“Ala Irina… sori la! Bukan aku sengaja pun…”
Laila cuba memancing simpati daripada rakannya itu. Gara – gara peristiwa kelmarin, Irina merajuk tidak mahu bercakap dengan Laila. Terpaksa Laila datang ke rumah Irina sendiri untuk memujuknya apabila panggilan telefonnya tidak berjawab. Irina meneruskan kerja – kerjanya membersihkan laman rumah. Langsung tidak diendahkan Laila yang duduk termanggu di bangku bawah pokok mempelam.
Sejak tinggal di kampung, Irina sudah terbiasa dengan kerja – kerja rumah. Bukan dipaksa, tetapi atas kerelaannya sendiri. Nek Jah pernah menegah kerana dia masih mampu untuk membuatnya sendiri. Tetapi Irina berdegil. Dia tidak mahu terlalu dimanjakan oleh datuk dan neneknya. Dia juga mahu belajar berdikari dan sedikit sebanyak boleh meringankan beban tugas seharian neneknya itu. Lagipun neneknya sudah tua.
Di zaman yang serba moden ini, ramai orang memperlekehkan tugas sebagai seorang suri rumah, walhal itu adalah tanggungjawab hakiki seorang wanita yang bergelar isteri. Menjadi suri rumah bukanlah bermakna seseorang wanita itu duduk goyang kaki sahaja dirumah.
Sebaliknya ia juga merupakan pekerjaan yang amat mulia di sisi agama kerana berhempas pulas menguruskan rumah dan keluarganya agar teratur dan sempurna. Bagi Irina tidak salah jika mahu mengejar kerjaya tapi biarlah keluarga dahulu lebih diutamakan. Jika bukan ibu yang mendidik anaknya siapa lagi?
Jika dahulu ketika masih tinggal di bandar sebelum ibu bapanya bercerai, dia tidak berpeluang
membuat kerja – kerja rumah sedemikian kerana terdapat orang gaji. Bila dia mahu membantu, orang gajinya yang berasal daripada Indonesia itu tidak mengizinkan kerana dengan alasan dia sudah dibayar gaji untuk membersihkan rumah dan melayan tuan rumah.
Lagipun, orang gajinya takut dimarahi oleh ibunya.
Kehidupannya dahulu sememangnya senang dan hidup selesa di dalam rumah yang serba moden, tetapi hatinya lebih damai berada di kampung. Mungkin caranya yang matang dan suka besederhana itu menjadikan dirinya tidak seperti remaja di luar sana, yang lebih sukakan hiburan dan material semata – mata.
Laila yang melihat tiada tanda – tanda positif daripada Irina mendengus. Sudah bosan agaknya kerana lama menunggu Irina memaafkannya seperti yang diharap – harapkan. Kebiasaannya, jika Laila membuat hal, Irina dengan mudah sudi memaafkannya. Tetapi tidak pula kali ini.
Marah benar Irina kali ini padanya.
Selesai sahaja siap menyapu daun – daun kering yang berguguran di halaman rumahnya, Irina
tersenyum puas melihat laman yang sudah bersih dan lapang. Di kesatnya peluh di dahi
menggunakan telapak tangan. Penyapu lidi yang digunakan buat menyapu tadi disandarkan pada batang pokok mempelam, berhampiran dengan tempat Laila duduk. Irina kemudian melabuhkan dirinya di sebelah Laila. Laila pula sudah menarik muka empat belas. Bibirnya sudah dimuncungkan. Jika tidak mahu diajar Laila kali ini, mahu sahaja Irina ketawa melihat rakan karibnya sedemikan. Baru padan muka kau Laila!
“Aik? Siapa yang kena pujuk siapa ni? Aku ke kau yang merajuk?” Sergah Irina. Peha Laila ditepuk kuat, serentak Laila menyeringai kuat.
“Sakitlah! Kau ni Irina, tangan cepat je jalan. Macam ketam!” Laila megaduh sambil menggosok
– gosok pehanya. Terasa pijar di pehanya tetapi tidaklah sesakit seperti digigit kerengga.
“Eleh, manja. Aku maafkan kau. Tapi kali yang terakhir. Kau buat hal lagi macam hari tu memang aku takkan maafkan kau sampai bila – bila!” kata – kata yang keluar daripada mulut Irina berbaur ugutan. Laila mengangkat sebelah tangannya sebagai ikrar tidak buat lagi. Kedua – dua gadis itu kemudian ketawa geli hati.
“Kau lepas dapat result SPM ni nak sambung belajar mana?” Laila daripada duduk melunjur kini dalam posisi bersila pula. Irina yang membetulkan ikatan rambutnya yang sudah separas dada menjongketkan bahu.
“Aku tak fikir lagi. Tapi aku nak sambung dalam Malaysia je kot. Kesian la dekat atok dan nenek aku nanti. Papa aku ada jugak suruh dia ikut ke Melbourne tapi entah lah… kau pulak?”
“Aku? Begantung pada result aku lah. Teringin jugak nak merasa belajar kat negara orang ni…
untung la kau, sebab papa kau boleh support belajar sana. Aku ni terpaksa la mengharapkan bantuan MARA je…” Laila menjuihkan bibirnya. Irina walaupun dilihat hidup besederhana tinggal di kampung sebenarnya dia merupakan anak orang senang. Bapanya yang bekerja di luar negara sudah tentu bergaji tinggi dan mampu memberikan kesenangan kepada anak tunggalnya. Tidak seperti dirinya, hanya anak kepada pekerja kampung yang mengambil upah daripada orang. Lagipun dengan jumlah adik – beradiknya yang agak ramai, tidak kesemua kehendaknya dapat dipenuhi lebih – lebih lagi dia merupakan anak sulung daripada enam beradik.
“InsyaAllah Laila…kalau kita berusaha dan yakin dengan rezeki yang Allah beri, pasti ada jalannya. Lagipun belajar dekat mana – mana pun sekarang ni sama je. Institut pengajian tinggi di Malaysia ni pun apa kurangnya. Banyak universiti awam yang dah tersenarai sebagai antara universiti terbaik di mata dunia.” Irina menerangkan dengan panjang lebar. Sudah seperti pensyarah pula lagaknya.
Laila menganggukkan kepalanya, tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Irina tadi. Perbualan mereka terhenti sejenak. Tiada topik yang mahu dibincangkan. Untuk seketika, mereka melayan perasaan masing – masing.
“Irina, kalau aku tanya sikit boleh tak?”
“Hmm… apa dia? Serius je bunyinya…” Irina memandang Laila. Dahinya berkerut – kerut.
“Apa pendapat kau tentang Harris?” soal Laila. Irina mengangkat keningnya sebelah.
“Harris? Hmm… biasa ja bagi aku. Muka boleh tahan la tapi perangai still kebudak ‐ budakan. Aku pun tak tahu sangat pasal dia, jadi aku tak boleh nak describe lebih – lebih. Kenapa?” Irina tersenyum memandang rakannya itu, seperti tahu apa yang bergelodak dalam jiwa anak gadis itu.
“Saja tanya…” Laila tersenyum – senyum.
“Iya lah tu. Kau ada hati dengan dia kan?” Irina meneka.
Laila tidak menjawab tetapi melihat kawannya yang tersenyum – senyum malu itu sudah diagak jawapannya.
“InsyaAllah Laila, jika ada jodoh kau dan dia tak ke mananya pun.” Sela Irina lembut.
“Aku tengok Aizat macam sukakan kau?” Laila mahu memancing jawapan daripada Irina. Irina cuma tersenyum.
“Bagi aku biarlah kita berkawan dengan seramai mana pun orang tetapi bercinta ni tak ada dalam kamus hidup aku, Laila. Biarlah bila tiba masanya nanti, jodoh itu pasti tiba. Tidak perlu dikejar, tidak perlu dicari sebab jodoh kita sudah tertulis di Loh Mahfuz. Lagipun kita punya cita – cita sendiri, bukan? Aku nak cari mak kandung aku Laila…aku teringin nak jumpa dia…” kata – kata Irina sedikit mengendur. Ada sebak dalam ucapannya itu. Laila tergamam.
“Kau nak cari ibu kandung kau? Bukan ke ibu kau ada di Kuala Lumpur? Kau kata dia dah
berkahwin lain bukan selepas bercerai dengan ayah kau?” Pertanyaan Laila berbaur kehairanan.
“Ya, memang mama aku tapi aku bukan dari darah daging dia. Selama ini aku pun tak pernah tahu sehinggalah aku pindah sini. Rahsia yang cuba papa aku sorok terbongkar bila ibu Aizat beritahu aku. Makcik Zulaikha rupanya kawan baik kepada mama kandung aku satu ketika dahulu. Mama aku seorang mualaf.” Terang Irina.
Melopong Laila mendengar cerita daripada Irina. Patutlah wajah Irina seakan – akan anak kacukan, tetapi tidak pernah diluahkan kerana bila ditanya nama ibunya, ia merupakan nama Melayu. Tiada unsur – unsur keturunan orang putih.
“Habis di mana mama kau yang sebenar sekarang? Kau dah dapat tahu?” Laila bertanya lagi.
“Aku tak tahu Laila. Papa aku pun tak tahu… Rupanya papa aku banyak menderita sejak kehilangan mama aku. Mama aku dilarikan dengan ayahnya sendiri. Masa tu aku baru dua bulan. Mama aku masih dalam pantang tapi datuk aku tu paksa tinggalkan kami sekeluarga dan balik ke United Kingdom. Sejak tu kami tak pernah dengar berita pasal mama aku lagi.” suara Irina seperti ditahan – tahan. Sebak di dalam dadanya sudah tidak dapat dibendung lagi.
Air jernih kemudian mula mengalir di pipi lembutnya. Laila yang melihat Irina di dalam kesedihan tidak dapat berkata apa – apa. Dipeluk erat bahu rakannya, cuba menenangkan Irina yang sudah menangis teresak – esak…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan