DEBARAN di dada rasa tak tentu hala sebaik menjejakkan kaki ke Balai Berita Metro. Sebelum
masuk ke dalam bangunan itu, sempat juga dia menjeling Alexander Zulkarnaeen Properties di
hujung sana. Mudah‐mudahan tiada lagi perjumpaan tak sengaja dengan Alexander Zulkarnaeen. Menghadap Alexander Zulkarnaeen yang tak pernah jemu mengejarnya buat Intan Nawrah sesak nafas.
“Eh, entah‐entah dia owner Alexander Zulkarnaeen Properties tak? Kenapa nama sama?” tanyanya pada diri sendiri apabila memorinya mengesan sesuatu.
Ingatannya masih mengenang Alexander Zulkarnaeen, padahal dia sedang menunggu untuk melapor diri kepada ketua jabatan. Tapi kalau betul lah dia owner Alexander Zulkarnaeen Properties, memang patutlah dia marahkan aku. Dia banyak duit dan aku pulak nak mintak duit dia, ratus ribu pulak tu. Memang aku dah gila, cakap tak guna otak! Padahal kalau tak nak, aku boleh cakap elok‐elok yang aku tak nak dia. Bila aku buat macam tu, aku menghina diri aku sendiri, dia apatah lagi. Lagi hina aku di mata dia. Intan Nawrah terus membebel di dalam hati, langsung tak sedar yang namanya dipanggil beberapa kali.
Staf wanita itu menggeleng sahaja. Ada senyuman pada bibirnya.
“Cik Intan, melamun ke?” sapa satu suara asing di telinganya. Intan Nawrah memanggung mukanya pada tuan yang menyapa.
“Eh, maaf. Cik panggil saya, ke?”
“Ha ah, Intan Nawrah tu nama cik, kan?”
“Ye, saya. Bos nak jumpa Cik Intan sekarang. Ikut saya, ye?”
“Oh, terima kasih!” Balas Intan Nawrah. Sebuah senyuman dihadiahkan buat staf bertudung ungu itu. Dia terus menapak masuk ke dalam Unit pentadbiran. Di kiri kanan lorong kecil itu ada beberapa orang staf yang sedang sibuk dengan tugasan masing‐masing. Dia terus berjalan sehingga tiba di sebuah bilik kecil, bertanda nama Muhammad Habil.
“Bos, kat dalam.” Beritahu wanita itu, tersenyum. Intan Nawrah mengangguk. Dia menghulur tangan untuk berjabat dengan staf itu.
“Terima kasih. Saya Intan Nawrah.”
“Sama‐sama. Saya Amani.” Jawab Amani, menyambut tangan yang dihulur Intan Nawrah.
Mereka berbalas senyuman sebelum Intan Nawrah meminta diri untuk masuk ke dalam.
“Duda tak ada anak tu, Intan.” Usik Amani, ketawa kecil. Intan Nawrah yang baru mengetuk pintu berpaling kepadanya. Dia ikut ketawa sebelum terdengar arahan di dalam.
“Assalammualaikum, Encik Habil.”
“Waalaikumussalam warahmatullah. Jemput duduk.” Pelawanya, mengangkat muka sekali, kemudian mengangkatnya lagi. Kali ini matanya lama melekat pada Intan Nawrah sebelum tangannya menunjukkan kerusi untuk diduduki.
“Cik Intan Nawrah?”
“Ye, saya Encik Habil.”
“Tahniah, Cik Intan berjaya mengisi jawatan wartawan di Balai Berita Metro.” Ucap Muhammad
Habil, mengulum senyum buat Intan Nawrah. Dia memuji paras Intan Nawrah yang ayu dalam diam.
“Terima kasih, Encik Habil. Mulanya saya tak letak harapan pun memandangkan ramai yang datang untuk temuduga tempoh hari. Tapi tak sangka, rezeki saya akhirnya.”
“Rezeki awaklah tu, Cik Intan.”
“Kita ada kekosongan dua unit. Saya pun masih menunggu seorang lagi staf melapor diri. Buat masa ni saya tempatkan awak di Unit Sukan. Jadi wartawan kena aktif turun padang, Cik Intan tahu, kan?” Tanya Muhammad Habil, menyorot mata tepat ke arah wajah Intan Nawrah.
Intan Nawrah mengangguk tanda faham. Dia sempat merasa pengalaman menjadi wartawan selama empat bulan sewaktu Internship dahulu. Daripada wartawan senior, dia belajar tentang cara mendapatkan bahan dan menulis artikel. Rasanya dia masih ingat dan yakin boleh buat.
“Sebagai ketua, saya nak pesan supaya awak bekerjasama dengan rakan‐rakan yang lain. Kalau tak tahu, tanya pada senior. Insya‐ALLAH, diorang akan membantu.”
“Insya‐ALLAH Encik Habil. Saya yakin boleh buat dengan bantuan senior‐senior.” Jawab Intan
Nawrah, yakin. Semangat baru dah menyerap masuk ke dalam dirinya. Intan Nawrah teruja dan tak sabar lagi nak memulakan kerjanya.
“Bagus. Saya suka semangat macam ni.”
“Kejap lagi, awak serah semua dokumen yang perlu pada Amani. Dia akan uruskan bahagian
perjawatan. Lepas tu, dia akan tunjukkan Unit Sukan pada awak.”
“Okay.”
“Selamat bertugas, Cik Intan Nawrah. Tahniah!”
SEMINGGU berlalu bagai setahun yang menyiksakan. Tak pernah dia rasa sulit begitu padahal dia dah menempuh pelbagai dugaan yang lebih hebat dari ini. Ditikam dari belakang, dimaki dan dicemuh, Alexander Zulkarnaeen dah menempuhinya berkali‐kali. Rupa‐rupanya, dalam sebegitu banyak pengalaman, pengalaman mengejar Intan Nawrah lah yang paling menyakitkan hati dan tidak dapat dilupakan dengan mudah.
“Apa ubat orang kecewa?”
“Move on, AZ! Move on!” Pujuknya, menyuntik semangat sendiri.
Kali ini dia rasa semua yang dirancang tak berjaya. Atau mungkin berserah saja dengan pilihan emak di kampung. Ataupun terus saja dengan temuduga calon isteri yang dah dibatalkan sebelumnya. Mana tahu dia akan jumpa pilihan yang lebih baik dari baki calon yang belum ditemuinya sebelum ini. Jam terakhir sebelum lima petang, Alexander Zulkarnaeen memanggil semula Adam ke dalam biliknya.
“Bos.” Sapa Adam, hormat.
“Adam, callbalik calon yang kau dah batalkan temujanji tu. Telefon semuanya dan set semula
temujanji mulai hari esok. Masuklah di celah‐celah jadual aku yang nampak free. Asalkan, waktu tu, aku ada di pejabat.”
“Reset appoinment bos?” Soal Adam, bagai tidak percaya.
Mudahnya Alexander Zulkarnaeen ni. Hari tu beriya‐iya tak mahu bertemujanji sosial lagi. Hari ni, lain pula kisahnya. Bukan main cantik lagi dia tetapkan temujanji tu, bukan seorang tapi tiga puluh orang. Bayangkan dia terpaksa menelefon setiap seorang dari mereka dengan ragam yang menyakitkan kepala. Kemudian, dia menelefon pula sebahagian daripada mereka untuk
membatalkannya pula. Ketika itu dia rasa aman sekejap, bahagia seolah‐olah berada di rumah The Hobbit, New Zealand, sehinggalah tadi apabila segala‐galanya musnah, direntap dengan mudah oleh Alexander Zulkarnaeen.
“Ye. Reset, mulai esok.”
“Alahai bos...”
“Alahai apa?”
“Alahai malasnya saya.” Luah Adam tersengih‐sengih. Tak kiralah Alexander Zulkarnaeen marah
sekalipun, dia tetap nak meluahkan juga perasaan itu. Padanya, setting appointment adalah pekerjaan paling susah di dunia.
“Habis tu, kau nak suruh aku lah buat, ya? Apa tujuan aku lantik kau sebagai PA?”
“He he he. Okay bos, jangan marah‐marah lagi. Saya buat.”
“Alahai...nak meluahkan perasaan sikit pun tak boleh.” Luahnya lantas membawa fail coklat yang diserahkan Alexander Zulkarnaeen. Suaranya masih kedengaran walaupun merungut perlahan.
Di luar, cuaca semakin redup. Biological clocknya terdetik, itu masa balik bagai semua staf
Alexander Zulkarnaeen Properties, termasuklah dirinya sendiri. Hari ini, sama seperti beberapa hari yang lepas, dia mahu balik tepat jam lima petang. Mood perasaannya masih belum pulih dek kerana Intan Nawrah.
“Ah! Intan Nawrah lagi. Orang nak kikis duit pun, aku masih terkenang‐kenang lagi?” marahnya
dengan rasa sebal. Dia memastikan suis laptop dan penyaman udara dimatikan sebelum menapak keluar dari ruang kerja itu.
“Adam...”
“Ye, bos.”
“Sambung esok aje. Balik rumah dulu jumpa anak bini.” Tegur Alexander Zulkarnaeen sebelum
menapak kembali. Ruang pejabat semakin kosong, kalau dibilang dengan jari, masih ada seorang dua yang sedang menyiapkan tugasnya. Dan di antara mereka, dia cukup kenal siapa yang sangat komited dengan kerja dan siapa yang tidak. Siapa yang berpura‐pura dan siapa yang benar. Diam Alexander Zulkarnaeen, dia meneliti.
Kereta dipandu perlahan menyusuri laluan kiri. Dari jauh dia nampak kelibat seorang wanita sedang menunggu bas. Dia masih mengigaukan Intan Nawrah atau wanita itu benar‐benar Intan Nawrah? Dek kerana rasa tidak puas hati, rasa dipermainkan oleh ilusi mata, dia berhenti di bahu jalan. Masakan Intan Nawrah di Cameron Highland boleh berdiri di Mont Kiara pulak?
Dan dek kerana mahu memuaskan hati sendiri, dia buat keputusan untuk mendekati wanita itu.
“Intan Nawrah?” Sapanya, membuak‐buak ingin tahu.
Intan Nawrah berpaling, tetapi tergamam kerana tidak menyangka akan bertemu lagi buat sekian kalinya. Dia tahu Alexander Zulkarnaeen Properties ada di sana, namun seminggu berlalu, tiada tanda yang mereka akan bertemu lagi. Walaupun jauh di sudut hati, dia berharap mereka dapat bertemu lagi kerana dia ingin meminta maaf atas keterlanjuran kata, namun harapan bagai tiada. Adakah lelaki ini memang jodohnya? Terdetik soalan itu tatkala pandangan mereka terikat.
“Awak buat apa kat sini?” Tanya Alexander Zulkarnaeen lagi. Intan Nawrah tak menyahut, cuma
jarinya sahaja bergerak ke belakang, tepat ke arah Balai Berita Metro.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan