“Ya Allah, hanya kepadaMu aku merintih. Aku benar‐benar memerlukan petunjuk dan hidayahMu terhadap apa yang harusku lakukan untuk membantu Dalila. Kau Maha Mengetahui apakah yang telah terjadi kepada gadis malang itu. Ya Allah… Bantulah Dalila… Bantulah dirinya untuk melepaskan diri dari kerakusan bapanya sendiri. Bantulah dirinya Ya Allah. Tiada kudratku untuk membantunya seorang diri tanpa izinMu. Bukakanlah jalan yang seluas‐luasnya kepada diriku untuk membantu Dalila. Berikanlah aku pertolonganMu. Aku mohon padaMu Ya Allah. Aku mohon…”
Terenjut‐enjut bahuku. Seawal memanjatkan doa sehingga penghabisannya, air mata ini begitu murah menampilkan dirinya. Doaku kali ini berbeza dengan kebiasaannya. Andai sebelum ini tiada langsung nama Dalila akan keluar dari mulutku saat meminta pertolongan dari Yang Maha Esa, tetapi tika ini nama itulah yang menjadi penunjang utama pohonanku pada Allah S.W.T.
Sisa air mataku kesat lembut. Telekung yang tersarung di tubuh masih engganku tanggalkan. Biarlah pakaian suci ini membaluti tubuhku seketika agar ketenangan dapatku raih biarpun sedikit cuma. Ketenangan yang selama ini menguasai diri bagaikan terbang tinggi setelah pertemuanku dengan gadis malang itu. Sepanjang hari hatiku dirasuki kegelisahan, kesedihan dan kebencian terhadap apa yang telah menimpa gadis itu. Pelbagai persoalan pula memeningkan kepala. Persoalan yang tidak mampuku berikan jawapan akhirnya tergantung dan menambahkan lagi kesengsaraan di jiwa. Sengsara mengenangkan nasib Dalila. Sengsara kerana tidak dapat mempertahankan gadis itu siang tadi dari dibawa pulang oleh insan durjana dan sengsara kerana sehingga ke saat ini aku masih tidak dapat berbuat apa untuk membantu gadis malang itu.
“Ya Allah apakah yang harusku lakukan? Ya Allah… Apakah yang harusku lakukan?” Kali ini giliran hati pula merintih pada Yang Maha Esa.
Ting tong… Ting tong… Ting tong…
Terkejut aku. Bunyi loceng bertalu‐talu mengganggu rintihanku. Aku pantas bangkit dan berlari ke jendela untuk melihat siapakah gerangannya yang menekan loceng rumahku di waktu kegelapan begini. Jarang benar aku menerima kunjungan selepas waktu Isyak. Langsirku kuak sedikit untuk membolehkan mata ini mengecam gerangan manusia di sebalik cermin kaca. Membulat mataku dan berombak hebat dadaku saat melihat seorang gadis sedang berdiri di luar pintu pagar rumahku. Melilau‐lilau mata gadis itu ke kiri dan ke kanan sehingga terpusing‐pusing tubuhnya memandang sekeliling. Ketakutan jelas terpancar di wajah pucat itu.
Ting tong… Ting tong… Ting tong…
Gelojoh kali ini gadis itu menekan semula loceng rumahku. Aku pantas berlari turun ke bawah.
Tidakku peduli akan telekung yang masih utuh membaluti tubuhku. Biarlah andai ada jiran yang hendak menyindir. Mengatakan aku mahu menunjukkan kealimanku atau apa. Aku tidak kisah. Apa yang aku tahu, aku perlu mendapatkan tetamuku itu dengan segera. Pintu utamaku buka kasar tanpa menutupnya terlebih dahulu sebelum meluru keluar. Kunci yangku capai di atas meja tadiku masukkan ke dalam ‘rumah’nya bagi membolehkan aku membuka pintu pagar.
“Dalila.”
Seraya menyebut nama insan di hadapanku ini aku pantas membawanya ke dalam pelukanku. Jiran‐jiranku yang sedang bersidai di luar rumah mereka terus sahaja menumpukan perhatiannya terhadap perlakukan kami. Bisu terus gelak tawa yang tadinya membingitkan telinga. Merasakan aku perlu melenyapkan pandangan mereka, cepat sahajaku bawa Dalila masuk ke dalam selepas pintu pagarku kunci.
“Dalila ingat akak tak ada dekat rumah tadi.”
“Ada. Akak baru habis sembahyang.”
Aku meneliti wajah Dalila. Wajah itu bukan sahaja pucat tetapi juga dipenuhi dengan lebam dan luka kecil di bahagian tepi bibirnya. Tanpa sedar aku menyentuh bahagian yang tercemar di wajahnya itu.
“Sakit!”
Jerit Dalila.
“Maaf. Akak tak sengaja. Kenapa sampai macam ni sekali keadaan Dalila? Siapa yang pukul Dalila?”
Biarpun hati sudah dapat meneka gerangannya. Tetapi pengesahan perluku terima.
“Lelaki tak guna tu yang pukul Dalila.”
Terbit lagi permata awalan air mata.
“Kenapa sampai macam ni sekali Dalila kena pukul?”
“Ayah syak yang Dalila beritahu akak pasal…”
Tangisan yang kian beria menyebabkan Dalila tidak dapat menyudahkan ayatnya.
“Pasal dia rogol Dalila?”
Tekaku. Dalila menganggukkan kepalanya.
“Habis tu, Dalila mengaku?”
“Tak. Dalila cakap yang Dalila tak cerita apa‐apa. Tapi ayah tak percaya… Ayah ugut Dalila.”
“Ayah ugut apa?”
Soalku sambil mengenggam jari jemari gadis malang ini. Seperti siang tadi, jari jemarinya masih sejuk.
“Ayah cakap. Kalau sekali lagi dia nampak Dalila bercerita dengan akak ataupun sesiapa… Dia nak jual Dalila pada kawan dia untuk jadi pelacur.”
“Astaghfirullahal azhim…”
Hanya itu yang mampu terlahir di bibirku.
“Dalila tak nak… Dalila tak nak ayah jual Dalila. Sebab Dalila tahu kalau ayah jual Dalila pada
kawan dia, mesti Dalila takkan dapat jumpa adik‐adik Dalila lagi. Sebab tulah Dalila nekad untuk larikan diri. Nasib baiklah, duit dengan kad yang akak masukkan dalam beg sekolah Dalila tu ayah tak perasaan. Kalau tak Dalila tak tahu macam manalah keadaan Dalila.”
“Tapi, dekat kad tu tak ada alamat rumah akak. Cuma ada alamat pejabat je. Macam mana Dalila boleh cari rumah akak?”
“Dalila cuba hubungi nombor telefon pejabat akak untuk minta alamat rumah akak. Tapi tak ada orang angkat. Yelah… Mana ada orang kerja malam‐malam. Puas Dalila fikirkan jalan untuk bertemu dengan akak. Akhirnya Dalila ambil keputusan untuk dapatkan teksi dan terus ke pejabat akak. Sampai je dekat sana, Dalila terus minta alamat akak pada seorang pengawal keselamatan. Tapi dia cakap, dia tak boleh beritahu. Dia kata dia kena telefon akak dulu. Puas pak cik tu telefon akak, tapi tak berangkat. Dalila buntu. Tak tahu nak buat apa lagi. Dalila hanya mampu menangis dan merayu pada pak cik tu untuk membawa Dalila bertemu dengan akak. Puas Dalila pujuk dan beritahu yang Dalila betul‐betul perlu bertemu dengan akak malam ni jugak. Akhirnya… Kerana simpati pak cik tu pun menulis alamat rumah akak. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Dalila lepas tu… Cepat sahaja Dalila dapatkan teksi dan terus ke sini.”
Aku mengesat lelehan air mata yang berjaya mencemari wajah Dalila. Kelesuan jelas mewarnai
kepucatan wajahnya dan aku yakin gadis ini belum menjamah apa pun makanan pada malam ini.
“Dalila dah makan?”
“Dalila tak lapar.”
“Tapi Dalila perlu makan.”
“Akak… Dalila datang sini bukannya sebab Dalila nak makan. Tapi Dalila perlukan pertolongan
akak.”
Air mata Dalila kian laju mengalir. Hiba hatiku. Pantas gadis iniku bawa ke dalam pelukanku.
“Akak sanggup buat apa sahaja untuk bantu Dalila. Percayalah. Tapi… Malam ni, akak nak Dalila rehat. Apa kata kalau Dalila makan dan mandi dulu. Lepas tu baru kita fikirkan, apakah yang harus kita lakukan untuk menyelesaikan masalah Dalila.”
“Tak! Dalila tak boleh mandi.”
“Kenapa?”
Soalku laju. Perlahan Dalila melepaskan pelukanku yang erat. Ditundukkan wajahnya dan deras
kembali tangisannya.
“Kenapa ni Dalila? Beritahu akak.”
Pujukku. Terketar‐ketar bibirnya untuk memulakan ayat baru.
“Lepas Dalila… Kena pukul dengan ayah. Ayah… rogol Dalila lagi.”
Kali ini tidak mampu lagiku tahan air mataku sendiri dari melajukan juraiannya. Biarlah air mata ini hendak mengalir sederas manapun. Biarlah andai ada yang mengatakan yang aku tidak mampu untuk mengawal emosiku. Biarlah apa pun tanggapan yang hendak dilontarkan kepadaku.
“Astaghfirullahal azhim. Ya Allah besarnya dugaan yang Kau kirimkan kepada Dalila…”
Rintih hatiku.
“Dalila pernah tebaca tentang kes rogol… Lepas je kita kena rogol. Kita tak boleh mandi. Jangan bersihkan diri. Kalau tak segala bukti akan terhapus. Akak… Dalila nak minta sesuatu pada akak.”
Anggukanku, memberikan isyarat untuk Dalila meneruskan permintaannya.
“Tolong bawa Dalila untuk membuat laporan polis. Dalila perlu tegakkan keadilan. Walapun dah terlambat untuk Dalila menyelamatkan diri daripada setan tu! Tapi… Dalila perlukan keadilan untuk menyelamatkan dua orang adik perempuan Dalila. Hanya Dalila sahaja yang boleh selamatkan mereka. Tolonglah kak…”
Dua pasang mata sama‐sama mengalirkan tangisan derita bersama pancaran pengharapan. Harapan Dalila agar aku mampu untuk membawa ayah kandungnya sendiri ke muka pengadilan agar nasib diri dan adik‐adiknya terbela. Harapanku pula, agar aku mampu untuk membawa Dalila sekeluarga keluar dari kegelapan dunia ciptaan ayahnya sendiri dan agar lelaki bernafsukan binatang itu dapatku humbankan ke penjara!
“Dah lama awak sampai Balkis?”
“Tak adalah lama sangat.”
“Kes baru ke?”
Dr. Zaiti memandang sekilas ke arah gadis yang sedang duduk di sebuah kerusi di belakang Balkis.
“Budak bawah umur. Nama dia Dalila.”
“Awak dah hubungi Inspektor Alvin Yee?”
“Dah. Dia yang suruh saya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan laporan sebelum ke balai polis. Nasib baiklah awak yang bekerja syif malam. Kalau tak, susah jugak saya.”
Dr. Zaiti tersenyum melihat wanita di hadapannya ini. Balkis. Wanita ini dikenalinya lebih dua tahun yang lepas. Pertemuan pertama mereka mengenalkan Dr. Zaiti dengan kesucian dan kebaikan hati Balkis. Sewaktu itu Balkis datang membawa seorang gadis yang telah dirogol oleh mat‐mat rempit jalanan. Saat itulah hatinya terus terpaut untuk mengenali Balkis dengan lebih dekat lagi. Siapa sangka wanita muda seperti Balkis sudah mendapat gelaran Dr. di hadapan namanya. Bagi Dr. Zaiti, Balkis bukan sahaja seorang wanita yang baik tetapi terlalu baik. Siapa sahaja yang memerlukan pertolongan dan bantuannya pasti sahaja akan dibantu oleh wanita di hadapannya ini dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang imbuhan sebagai gantiannya.
“Awak okey ke Balkis?”
“Okey. Kenapa?”
“Saya tengok muka awak pucat semacam je. Awak tak sihat ke?”
“Taklah. Saya okey. Mungkin penat sikit je.”
Tipuku. Sedangkan badanku sudah berasa dedar.
“Ya ke?”
Ragu Dr. Zaiti. Masakan dia sebagai seorang doktor yang sudah terlalu banyak pengalaman tidak dapat membezakan seseorang yang sihat walafiat dengan seseorang yang terganggu akan kesihatannya.
“Betul. Zaiti, kalau boleh awak tolong cepatkan sikit ya pemeriksaan Dalila. Saya nak selesaikan
semuanya malam ni jugak.”
“Baiklah. Kalau macam tu saya bawa Dalila ke bilik pemeriksaan sekarang. Awak duduklah dulu.
Takut pulak saya nanti awak pengsan dekat sini.”
Aku hanya tersenyum mendengar keprihatinan sahabatku ini.
Setiap saat yang berlaluku rasakan begitu perlahan untuk menginjakkan waktu. Terasa dada ini
sentiasa berdebar saat menantikan hasil pemeriksaan yang akanku perolehi sebentar sahaja lagi. Tetapi istilah sebentar itu bagaikan berpanjangan waktunya. Aku bermundar mandir di koridor putih itu.
“Ya Allah. Lambatnya.”
Ujar hatiku. Penantian demi penantian akhirnya menamatkan waktu penyeksaan itu. Dari jauh
kelihatan Dr. Zaiti sedang beriringan dengan Dalila. Wajah gadis itu masih pucat. Segera merekaku dapatkan.
“Macam mana?”
Soalku laju.
“Dalila. Dalila duduk dulu ya. Doktor nak berbincang dengan Dr. Balkis dulu.”
Dalila hanya menurut perintah.
“Awak nak berbincang di sini ke, atau masuk ke bilik saya?”
“Dekat sini je.”
Deras jawapanku.
“Baiklah.”
Kata sepatah itu menumpahkan perhatian Dr. Zaiti sepenuhnya terhadap diriku.
“Balkis. Sebenarnya setelah saya membuat pemeriksaan terhadap Dalila… Ada perkara yang
mengejutkan saya. Pada sangkaan saya Dalila hanya dirogol. Tetapi sebenarnya lebih dari itu.”
“Apa maksud awak?”
Dr. Zaiti menarik nafasnya perlahan. Lenganku digenggam lembut. Perlakuannya itu bagaikan
hendak menenangkan aku.
“Dalila bukan sahaja dirogol, tetapi juga diliwat berkali‐kali.”
“Ya Allah.”
Nama Penciptaku sebut bersama linangan air mata dijemput.
“Sabar Balkis. Awak perlu kuat. Kalau tak macam mana awak nak berikan sokongan pada
Dalila.”
Ku anggukkan kepala tanda mengerti. Namun juraian air mata masih megah menampilkan diri.
“Dan satu lagi berita yang buruk saya nak sampaikan pada awak.”
Pandanganku yang berkaca membawa erti agar sahabatku itu meneruskan bicara.
“Dalila mengandung.”
Membulat mataku dan bergetar tubuhku. Cepat sahaja Dr. Zaiti membawa aku ke dalam
dakapannya.
“Sabar Balkis. Sabar.”
Aku cuba tersenyum. Namun ternyata senyumanku begitu tawar. Jari jemari Dalila masihku
genggam kuat. Aku mahu gadis malang ini tahu sebesar manapun dugaan yang Allah kirimkan
padanya, aku akan sentiasa berada di sisinya.
“Inspektor. Dah lama ke Inspektor tunggu saya?”
“Taklah. Saya pun baru sahaja handle satu kes tadi. Balkis, you okey? Muka you pucat.”
“Okey. Cuma penat sikit.”
Jawapan yang samaku berikan ketika perihal kesihatanku dipertikaikan oleh Dr. Zaiti di hospital
tadi.
“Inspektor. Saya perkenal inilah Dalila.”
Inspektor Alvin Yee memandang tepat ke arah Dalila. Terasa silangan jari jemari Dalila kian erat
bertaut. Pasti gadis ini gementar. Aku membalas genggaman itu. Cuba memahamkannya tiada
apa‐apa yang perlu ditakutkan. Segalanya selamat di sini.
“Dalila pernah membuat sebarang laporan sebelum ni?”
“Belum Inspektor.”
“Baiklah. Kalau macam tu, mari ikut saya.”
Di saat aku turut beriringan membuntuti Inspektor Alvin Yee, terasa kepalaku berdenyut kuat
dan diikuti dengan pening yang maha hebat. Langkah kakiku bersilang sehingga hampir
merebahkan tubuhku. Mujur sahaja Dalila sempat menyambut diriku.
“Akak. Akak tak apa‐apa ke?”
“Tak. Akak okey.”
Aku cuba bangkit semula.
“Tak ada apa yang okey. I nak you berehat je dekat sini. Biar I sahaja yang uruskan kes ni.”
Agak tegas nada lelaki yang berpangkat Inspektor ini.
“Tapi…”
“Tak ada tapi‐tapi.”
Inspektor Alvin Yee pantas mengarahkan aku duduk di sebuah kerusi yang berkedudukan
sudut dan memberikan aku dua biji panadol berserta air mineral.
“I nak you makan panadol dan berehat. Pasal Dalila, you jangan risau.”
Aku memandang lembut wajah Dalila.
“Akak jangan risau ya. Dalila okey.”
Dalila cuba meyakinkan diriku sedangkan dirinya sendiri tengah berperang dengan ketakutan
untuk menghadapi perkara baru baginya. Aku menggenggam sekejap jari jemari Dalila danku
lepaskan selepas Inspektor Alvin Yee memberikan isyarat agar Dalila mengikutinya. Hanya
pandangan mataku sahaja mengiringi langkah kedua‐dua insan di hadapanku ini.
“Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada Dalila untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran
baginya menegakkan sebuah kebenaran. Permudahkanlah segala‐galanya, Ya Allah.”
Doa hatiku.
“Akak… Akak…”
Berpinar mataku. Kepalaku juga terasa sedikit berdenyut. Entah bila aku terlena aku sendiri
tidak pasti.
“Dalila…”
Lemah suaraku.
“Inspektor mana?”
“Inspektor ada dekat dalam lagi. Dia suruh Dalila tunggu dekat sini.”
“Semuanya okey?”
“Alhamdulillah. Semua bukti dah kukuh. Inspektor cakap peluang Dalila untuk menang kes ni
tinggi.”
“Syukur, Ya Allah.”
Aku tersenyum.
“Akak… Dalila nak minta maaf ya.”
“Kenapa pulak Dalila nak minta maaf?”
Tersentuh lagi hatiku melihat wajah sayu di hadapanku ini.
“Dalila dah banyak susahkan akak. Sampai akak sakit‐sakit macam ni. Padahal akak bukannya
siapa‐siapa dengan Dalila. Kita tak ada sebarang ikatan darah. Tapi, akak sanggup bantu
Dalila.”
“Tak. Dalila tak ada susahkan akak langsung. Dan mulai sekarang, akak nak Dalila anggap akak
macam kakak Dalila. Sebab akak pun tak ada adik.”
Air mata usahlah kau tumpah lagi! Kata‐kata itu hanya mampu diingatkan oleh minda tetapi
apabila sampai ke hati cepat sahaja ianya ditolak ke tepi. Merembes lagi air mataku dan
berpelukan kembali kami berdua.
“Ehem…”
Berdehem Inspektor Alvin Yee. Terlerai pelukan dan cepat air mataku seka. Aku bangkit dan
berhadapan dengan lelaki berbangsa Cina ini.
“Macam mana Inspektor?”
“Okey.”
“Okey je? Maksud saya macam mana dengan kes Dalila.”
“Balkis. I takkan ulas tentang kes Dalila pada waktu ni. I akan hantar youdan Dalila pulang ke
rumah dulu. Besok. Bila keadaan you dah sihat baru kita akan berbincang.”
“Tapi…”
“Tak ada tapi‐tapi.”
“Baiklah. Kalau Inspektor tak nak berbincang sekarang. Saya setuju. Tapi, tak payahlah
Inspektor susah‐susah nak hantar saya dan Dalila pulang. Saya drive sendiri ke sini tadi.”
“I tahu… You boleh tinggal kereta you dekat sini. Besok bila you ada masa you ambillah kereta
you tu.”
“Terima kasih jelah Inspektor. Saya tak nak susahkan Inspektor.”
“Balkis. I rasa you masih kurang jelas akan maksud I. I tak boleh lepaskan you untuk memandu
kerana keadaan you sekarang ni tak berapa stabil. Itak nak ada apa‐apa perkara buruk yang
berlaku semasa perjalanan you pulang nanti. You fahamkan maksud I.”
Aku memikirkan rasional alasan yang diberikan oleh lelaki di hadapanku ini.
“Akak. Apa kata, kalau akak ikut je cakap Inspektor. Dalila risaukan keadaan akak.”
Pujuk Dalila. Nafasku hembus perlahan dan akhirnya anggukan kecilku berikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan