DIA boleh pulang dengan hati senang. Intan Nawrah tersenyum. Tambah lebar senyuman bila surat yang dinanti tak pernah henti menyapanya. ALLAH memberi sedikit ujian kepadanya, kemudian menghadiahkan pula kesenangan hati di hujungnya.
Di hujung perhentian bas, sudah ada kereta putih menanti. Dari model dan nombor platnya, ia
memang milik Alexander Zulkarnaeen. Kali ini dia buat keputusan untuk menghadiahkan sebuah senyuman untuk Alexander Zulkarnaeen pada setiap susah payahnya lebih sebulan ini.
“Come on, Intan Nawrah. Why don’t you come closer and say hello?”
Kata Alexander Zulkarnaeen, terleka melihat sebuah senyuman di sana. Kalau diikutkan hati yang tidak begitu kuat ini, mahu saja dia mematikan enjin kereta dan duduk sekali di sisi Intan Nawrah. Entah sampai bila dia dapat bertahan, dia tidak pasti, tetapi petang itu dia geram sungguh.
Dia mencapai telefon bimbit lalu menghubungi Hajah Normah di Kuantan. Apa nak jadi, jadilah. Dia nak Hajah Normah masuk meminang Intan Nawrah buat dirinya.
“Hello, mak!”
“Hah budak bertuah ni. Dah lari hari tu, baru ni nak telefon mak balik?”Sergah Hajah Normah, bingit di telinganya. Alexander Zulkarnaeen ketawa, tetapi matanya tak lepas dari melihat Intan Nawrah. Tak berkelip lagi dari tadi rasanya.
“Malaslah, mak...nak bagi reda dulu apa‐apa yang hangat kat rumah tu.”
“Abang Ngah tak ada. Dah balik rumah dia.”
Jelas Hajah Normah, bagai mengerti perasaan anak bongsunya itu. Kadang‐kala dia kasihan juga dengan Alexander Zulkarnaeen, terpaksa membawa diri dek kerana sikap abang‐abang yang tidak memberi maaf, padahal kisah itu sudah belasan tahun lamanya, dah jadi sawang pun.
“Tak apalah, mak. Nanti Zul balik jumpa mak.”
“Menantu mak mana?”
“Ada ni, depan mata. Zul dah jumpa. Boleh mak pinangkan Nawrah untuk Zul?”
“Iya ke ni? Jangan‐jangan Zul saja nak bergurau dengan mak tak?” duga Hajah Normah tidak
percaya. Padanya, Alexander Zulkarnaeen saja nak mengambil hati, dek kerana selalu ditekan-tekan.
Takkan sederas itu dia menemui calonnya?
“Kalau tak percaya, hujung minggu ni kita ke rumah dia boleh mak? Mak pinang Intan Nawrah untuk Zul, ye?”
“Hai, mudahnya? Macam tu aje? Datang terjah tangan kosong ke Zul? Kau ni biar betul?” Tanya Hajah Normah tidak percaya. Jangan dia pula yang malu kerana tak buat persediaan meminang. Nanti apa kata tuan rumah? Tetamu datang macam nak minum kopi, tak bersungguh‐sungguh seperti hajatnya.
“Taklah tangan kosong. Esok Zul balik Kuantan, ye mak?”
“Takkan mak dengan abah aje? Kau ni, Zul. Kalau iya pun dah ada calon, buatlah rancangan betul‐betul. Abang‐abang kau semua tak tahu tu. Kalau panggil balik mengejut macam ni, mahu melenting dua‐dua tu.”
Bebel Hajah Normah panjang. Baginya hal meminang, nikah dan kahwin itu adalah hal keluarga. Memang tak patut sangatlah kalau tak diajak adik beradik yang lain. Biarpun mereka tidak sebulu, itu bukan sebab untuk menyembunyikan hal yang baik. Bagi Hajah Normah, kadang‐kadang dia hairan juga dengan sikap Alexander Zulkarnaeen yang lebih suka berdiam diri dan sembunyi‐sembunyi.
“Tak payahlah, Abang Long dan Abang Ngah tu. Zul bukan nak beriya‐iya pun. Mak dengan abah aje dah cukup.”
Jawab Alexander Zulkarnaeen senang. Dia nak urusan lancar sahaja. Biar mudah asal tidak
menyakitkan kepala. Tak guna menjemput adik‐beradik kalau hal itu boleh mencetuskan perbalahan pula. Asyik nak bertekak sahaja, hal yang mudah pun boleh jadi susah.
Di depan sana, Intan Nawrah telah menghilang bersama bas. Sambil berbual dengan Hajah Normah di talian, dia sambung memandu.
“Mak tak tahulah, Zul. Balik Kuantan dulu, apa‐apa hal pun. Kita berbincang dulu. Tengok apa kata abah pulak.”
“Hari tu, mak jugak yang sibuk tanyakan Zul, bila nak kahwin.”
Rungut Alexander Zulkarnaeen perlahan, namun tidaklah berniat hendak membantah. Kalau dia menambah lagi, mahu berasap‐asap lagi Hajah Normah nanti. Penyudahnya, ikutkan saja. Dia bercadang hendak balik ke Kuantan selepas tamat waktu pejabat esok.
INTAN Nawrah hanya menjeling pada pintu bilik yang terkatup rapat. Dia amat terganggu dengan bunyi rintihan di bilik sebelah. Tak sabarnya nak berpindah keluar dari apartment itu. Sesungguhnya dia benar‐benar terdera dengan perilaku Melia yang tidak bertamadun sehingga sanggup membawa lelaki masuk ke dalam bilik dan melakukan dosa besar di dalamnya.
Intan Nawrah mundar‐mandir di dalam kamarnya sendiri. Dia sedang membuat pertimbangan hendak menghubungi sahaja Pegawai Penguatkuasa JAWI. Dah dua kali dia melepaskan Melia, malah menegurnya terlebih dahulu. Melia bukan sahaja tidak serik malah semakin menjadi‐jadi pula, seolah‐olah dia sengaja hendak memancing kemarahan Intan Nawrah. Dia melihat jam di dinding, hampir sepuluh malam. Tak apakah dia menghubungi pejabat agama lewat‐lewat begitu? Tapi takkan nak biarkan Melia dengan dunia maksiatnya? Aku tak sanggup nak bersekongkol. Tak sanggup nak menanggung sama dosa ni.
Akhirnya dia buat keputusan untuk keluar dari rumah sebelum menghubungi talian bebas tol untuk membuat aduan. Yakin dengan keputusannya, Intan Nawrah mula bercakap dengan pegawai yang bertugas di talian. Malam itu, dia mundar‐mandir di luar apartment Mont’ Kiara Palma. Sesekali terbit rasa sesal kerana mengkhianati teman serumah tetapi apabila difikirkan semula, selama mana dia nak berdiam diri? Takkan dia nak telan hempedu sampai ke akhirnya?
Kejamlah dia jika membiarkan maksiat bermaharajalela di dalam kediamannya. Nombor telefon Kak Natrah cuba dihubunginya. Dia nak menumpang bermalam semalaman jika Kak Natrah tak keberatan.
“Hello, Nawrah.”
“Kak Nat. Maaf ganggu Kak Nat malam‐malam ni. Nawrah tak tahu nak telefon siapa lagi selain Kak Nat.”
“Eh, ada apa ni Nawrah?”
“Kawan Nawrah, berlaku sumbang dalam rumah. Nawrah terpaksa keluar Kak Nat, tak sanggup nak duduk dalam rumah tu.”Luah Nawrah, pedih.
“Nauzubillah. Habis tu, Nawrah ada kat mana ni?”
“Nawrah tak tahu nak ke mana. Tadi Nawrah baru lepas buat aduan di bahagian penguatkuasa,
sekarang ni masih duduk di pondok pengawal.”
“Okay, okay. Tunggu situ. Kejap lagi Kak Nat sampai. Jangan pergi mana‐mana tau!”
Pesan Kak Natrah sebelum talian terputus. Intan Nawrah berdiri di bahu jalan besar, masih di
hadapan apartment itu. Dalam kepalanya, hanya ada satu perkara sahaja, betul atau tidak apa yang dia dah buat pada Melia? Dan selepas apa yang berlaku, tergamakkah lagi dia nak menunjukkan muka di hadapan teman serumahnya itu nanti? Intan Nawrah boleh diibaratkan seperti gunting dalam lipatan, duri dalam daging, menikam di belakang secara senyap‐senyap.
Dia menghubungi pegawai penguatkuasa agama, dan kemudian menghilangkan diri. Tentu Melia tahu ia perbuatan dirinya. Siapa lagi yang asyik menegur Melia tentang salah lakunya jika bukan Intan Nawrah sendiri? Di dalam rumah itu hanya ada mereka berdua sahaja. Dan jika Melia dianggap jijik, dia apa kurangnya? Kenapa tak bertentangan mata saja dengan Melia dan tegas menyatakan pendiriannya yang Melia salah. Kenapa perlu sembunyi sebelum menembak hendap?
“Ya ALLAH! Berdosakah aku?”
Rintihnya perlahan. Kolam matanya sudah penuh dengan takungan air, tinggal masa untuk
melimpahkannya keluar. Dadanya sebu dengan pelbagai rasa. Buat pertama kalinya dia rasa berbelah bahagi dengan tindakan yang diambil tadi. Rasa menyesal kerana telah mengaibkan Melia.
Kerlipan lampu menyilaukan matanya. Sebuah van membelok masuk ke laluan utama Apartment Mont’ Kiara Palma. Air mata yang ditahan semenjak tadi, meleleh juga sebaik ternampak logo pada badan van itu.
“Maafkan aku, Mel. Aku terpaksa, sebab tak mahu kau hanyut.”
Pon! Hon panjang terdengar di sana. Kak Natrah bergegas mendapatkannya.
“Nawrah okay?”
“Okay, Kak Nat.” Jawabnya sambil menyeka air mata. Kak Natrah memeluknya erat, tanda memberi sokongan.
“Jom ikut akak. Nawrah bermalam di rumah akak dulu, ye. Nanti kita fikirkan macam mana
selesaikan hal lain.”
Ajak Kak Natrah lagi. Intan Nawrah mengangguk. Dia mengikut juga langkah Kak Natrah walaupun separuh hati lagi ingin berpatah balik. Di dalam kereta Kak Natrah, Intan Nawrah hanya mendiamkan diri. Dia masih tidak punya mood untuk berbual. Sepatah yang ditanya Kak Natrah, sepatah yang dijawabnya. Dia hanya fikir, apa nasib Melia selepas apa yang berlaku?
Tentu maruah keluarganya tercemar dek hal itu. Aduh, berdosanya rasa!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan