ARIANNA turun ke tingkat bawah. Ruang tamu kelihatan kosong. Dia mengeluh halus
mengingatkan kemungkinan Shahril sudah pulang. Tiba‐tiba dia diserang rasa bersalah. Mungkin Shahril akan menyangka yang bukan‐bukan padanya gara‐gara dia tidak turun ke bawah ketika lelaki itu ada di rumah.
Ah! Esok aku akan minta maaf dengan Abang Shah. Aku bukan sengaja. Bisik Arianna. Langkah dilanjutkan ke ruang dapur. Arianna menghampiri Mak Senah yang sedang mencuci cawan di sinki.
“Mak Senah, Abang Shah dah balik ke?” tegur Arianna.
Mak Senah yang asyik mencuci tersentak. Cawan yang sedang dibilas terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai dan berkecai.
Arianna tergamam. Mak Senah lebih tergamam. Arianna tidak menyangka tegurannya akan
mengejutkan Mak Senah. Mak Senah lebih kaget. Tidak disangka keasyikan memikirkan tentang sikap dingin antara Arianna dan Shahril membuatkan dia tidak menyedari kehadiran gadis itu.
“Oops! Sorry Mak Senah. Rian tak sengaja. Rian tak berniat nak buat Mak Senah terkejut.”
Arianna pantas mengutip kaca yang bertaburan.
“Eh! Tak apa, Rianna. Biar Mak Senah kutip,” Mak Senah menghalang tindakan Arianna.
“Tak apalah. Biar Rian kemas.”
“Tak payahlah. Nanti tangan Rianna terluka.”
“Tak apa,” Arianna berdegil. Sebenarnya dia begitu merasa bersalah pada Mak Senah.
“Kenapa Senah?”
Pak Usin terjenguk di muka pintu dapur menuju ke luar. Dia dalam perjalanan ke rumah mereka yang terletak di sudut kanan banglo. Rumah yang dibina Dato’ Mokhtar untuk mereka sekeluarga ketika mula bekerja dahulu.
“Tak ada apa‐apa, bang. Cawan minuman terlepas dari tangan Senah. Pecah,” beritahu Mak Senah.
“Emm... lain kali hati‐hati,” ujar Pak Usin. Dia mengambil penyapu dan penyodok di bahagian luar.
“Arianna, tak payah kutip kaca tu. Nanti terluka,” larang Pak Usin. Dia menghulurkan penyapu dan penyodok kepada isterinya.
Arianna hanya tersengih sambil meletakkan kembali kaca yang dikutip. Tanpa diduga kaca itu
mencucuk jarinya.
“Ouch!”
“Kenapa Rianna?” tanya suami isteri itu serentak.
“Tak ada apa‐apa,” Arianna menyembunyikan jari yang sudah mengalirkan darah di belakang badan.
“Dah luka jari tu. Biar Mak Senah tengok.”
Mak Senah menyerahkan penyapu dan penyodok pada suaminya. Dia meraih jemari Arianna yang sudah terluka. Gadis itu langsung tidak memandang. Arianna sebenarnya mabuk darah.
“Sapukan ubat cepat, Senah. Nanti pengsan pula Arianna tu,” gesa pak Usin.
Mak Senah hanya mengangguk. Pantas dia mengheret Arianna ke bilik rehat yang terletak di sebelah ruang dapur. Pak Usin mengemas kaca yang bertaburan.
“Dah balut luka tu?” Pak Usin menjengah isterinya dan Arianna di dalam bilik rehat.
“Dah, bang,” jawab Mak Senah. Arianna sekadar tersengih. Dia masih menghidu minyak angin.
Cuba mengurangkan rasa pening.
“Emm... abang nak balik rumah kejap,” beritahu Pak Usin dan berlalu.
Mak Senah mengalihkan pandangan pada Arianna. Gadis itu sedang mengemas ubat yang digunakan ke dalam peti kecemasan.
“Dah okey?”
“Dah. Terima kasih, Mak Senah.”
“Sama‐sama. Rianna nak makan ke? Mak Senah panaskan lauk.”
“Tak apalah, Mak Senah. Rian ingat Abang Shah ada kat bawah. Sebab tu Rian turun,”
“Emm... Dah lama Shah balik.”
“Iye,” angguk Arianna.
“Kenapa Rianna? Maaf kalau Mak Senah tanya. Mak Senah nampak Rianna dengan Shahril lain
macam aje. Shahril ada sakitkan hati Rianna ke?” Mak Senah menduga membuatkan Arianna sedikit gugup.
“Eh! Tak adalah Mak Senah. Kita orang okey je,” Arianna berdalih walaupun tidak berniat untuk
membohongi Mak Senah.
“Emm... baguslah kalau macam tu. Tapi kalau Shah ada buat Rianna marah, beritahu Mak Senah. Biar Mak Senah piat‐piat telinga dia.”
“Ish! tak adalah. Kita orang okey je,” balas Arianna mengukir senyum.
“Err... Rian naik bilik dululah, Mak Senah,” Arianna bangun dari birai katil yang diduduki.
Mak Senah sekadar mengangguk. Dalam hati dia merasa sangsi dengan pengakuan gadis itu. Arianna menuju ke tingkat atas. Sewaktu melalui koridor menuju ke bilik, spontan mata menyorot pada pintu bilik Amir yang tertutup rapat. Entah kenapa dia terasa ingin menjenguk lelaki itu yang sekian lama tidak dipedulikan.
“Ah! Biarlah!” bantah Arianna. Kaki kembali diatur ke bilik tapi tiba‐tiba terhenti.
Kepalanya spontan terpaling ke belakang. Hati mula merasakan sesuatu. Merasa terlalu ingin untuk menjenguk ke dalam ruang yang gelap dan hapak itu.
Akhirnya Arianna akur. Dia melangkah ke bilik itu. Beberapa ketika dia berdiri di depan pintu
sebelum menolaknya perlahan. Arianna menjenguk ke dalam. Serta merta bau hapak beserta bau hanyir singgah di rongga hidung.
“Bau apa ni? Hanyir semacam aje.”
Arianna menggosok‐gosok hidung yang nyata tidak senang dengan bau itu. Kepala tiba‐tiba pening. Bau itu agak kuat. Hanyir yang terasa sedikit pahit seakan bau darah.
Darah? Arianna tersentak. Jemari pantas meraba suis lampu di dinding. Seketika bilik itu terang.
“Ya ALLAH!”
Arianna tergamam. Pandangan mata tajam memandang darah merah yang memenuhi lantai bilik. Setitis demi setitis mengalir dari pergelangan yang terkelar dan terkulai dari katil.
“Ya ALLAH! abang!!” Arianna menjerit nyaring terpandang tubuh Amir yang tertiarap di atas katil.
Dia ingin menerpa tapi terhalang dengan darah yang memenuhi ruang. Arianna panik. Wajah Amir kelihatan pucat dan darah masih lagi menitis dari luka di pergelangan tangan.
“Abang!!”
Arianna buntu. Dia ingin menerpa tapi terhalang. Dia ingin keluar untuk meminta bantuan tapi tak mahu meninggalkan Amir. Lalu Arianna menjerit kuat memanggil Mak Senah dan Pak Usin. Mak Senah yang sedang menutup pintu dapur tersentak. Segera dia memanggil suaminya yang berada di rumah mereka tidak jauh dari situ.
“Mak Senah!! Tolong!!” Arianna menjerit lebih kuat.
Dalam keadaan panik bercampur rasa pening, Arianna melompat melepasi darah yang memenuhi lantai. Dia menerpa ke katil. Tubuh Amir yang tertiarap diterbalikkan.
“Abang!!”
Arianna terus tergamam. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Sedaya upaya dia menahan diri dari termuntah sedang tekak sudah terasa loya. Arianna menepuk kedua belah pipi Amir. Bahu lelaki itu digoncang kuat. Nama abangnya diseru berkali‐kali namun Amir tetap terkulai.
“Arianna? Ya ALLAH! Amir!!” Mak Senah menjerit nyaring di muka pintu. Pak Usin beristigfar
panjang. Mereka menerpa ke katil.
Arianna masih menepuk pipi Amir sambil memanggil nama abangnya. Kulit tangan terasa perit. Pipi Amir juga sudah kemerahan. Air mata sudah lama berjejeran di pipi.
“Ya ALLAH! Apa dah jadi ni, Amir?”
Pak Usin mencapai pergelangan tangan Amir. Nadi lelaki itu terasa lemah. Dia memandang Mak Senah dan Arianna silih berganti.
“Hidup lagi! Cepat panggilkan ambulan,” arah Pak Usin. Dia cuba mengangkat tubuh Amir tapi tak terdaya dengan kudrat tuanya.
“Ya ALLAH! Beratnya,”
Mak Senah membantu suaminya. Arianna berlari ke bilik. Tangannya terketar‐ketar ketika cuba
mendail nombor telefon Shahril. Panggilan berjaya di sambung tapi tidak segera diangkat.
“Ya ALLAH! Mana Abang Shah ni?” Arianna menggelabah. Seketika dia menamatkan panggilan
lalu mendail nombor kecemasan.
Shahril melangkah laju ke ruang tamu untuk mengambil telefon. Nada dering telefon mati sebelum sempat dia menjawab. Shahril mencapai telefon untuk melihat nombor yang terakam.
“Arianna?” Shahril hairan. Pantas dia membuat panggilan kembali. Mug berisi nescaffe O yang baru dibancuh diletakkan ke atas meja.
“Engage?”
Arianna berlari ke bilik Amir setelah berjaya membuat panggilan ke hospital. Telefon di atas katil yang berbunyi dibiarkan.
“Dah telefon!” beritahu Arianna.
Dia kaku di depan darah yang memenuhi lantai. Kepala terasa berdenyut. Pandangan mula berpinar. Ruang itu berpusing‐pusing.
“Mak Senah!”
Arianna terjelopok di depan pintu. Mak Senah yang sedang membalut pergelangan tangan Amir dengan sehelai tuala saling berpandangan dengan suaminya.
SHAHRIL berlari ke ruang kecemasan. Dari jauh kelihatan ayahnya duduk bersendirian di kerusi yang tersedia di ruang itu.
Shahril menghampiri ayahnya. Bergegas dia datang ke hospital setelah menerima perkhabaran dari ayahnya sebentar tadi.
“Ayah,” tegur Shahril. Pak Usin mengangkat muka.
“Macamana dengan Amir?”
“Tak tahu lagi. Doktor belum kelua.”
“Mana mak dengan Arianna?” Shahril melabuhkan punggung di sisi ayahnya.
“Mak kau temankan Arianna kat wad. Arianna masih tak sedarkan diri. Pengsan. Mabuk darah,”
beritahu Pak Usin. Shahril hanya mampu mengangguk.
Pintu bilik kecemasan tiba‐tiba terbuka. Shahril segera menerpa. Pak Usin turut bangun dari kerusi. Seorang doktor lelaki menghampiri mereka sambil membuka penutup hidung yang dipakai.
“Doktor, macamana dengan keadaan pesakit?” tanya Shahril tidak sabar.
Doktor Razali tidak segera menjawab. Sekadar menepuk‐nepuk bahu Shahril dan bercakap
seketika dengan jururawat yang baru keluar dari bilik itu. Shahril dan Pak Usin masih menanti.
“Encik ni keluarga pesakit?” tanya Doktor Razali membuatkan Shahril saling berpandangan
dengan ayahnya.
“Err... ya, doktor,” angguk Shahril.
“Alhamdulillah. Mujur dia dibawa awal ke sini. Jika terlewat dua minit memang tak ada
harapan.”
Kata‐kata Doktor Razali walau tidak menjelaskan secara terperinci, tapi sudah cukup untuk
membuatkan Shahril dan Pak Usin faham bahawa Amir telah selamat. Shahril menarik nafas
lega sambil mengucapkan kesyukuran. Pak Usin juga turut mengucapkan syukur yang tak
terhingga.
“Boleh kami jumpa dia, doktor?” tanya Pak Usin pula.
“Emm... kami akan pindahkan pesakit ke wad biasa. Bolehlah encik sekeluarga melawat dia di
sana. Emm... tapi tolong jangan ganggu pesakit. Biarkan dia berehat. Pesakit perlukan rehat
yang banyak,” beritahu Doktor Razali.
“Terima kasih, doktor. Err... tolong tempatkan pesakit di wad kelas satu ya,” pinta Shahril.
“Baiklah. Saya minta diri dulu,” Doktor Razali berlalu dari situ.
“Alhamdulillah. Mujur Amir selamat, ayah. Kalau tak, tak tahulah apa yang kita nak beritahu
Dato’,” ujar Shahril. Pak Usin sekadar mengangguk. Mengakui kebenaran kata‐kata anaknya.
“Apa yang berlaku sebenarnya, ayah?”
“Entahlah. Ayah pun tak tahu.”
“Kita pergi tengok Arianna, ayah. Macamanalah keadaan dia,” ajak Shahril. Pak Usin
mengangguk lagi. Mereka menuju ke wad yang menempatkan Arianna.
Pintu bilik ditolak perlahan. Shahril tersenyum melihat Arianna sedang meneguk segelas susu.
Mak Senah turut tersenyum melihat kemunculan suami dan anaknya
“Rianna dah okey?” tanya Shahril.
“Okey. Macamana keadaan Abang Amir. Dia tak apa‐apakan?” soal Arianna cemas.
“Alhamdulillah. Amir selamat. Doktor tengah pindahkan dia ke wad biasa,” beritahu Shahril.
“Alhamdullillah,” Arianna merasa lega akhirnya. Begitu juga Mak Senah.
“Boleh Arianna tengok abang?” tanya Arianna. Shahril sekadar mengangguk.
Shahril menemani Arianna ke bilik Amir. Amir hanya terbujur kaku dipandang Arianna dengan
perasaan sayu. Wajah lelaki itu masih pucat. Wajah itu juga kelihatan tak terurus dengan
janggut dan misai yang panjang tidak terjaga. Rambut Amir juga panjang mencecah bahu.
Arianna meraih tangan abangnya dan digenggam erat. Air mata tumpah di pipi. Shahril yang
menyedari keadaan Arianna menggosok‐gosok bahu cuba menenangkan.
“Sabarlah, Rianna. Apa yang penting sekarang Amir dah selamat. Sudahlah. Biar dia berehat.
Kita balik sekarang. Esok kita datang lagi.”
“Rian nak tunggu Abang Amir kat sini,” pinta Arianna sambil berkalih pada Shahril.
“Tak perlu. Doktor ada beritahu abang yang Amir tak akan sedar dalam waktu terdekat ni.
Biarkan dia berehat. Esok kita datang lagi. Emm,” Shahril terus memujuk.
Arianna mengeluh halus. Dia memandang wajah pucat Amir yang masih tak sedarkan diri. Pipi
lelaki itu diusap perlahan.
“Dahlah. Jangan ganggu Amir. Biarkan dia berehat. Lagipun dia dah selamat. Tak payahlah
Rianna risau. Kat sini ada doktor dan nurse yang akan menjaga Amir. Kita balik, ya?”
“Arianna...”
Arianna mengeluh lagi. Jemari Amir diraih dan dikucup. Sebelum berlalu, dia berkalih
memandang wajah pucat yang ketiduran itu.
Mereka berempat pulang ke banglo Dato’ Mokhtar. Shahril terpaksa bermalam di situ setelah
didesak Arianna. Mereka bercadang untuk ke hospital melawat Amir seawal pagi. Shahril
terpaksa mengalah apatah lagi emaknya turut memujuk. Tambahan pula esok merupakan hari
minggu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan