Anggun Danisha membawa sepinggan nasi campur dan air sambil mencari‐cari meja yang kosong. Lehernya mengintai ke kiri dan kanan. Malangnya meja di kantin pendidikan itu sudah penuh dibanjiri manusia yang mahu memenuhkan perut mereka di waktu puncak begini.
"Prof Mishka, handsomenya dia," kata Zakiah sambil menyiku lengan Anggun Danisha. Anggun
Danisha berpaling. Mencari kelibat yang dimaksudkan. Bibir pula menceber dengan penyataan
Zakiah itu. Zakiah memang buta. Macamanalah Harith Mishka yang kedekut dengan senyuman tu boleh dikatakan handsome? Lainlah kalau Bunyamin kesayangannya. Memang sah sah la handsome!
"Anggun! Anggun Danisha!"
Tiba‐tiba nama Anggun Danisha dipanggil. Kelihatan Harith Mishka sedang melambai‐lambai ke arahnya. Dia mengetap bibir. Tak kan lah masa lunch hour dia nak suruh aku buat kerja!
Kata Anggun Danisha sendirian.
"Prof panggil kau tu! Pergilah kau duduk makan dengan prof," kata Zakiah.
Bibir diketap lagi. Cadangan Zakiah itu bukannya satu cadangan yang bernas. Tidak betah dia mahu makan bersama golongan profesor‐profesor ni!
"Kau?" tanya Anggun Danisha sambil memandang tepat ke arah Zakiah.
"Oohhh tak kuasa aku! Nanti tak kenyang aku nak makan," kata Zakiah. Kemudian tanpa ada riak bersalah terus sahaja temannya itu berlalu. Mencari meja kosong untuk dirinya.
Anggun Danisha mengetap bibir lagi. Macam la dia boleh kenyang jikalau makan bersama golongan‐golongan profesor ni. Dengan langkah yang berat dia melangkah juga ke arah Harith Mishka. Lelaki itu duduk bersama seorang wanita yang sudah separuh baya.
"Prof Melati inilah Anggun. Dia ni memang sentiasa perasan anggun jelita. Sebab tu dia suruh orang panggil dia Anggun," usik Harith Mishka.
Kurang asam! Dia panggil aku semata‐mata nak kenakan aku je! Anggun Danisha mengetap bibir. Nasib baiklah profesor Melati ada sekali kalau tidak berdas‐das tembakan dihadiahkan semula kepada Harith Mishka.
"Amboi Prof Mishka, dah pandai usik anak gadis orang. Ada apa‐apa ke?" balas Profesor Melati.
Anggun Danisha lihat muka Harith Mishka sudah merah semacam. Dia rasa mahu tergelak terguling‐guling apabila melihatkan wajah itu. Padan muka! Nak kenakan orang last sekali diri sendiri yang terkena!
"Prof Melati akan jadi supervisor kau! Nanti kau buat surat pertukaran," kata Harith Mishka. Dia
cuba control malunya dengan usikan Profesor Melati itu.
Anggun Danisha tercengang. What? Tukar supervisor? Kenapa tiba‐tiba? Kalau nak tukar pun
bagilah Bunyamin! Ni tak profesor tah mana‐mana! Dia ni memang sengaja tau nak susahkan hidup aku! Getus Anggun Danisha di dalam hati. Dia masih berdiri macam tunggul kayu di situ. Mereka ni tak de hati ke nak ajak aku duduk sekali? Dah lenguh ni aku pegang pinggan dengan air. Kang ada pula orang yang kena siram di sini.
"You tak de masalah kan tukar supervisor? Kebetulan I dan Prof Mishka tengah buat kajian tentang sistem pendidikan di Finland. Bila Prof Mishka kata you berasal dari sana tu yang I cuba pujuk Prof Mishka untuk bagi you pada I," terang Profesor Melati.
Bagi you pada I? Amboi diaorang ingat aku ni alat yang boleh diperdagangkan ke?
"Oh tak kisah," jawab Anggun Danisha serba salah. Tak kan lah dia nak cakap dia tak nak pulak!
Memang Mishka ni satu, suka sangat buat keputusan tanpa berbincang dengannya. Boleh pulak pass dia kat orang lain. Kalau pass kat Bunyamin oklah jugak!
“I really interested about Finnish school,” kata Profesor Melati. Bagi Profesor Melati sistem
pendidikan merupakan teras kepada sesuatu kekuatan negara. Negara yang kuat, lahirnya daripada sistem pendidikan yang mantap. Salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan yang menarik dan patut dicontohi oleh sistem pendidikan Malaysia adalah Negara Finland.
Sistem pendidikan Finland telah mencatat markah merit yang tertinggi dalam sistem kiraan PISA berbanding Malaysia yang hanya mendapat markah sepertiga terbawah. Sistem merit ini adalah sistem yang digunakan untuk membandingkan sistem pendidikan negara lain.
“Oh, sistem pendidikan di Finland memang terbaik. Di sana menjadi seorang guru adalah profesion pilihan di mana kebanyakan guru Finland terdiri daripada pelajar cemerlang yang mempunyai kelayakan sarjana. Finland memegang prinsip guru adalah penting untuk memacu ekonomi Negara,” cerita Anggun Danisha.
“Ya, Malaysia juga mahu mencontohi Finland. Sebab itulah dalam Pelan Pendidikan Malaysia
kementerian ada menyebut tentang tranformasi IPG yang mahukan profesion perguruan menjadi profesion pilihan dengan mengambil pelajar yang berada dalam kumpulan 30% teratas bagi kohort SPM atau mempunyai sekurang‐kurangnya 5A untuk mengikuti kursus perguruan,” kata Harith Mishka.
Mulut Anggun Danisha terbuka sedikit. Dia berasa kagum dengan kepetahan Harith Mishka
mengeluarkan hujahnya. Nampaknya lelaki ini bukan calang‐calang orang! Eh dia professor la!
Mestilah serba tahu!
“Kalau di Finland pelajar berinteraksi secara kerap dengan guru. Bilangan pelajar di Finland ialah 600 00 orang dengan nisbah 1:12 iaitu seorang guru dengan 12 orang pelajar. Dan di Finland ujian piawai adalah minimum. Pelajar Finland perlu mengambil ujian piawai apabila mereka berumur 16 tahun,” terang Anggun Danisha panjang lebar.
“Berbeza dengan di Malaysia. Kita jenis exam oriented. Ada macam‐macam peperiksan seperti
UPSR, PMR. SPM dan sebagainya,” tambah Profesor Melati pula.
“Sebab itulah di sana kanak‐kanak mempunyai banyak masa untuk hidup sebagai kanak-kanak.
Mereka tak de kerja rumah sehinggalah mereka meningkat remaja. Ini kerana bagi mereka kemahiran itu perlu dimahirkan di sekolah. Fokus pendidikan di Finland adalah pada pembangunan individu pelajar. Jika pelajar didapati lemah, pelajar tersebut akan diserahkan kepada guru yang lebih mahir.”
“Wah memang lain betul sistem pendidikan di Finland. Sebab itu saya mahu buat kajian yang
terperinci mengenai sistem pendidikan di sana. Mungkin dapat dijadikan contoh kepada kementerian kelak. Awak boleh bantu saya bukan?” tanya Profesor Melati. Dia cukup teruja dengan penerangan yang diberikan Anggun Danisha.
“Insya Allah, boleh,” kata Anggun Danisha. Namun di dalam hati menangis sendirian. Kenapa tidak ditakdirkan Bunyamin yang menjadi penyelianya?
"Tapi kau still jadi RA aku. Projek je kau buat dengan Prof Melati," kata Harith Mishka.
"Tak kisahlah. Asalkan I dapat gaji setiap bulan," jawab Anggun Danisha.
"Ingatkan nak ajak Bunyamin join sekali projek ni. Ya lah dia kan belajar di Finland dulu," kata
Profesor Melati.
Mendengarkan nama Bunyamin kesayangannya membuatkan Anggun Danisha mula teruja. Kalau Bunyamin join sekali projek ni mesti dia berpeluang untuk bersama dengan lelaki itu dengan lebih kerap lagi. Malah lelaki itu pastinya akan menjadi pakar rujuknya. Ya Allah tidak terbayang rasa hatinya jikalau semua ini jadi kenyataan. Mahu sahaja dia mendesak Profesor Melati untuk mengambil Bunyamin kesayangannya itu.
"Bunyamin memang pakar dalam sistem pendidikan Finland," tambah Profesor Melati lagi.
He is so hot! Genius! Talented! Gifted! Kalau boleh mahu sahaja dikongsi kekagumannya terhadap Bunyamin kepada Profesor Melati. Tanpa sedar hatinya sudah menerawang entah ke mana. Terbayang‐bayang wajah Bunyamin yang telah membuatkan dia penasaran.
"What is wrong with you??"
Anggun Danisha tersentak dengan suara yang agak kuat. Suara yang telah mematikan lamunannya. Anggun Danisha mengetap bibir. Geram. Kalau dia nak angau sikit mesti ada sahaja yang mengganggunya. Dengki betul! Dengan malas dia berpaling. Mulut terlopong tatkala pandangan melekat ke arah Harith Mishka yang sudah basah kuyup. Habis rambut dan baju lelaki itu basah dengan air. Aik apa kena dengan mamat ni? Hujan ke?
Segera Anggun Danisha mendonggak ke atas. Kantin berbumbung mana mungkin ada hujan yang boleh mengenai lelaki itu. Kalau pun hujan pastinya dia juga turut terkena tempiasnya. Dipandang lagi kepada Harith Mishka yang sudah masam mencuka. Ditelek lagi wajah itu yang sudah basah dengan air. Air berwarna merah! Aik, hujan apa warna merah?
Teringat sesuatu pantas dia melirik pandang ke arah gelas air di tangannya. Erkkk..kosong? Ke mana pergi? Rasanya dia belum minum lagi air ni. Dia pandang Harith Mishka dan gelas di tangannya silih berganti. Eh aku tersiram air kat dia ke? Ya Allah, macamana boleh aku tersiram air sirap dekat Mishka? Mesti penangan angau aku ni!
Dalam kekalutan itu sempat juga Anggun Danisha menangkap tawa Profesor Melati. Terkulat-kulat
dia memandang Harith Mishka yang mengibas‐ngibas badannya. Harith Mishka nampak marah benar. Mulutnya tidak habis habis membebel. Matanya mula tergegil macam mahu terkeluar dari soketnya. Anggun Danisha pula hanya mampu tersengih malu. Segera dia mengambil tisu untuk mengelap baju lelaki itu yang sudah bertompok‐tompok dengan warna merah.
"Hisy...tak payahlah! Tepi!"
Harith Mishka menepis kasar jari jemari Anggun Danisha. Geram sungguh dia. Apa yang ada di otak gadis itu sampai boleh tak sedar dia tercurahkan air kepadanya. Mesti angaulah tu! Bukan dia tak tau perangai Anggun Danisha yang pantang mendengar nama Bunyamin! Mulalah jadi tak menentu! Hisyyy penyakit angau dia memang kronik sangat. Kurang asam betul! Tebal juga muka apabila beberapa orang yang berada di kantin menoleh ke arahnya sambil tersenyum‐senyum sumbing. Mesti tengah ketawakan dirinya. Mana tidaknya, sampai habis satu gelas gadis itu menyimpah kepadanya. Budak ni memang sengaja nak kenakan aku ke?
"Maafkan I prof. I tak sengaja," kata Anggun Danisha tergagap‐gapap. Habislah dia. Tak pasal-pasal
gaji dia kena potong pula nanti!
"Maaf? Maaf? Kau ni kalau berangan sampai tak ingat dunia!" bebel Harith Mishka.
Anggun Danisha mencebek. Sombong! Orang minta maaf tu terima je lah! Kalau tau sombong
macam ni aku simbah nasi campur ni sekali baru puas hati.
"Sudahlah prof Mishka. Anggun dah mintak maaf. Mungkin dia tak sengaja," celah Profesor Melati. Dia masih tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Kelakar dengan Anggun Danisha. Macam mana boleh dia tersimbah air ke Harith Mishka? Budak ni memang sengaja menempah maut!
"Tak sengaja apa? Sampai satu gelas dia simbah kat baju aku!" renggus Harith Mishka. "Budak ni memang kuat berangan! Nasib baik air sejuk! Kalau air panas memang nahas aku kerjakan kau!" Harith Mishka memang tak sudah‐sudah membebel. Marah betul dia dengan sikap Anggun Danisha itu. Kalau tak kerana menjaga reputasi dia mahu sahaja ditampar gadis itu sampai lunyai. Tak fasal‐fasal dia pulak bermandikan air sirap dek kerana angau tak bertempat minah sewel ni!
Profesor Melati ketawa lagi. Geli hati pula dia apabila melihat wajah cemburut Harith Mishka.
Ditambah pula dengan wajah takut dan serba salah Anggun Danisha membuatkan dia rasa bagaikan digeletek.
"Prof, minta kunci kereta," kata Anggun Danisha. Dia mengetap bibir. Menunggu amukan kedua Harith Mishka.
Harith Mishka mendenggus. Wajah Anggun Danisha ditatapnya geram. Budak ni memang sengaja menaikkan kemarahan aku. Boleh pula dia tukar topik di saat saat genting begini!
"Kau nak buat apa dengan kereta aku? Nak simbah air sirap dalam kereta aku pulak?" tanya Harith Mishka sambil mata mencerlung garang ke arah Anggun Danisha.
Anggun Danisha menarik nafas dalam dalam. Membuang rasa perik diherdik dan dimarahi Harith Mishka sesuka hati. Dia tahu dia bersalah tetapi perlukah lelaki itu marah yang melampau‐lampau? Ish rasa macam nak simbah pula pinggan nasi ke muka dia!
"Bu..bukan..." kata Anggun Danisha tergagap‐gagap. "Saya nak ambik baju prof," tambah Anggun Danisha lagi.
"Ambil baju?" tanya Profesor Melati. Dia sudah tersengih‐sengih sendirian.
Anggun Danisha pandang Profesor Melati dengan penuh musykil. Kenapalah senyuman dia ni
semacam je?
"Macam mana you tahu prof Mishka ada baju dalam kereta?"
Oh tidak! Anggun Danisha menutup mulut. Tersedar dengan keterlanjuran diri. Dia lihat wajah Harith Mishka sudah memerah. Sampai telinganya juga sudah merah. Memang confirm lelaki itu marah betul kepadanya.
"You all berdua ni ada apa‐apa ke?"
Oh sudah! Harith Mishka mengetap bibir. Mata terus dibuntangkan kepada Anggun Danisha yang buat‐buat tidak dengar. Memang tak malu betul perempuan ni! Panas hatinya! Sengaja mahu memalukan dirinya di hadapan orang ramai.
"Patutlah you serahkan dia kepada I."
Anggun Danisha hanya mampu mengetap bibir dengan tanggapan tidak berasas Profesor Melati itu. Dia memberanikan diri menoleh ke arah Harith Mishka. Gulp! Berderau darahnya tatkala seraut wajah masam mencuka itu turut memandangnya. Macam lelaki itu mahu membahamnya hidup‐hidup!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan