MANISSA memejamkan mata sambil membiarkan angin petang mengelus lembut wajahnya. Terasa dingin menyapa seluruh raut wajahnya ketika itu. Udara segar petang itu disedut dalam‐dalam lalu dilepaskan perlahan‐lahan. Ada kelegaan yang teramat sangat membaluti tubuhnya ketika itu. Nyaman dan mendamaikan perasaan. Perlahan‐lahan matanya dibuka dan pandangan terus melekat ke laut lepas yang terbentang luas. Kedengaran deburan ombak menghempas tatkala buih‐buihnya yang memutih berkejaran menuju ke pantai.
Alangkah indah dan bahagia dunianya saat itu. Ombak terus menderu, angin petang terus berdesir sambil berlagu. Kelihatan sepasang burung camar terbang rendah dan seketika melayahkan sayapnya di permukaan laut. Bahagia jiwanya saat itu, bagaikan tidak ada masalah yang berlaku. Kehadirannya di Ombak Bidara Chalet itu bagaikan pelengkap mengusir pergi derita semalamnya. Emosinya kembali tenang apabila mendengar bunyi ombak menghempas pantai.
Dia masih berdiri di jendela kecil dari biliknya yang menghadap laut. Sedang asyik menikmati
panorama indah di petang itu, bunyi deringan telefon tangannya mengganggu ketenangan yang sedang dinikmati. Sejak daripada tengahari tadi, telefonnya tidak henti‐henti berbunyi. Melihatkan nama yang tertulis di skrin telefonnya, wajahnya nampak sebal. Dia sudah membuat keputusan, sesiapa sahaja yang menelefonnya saat itu tidak akan dilayan. Biar penting macam manapun dia tetap tidak akan menyahut panggilan yang masuk. Baik ayahnya atau kawan‐kawannya tetap tidak akan dilayan. Biarpun mesej yang masuk beratus kali atau panggilan yang masuk beribu kali, dia tetap akan membisu. Berapa banyak mesej yang dihantar oleh Suzy, satu pun tidak dijawabnya. Biarlah apa Suzy hendak kata kepadanya, dia sedikit pun tidak kesah.
“Hiss….tak boleh nak aman sikit! Ada saja gangguannya!” bebelnya sendiri.
Ketenangan yang baru dinikmati terus terganggu. Kedamaian yang mula menjamah dirinya terus tergugat. Manissa cepat‐cepat mengambil telefonnya lalu menekan butang offnya.
Kemudian telefon itu dicampakkan dengan kasar ke atas katil. Baru puas rasa hatinya. Suasana sepi seketika. Seketika dia tersenyum puas. Dia kemudian beredar dari jendela kemudian duduk di birai katil. Bantal dan kain cadar di atas katil nampak berselerak. Sepanjang menghuni bilik itu, dia memang tidak larat hendak berkemas. Selain perasaannya yang terganggu, dia juga kepenatan kerana memandu jauh.
Hampir tiga jam dia memandu dari Kuala Lumpur telah memba wanya sampai ke situ. Selepas
peristiwa pertengkaran dengan ayahnya di pejabat tempohari, dia terus membawa dirinya. Akhirnya negeri Melaka yang terkenal dengan imej negeri pelancongan telah menjadi destinasi akhirnya. Berdasarkan pengalaman, dia terus memandu menuju ke kawasan pantai peranginan yang begitu sinonim dengan negeri ini. Setelah lama memandu, akhirnya Ombak Bidara Chalet menjadi tempat persinggahannya.
“Err….masih ada lagi bilik yang kosong?” tanya Manissa sewaktu baru sampai petang semalam.
“Alhamdulillah…masih ada satu bilik yang kosong. Kebetulannya ada tempahan yang dibatalkan jadi mungkin rezeki saudari untuk tinggal di chalet ini…,” jawab seorang anak muda yang menjaga kaunter pertanyaan.
“Terima kasih…..syukur…err….bayarannya macam mana?,”
“Ermm….berapa hari saudari mahu menempah bilik ini?”
“Tak pasti berapa hari….sampai saya jemu duduk di sini,”
Pemuda itu agak terkejut dengan jawapan Manissa itu. Ditenungnya Manissa dengan senyuman sinis berbunga di bibirnya.
“Janganlah main‐main saudari….saya tanya serius ni,”
“Siapa kata saya main‐main? Memang saya serius!”
“Sentaplah pulak! Janganlah marah saudari….saya cuma bertanya,”
Melihatkan muka Manissa yang masam mencuka, pemuda itu mula kendur dan cuba memahami perasaan perempuan yang berada di hadapan matanya itu.
“Okeylah…..maafkan saya…..terpulanglah berapa lama saudari nak menginap di sini. Selagi bilik itu kosong selagi itulah saudari boleh duduk di situ….okey…..puas hati?”
“Kalau cakap macam itu kan senang….tak adalah saya nak marah awak!” bentak Manissa lagi.
Dia masih terbawa‐bawa lagi perasaan marahnya sehinggakan pemuda yang tidak tahu apa-apa itu turut menerima leterannya. Memang geram hatinya saat itu. Sudahlah hatinya disakiti dengan perlakuan sumbang ayahnya dengan Sarah Aqilah, kini pemuda ini pula mahu mengusiknya. Memang hendak kena leterlah pemuda ini. Jauh di sudut hati pemuda itu pula berkata, boleh tahan juga garangnya perempuan ini. Mungkin adalah sesuatu yang tidak kena, fikirnya dalam hati.
“Err…..ini kunci biliknya….nombor bilik 66…..dengan sewanya RM 60 semalam….kalau ada apa-apa masalah, saudari boleh datang ke pejabat kami..,” beritahu pemuda itu agak berhemah.
“RM 60 semalam? Betulkah apa yang awak cakap ni?” ulang Manissa sekali lagi.
“Betullah….kenapa dengan saudari ni?”
“Kenapa murah sangat?”
“Dah bertahun‐tahun kami berniaga….memang itulah harganya,”
“Terima kasih…err…maafkan..,” pinta Manissa apabila mula menyedari kekasaran bahasa yang
digunakan tadi terhadap pemuda itu.
Pemuda itu hanya tersenyum sahaja tanda memahami situasi yang berlaku. Dia memang tidak kesah pun kerana sudah biasa berjumpa dengan pelanggan yang macam‐macam kerenah semasa menghuni di chalet itu. Kunci bertukar tangan dan Manissa berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan sambil menggalas sebuah beg berisi pakaian di bahu.
Teringatkan peristiwa itu, membuatkan Manissa tertawa kecil. Itu kisah petang semalam sewaktu dia mahu masuk menginap di chalet itu. Tidak pasal‐pasal pemuda yang tidak bersalah itu menjadi tempat dia melepaskan geram dan marahnya. Orang lain yang punya angkara, orang lain pula yang menerima akibatnya. Selepas mengemaskan bantal dan kain cadar yang agak berselerak itu, Manissa merebahkan dirinya ke arah katil. Terasa pulak matanya mengantuk apabila didesir nyaman angin petang itu.
Saat matanya mahu terpejam, kedengaran pintu biliknya diketuk orang. Serta merta ketenangannya kembali terganggu. Geram sungguh hatinya dengan gangguan itu. Tadi bunyi telefon yang menggangu, sekarang bunyi ketukan pintu yang bertalu‐talu pula cuba mengganggunya. Dia bingkas bangun sambil mulutnya tetap melepaskan kata‐kata marahnya.
“Siapa pulak yang buat kacau ni? Hmm….tak aman langsung! Ada saja benda yang nak
mengganggu!” bebelnya lagi. “Memang nak kena ni!”
Ketukan dari luar pintu masih bertalu‐talu. Hatinya semakin geram.
“Hoi…..boleh sabar sikit tak? Boleh tunggu tak?” jerit Manissa dari dalam bilik itu.
Manissa menolak daun pintu dengan agak kasar. Apabila pintu terbuka kelihatan seorang perempuan tua tegak berdiri di situ dengan muka sedikit tertunduk. Nampak sangat perempuan tua itu agak ketakutan.
“Tak tahu nak bagi salamkah? Apa hal ni?” jerkah Manissa lagi.
“Err….ma..maafkan mak cik nak…..mak cik dapat arahan supaya hantar tuala mandi ke sini….,”
agak terketar‐ketar suara perempuan tua itu.
Sebaliknya, tiba‐tiba Manissa terdiam seribu bahasa. Perkataan kasar yang terkeluar daripada
bibirnya tiba‐tiba terhenti di situ. Matanya tepat memandang ke arah perempuan tua yang betul‐betul berada di hadapannya itu. Tanpa sedar bibirnya mula menguntumkan senyum.
Kelopak matanya mula terasa panas. Pasti ada air mata yang akan gugur sebentar nanti.
“Mak Intan tak kenal saya?” tiba‐tiba sahaja soalan itu meluncur keluar dari bibirnya.
Mendengar namanya disebut, perempuan tua itu terus mendongak lalu menatap dengan pandangan teliti ke arah wajah anak gadis yang masih tercegat di hadapan pintu itu. Seketika pandangan dua insan ini bertemu menjadi satu. Nampak di bibir perempuan tua itu terkumat-kamit.
Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan.
“Ini Manissa bukan?”
Manissa tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya hanya dibalas dengan senyuman terukir di bibir. Air mata mula gugur menuruni lurah pipinya. Begitu juga dengan perempuan tua yang dipanggil Mak Intan itu. Tanpa sedar mereka berdua sedang berpelukan.
“Maafkan Nissa….maafkan Nissa…Mak Intan…,”
“Mak Intan pun macam itu juga….tak sangka boleh jumpa Nissa di sini..,”
“Nissa sudah kurang ajar tadi….cakap kasar dengan Mak Intan…,”
“Sudahlah tu…Mak Intan dah maafkan…..salah Mak Intan juga….tak bagi salam terlebih dahulu…,”
Setelah agak reda dengan tangisan, keadaan mula terkawal. Manissa dan Mak Intan sangat
bersyukur dengan pertemuan itu. Hampir setahun mereka tidak bertemu dan akhirnya
bertemu di Ombak Bidara Chalet. Sesuatu yang memang Manissa tidak menduga dengan
pertemuan itu.
“Dah lama Mak Intan kerja sini?”
“Sejak berhenti kerja dari rumah Nissa dulu lagi….hampir setahun,”
“Sekali lagi Nissa minta maaf….atas apa yang Nissa dah buat pada Mak Intan dulu. Nissa rasa
bersalah sangat‐sangat,”
“Sudahlah Nissa…perkara yang lepas biarlah lepas. Mak Intan dah maafkan…lagipun Mak Intan
dah tak ingat apa‐apa pun lagi,”
“Terima kasih Mak Intan….sayang Mak Intan,” serta merta Manissa kembali mendakap erat
perempuan tua yang pernah menjadi pembantu rumahnya dahulu.
“Kamu buat apa di sini? Datang bercuti?” soal Mak Intan.
Manissa tidak segera menjawab pertanyaan itu. Wajahnya kembali sugul. Mak Intan dapat
menangkap kekeruhan yang terkumpul di wajah Manissa. Bukan baru hari ini dia mengenali
Manissa, malah bertahun‐tahun lamanya. Manissa cuba mengalih pandangannya ke arah laut
lepas. Ada perasaan sebak kembali mengundang dalam dadanya. Derunya mula panas terasa.
“Ermm….kamu gaduh lagi dengan Datuk bukan?”
Tiada juga jawapan yang keluar dari mulut Manissa. Mendengarkan nama ayahnya disebut
oleh Mak Intan, makin bertambah hancur perasaannya. Tidak ada apa yang hendak
dibanggakan dengan lelaki itu. Bukannya sayang malah perasaan benci semakin tebal di
dadanya. Setelah dapat mengawal perasaannya, Manissa kembali bertentang mata dengan
Mak Intan.
“Nissa dah tak ada sesiapa lagi sekarang….sepi sangat rasanya hidup ini. Ibu dah lama balik
London….ayah pun dah berubah….ayah bukan lagi ayah Nissa yang dulu….hancur rasanya
hidup Nissa….luluh rasanya jiwa ini….,” ujar Nissa terus meluahkan rasa yang terbuku di
hatinya.
“Nissa sabar…..ini mungkin ujian Allah pada Nissa…..apa nak dibimbangkan….Mak Intan kan
ada….tak baik meratap macam ini….mungkin ada hikmah yang tersembunyi sebalik kejadian
ini…..Nissa perlu banyak bersabar….bersabar dan terus bersabar…,”
“Sampai bila harus Nissa bersabar Mak Intan? Sampai bila?”
“Sampai Allah SWT bukakan hati mereka untuk terima Nissa semula….,”
Manissa terdiam sebentar walaupun sedannya masih kedengaran sekali sekala. Mendengarkan
kata‐kata Mak Intan, lega sedikit rasa hatinya. Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di
hatinya. Rasanya tidak sia‐sia dia memandu jauh sehingga sampai ke situ. Mungkin Allah
sudah mengaturkan perjalanan hidupnya begitu. Hikmahnya yang tersembunyi telah menjadi
nyata. Pertemuan dengan Mak Intan memang tidak diduganya.
“Kalau Nissa nak tahu…di sinilah kampung Mak Intan. Rumah Mak Intan pun tak jauh dari sini.
Nanti bolehlah pergi rumah Mak Intan,”
“Tak apalah Mak Intan….biar Nissa duduk di sini saja…..nanti ada masa Nissa mesti nak pergi
rumah Mak Intan,”
“Jangan segan‐segan Nissa….kita bukan baru kenal….lagi pun Mak Intan duduk pun seorang
saja…..kamu dah macam anak Mak Intan juga,”
“Terima kasih Mak Intan kerana memahami…..syukur sangat‐sangat dapat jumpa Mak Intan
kembali…..rasa hilang segala masalah…,”
“Okeylah Nissa….biar Mak Intan buat kerja dulu…..nanti ada pulak yang datang mencari. Apaapa
hal nanti cari Mak Intan…,”
“Baiklah….Mak Intan pergilah buat kerja dulu. Nanti kena potong gajilah pulak!”
Mak Intan tergelak apabila mendengar usikan Manissa. Dia kemudiannya segera meninggalkan
Manissa. Banyak masanya telah dihabiskan di situ. Manissa pula merasa sungguh bahagia saat
itu. Sebahagian daripada masalahnya telah hilang. Terasa tenang dan lapang dada ketika
pandangannya sekali lagi tertumpah ke dada laut. Semilir angin petang terus bertiup lembut.
Warna mega mula mengapung di dada langit. Suasana tenang mula membaluti hati kecil
Manissa dan juga kawasan persekitaran Ombak Bidara Chalet itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan