Label

Jumaat, 9 Disember 2016

NOVEL Ps Cinta Itu Kamu Bab3

RIDDUAN LEE memberi kad biliknya pada receptionist. Dia yang hanya mengenakan singlet dan seluar pendek serta berkaca mata hitam menyerlahkan tubuhnya yang sasa dan kulitnya yang putih menambah kegilaan staf di bahagian penyambut tetamu.

“Morning Mr. Ridduan. How are you today?” salah seorang penyambut tetamu tersengih-sengih
gedik pada Ridduan serta mengambil kad biliknya.

“Good.” jawab Ridduan. Kaca mata hitam dibuka dengan penuh lagak gayanya.

“Handsomenya,” bisik sendiri.

“Apa dia?” tanya Ridduan yang kurang jelas.

“Eh... tak ada apa‐apa. Mr. Ridduan nak pergi snorkeling pagi‐pagi ni?”

“Emmm... apa lagi yang saya nak buat. Bercinta dengan alam semula jadi la.” Ridduan senyum
menawan pada penyambut tetamu itu. Senyuman Ridduan menampakkan barisan gigi yang cukup teratur dan putih bersih. Cukup kacak dan mampu meluruhkan hati para gadis yang memandangnya. Bergetar hati setiap yang melihat.

“Mr. Ridduan nak bercinta dengan saya pun boleh. Saya sanggup.” Jawab penyambut tetamu dalam nada bergurau tapi itu sebenar niat di hati. Dia ingin memikat Ridduan.



Erma, Front Office Manager dari tadi memerhatikan kelakuan staf bawahannya dari dalam pejabat. Dia yang semakin panas hati, melangkah keluar.

“Mr. Ridduan, maaf atas kebiadaban staf saya.” Celah Erma. Matanya membulat pada staf
bawahannya.

Sejak kedatangan Ridduan selama 2 minggu, semua staf perempuan tergila‐gilakannya termasuk Erma sendiri. Hampir seluruh staf di hotel bermake‐up untuk kelihatan cantik di depan Ridduan termasuk makcik‐makcik cleaner. Staf di bahagian housekeeping berebut‐rebut ingin mengemas bilik Ridduan. Waitress bergaduh‐gaduh untuk mengambil pesanan dari Ridduan. Kerana raut wajah yang kacak dari darah campuran Melayu Cina, budi bicaranya yang lembut, ramah dengan sesiapa saja dan senyuman tidak pernah lekang dari bibir merah merekah, menambat hati gadis‐gadis hingga mereka gelar pada gadis yang bakal memenangi hati Ridduan sebagai Best Woman Win.

“It’s okey... simple thing.” Ridduan tersenyum melihat gelagat gadis‐gadis di depannya.

‘Sebelum mereka bergaduh, bertarik‐tarik rambut, lebih baik aku cabut...’ bisik hatinya.

Ridduan meninggalkan mereka. Dia melihat jauh ke laut dan memakai kaca mata hitamnya kembali.

NIAT di hati ingin melihat matahari terbit sudah terlambat. Hana duduk di deretan kerusi rehat di tepi pantai menghirup udara pagi sambil berjemur untuk mendapat vitamin C percuma daripada cahaya matahari. Dress labuh berwarna putih digayakan bersama selendang bercorak bunga Orkid ungu dililit di tengkuknya bagi menutup dada dan lengannya. Rambut semula jadi perang dibiarkan lepas melambai‐lambai ditiup angin.

Beberapa orang barat yang berada di situ hanya memakai bikini. Hana berasa malu mengalih
penglihatan ke arah lain. Di depannya terdapat papan‐papan yang terapung di atas permukaan air yang kebiruan. Jeti kecil untuk pelabuhan kapal layar atau kapal mewah disewa khas oleh pelancong.

Cantik sungguh pemandangan di sini. Jika boleh melukis, pemandangan ini yang ingin dilukisnya. Hana membongkokkan badannya. Jari‐jari runcingnya bermain‐main pasir pantai yang keputihan dan halus seperti mutiara. Kagumnya dia.

Ridduan mendepakan tangan untuk menikmati angin pagi seperti memeluk tubuhnya. Hampir dua minggu dia menginap di sini, masih tidak puas melihat laut yang jernih kebiruan. Suasana yang dapat menenangkan fikirannya jauh daripada masalah. Inilah pertama kali dia bercuti sendiri. Secara tidak sengaja dia telah membeli pakej tiga hari dua malam daripada Shahrul yang datang ke pejabatnya membuat promosi. Dia mula jatuh cinta pada tempat yang nyaman, laut yang dipenuhi terumbu karang yang cantik dan hidupan laut yang sungguh indah dari daratan. It’s like heaven...

Dia semakin menggemari aktiviti snorkeling. Setiap hari dia menyelam di pulau yang berlainan. Lain tempat, lain bentuk dan lain hidupan. Dia bercadang untuk menerokai semua pulau berdekatan, jika boleh. Kerana itu dia menyambung penginapan hingga sekarang. Hanya keindahan dasar laut yang dapat menarik perhatinya.

Wajah Ridduan bagai tertarik untuk menoleh ke sebelah kanan. Matanya terpandang gadis berbaju putih, rambut yang panjang menutup sisi wajahnya. Perempuan itu menyelak rambutnya. Ridduan terdiam kaku. Gadis itu sanggulkan rambutnya yang panjang menampakkan lehernya yang jinjang. Rambut pendek depan muka, dibetulkan “Cantik,” terpacul keluar dari mulut Ridduan tanpa sedar.

“Mr. Ridduan... bot dah ready. Jom la...” pemandu bot berlari anak datang kepada Ridduan.

“Oh... okey... ” jawab Ridduan sambil mengerling pada pemandu bot. Kemudian dia berpaling semula arah gadis tadi. Matanya melilau ke kiri dan kanan. Mencari kelibat gerangan gadis yang dilihat tadi hilang.

“Eh, kau nampak tak gadis berbaju putih duduk di sana tadi?” Tangannya menuding jari ke arah deretan kerusi rehat.

“Gadis? Yang mana?” Pemandu bot mengerling arah yang ditunjuk Ridduan. “Yang pakai bikini pink tu ke? Ooo... taste Mr. Ridduan minah‐minah salleh ye... nak try ke?” Pemandu bot tersengih‐sengih nakal melihat Ridduan.

“Bukan yang itu la. Tadi ada seorang perempuan berambut panjang, pakai baju serba putih duduk di sebelah minah salleh tu...” Matanya masih melilau. Tidak puas hati gadis itu hilang sekelip mata.

Pemandu bot menoleh semula. Mencari perempuan yang dimaksudkan. Wajah yang tersengih
sebentar tadi menjadi serius. Dia meneliti setiap gadis yang berada di kerusi rehat. “Rambut panjang, baju serba putih.” Dia terdiam. 'Macam hantu pula...’ bisik hatinya.

“Tak ada pun. Mr. Ridduan ni ada‐ada aje la. Tah orang ke bukan.” Pemandu bot berlalu pergi
meninggalkan Ridduan yang masih mencari. Naik seram sejuk pula badannya. Tempat‐tempat begini jangan dibawa main. Benda‐benda itu ada saja di mana‐mana dan muncul tak kira masa.

Ridduan mengerling pemandu bot yang pergi begitu saja. Dia rasa pelik sambil menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Ridduan menuruti di belakang pemandu bot dan menaiki bot untuk ke laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan