Suri ketap bibirnya. Skrin telefon ditenung. 11.50 malam. 10 minit sebelum masuk tahun baru dan hatinya berentak irama berbeza sejak malam tadi. Tidak sebenarnya ia sudah lama begini cuma dia tidak mahu mengakunya kerana ini adalah kali pertama dia hadapi situasi begini. Satu‐satunya lelaki yang dia pernah cintai ialah Yurino dan bila hubungannya putus, dia tidak pernah terfikir yang dia akan jumpa cinta yang baharu. Rasanya berbeza daripada cinta pertama dan ia sebenarnya jauh lebih rumit dari yang dia pernah hadapi kerana pelbagai perkara dia harus pertimbangkan.
“Sebelum kita mula serius, aku nak tanya kau semula, adakah kau betul‐betul ikhlas dengan cucu aku?” suara Orang Tua bergema kuat di cuping telinganya sehingga ke saat ini dia masih lagi terdengar‐dengar suara tegas datuknya itu.
Suri genggam kuat telefon pintarnya kuat. Paparan skrin menunjuk paparan mesej dan tiada satu patah perkataan pun masih bertaip di dalam kotak mesej.
“Ya.”
Jawapan pasti dan penuh keyakinan Shawn membuatkan Suri tersentak waktu itu. Dia yang pada mulanya tidak fikirkan apa‐apa motif akan jemputan datuknya untuk makan malam bersama Shawn berasa keliru bila tiba‐tiba Orang Tua Heitai ajukan soalan itu.
Suri ketap bibirnya. Dia perlu fikir banyak kali. Dia mungkin akan berkahwin dengan Shawn tetapi dia tidak pernah fikir sejauh ini. Kepercayaan dia terhadap institusi perkahwinan berdasarkan cinta telah lama hilang dibawa angin sejak Yurino buang cincin tunang mereka dua tahun lepas... semenjak dunianya gelap dikaburi darah dan pelarian yang jauh dan lama.
Jujurnya, dia takut untuk terlibat semula dalam perkara yang menyakitkan ini tetapi dia tahu dia tidak boleh, angkat kakinya dan tutup kedua belah matanya. Sedangkan hatinya berdegup seperti hendak meletup, darahnya mengalir laju setiap kali dia berhadapan dengan situasi itu.
Makan malamnya tadi selesa diproses dalam perutnya tetapi tidak akal dan hatinya yang bergelodak dan berperang dengan suatu tekanan yang dia tidak nampak. Sehingga kini dia terus merenung ke arah skrin telefonnya. Batang di ruang taip terus berkelip‐kelip menunggu patah perkataan yang dia bakal tulis.
“TAKI...” arah Orang Tua Heitai pada setiausaha peribadinya yang setia berdiri di sisinya.
Takishima menghulur sekeping sampul A4 bewarna coklat pada majikannya.
Mata Suri tidak beralih dari terus memandang Shawn. Kenapa situasi di sini menjadi begitu tegang dan sunyi sekali? Ada apa‐apa yang dia tidak tahukah atau sebenarnya ia ada kaitan dengan apa yang Miza katakan tempoh hari? Hati Suri berkocak perlahan, kolam hatinya mula berasa tidak tenang. Meskipun tunangnya itu bertindak untuk terus tidak mengendahkannya dia terus mencuba untuk mencuri perhatian lelaki itu. Dia kuis kakinya pada kaki Shawn.
Apabila dia berjaya mendapatkan sepasang mata coklat itu memandang ke arahnya, tidak teragak‐agak Suri membisikkan kekeliruannya pada Shawn.
“Apa yang awak tengah buat ni Ryuuji?”
Lelaki itu tersenyum nipis kemudian memandang semula ke arah Orang Tua Heitai semula. Suri ketap bibirnya. Dia yang duduk bertentangan dengan Ryuuji dan menghadap Orang Tua Heitai berasa terpinggir. Dia tidak suka bila lelaki yang dia bergantung harap kini seolah‐olah bermain rahsia dengan datuknya sedangkan orang tua itu sudah berjanji yang dia akan biarkan Suri untuk memikul sebahagian beban. Dan, apa yang sedang datuknya lakukan sekarang? Apa yang ada di dalam genggaman datuknya sehingga ia buatkan Suri berasa semakin gementar.
Tidak mungkin itu kontrak perjanjian bukan?
“We both have our own reasons. I’m sure you think hard enough as I do to make this marriage
happens, right?”
Apa yang Shawn beritahunya tempoh hari buatkan dia membuat spekulasi yang bukan‐bukan.
Walaupun Shawn seorang anak jutawan dari negara barat tidak mungkin yang lelaki ini tidak minta apa‐apa balasan sebagai ganti dia bersetuju untuk berkahwin dengan cucu Orang Tua Heitai bukan? Lagi‐lagi dirinya yang...
Wajah Suri berubah muram. Tiada siapa di negara ini yang tidak tahu, darah jenis apa yang mengalir dalam tubuhnya ini. Walaupun media katakannya sebagai khabar angin dan jiranjirannya sifatkannya sebagai bahan rempah dalam mesyuarat tingkap mereka, tidak mustahil Shawn tidak termakan dengan kata‐kata jahat itu. Sedangkan kekasihnya yang dahulu seorang yang baik dan menerima baik buruknya, akhirnya tinggalkan dia kerana statusnya, apakan lagi Shawn yang baharu sahaja mengenalinya. Dia tidak patut letak harapan yang tinggi.
Perkahwinan ini dari awal hanya untuk menutup mulut orang‐orang tua keluarganya itu sahaja.
Tiada cinta waima kata‐kata manis yang mengusik jiwa. Semua itu bak kata Miza ialah bull****
.
“Aku akan benarkan kau kahwini cucu aku...” cakap Orang Tua Heitai lalu menyerahkan kertas A4 pada Shawn dan yang lebih mengejutkan pada Suri juga. Gadis itu tidak dapat menyorokkan wajah terkejutnya dari pandangan datuknya.
Lambat Suri ambil huluran Orang Tua Heitai. Matanya tidak berkalih dari terus memandang wajah datuknya itu.
“... atas beberapa terma yang kau patut penuhi. Jika tidak, kau anggap sahajalah perbincangan ini tidak pernah berlaku dan Suri kau juga harus berbuat yang sama. Jika tidak jangan bermimpi yang aku akan benarkan engkau bertanggungjawab dalam masalah kita.”
Pantas Suri kalihkan matanya pada tajuk kontrak itu. Melihatkan itu, mata Suri membulat. Tersekat nafasnya seketika. “Ap... apa ni tuk?” Matanya ralit membaca setiap butir terma yang telahpun peguam datuknya gariskan.
“Kontrak. Kau tak reti baca?”
Suri tarik nafas dalam dan hembusannya menjadi tidak sekata. Sebagaimana dia cuba untuk
bertenang, fikirannya seperti menghalang dia dari berbuat demikian. Dia pandang Shawn yang tunjuk wajah tenang. Lelaki itu seperti sudah dapat mengagak yang kontrak seperti ini akan tiba di tangannya dan bukannya kontrak pampasan perkahwinan yang kini menjadi trend dalam kalangan warga elit sekiranya pasangan yang berkahwin bercerai kemudiannya. Dia pandang semula ke arah datuknya. Ingin rasanya dia memprotes tetapi suasana yang wujud dalam bilik buatkan dia kelu lidah. Bukan ini yang dia jangka akan berlaku.
Orang Tua Heiati berdeham. “Seperti yang tertera dalam kertas tu, kau harus penuhi setiap terma yang tertera dan untuk memastikan setiapnya dipenuhi aku nak kau sediakan bukti yang kau sedang dan telah penuhi terma yang aku nyatakan. Dan cara untuk kau penuhi terma tu, kau muat turun bukti tu pada media sosial pada akaun setiap dari kaurang. Faham?” tegas dia meringkaskan semula isi kandungan di dalam kontrak itu.
“Apa‐apa sahaja jenis media sosial?” soal Shawn seperti tekad ingin memenuhi terma kontrak itu.
Orang Tua Heitai jeling Shawn. “Kau fikir aku tahu orang muda punya mainan? Itu kan kemahiran orang muda sekarang!” marahnya. “Taki akan memeriksa bukti yang kamu kemukakan.”
“Kenapa atuk mesti buat macam ni? Semua ni tak masuk akal! Perlu ke buat sejauh ni?” soal Suri setelah perasaan terkejutnya pudar dan dia dapat bersuara semula. Apapun dia masih tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.
“Ini hanya satu langkah pencegahan. Aku tak mahu cucu aku jadi seperti anak aku. Mungkin ini
bukan pilihan aku dan ianya pilihan kau, tetapi aku tak nampak keyakinan yang sepatutnya ada antara kau dan budak ni,” jawab orang Tua Heitai tanpa memandang cucunya, dagu tinggi dan penuh ego.
Suri termangu. Giginya diketap rapat. “Ini cara atuk halang perkahwinan saya? Sebab tu atuk buat macam ni? Atuk masih tak percaya kan saya?”
“Bukan aku tak percayakan kau dan ini bukannya cara aku hendak menghalang perkahwinan kau. Tapi aku tak percayakan lelaki yang bakal jadi suami kau. Dia mungkin cucu kawan baik aku, tetapi lepas aku berbincang panjang dengan Asagusa, barulah aku mampu buat begini. Jadi sekiranya kau betul‐betul nak bertanggungjawab ke atas hidup kau... hidup aku, seperti yang kau janjikan sebelum ni, buatnya dengan betul!” marah Orang Tua Heitai dan bangun.
Tanpa menoleh belakang, dia berjalan keluar dari ruang tamu ini tanpa diikuti oleh Takishima. Suri mengeluh kesal. Kata‐kata datuknya tadi umpama penampar yang berbisa menghinggapi pipinya tanpa dia sempat elaknya. Kenapa begitu susah untuk dia yakinkan datuknya yang dia boleh pikul beban ini? Matanya kabur dan pernafasannya jadi sesak.
“Ada baiknya cik muda ikut sahaja permintaan tuan,” nasihat Takishima. Setiausaha datuknya setia berdiri di tempatnya, menunggu Suri untuk menurunkan tanda tangan ke atas kontrak mereka.
Suri tahan air matanya. Dia pandang wajah Shawn yang kini tampak muram. Datuknya tidak akan bertindak begini tanpa sebab. Ada benarnya dalam kata‐kata orang tua itu tetapi kenapa begitu tiba‐tiba sedangkan dahulu datuknya juga yang menyuruh dia pergi berjanji temu dengan lelaki di hadapannya ini. “Do care to explain to me what he meant by that?”
Shawn pandangnya redup. “It’s only natural for him to be like that because we suddenly decide to get marry,” jawabnya pendek.
“Jangan cakap macam awak kenal atuk saya,” sindir Suri.
Kening Shawn terangkat sebelah. “Ironinya, saya pasti awak juga tidak kenal dia sedalam mana yang awak yakin.”
Mata Suri meredup. “Kalau kitaorang tak buat, apa consequences‐nya?”
“Cik muda harus cari yang lain.” Mudah sekali Takishima memberi jawapan namun mencari yang lain tidak semudah dikatakan apabila mereka berlawan dengan masa. Jika sekalipun Shawn tidak dapat – lupakan sahaja kemungkinan itu kerana dia akan pastikan yang Orang Tua Heitai sudah tersilap menilainya.
“Kita buat je apa yang atuk awak nak,” saran Shawn. Lelaki itu menurunkan tanda tangannya di atas kertas kontrak. Laju hujung mata pen menari di atas kertas itu tanpa ada rasa ragu‐ragu.
Cukup pasti dan tiada kesal. Selesai dia menanda tangan, dia serahkan kontark asal itu pada
Takishima manakala salinan kontraknya di simpan ke dalam kocek seluarnya.
Tiba‐tiba Suri berasa kurang yakin, hatinya berat. Dia jadi takut dengan kerelaan Shawn tanpa
mempersoalkan apa‐apa tentang masa lalunya. “Kenapa awak setuju je dengan kerenah atuk saya?”
Shawn yang pada itu hendak bangun dari sofa tidak jadi berbuat demikian. Mata redup itu
memandang terus ke anak matanya, turun ke hatinya. Perasaan yang dia rasakan selama ini setiap kali dia bersama dengan Shawn mula melingkari setiap degup nadinya. Ia bukannya takut jauh sekali gementar akan renungan itu tetapi sesuatu yang dia tidak pernah sangka, menerjah kembali di muka hadapan pintu hatinya.
“Sebab saya memang nak kahwin dengan awak. Ada jawapan lain yang lagi munasabah ke Cik
Nomiya?”
BUNYI letupan mercun membawa Suri kembali dari memorinya. Ruang mesej masih lagi tidak
bertaip dan hari sudah menjelang tahun baru. Dia tarik nafasnya dalam. Dia perlu tetapkan hatinya kerana sekuat mana sekalipun dia cuba untuk menolak, hati ini lebih kenal apa mahunya dari fikiran itu sendiri mengenali perasaan sendiri. Dia tidak tahu samaada perasaan ini sememangnya cinta ataupun sebaliknya.
‘You’ve seen the fireworks?’
Taip Suri. Sedikit gementar. Dia berdoa untuk berikan dia petanda, apa sahaja jika apa yang dia
rasakan itu bukannya sebuah tarikan sementara.
Tidak lama Suri menunggu, Shawn membalas. Agak pantas juga seperti lelaki itu sebenarnya
menunggu pesanan dari dia ataupun sebenarnya teragak‐agak sepertinya.
‘Bummer. I’m at airport rite now. Going back to NY this holiday.’
Mungkin doanya tadi atas desakan hati yang semkin keliru dan dia memohon hanya untuk tidak mengendahkan gendangan dan gemersikan yang berbisik di hatinya. Menunggu jika ia tiba musim bunga lebih awal dari sepatutnya.
‘Really hope to see it with you. Just the two of us. It must be beautiful.’
Lantas festival pun bermula dengan meriah sekali di dalam hatinya. Sebagaimana indahnya mercun yang meletup di langit malam sebegitu indahlah mercun yang menyinari permukaan hatinya. Bibirnya mengukir senyum lebar dan matanya menyepet. Jarinya menggeletar saat menaip pesanan buat lelaki yang telah berjaya memberi sinar pada festival hatinya.
‘Kirim salam kat makcik awak.’
‘Baiklah. Selamat tahun baruJ’
‘Selamat tahun baru.’ Suri balas dengan gembira. Tidak lupa juga dia selitkan ikon arnab dan
rakannya sedang melihat percikan mercun.
‘Jumpa nanti.’
Walaupun hanya pesanan yang ringkas dan kata‐kata yang biasa di mata orang lain, tetapi dia rasa berbeza. Matanya lama merenung pesanan pendek itu. Senyuman lebar yang terukir di sepanjang wajahnya mengendur. Seperti satu ketukan di pintu hatinya yang akhirnya menyedarkan dia untuk membalas ketukan itu. Dia sudah tidak boleh nafikan apa yang dia rasakan. Dia tidak boleh bertindak bodoh akan apa yang dia rasa dan dia tidak boleh sorok apa yang dia rasa dari terselah di wajahnya. Dia sudah tidak boleh lari. Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki bernama Shawn Ryuuji.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan