Label

Khamis, 1 Disember 2016

NOVEL Darlingku Minah Angau Bab22

Harith Mishka memerhatikan Anggun Danisha dengan wajah yang serius. Pen yang berada di tangannya diketuk‐ketuk perlahan di atas meja. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari bibirnya.

Debaran di dada Anggun Danisha semakin memuncak. Dia hanya mendiamkan diri menunggu bicara lelaki itu. Dia tahu kali ini dia perlu bersedia sepenuhnya sebelum dibasuh sepuasnya oleh lelaki bengis di hadapannya ini.

“Kenapa?” tanya Harith Mishka sepatah.

Anggun Danisha yang sebentar tadi hanya menunduk terus memandang lelaki itu. Keningnya
dikerutkan sedikit. Sememangnya dia sukar untuk faham dengan pertanyaan sepatah daripada lelaki itu.

“Kenapa kau tiba‐tiba sahaja mahu further study?” tanya Harith Mishka lagi.

Anggun Danisha mengetap bibirnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu berterus‐terang dengan lelaki di hadapannya ini. Dua peranan yang dimainkan oleh lelaki itu terhadapnya membuatkan dia menjadi serba salah. Sudah tentulah lelaki ini tidak akan menerima alasannya yang mahu memperjuangkan cintanya.

“Adakah Bunyamin yang kau tergila‐gilakan itu adalah Dr Bunyamin bin Ikhwan?” tanya Harith
Mishka serius.



Nyata Anggun Danisha tersentak dengan tembakan tepat daripada lelaki itu. Dia mengetap bibirnya kuat. Tidak tahu bagaimana mahu membohongi lelaki di hadapannya ini.

“Answer my question, Anggun,” kata Harith Mishka.

Anggun Danisha memanggungkan wajahnya. Panggilan Anggun itu menarik perhatiannya. Selama ini tidak ada sesiapa pun yang memanggilnya dengan panggilan itu. Keningnya dikerutkan. Bila masa pula lelaki itu memanggilnya sebegitu?

“Dr Bunyamin itu ex‐boyfriend kau bukan?”

Harith Mishka mengulangi soalan yang sama. Dia bangun daripada tempat duduknya. Kaki diayun ke arah Anggun Danisha yang setia berdiri di hadapan mejanya.

“Aaa..”

“Dia yang kau tergila‐gilakan sampai kau buat keputusan untuk sambung belajar di sini? Kau juga yang berusaha mahukan dia menjadi supervisor kau supaya hubungan kau berdua akan bertambah rapat lagi,” tembak Harith Mishka tanpa henti.

Lambat‐lambat Anggun Danisha menganggukkan kepalanya. Dia tahu tiada gunanya dia berbohong lagi sedangkan Harith Mishka sudah dapat menghidu semuanya.

“Anggun Danisha, kau tak malu ke kejar lelaki? Macam sangap lelaki dah aku tengok kau ni! Just quit right now!” kata Harith Mishka. Pandangannya tepat memandang Anggun Danisha dengan wajah yang serius.

“Pardon?”

Sungguh Anggun Danisha begitu terkejut dengan bicara Harith Mishka itu. Debaran di dadanya semakin berkocak laju. Hatinya tidak senang dengan situasi sebegini. Dia sememangnya sangat terdesak mahukan cinta Bunyamin. Sungguh kala ini dia begitu terdesak dengan kasih sayang dan perhatian Bunyamin. Baginya dunianya hanya berputar kerana lelaki itu. Malah dia sanggup melakukan apa sahaja demi kekasihnya yang satu.

“I said just quit right now. Di sini bukan tempatnya untuk mengejar cinta. Lebih baik kau fikir cara lain untuk mengejar cinta kau daripada kau habiskan masa kau di sini,” kata Harith Mishka.

“Mishka.”

“You can’t hear me? I said quit and get out of here,” tengking Harith Mishka.

Anggun Danisha tidak tahu untuk berbuat apa. Hatinya tersentuh dengan tengkingan Harith Mishka itu. Dia rasa mahu menangis. Malah dia berasa begitu sedih apabila rancangannya ini mendapat tentangan daripada semua orang. Bunyamin dan Harith Mishka sama sahaja.

Mereka tidak dapat membaca kata hatinya.

“Aku akan telefon pihak pentadbiran supaya membatalkan kemasukan kau. Sekarang kau blah!” kata Harith Mishka dengan tegas.

Anggun Danisha semakin panik. Dia tidak sanggup menerima hakikat yang rancangan yang
dirancangnya ini mati di pertengahan jalan. Malah saat ini dia hanya mahukan Bunyamin lebih
daripada segalanya. Di dalam situasi genting sebegini Anggun Danisha tahu dia perlu merendahkan egonya. Tanpa malu dia duduk melutut di hadapan lelaki itu.

“Prof, I’m sorry. Please forgive me just this time. I tahu I dah buat kesilapan besar sebentar tadi. Tapi percayalah I tidak akan mengulanginya lagi. There is no way for me to quit. I hope you understand my situation,,” kata Anggun Danisha.

Harith Mishka menjeling. Dia tidak sangka Anggun Danisha begitu terdesak sehingga sanggup
menjatuhkan maruahnya sebegitu. Apa istimewanya Bunyamin sehingga gadis ini sanggup
menjatuhkan dirinya sebegini? Tahukah dia yang Bunyamin sudah berpunya? Dengan lemah Harith Mishka mengeluh.

“Sebenarnya bukan senang I mahu buat keputusan sebegini. Lebih‐lebih lagi apabila I buat keputusan untuk pulang ke Malaysia,” kata Anggun Danisha. Dia tertunduk. Perasaannya sebak.

“Minah angau macam kau apa yang kau tahu? Kau sememangnya tak layak untuk berada di sini! Ini bukannya tempat untuk kau menangih cinta!” kata Harith Mishka dengan sinis.

Anggun Danisha memejamkan matanya. Bicara sinis lelaki itu menikam hingga ke kalbu. Dia tahu tatkala ini lelaki di hadapannya ini sedang merendahkan kemampuannya. Mengangap dirinya bodoh dan terlalu menganggungkan cintanya.

“I said get out! You can’t hear me?” tengking Harith Mishka lagi. Dia mahu menunjukkan keseriusan pada bicaranya itu. Lagipun dia tidak mahu membazirkan masanya untuk mendidik seorang gadis yang sebenarnya tidak pernah serius untuk mengejar ilmu.

“There is no way for me to quit. Hampir enam bulan I hidup bagaikan orang gila di sana and here I find my life again. Dan sekarang you nak I berhenti? Sorry! I tak boleh biarkan sesiapa pun menghalang rancangan I ini! I will fight what I want,” kata Anggun Danisha dengan tegas.

Dia terus memandang Harith Mishka yang sedang memperlecehkan kemampuannya itu.

“Wow like romeo and Juliet. Sudah‐sudahlah hidup di alam fantasi,” ejek Harith Mishka. Tidak
dinafikan situasi dunia sekarang yang menayangkan lelaki yang semakin pupus, perempuan semakin desperate mendapatkan lelaki. Seperti perempuan yang berada di hadapannya kini.

“Please Mishka, I hope you understand my situation,” kata Anggun Danisha terus mendapatkan kaki lelaki itu. Dia mahu merayu dan terus merayu sehingga lelaki itu bersetuju dengan permintaannya itu.

“Hey apa yang kau buat ni!” jerkah Harith Mishka. Sungguh tatkala ini dia mula merasakan
perempuan desperate lagi menyeramkan daripada lelaki gatal.

“Please, Mishka. Jangan suruh I berhenti,” rayu Anggun Danisha sambil memaut seluar Harith
Mishka.

“Lepaskan aku!” jerkah Harith Mishka sambil menarik seluarnya yang hampir terlondeh akibat
tarikan gadis itu. Ish budak ni mahu tengok seluar aku terlondeh di sini ke?

“I tak akan lepaskan you selagi you tak berjanji you akan biarkan I terus belajar di sini,” kata Anggun Danisha terus kejap memegang seluar Harith Mishka.

“Okay! Okay! Kau boleh terus belajar!” kata Harith Mishka yang kalut menarik seluarnya.

Segera Anggun Danisha melepaskan pegangan kejapnya. Dia tersenyum lebar sambil memerhatikan Harith Mishka yang terkial‐kial membetulkan seluarnya.

“What’s wrong with you?” tanya Harith Mishka sambil menjeling tajam kepada Anggun Danisha.

“I’m sorry,” kata Anggun Danisha.

“Dengar sini Anggun, kalau kau buat sesuatu yang mencabar kesabaran aku, siaplah kau aku
kerjakan! Dan tatkala itu jangan haraplah kau akan boleh terus berada di sini. Kau faham?” ugut Harith Mishka.

“Faham, prof,” kata Anggun Danisha sambil mengangguk faham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan