, STE!!!!!” Saya menjerit padanya sekuat hati
saya. Saya terus‐menerus memukul dada Ste tanpa menghiraukan dia yang sedang jerit
kesakitan sambil cuba untuk memegang tangan saya untuk menghentikan serangan saya itu.
Akhirnya saya berjaya juga dihentikan oleh Doktor Yi yang berjaya memegang tangan saya lalu
meletakkan tangan saya di belakang saya.
“Bawa bertenang,” bisik doktor itu pada saya. Datang pula Noi dengan ubat penenang itu, lalu
dengan bantuan Doktor Yi, dia berjaya memasukkan ubat itu ke dalam jarum IV saya yang
masih melekat di dorsal tangan kanan saya itu. Saya pun dipimpin kembali ke katil saya. Dalam
keadaan yang lemah itu saya sempat berkomat‐kamit, “Ste penipu. Ste penjahat. Ste
pengkhianat. Ste bedebah...” dan ayat itu berulang‐ulang sehinggalah saya akhirnya tewas
dengan kesan kuat ubat penenang itu...
***
Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam tatkala saya mula sedar daripada tidur. Saya
mengelipkan mata saya beberapa kali, lalu memandang ke sekeliling saya. Kebanyakan pesakit
sudah dibuai mimpi lena. Suara di sebelah saya membuatkan saya terkejut buat seketika.
“Kau laparkah, Annie?”
Saya menoleh ke arah mak cik Solmah yang sedang duduk mengait baju di sebelah katil saya,
matanya fokus pada kerjanya itu. Kebetulan pula perut saya berbunyi selepas soalan itu
diajukan. Saya tersenyum sipu, dan mak cik itu pun ketawa, lalu dia meletakkan baju yang
belum siap dikait itu ke ribanya dan mencapai sesuatu di laci meja di sebelah katil saya. Dia
meletakkan bekalan makanan itu di riba saya. Saya pandang bekas makanan itu, lalu pandang
ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Dia mengangkat kedua‐dua bahunya. “Mak cik pinjam
dapur hospital sini tadi, mahu masak untuk kau sebab aku tahu kau mesti sangat lapar sebab
kau tidak makan dari tengahari lagi.”
Mata saya mula berair, terharu akan niat mak cik yang baik itu. Saya pun mengangguk lalu
mengucapkan terima kasih kepada mak cik itu, dan mula makan makanan hasil daripada air
tangan mak cik yang saya mula sayang itu. Di dalam bekalan itu ada lauk ikan goreng dengan
bawang merah. Walaupun ringkas sahaja masakannya, namun rasa makanan itu mengalahkan
masakan hospital ini. Dalam beberapa minit sahaja saya berjaya melicinkan bekas makanan itu.
Mak cik itu pun ketawa sahaja melihat kegelojohan saya itu.
“Waduh....Bagusnya kau ni Annie. Aku masak biasa‐biasa sahaja kau makan macam makanan
aku ini masakan daripada restoran lima bintang!.”
Saya mengelap mulut saya dan meneguk habis segelas jus oren yang juga disediakan olehnya.
“Sedap bah mak cik! Boleh tanding masakan mak saya sudah ni,” puji saya dengan ikhlas. Kami
pun saling senyum sesama sendiri. Saya baru sahaja mahu bergerak untuk pergi cuci bekal itu
bila saya dengar mak cik itu bercakap lagi.
“Kau mengingatkan aku sama cucu aku, tahu tidak?”
Saya pandang dia dengan rasa tertanya‐tanya. Selama beberapa hari saya di sini, belum
pernah mak cik Solmah bercerita tentang kisah hidupnya. Saya membetulkan posisi duduk
saya lalu memandang mak cik dan mengangguk, bersedia mendengar apa yang dia mahu
sampaikan.
“Mak cik berasal daripada Semporna. Dulu mak cik tinggal dengan suami dan juga anak
tunggal aku. Kami semua sangatlah bahagia masa itu. Walaupun anak aku itu melahirkan anak
luar nikah, namun aku tetap sayangkan dia.”
“Berapa umur cucu kamu, mak cik?” Saya tersenyum.Suatu hari nanti saya mahukan anak
supaya mak saya gembira dapat cucu. Lalu saya terfikir lagi, adakah orang yang akan mahukan
saya lagi dengan sejarah penyakit mental saya ini? Saya menggeleng kepala saya untuk terus
tumpukan perhatian terhadap cerita mak cik ini.
“Sepatutnya dia sudah berumur dua puluh tahun.”
Sepatutnya?“Mak cik...Apa yang terjadi sama dia?”
Mak cik Solmah tersebak sambil mengelap air matanya yang mengalir ketika itu dengan
lengan baju hospitalnya. “Siti Andayu..... Ayu aku....Dia dah meninggal....”
Saya ternganga buat seketika, terkejut dengan kata‐kata mak cik itu. Lalu saya pun membelai
rambut mak cik Solmah dengan penuh kasih sayang. “Kenapa dia meninggal, mak cik?”
“Dia....kemalangan...gara‐gara mak cik....” Mak cik tersedu‐sedu, dan meneguk segelas air, lalu
kembali menyambung ceritanya. “Masa itu dia baru berumur lapan belas tahun, dua tahun lalu.
Pada hari jadi aku, dia mahu beri kejutan sama aku dengan pergi keluar membeli kek untuk
aku. Dia baru saja dapat lesen memandu sebulan lalu, waktu itu hujan juga. Aku suruh dia
jangan keluar tapi dia degil juga. Katanya, ada hal penting. Jadi, aku pun biarkan saja dia pergi.
Tak ku sangka yang aku telah membiarkan dia pergi buat selama‐lamanya.” Dia menangis lagi
sambil menundukkan mukanya, namun beberapa minit kemudian dia tenang kembali. “Sejak
dari hari itu, anak aku si Salmiah, mak si Ayu, benci sama aku. Dia menyalahkan aku seratusperatus
atas kematian Ayu. Dan aku pun setuju dengan dia. Ayu meninggal gara‐gara aku,
Annie. Kalau bukan sebab aku, dia mungkin tengah sambung belajar mahu jadi jurutera
mekanikal ketika ini.”
Saya menggeleng kepala saya dengan rasa kesal. Kesal dan juga kecewa terhadap anak mak
cik Solmah itu. “Mak cik, Tuhan telah takdirkan dia pergi...Bukan salah mak cik. Mak cik mana
dapat halang kejadian yang telah dirancang oleh Tuhan.” Bagi orang yang tidak percayakan
Tuhan, memang boleh tahan jugalah kata‐kata saya tentang sifat keTuhanan ini. Saya
menepuk bahu saya sendiri dalam imaginasi saya.
“Tapi Salmiah kata gitu...”
“Dia tidak patut salahkan kamu, mak cik. Ya, saya faham dia pun sedih sebab kehilangan
anaknya, tapi dia tidak patut melepaskan kemarahan dia itu pada kamu.” Saya mengurut bahu
mak cik itu dengan lembut. “Mak cik, selama dua tahun ini mak cik membawa beban
menyalahkan diri sendirilah ini?”
Dia mengangguk lemah. “Ya. Aku mengalami kemurungan yang melampau sejak dari hari itu.
Makan tidak lalu, benda yang aku suka dahulu sekarang dah aku tidak suka. Aku rasa putus
harapan. Rasa tidak berguna. Anak aku sendiri pun tidak mahu tinggal sebumbung dengan aku
lagi. Sehinggalah hari jadi aku pada bulan Mei pada tahun ini, aku tidak dapat melupakan
peristiwa itu, lalu aku bernekad untuk mati sahaja. Kalau aku mati, aku boleh jumpa Ayu di atas
sana dan meminta maaf padanya, itu yang aku fikir masa itu. Jadi, aku makan pil tidur banyakbanyak,
dan perkara seterusnya yang aku ingat, aku sudah berada di kecemasan di Hospital
Queen di sana.”
Saya cuba membuat kiraan di dalam otak. “Oh, jadi mak cik di sini sejak Mei lagilah? Sekarang
dah Ogos, lamanya mak cik di sini...”
“Mak cik memang tidak stabil masa itu, memang lama jugalah mak cik distabilkan. Tetapi, sejak
sebulan lalu, doktor kata mak cik makin stabil dan makin sihat. Dia juga kata mak cik akan
dibenarkan untuk pulang ke rumah tidak lama lagi.” Wajah mak cik menjadi muram.
“Persoalannya, mak cik tidak tahu sama ada mak cik mahu kembali ke Semporna lagi atau
tidak. Anak aku memang dah lama tidak jumpa aku, apatah lagi cakap dengan aku. Suami aku
pula dah lama meninggal masa Ayu berumur sepuluh tahun lagi.”
“Mak cik ada saudara‐mara lainkah di sekitar KK ini?”
Dia menggeleng kepalanya dengan wajah yang suram. “Mak cik adalah anak bongsu. Semua
adik‐beradik mak cik dah meninggal. Mak cik tidak rapat sangat dengan anak‐anak buah mak
cik. Mereka pun tiada usaha mahu jumpa mak cik.” Dia mengeluh dengan rasa sedih. Saya pun
ikut rasa sedih mengenangkan nasib dia. Seburuk‐buruk pun hubungan saya dengan bapa dan adik, sekurang‐kurangnya saya masih ada mak yang masih sayangkan saya. Mak cik Solmah
pula tidak punyai sesiapa lagi.
Saya baru saja mahu beritahu dia yang dia boleh tinggal dengan saya dan mak, bila satu fikiran
muncul. Mak sekarang tinggal dengan kakaknya, saya rasa elok kalau saya bincang dulu
dengan mak kalau dia mahu bagi Mak cik Solmah tinggal bersama kami nanti.
“Mak cik, terima kasih sebab sudi kongsikan kisah mak cik dengan saya,” kata saya sambil
memberikan dia pelukan ringkas tetapi penuh bermakna itu.
“Sama‐sama, Annie. Kau dah aku anggap sebagai cucu, Annie. Kalau kau perlu bantuan, cakap
saja sama mak cik, okey?”
Saya cuma mengangguk setuju. Suatu hari nanti, bila saya sudah bersedia saya akan kongsikan
pada mak cik Solmah pula tentang kisah hidup saya yang penuh dengan fantasi itu. Buat masa
ini, saya tiba‐tiba rasa penat pula, dan mak cik itu pun nampak penat juga. Jadi, kami pun
mengucapkan selamat malam masing‐masing dan melayan mimpi kami itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan