Label

Sabtu, 10 Disember 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab21

HARI isnin bermula lagi. Aku pergi kerja macam biasa pagi ni dengan menaiki kereta kecil 
pemberian abah cuma, encik Awal bos aku tu dah renovate kereta aku menjadi baru. Patutlah masa aku nak balik kampung hari tu dia minta kunci.

Kononnya kalau ada apa‐apa berlaku di tempat letak kereta perumahan flat tu nanti dia boleh tolong ubahkan kereta aku. Rupanya bukan sekadar tolong ubah kereta. Semua aksesori kereta aku dia tukar sekali. Haih! Membazir betul. Aku tahulah dia banyak duit pun.

Sebagai tunang dia aku memang tak ada kuasa untuk membantah. Bila dia beri kunci kereta aku semalam, dia siap pesan lagi jangan terkejut kalau aku tekan alarm bukan kereta aku yang berbunyi. Mulanya aku tak faham maksud dia tapi pagi ni walaupun aku sedikit keliru aku cuba juga menerima kenyataan sebab dah ditakdirkan ada orang kaya yang dah jadi tunang aku.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak payah cakap banyak, terima saja ketentuan takdir dengan senang hati. Mudah sungguh falsafah aku pagi ni. Lagipun, kalau aku komplen sekali pun kereta aku dah tak boleh dijadikan seperti asal dah.

‘’Assalamualaikum, selamat pagi Baya. How are you?’’ aku menegur Baya dengan ramah sambil
berjalan menuju ke arah meja kerja aku. Bila aku menoleh ke arah Baya, dia sudah kerutkan kening dia kepada aku.



‘’Amboih! Cuti seminggu, masuk pejabat dengan senang hati pagi ni. Dah macam menang loteri pulak aku tengok,’’ aku tergelak mendengar kata‐kata Baya. Menang loteri? Agaknya kot? Hahaha..

‘’Duit haram tu. Buat apa kalau menang pun. Duit tak berkat.’’ Lain yang terbit di dalam hati, lain yang keluar di bibir. Kalau nak diikutkan aku memang menang besar hari ni sebab bos besar syarikat ini dah jadi tunang aku.

‘’Happy semacam saja pagi ni? Tak nak kongsi‐kongsi ke? Kot‐kot ada good news?’’ Baya masih tak berputus asa. Masih cuba mengorek rahsia aku.

‘’Ada! Memang ada, tadi aku jumpa CEO kita dengan encik Zuhaimie yang korang gelar boya dua alam tu, dia buat don’t know saja dengan aku. Sebab tu aku happy sangat tu. Tak sia‐sia aku cuti seminggu, selepas ni aku harap korang tak gossip aku lagi.’’

Aku berkata dalam nada yakin. Sebelum aku bercuti memang teruk aku kena gossip. Boring sangat bila nama sendiri sering dikaitkan dengan orang‐orang berpangkat besar dalam pejabat ni. Aku tak tahu apa tanggapan orang lain tapi bagi aku, aku tetap tak suka.

‘’Lorh, kalau aku jadi kau tentu aku sedih gila. Kau ni memang manusia paling pelik dalam dunia kot?’’ aku merenung wajah Baya. Kenapa pula nak sedih? Aku betul‐betul tak faham dengan fikiran orang lain.

‘’Pasal apa pula nak sedih? Cer ceta. Cer ceta..’’ aku bertanya Baya semula sambil aku
menghidupkan skrin computer.

‘’Dia lamar kau depan orang ramai, tiba‐tiba pagi ni dia buat‐buat tak kenal kau. Kau tak rasa apa‐apa ke Has?’’ aku berjeda seketika. Aku kerutkan kening dan mula berfikir. Bagi aku kalau encik Awal tak tegur aku sebab dia dah tunaikan permintaan aku semalam. Okeylah tu. Tunang yang mendengar cakap. Memang itu yang aku nak.

‘’Oh, pasal tu ke? Kan aku dah cakap hari tu, semua tu hanya skrip lakonan saja untuk
mempromosikan smartphone Kejora tu. Kau ni la Baya, buat aku suspen sajalah. Dahlah, aku nak buat kerja. Rehat nanti kita berbual lagi, ada banyak perkara aku nak tanya kau tapi kita simpan dulu,’’

Aku meneruskan kerja aku tanpa menoleh ke arah Baya lagi. Aku terdengar dia menghela nafas kuat. Spontan bibir aku tersenyum. Mungkin dia pun sedang keliru dengan situasi aku. Bagi aku segalanya yang berlaku biarlah rahsia. Aku tahu hidup aku sekarang ni begitu banyak dengan pembohongan namun aku lakukan semua ini bersebab. Untuk sebab baik rasanya boleh kot? Aku tak pasti, nanti kalau jumpa ustaz atau ustazah, aku tanya mereka.

Kerja aku berjalan seperti biasa. Sebagai kerani kerja aku lebih banyak menaip dan membantu orang‐orang atasan aku. Copy kertas mesyuarat, siapkan dokumen, susun fail dan kerja tambahan aku hantar fail ke bilik mesyuarat. Hari ini begitu kerap aku terserempak dengan encik Awal, encik Zuhaimie dan encik Amri tapi mereka buat‐buat tak namapak aku saja. Lega dan aku pun buat hal sendiri.

Bila waktu rehat kami terserempak lagi dalam lift. Encik Zuhaimie dan encik Awal hanya berbual sesama mereka saja dan tak pandang aku pun. Baya pun tak banyak menyoal. Aku rasa dunia kebebasan aku kembali berligar‐ligar di dalam pejabat ini.

Hari ini dalam sejarah bila department kami dan beberapa department lain dapat makan free di cafĂ© bersebelahan dengan pejabat. Risik punya risik bos besar kami yang belanja sempena sesuatu yang membahagiakan dia. Wah! Rupanya dia buat kejutan juga akhirnya. Nasib baiklah aku tak diperkenalkan kepada semua. Kalau tak hilanglah kebebasan aku hari ini.

‘’Encik Madri raikan kejayaan apa agaknya? Smartphone terbaru syarikat kita mendapat sambutan ke?’’ aku dengar Shasha bertanya kepada Puan Salina. Kebetulan kami makan semeja bersama mereka hari ini.

‘’Tunggu dan lihat, nanti keluarlah tu berita terkini,’’ Puan Salina menjawab sambil lewa saja.

Aku diam tak berkutik. Shasha pula sudah merenung tajam ke arahku..

‘’Kau tak tahu apa‐apa ke?’’ aku tak tahu siapa yang Shasha tanya. Aku terus menyuap makanan tanpa sebarang respon.

‘’Hasyilla! Kau pekak ke? Aku tanya kaukan,’’ aku panggung kepala dan memerhatikan wajah
Shasha yang sudah membengis.

‘’Tanya saya ke? Kenapa tanya saya?’’ aku menyoal balas. Kalau aku tahu pun, ingat aku nak cakap ke? Kirim salam!

‘’Okey, ambil perhatian semua! Saya ada satu pengumuman. Mulai hari ini pekerja‐pekerja syarikat telekomunikasi Visma Perkasa Sdn Bhd dilarang bergosip. Saya ulang sekali lagi. Dilarang bergosip terutamanya mengenai bos‐bos besar syarikat ini. Pemegang‐pemegang saham atau sebagainya.
Andainya didapati sesiapa yang sedang bergosip dan terdengar gosip‐gosip liar yang sampai ke telinga kami, syarikat akan mengambil tindakan tegas. Kami akan siasat siapa pelaku yang
menyebarkan gossip tersebut dan pelaku akan dikenakan tindakan. Gajinya akan dipotong sebanyak 5% untuk kali pertama, 10% untuk kali kedua dan begitulah selanjutnya.’’

Aku sudah terbeliak mata mendengar pengumuman yang disampaikan oleh encik Zuhaimie. Hahaha, apa punya syarat daa? Agaknya sebab aku ke syarat tidak dibenarkan bergosip itu dikenakan?

‘’Huh! Apa pula macam tu?’’ bila aku sudah ketawa di dalam hati, pekerja‐pekerja lain sudah
merungut tak puas hati.

‘’Nak bergosip pun tak boleh ke? Sebelum ni tak boleh pakai pakaian seksi. Agak‐agak ar nak buat syarat pun. Tak masuk akal langsung. Kalau macam tu baik ambil orang bisu saja sebagai pekerja,’’ aku sudah tersenyum mendengar Erna yang berada di sebelah aku membebel. Aku pandang pula wajah Shasha yang berada di hadapan aku. Masam saja wajah dia. Aku tayang wajah beku tanpa sebarang riak. Merungut tak, setuju pun tak.

‘’Kau diam saja Has,’’ Baya mencuit aku dan bertanya.

‘’No comment!’’ aku menjawab sambil tersenyum.

‘’Amboi, jawapan artis tu,’’ Baya berkata sambil tergelak.

‘’Oit, ingat artis saja ke yang boleh cakap macam tu, kerani macam aku tak boleh? Banyak cantik.’’ Aku cuba berseloroh dan Baya sudah tersenyum kepadaku.

‘’Mesti kau yang buat cadangan macam tukan Has? Sebab kami selalu gosipkan kau dengan Encik Zuhaimie dan encik Madri?’’ Erna bertanya kepadaku sambil mencerlungkan matanya.

‘’Aku pula yang kena?’’ aku cuba membantah. Puan Salina turut memandang ke arahku.

‘’Awak ada apa‐apa hubungan special ke dengan bos‐bos kita Hasyilla? Saya ada sepupu yang tinggal di perumahan depan rumah flat awak. Petang kemarin saya pergi ke rumah dia. Katanya encik Madri tu selalu bertandang ke rumah awak. Betul ke?’’ aku tertelan liur berkali-kali.

Wah, semakin kacau ni. Puan Salina yang tak pernah bergosip pun dah mula buka cerita. Apa lagi yang aku nak auta. Siapa yang boleh tolong aku sekarang ni?

‘’Err, saya tak berani nak komenlah Puan. Apa kata Puan tanya mereka sendiri,’’ jawapan mudah aku buat Erna dan Shasha mendengus geram.

‘’Awak nak gaji saya kena potong ke? Kan baru saja bos‐bos kita buat pengumuman?’’ Puan Salina bertanya balas kepadaku. Aku sudah mula serabut sekarang ni. Minda terus aku paksa berfikir jawapan terbaik.

‘’Kalau macam tu, kita tak payah ambil tahulah. Lagipun, bukannya penting punkan? Bukannya
ada kena mengena dengan kerja kita pun. Kita bukan bekerja sebagai wartawan. Siapa pun kita, kita tetap ada privasi masing‐masing. Bos‐bos kita tu pun manusia juga dan mereka pun teringin juga nak hidup aman tanpa sebarang gossip. Saya pun macam tu, kalau bos pergi ke rumah saya pun mesti bersebab. Takkan dia sengaja nak pergi tanpa sebarang urusan?’’

Aku ambil jalan mudah, cuba mendiamkan mulut rakan‐rakan sekerja aku ni dengan statement aku yang mungkin boleh diterima pakai. Itu yang aku fikir tapi fikiran aku dengan fikiran orang lain tak mungkin sama.

‘’Jadi memang betullah?’’ Shasha pula menyoal aku. Aku sudah mula rimas untuk menjawab soalan demi soalan.

‘’Kalau betul kenapa? Kalau tak betul pula kenapa?’’ aku soal dia kembali. Dia terus
membuntangkan matanya.

‘’Saja nak tahu. Kenapa? Tak boleh?’’ Shasha tak mudah mengalah. Aku bertambah serabut.

Apa yang aku fikir, dalam hidup ini kita cakap benar pun salah, kalau cakap auta lagilah salah kerana manusia yang sentiasa punya lidah ini akan sering berkata‐kata selagi boleh berkata-kata. Aku tak dapat nak fikir apa tindakan mereka kalau tahu perkara sebenar. Aku nak terus bekerja di sini selagi boleh dan aku nak terus jadi kerani. Aku tak mahu orang hormat aku kerana aku ada hubungan dengan bos dan begitulah sebaliknya, aku tak mahu orang benci aku kerana aku dah berjaya mendapatkan bos.

‘’Tak penting pun. Buat apa nak tahu?’’ aku bersuara dalam nada yang sangat lemah. Rasa tertekan kembali menguasai jiwa aku. Ya Allah! Tolong berikan aku kekuatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan