PARA Asfalis sudah dibawa lari ke satu kawasan pasir jerlus berhampiran dengan Hutan Sigalia.
Menurut Armen, pasir jerlus ini berhubung dengan Hutan Akrivos di Wilayah Perickles. Seorang demi seorang diarahkan agar menceburkan diri ke dalam Porta di bawah pasir jerlus. Mereka tidak membantah malahan terus sahaja melompat ke dalamnya seperti yang disuruh.
Pada mulanya, mereka terkapai‐kapai di permukaan pasir jerlus. Bahagian tengahnya yang berpusar menarik tubuh semakin dalam ke dasarnya. Mereka membiarkan diri tenggelam. Sekali lihat, mereka seperti sedang membunuh diri.
Setelah dipastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal di belakang, mereka kembali bersembunyi di dalam Hutan Sigalia. Masing‐masing kepenatan akibat semua perlawanan tadi. Mereka memutuskan untuk berehat sebelum waktu solat tiba.
Lewis mengheret badannya mendekati Musyrif yang asyik termenung. Apabila dia berdehem, barulah Musyrif terjaga dari lamunan.
“Lewis, maaflah aku tak perasankan kau tadi.” Musyrif tersenyum tawar.
“Apa yang kau fikirkan?” Lewis terus melontarkan soalan.
Musyrif tunduk merenung tanah. Dia duduk di atas batu berlumut. Tanah dikepal dengan tangan lantas diramas. Butiran pepasirnya dilepaskan perlahan‐lahan.
“Aku tengok sendiri... ketika Thysia berusaha untuk mempertahankan kita. Demi keselamatan Asfalis dan kita, dia sanggup korbankan diri. Berlawan dengan Leviath sehingga ke hujung nyawa. Aku rasa gagal sebagai Stratos.” Musyrif mengeluh lalu membalas pandangan Lewis.
“Kematian itu memang hampir. Aku juga mungkin akan mati nanti. Siapa tahu?” Lewis kembali
membuang pandangan ke arah Hervey dan Lysandra yang sudah terlelap. Dia mencuri pandang ke arah Lysandra. Wajah Lysandra ketika tidur kelihatan begitu comel pada pandangan matanya.
“Tetapi sebelum aku mati... aku ada rahsia nak kongsi dengan kau,” lanjut Lewis.
“Apa dia?”
Musyrif perasan kelakuan Lewis yang asyik memerhatikan Lysandra. Satu getaran semacam
mengusik hatinya namun getaran itu tidak diendahkan.
Lewis menggeleng‐gelengkan kepalanya. Dia cuba menyembunyikan senyuman. Perhatiannya
dikembalikan kepada Musyrif yang masih menanti.
“Aku sebenarnya... cintakan Lysandra. Dia istimewa sangat, Musyrif. Bukan sahaja dia pandai
berlawan, tetapi dia serba‐serbi sempurna. Aku tak pernah kenal perempuan lain sehebat dia.”
Musyrif terkedu seketika. “Sejak bila?” soalnya pendek.
Lewis mengubah posisi duduk lalu menyilangkan kakinya dalam keadaan bersila. Dia memulakan pengisahannya.
SELEPAS Wilayah Perickles diserang, penempatan baru dibina di Kem Epizon. Mereka yang
tercedera diberi rawatan. Masing‐masing memberi kerjasama untuk menyumbang tenaga. Para wanita kebanyakannya menguruskan kebajikan seperti perihal makan, minum dan pakaian. Sementara para lelaki pula berlatih saban hari untuk menyertai barisan Stratos sekiranya mereka digempur lagi.
Semenjak dari awal lagi, Lewis selalu memerhatikan Lysandra setiap kali gadis itu melintas.
Lysandra dilihat banyak menghabiskan masa bersendirian. Tidak duduk sekelompok dengan gadis‐gadis lain yang sibuk menenun kain. Beberapa kali dia bertolak tarik dengan diri sendiri untuk menyapanya namun hasrat itu seringkali dihentikan. Walaupun dia lelaki, dia turut diganggu dengan perasaan segan.
“Lysandra?”
Lewis memberanikan diri untuk menegur Lysandra. Lysandra menyusun pakaian yang sudah siap dijahit dan dilipat di dalam bakul rotan untuk dihantar ke kawasan kediaman. Lewis menanti Lysandra lambat‐lambat mengangkat wajah.
“Nama aku Lewis,” ucap Lewis setelah memberi salam. Seulas senyuman yang dihadiahkan oleh Lysandra berjaya menggetarkan jantungnya.
“Nampak berat sahaja kau bawa. Aku boleh tolong.” Lewis menawarkan diri.
“Tak apa. Aku sudah biasa buat kerja ni. Lagipun ini sedikit saja.” Lysandra menolak dengan
beradab. Kain dalam bakul sudah hampir siap disusun.
“Dulu sebelum Kota Perickles diserang, aku selalu perhatikan kau. Kau selalu sendirian. Kau tak ada kawan perempuan? Kalau ada masa, marilah datang ke gelanggang tempur. Aku dan kawan aku, Hervey selalu ada di sana.” Lewis berbasa‐basi. Dia menanti senyuman yang mungkin terbit pada bibir Lysandra namun tetap tidak kelihatan.
“Semua orang yang aku sayang sudah meninggal dunia... semasa serangan dulu,” jawab Lysandra perlahan lalu mengangkat kepala melihat ke arah Lewis.
“Maafkan aku,” lafaz Lewis. Dia serba salah. Diri sendiri dipersalahkan kerana mengungkit sesuatu yang membangkitkan kesedihan gadis ini.
Lysandra menarik nafas sebelum tersenyum kembali. “Tengoklah dulu. Kalau aku rasa nak pergi, kau akan jumpa aku juga,” balas Lysandra, ringkas.
Belum sempat Lewis memanjangkan perbualan, dia terus berlalu pergi sambil membawa bakul rotan. Lewis ditinggalkan terpinga‐pinga di belakang. Tangan Lewis menggaru‐garu kepalanya yang tidak gatal. Kelibat Lysandra diperhatikan sehinggalah hilang dari pandangan.
“AKU ingat, selepas aku putuskan untuk sertai Rancangan Syahadat, aku mungkin sudah tak dapat berjumpa dengannya. Tiba‐tiba, Lysandra pula yang menawarkan diri untuk masuk kumpulan kita. Betullah Lysandra itu... berbeza. Seperti harimau yang menyembunyikan kekuatan di sebalik kuku.”
Lewis berbaring di atas lantai hutan lalu memejamkan matanya.
Musyrif pula bangun dari batu lalu mengambil tempat di sebelah Lewis. Matanya cuba dilelapkan namun entah mengapa, terasa begitu sukar. Telinganya terngiang‐ngiang tentang kata‐kata Lewis yang asyik berlagu. Dia membalikkan badannya sebelum disambut sang mimpi.
Kem Epizon, Wilayah Nicanor
Dalam Hutan Akrivos, Igetis dan beberapa orang Stratos sedang berkawal di beberapa kawasan. Senjata tidak lepas dari pegangan. Igetis sedang duduk di atas pelapik duduk yang disediakan sementara dua orang Stratos mengapitnya. Mereka sudah berhari‐hari berkawal di Hutan Akrivos. Hanya pulang untuk urusan solat dan pengurusan diri.
“Igetis!”
Seorang Stratos kelihatan berlari tergesa‐gesa meluru ke arah Igetis. Dia tercungap‐cungap lalu menekan lutut sambil terbongkok. Nafasnya berusaha dikejar.
“Kenapa, Junayd?” Igetis bangun dari duduk lalu mendapatkannya.
Tangan lelaki itu terketar‐ketar menunjukkan arah dia datang tadi. Ombak pada dadanya baru mahu reda.
“Ada ramai Asfalis keluar dari pokok besar di sana! Lekas!” gesa Junayd.
Semua Stratos terus berpusu‐pusu mengikut arah tempat yang ditunjukkan. Junayd mendahului mereka. Mereka berlari sehinggalah menjumpai sebuah pokok yang tebalnya sebesar tiga pemeluk.
Dari jauh kelihatan satu persatu Asfalis keluar dari lubang besar pada batang pokok itu. Mereka jatuh di atas tanah rata lalu tergolek ke sisi. Para Asfalis terdiri daripada golongan lelaki dan wanita dari semua golongan umur. Ada antara mereka yang mengalami luka.
Tanpa berlengah, Stratos segera mendapatkan mereka yang sudah selamat tiba. Para Asfalis dipapah dan diusung ke khemah perubatan untuk dirawat. Cuma tinggal Igetis dan beberapa orang pengiringnya yang masih menunggu di situ. Menanti sehingga Asfalis yang terakhir dibawa pergi.
Igetis melurut janggut putihnya yang panjang sambil berfikir.
“Selepas ini apa, Igetis?” Seorang pengiringnya yang menyimpan pedang dalam sarungnya bertanya.
Igetis merenung Stratos itu dengan pandangan yang tenang.
“Kita boleh menang dalam peperangan ini. Insya‐Allah, kalau mereka dapat menghapuskan Permata Berdarah, setidak‐tidaknya Vasilias akan sedar bahawa kedudukannya tergugat,” tutur Igetis.
“Bila kita akan menyerang balas?” Seorang lagi Stratos di sebelah kirinya melontarkan pertanyaan, tidak sabar.
“Bersabar. Kita perketatkan lagi pertahanan. Dan pada masa yang sama, kukuhkan barisan Stratos. Arahan akan diberikan nanti untuk melancarkan serangan.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan