Harith Mishka memandang pelajar yang berada di bawah seliaannya satu persatu. Ada empat sahaja. Ini bermakna lagi seorang pelajarnya gagal datang tepat pada masanya. Harith Mishka mengetap bibirnya. Sememang menjadi kepantangannya apabila ada pelajar yang datang lewat daripadanya. Baginya pelajar sebegini sememangnya tidak pernah serius untuk menuntut ilmu.
“Mana seorang lagi?” tanya Harith Mishka sambil memandang tajam kepada pelajar‐pelajarnya yang lain. Semuanya menunduk. Barangkali takut dengan wajahnya yang sentiasa mempamerkan wajah garang semacam.
Harith Mishka memang lebih suka bersikap begitu. Dia lebih suka membina satu jurang antara
dirinya dengan para pelajarnya. Dengan cara ini baginya akan membuatkan para pelajarnya lebih menghormatinya.
“Kawan kamu ini memang ada ciri‐ciri pelajar gagal. Langsung tidak tahu menghormati masa,” bebel Harith Mishka. Dia terus merenungi pelajarnya yang masih tidak berani memandangnya. Tidak mungkin salah satu daripada pelajar di sini tidak tahu ke mana pelajarnya yang seorang lagi itu menghilang.
“Kalau begini perangainya saya yakin masternya tidak akan ke mana,” tambah Harith Mishka lagi.
Harith Mishka melangkah ke papan putih lalu dicoretkan sesuatu di situ. Kemudian dia kembali
memandang ke arah pelajarnya dengan wajah yang serius.
“Boleh kamu baca apa yang saya tulis?”
“Teamwork!” kata pelajarnya serentak.
“Ya teamwork. Research is a teamwork. Saya menilai anda semua secara berpasukan. Seorang yang gagal akan mengagalkan anda semua,” kata Harith Mishka.
“Maksud Prof?” tanya Zakiah. Dia memberanikan dirinya untuk bertanya. Sudah banyak kali dia
menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Anggun Danisha tetapi temannya itu langsung tidak membalasnya. Ke mana pula temannya yang seorang ini pergi! Dia ni memang sengaja mencari nahas!
“Maksudnya kesemua lima orang dalam kumpulan ini perlu mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan. Jikalau seorang gagal akan menyebabkan anda semua gagal secara keseluruhannya,” kata Harith Mishka lagi sambil berpeluk tubuh. Kelihatan para pelajarnya resah apabila mendengarkan bicaranya itu. Sudah tentulah mereka tidak berpuas hati dengan peraturan yang telah dibuatnya ini.
“Kalau diikutkan kamu semua telah gagal kerana seorang daripada kawan kamu sudah melanggar peraturan yang telah saya tetapkan. Saya sebenarnya seorang yang sangat mementingkan masa. Kalau saya kata pukul 2 mahu berjumpa, ini bermakna sebelum pukul 1.59 kamu semua sudah berada di sini. Kalau saya kata mahu kamu hantarkan laporan hari ini, maknanya hari ini juga saya mahukan laporan itu. Bukan esok atau pun lusa,” terang Harith Mishka lagi.
“Mana seorang lagi?”
Harith Mishka dapat mendengar pelajar‐pelajarnya berbisik. Pastinya mereka gelabah sakan apabila mendengarkan gertakannya itu.
“Ada sesiapa yang tahu di mana kawan kamu yang seorang lagi ini?” tanya Harith Mishka lagi.
Dia memandang seorang demi seorang pelajarnya itu. Semuanya menjungkit bahu.
“Tak kan tiada antara kamu tahu? Nampak sangat kamu semua tiada semangat berpasukan! Langsung tidak ambil kisah antara satu sama lain! Kamu nak saya gagalkan kamu sekarang juga?” bebel Harith Mishka panjang lebar. Marah. Sememangnya dia marah dengan sikap tidak berdisiplin pelajarnya itu.
“Se...sebenarnya prof.”
Tiba‐tiba Zakiah memberanikan dirinya untuk bersuara. Dia tidak mahu disebabkan Anggun Danisha mereka semua mendapat susah.
“Kamu tahu di mana dia?” tanya Harith Mishka sambil memandang tajam kepada Zakiah.
Zakiah pula menundukkan wajahnya. Dia berasa ngeri untuk terus bertemu pandang dengan Harith Mishka yang sentiasa berwajah serius itu.
Lambat‐lambat Zakiah menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu adakah tindakan yang
dilakukannya ini betul atau tidak. Namun dia tidak boleh membiarkan ahli kumpulannya
menanggung kesalahan yang dilakukan Anggun Danisha.
“Dia berjumpa dengan Dr Bunyamin. Katanya mahu tukar supervisor,” terang Zakiah.
“Apa?” tanya Harith Mishka sambil menghentakkan tangannya di meja. Bunyi hentakan itu
menyebabkan ada beberapa orang pelajarnya melatah dek kerana terkejut. Sememangnya Harith Mishka pantang sekali apabila ada pelajarnya mahu menukar penyelia. Semua ini mencerminkan kreadebilitinya. Kalau ada pelajarnya yang mahu bertukar penyelia bermakna dia gagal menjadi penyelia yang baik. Perkara itulah yang menjadi kepantangannya.
“Budak ini memang sengaja mencari nahas!” tengking Harith Mishka lagi. Pantas sahaja dia
menyelak helaian kertas yang diberikan oleh pihak pentadbiran kepadanya. Pelajar‐pelajar yang lain hanya tunduk menikus. Lebih baik mereka berdiam daripada terus menyimbah api kemarahan di dalam diri penyelia mereka itu.
“Siapa nama budak itu?” tanya Harith Mishka lagi.
“Isha,” kata Zakiah. Dia tertunduk. Tidak berani memandang wajah keruh Harith Mishka itu.
“What?” tanya Harith Mishka sambil mengorek telinganya yang tidak gatal. Nama itu bagaikan
begitu familiar dengannya. Tapi siapa?
“Isha. Nama penuhnya Anggun Danisha.”
“Anggun Danisha?” tanya Harith Mishka sambil mengerutkan dahinya.
Tak mungkin minah perasan itu! Berkali‐kali Harith Mishka cuba menafikannya. Lagipun memang sangat tidak logik jikalau Anggun Danisha mahu menyambung pelajarannya di sini. Tidak pernah selama ini Anggun Danisha menyuarakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya.
“Budak bertuah tu apa yang dia tahu selain bercinta aje,” desis Harith Mishka sendirian. Pantas
sahaja dia membuka profail peribadi pelajarnya yang telah diberikan oleh pihak pentadbiran.
Helaian demi helaian diselaknya sehinggalah matanya terpaku kepada muka surat ke empat.
“Anggun Danisha binti Badri?”
Harith Mishka sudah terlopong mulutnya apabila matanya terpaku kepada gambar Anggun Danisha yang berukuran passport yang tertera di situ. Berkali‐kali dia mengerlipkan matanya agar apa yang berada di hadapannya ini segera pergi. Mungkin matanya sudah disampuk oleh hantu minah perasan itu sehinggakan wajahnya sahaja yang bermain di matanya tatkala ini.
“Assalamualaikum....sorry Prof saya lambat sikit. Saya ada...”
Mulut Anggun Danisha terhenti daripada terus berbicara. Matanya membulat memandang wajah yang terpampang di hadapannya ini. Benarkah apa yang berada di hadapannya ini?
Benarkah dia tidak bermimpi? Benarkah lelaki yang berada di hadapannya ini adalah professor Dr Harith Mishka? Benarkah lelaki ini juga adalah juga sepupu angkatnya, Harith Mishka?
“You are late, Anggun Danisha!”
Bicara Harith Mishka itu menyedarkan Anggun Danisha di dunia yang nyata. Dia mengetap bibir sambil memandang penuh gerun wajah serius di hadapannya ini. Ya Allah, apa yang sebenarnya kau mahu tunjukkan kepadaku ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan