Label

Selasa, 6 Disember 2016

NOVEL Di Sebalik Talian Bab17

Tinggal seminggu lagi sebelum perayaan Krismas menjelang. Tahun inilah kali pertama keluarga Agustine merayakan Krismas tanpa kehadiran bapa dan Angie. Bukannya tidak biasa berlaku begini pun. Tahun‐tahun yang sebelumnya pun selalunya bapa saya akan outstation saja di luar daerah. Paling terakhir kami merayakannya bersama satu keluarga ialah sepuluh tahun yang lalu. Lama sudah, kan? Jadi, tahun ini walaupun hanya ada saya dengan mak saya, namun saya tahu ia lebih baik daripada tiada langsung.

Sejak majlis pertunangan hari itu, saya sering kali memikirkan tentang Zero, walaupun saya berusaha untuk cuba melupakannya. Ada beberapa kali saya cuba mahu menghubunginya, paling hampir berlaku ialah saya mengangkat handphone saya dan sudah dail habis nombor handphone dia tetapi akhirnya saya berjaya juga untuk menghentikan diri ini daripada menghubunginya. Saya sendiri juga punya keputusan supaya saya dengan dia jangan jadi rapat sangat. Saya pun tidak mahu ganggu hal dia denganauntyJamie. Pada masa inilah saat-saat genting untuk menentukan sama ada mereka akan berjaya mengharungi cabaran‐cabaran yang menanti mereka sebelum mereka bertukar sumpah di hadapan Tuhan dan orang ramai masa perkahwinan mereka nanti.

Namun, ia tidak menghentikan saya daripada merinduinya. Ya, saya sangat rindu Zero. Setiap hari saya marah pada diri saya kerana saya terlalu kerap menafikan perasaan saya sendiri gara-gara rasa fobia dengan hal cinta ini. Dan setiap kali itu jugalah saya akan marah pada Doktor Stephen kerana kalau bukan gara‐gara dia, sudah lama saya akan pergi confess sama Zero.



Namun, saya juga kena berterima kasih padanya sebab dialah yang menyebabkan penyakit mental saya ini cepat dikesan dan terapi sempat diberi pada saya sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.
Hari Isnin minggu ini Makcik Solmah telah berjaya dipindahkan ke wad paliatif di HQE 1 itu.

Saya ada ikut sama untuk membantu proses pemindahannya, iaitu menolong mengangkat barang‐barang milik makcik itu. Semasa saya menunggu makcik siap mandi, saya sedang mengupas sebiji epal merah bila saya terdengar seseorang memanggil nama saya. Saya menoleh ke arah suara itu dan agak terkejut melihat Doktor Stephen sedang berdiri di belakang saya. Buat beberapa saat saya rasa risau kalau saya sekarang tengah berhalusinasi ataupun tidak. Saya ingat saya setiap hari ada makan ubat, dan terapi‐terapi yang disediakan semua saya tidak pernah tertinggal, juruterapi dan doktor pakar pun semua memberikan saya penilaian yang positif... Namun, rasa ragu‐ragu saya itu hilang apabila saya nampak seorang Houseman pergi mendekati Doktor Stephen untuk memberitahu sesuatu. Doktor Stephen mengangguk‐angguk, lalu dia dengan sopannya dismiss Houseman itu.

“Hai, Annie. Boleh saya cakap sama kamu sekarangkah? Sementara tunggu Makcik Solmah habis mandi?” Dia menunjuk ke arah pintu tandas itu. Mula‐mula saya mahu menolak ajakannya, namun saya membuat keputusan bahawa saya kena berhadapan juga dengan sebahagian daripada masa lalu saya. Mungkin saya akan rasa lebih baik lagi selepas kami mencapai penutupan tentang hal kami berdua ini. Jadi, saya pun pergi ke pintu tandas itu dan memberitahu Makcik Solmah yang saya keluar ke kafeteria sekejap. Saya tidak memberitahu dia tentang siapa teman saya, takut pula tiba‐tiba dia terus keluar dan sumbat mulut Doktor Stephen dengan sabun mandi. Saya menggigit kuat bibir saya menahan ketawa tatkala membayangkan Makcik Solmah berbuat demikian pada si doktor itu.

Beberapa minit kemudian, kami berdua pun duduk di kafeteria di bahagian yang agak terpencil. Saya menundukkan muka, atas sebab tertentu saya masih rasa sakit hati dengan apa yang dia buat sama saya. Saya rasa syukur juga yang saya sudah lupakan perasaan saya padanya. Doktor Ste membuka perbualan ini. “Annie, saya mahu minta maaf atas segala-galanya yang saya buat sama kau masa di wad sana HMBP tu. Saya sangat tidak profesional dan saya rasa menyesal sangat...” Nadanya kedengaran merintih, jelas menunjukkan yang dia benar‐benar ikhlas.

“Okey, saya maafkan. Saya juga minta maaf sebab saya telah menyusahkan hidup kau.”

“Saya sepatutnya kena faham akan keadaan mental kau dan tidak menerukkan keadaan lagi. By the way, saya sudah hapuskan perintah sekatan itu. Tindakan itu agak kebudak‐budakan dari pihak saya. Kalau saya tahu awal‐awal tentang keadaan kau, saya tidak akan layan kau sampai teruk begitu.”

Saya jadi tidak terkata‐kata mendengar pengakuan Doktor Ste ini. Saya tidak sangka yang dia akan minta maaf pada saya selepas apa yang saya lakukan padanya. Saya rasa lega dan menghargai niatnya itu. “Terima kasih, Doktor Stephen. Ini sangat bermakna bagi saya. Akhirnya saya dapat capai penutupan tentang hal ini dengan kamu. Harap‐harap kamu pun rasa lega juga dan dapat teruskan hidup macam biasa, okey?” Saya senyum padanya. Inilah dia. Selepas ini saya tidak akan berjumpa dengan dia lagi. Stephen Marcus akan sentiasa jadi sebahagian daripada kisah lalu saya, namun tiba masanya untuk saya maju ke hadapan dan jadikan kejadian lalu sebagai pengajaran. Walaupun kegembiraan saya semasa bersama dengan dia hanyalah fantasi semata‐mata, namun fantasi itu telah memberi saya pengalaman untuk bercinta. Saya harap di masa akan datang, akan ada seseorang yang boleh membuatkan saya alami apa yang saya telah alami bersama dengan doktor ini, tentunya ia akan lebih baik daripada fantasi cinta itu. Saya baru sahaja mahu mengucapkan selamat tinggal kepadanya
bila kata‐kata seterusnya menyebabkan saya tercegat.

“Annie, kalau saya mahu jadi kawan kamu, bolehkah?”

Saya mengerutkan dahi saya, rasa insecure itu mula datang semula. “Errr... Kenapa pula kamu mahu kawan dengan stalker kamu?”

Doktor Ste mengangkat bahunya, dia cuba untuk berkelakuan selamba namun saya perasan juga yang kakinya bergoyang‐goyang. Di fantasi saya, kelakuan itu menggambarkan yang dia tengah rasa gelisah. “Saya mahu mengenali kamu, Annie. Setiap hari saya nampak kamu berinteraksi dengan Makcik Solmah. Ada sesuatu tentang kamu yang menarik perhatian saya. Saya rasa ingin mahu kenal kamu dengan lebih rapat lagi.”

Biar betul! Saya membeliakkan mata saya. Dia ketawa melihat ekspresi muka saya. “Ya, apa yang saya cakap ini adalah benar. Lagipun, sebelum kejadian stalking itu bermula, saya memang berhasrat mahu cari kamu di pejabat operator itu. Kamu kan yang saya selalu panggil ‘cik adik’ dulu itu?”

Atas sebab tertentu, saya mula blushing. Dia masih ingat lagi tentang ‘cik adik’. Dia tahu saya kerja di sana, dan tahu saya yang stalk dia. Kenapa dia masih mahu kawan sama saya?

“Saya harap kamu pertimbangkan permintaan saya. Saya betul‐betul mahu jadi kawan kamu. Kalau kamu setuju, erm... Kamu ada nombor saya juga. Whatsapp chat saja, kali ini saya akan balas cepat‐cepat.” Dia memang betul‐betul serius! Saya tidak tahu mahu cakap apa, jadi saya cuma mengangguk sahaja. Dalam banyak‐banyak benda, benda inilah yang paling saya tidak sangka akan terjadi!

Tunggu sampai Makcik Solmah dengar pasal ini!

***

Saya menceritakan perkara ini kepada Makcik Solmah sebaik sahaja dia sudah settle down di wad paliatif itu. Seperti yang saya jangkakan, dia terus berleter panjang, kebanyakannya menyumpah seranah si Doktor Stephen itu. Dalam hati saya, habislah si doktor itu bersin sepanjang masa pada ketika ini gara‐gara kena umpat. Saya membiarkan saja dia berleter, membebel berhabisan, sampailah sepuluh minit kemudian, baru dia sedar yang saya ada bersama dengan dia. Dia pun meneguk dua gelas air suam dalam masa yang singkat sahaja.

Saya cuma tersenyum sahaja melihat gelagat makcik itu.

“Maafkan aku, Annie. Tapi aku memang serius sangat tidak puas hati dengan doktor bangang itu. Dia sudah menyusahkan hidup kau, sekarang senang‐senang saja dia cakap mahu jadi kawan kau. Dia ingat kau tu robot yang tiada perasaankah? Aku harap kau jangan terima pelawaan dia itu!” Saya cuma diam saja, dan makcik itu pun memberi saya pandangan yang tidak percaya. “Annie! Kau sudah hilang akalkah? Kau tidak serik‐serik lagi kena luka oleh bangsat itu?!”

“Makcik, salah saya juga pada mulanya. Kalau saya tidak sakit mental, perkara ini tidak akan
berlaku...”

“Kau sakit mental tu bukan salah kau, itu salah nasib!” Makcik Solmah mendengus kuat.

“Dia sudah minta maaf, dan saya tahu dia ikhlas. Itu sudah cukup bagi saya, makcik. Lagipun, saya belum tahu lagi sama ada saya terbuka hati untuk jadi kawan dia atau tidak. Saya mahu ambil masa untuk fikir baik‐baik dulu.”

“Haisss. Kalaulah si Zero tidak tunang, tentu senang saja hidup kau sekarang!” Rungut makcik itu. Saya ketawa kecil.

“Makcik, Zero tunang atau tidak, tetap juga Doktor Stephen akan approach saya suatu hari nanti. Dia sendiri cakap begitu. Hmm... Setiap orang layak dapat peluang kedua, kan?”

Makcik Solmah membulatkan mata. “Kau biar betul, Annie? Jangan hanya kerana Zero sudah
tunang kau mahu mula bercinta sama doktor itu?!”

“Makcik...” ujar saya dengan sabar. “Siapa cakap saya mahu bercinta sama dia? Manalah saya mahu. Saya cuma tunggu hati saya terbuka untuk berkawan saja, bukan bercinta. Cinta inilah yang menyusahkan hidup saya.”

Makcik Solmah diam sejenak, dan riak wajahnya berubah menjadi lebih serius. “Annie, janji pada makcik yang bila makcik sudah pergi ke atas, Annie akan jaga diri baik‐baik, okey?” Air mata saya terus berlinangan mendengar kata‐kata makcik itu. Ya, saya tahu makcik itu cuma tinggal tunggu masa saja lagi sebelum dia tewas dengan penyakit kanser ini, namun tidak semestinya saya sudah bersedia untuk menghadapinya. “Sudahlah tu, Annie. Kau kena terima kenyataan yang aku hidup tidak lama lagi. Aku pun sudah tua, kalau bukan sebab kanser, mungkin sebab sakit tua yang akan membawa aku kembali ke Allah di atas itu..”

Saya peluk Makcik Solmah dengan erat‐erat. “Makcik, sekurang‐kurangnya tunggulah sampai lepas tahun baru...”

Makcik Solmah mengeluh panjang. “Makcik akan cuba tapi tidak boleh janji, tahu? Ini semua adalah takdir dari Tuhan... Nanti bila makcik jumpa Tuhan di atas, makcik akan merayu supaya Tuhan ubah perasaan Zero itu dan mula mencintai kau.” Saya terketawa kecil mendengar lawak ringan makcik itu. Dalam hati kecil saya berharap agar Tuhan akan dengar rayuan Makcik Solmah itu.

***

Saya memandang handphone saya yang diletakkan di atas meja saya itu ketika saya sedang duduk di katil saya. Sudah beberapa kali saya telah pegang dan letak balik handphone itu. Saya masih tidak pasti sama ada saya mahu mesej Dr. Stephen atau Zero? Kedua‐dua lelaki ini adalah sebahagian daripada hidup saya. Dr. Stephen ialah sebahagian daripada cinta fantasi saya itu, manakala Zero ialah seseorang yang tidak mungkin akan saya dapat miliki. Saya rasa bingung, dan pada ketika ini saya selalu harap saya ada kawan baik untuk saya luahkan segala-gala kebingungan ini. Namun, kebetulan pula kawan baik saya itu ialah seorang lelaki yang saya cintai. Hidup saya betul‐betul suckslah!

Dr. Stephen pula nampak macam ikhlas, namun saya masih tidak berani mahu buka hati saya untuk persahabatan dengannya. Siapa tahu yang dia sengaja mahu berbaik dengan saya untuk membalas dendam? Saya menggigil bila mengingati kebarangkalian itu. Nanti tidak pasal-pasal datang balik halusinasi saya dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad itu lagi. ‘Palis‐palis’.

Saya menutup mata saya dan berdoa kepada sesiapa sahaja yang sedang mendengarnya untuk memberi saya satu petanda kepada siapakah saya patut mesej ini. Dan seperti doa saya sudah berjaya didengari, petanda yang saya nanti‐nantikan itu pun datang. Bunyi mesej handphone saya berdering. Dengan tangan yang terketar‐ketar, saya pun mencapai handphone saya dan membuka mesej Whatsapp itu. Saya tersengih‐sengih melihat si penghantar mesej itu.

Zero alias Uncle Marv.

Zero: Hai, Annie. Apa khabar?

Annie: Hai, “uncle Marv”! Saya okey saja. Kau pula? Macam mana dengan kehidupan sebagai
tunang orang? :﴿

Zero: Ha‐ha‐ha. Hmm, okey jugalah. Saya hairan kenapa kau jarang sudah mesej saya?

Annie: Zero... Kan saya sudah cakap dulu...

Zero: Yelah, yelah. Saya tahu, tapi saya rindukan kau.

Annie: Hmmmmm... Saya pun, tapi kau kena beri perhatian lebih pada aunty saya.

Zero: Kenapa saya tidak boleh bercakap dengan kawan baik saya sendiri? Saya faham yang saya sudah ada tunang, namun saya juga berhak untuk luangkan masa dengan kawan baik saya. :﴾

Itu masalahnya, Zero! Sekarang ini saya sedang berusaha untuk lupakan perasaan cinta ini! Tapi sayangnya, saya tidak boleh beritahu ini pada dia... Jadi, saya pun cuba untuk mengalihkan topik perbualan kami.

Annie: Zero, tadi pagi Dr. Stephen approach saya.

Tidak sampai setengah minit terus saya dapat balasan mesej daripadanya.

Zero: APA DIA BUAT SAMA KAU?! JAGA DIA TU KALAU DIA SAKITKAN HATI KAU LAGI!! >:﴾

Annie: Bertenang, Zero. Dia minta maaf pada saya, siap cakap mahu berkawan sama saya lagi.

Zero: Oh. Jadi kau mahu jadi kawan dia lagi? Setelah apa yang dia buat sama kau?

Annie: Kau dan saya tahu yang saya duluan buat hal, bukan dia. Dia cuma bertindak secara refleks saja...

Zero: Annie, sejak bila kau mula pertahankan dia, hah?

Annie: Zero, saya bukan pertahankan dia, cuma menyatakan kebenaran saja.

Zero: Ikut suka hati kaulah! Pergilah kawan balik sama dia. Kau sanggup buang kawan baik kau
sendiri tapi tidak sanggup mahu jauhkan diri daripadanya!

Saya tersentap membaca mesej terakhir Zero itu. Saya mahu balas tapi saya tahu kalau mahu cakap sekarang akan menerukkan keadaan lagi. Jadi, saya pun biarkan mesej dia tidak terbalas. Saya mula menangis bersendirian. Saya bukan sengaja mahu mengelakkan diri daripadanya. Perasaan cinta saya terhadapnya inilah yang membawa masalah! Saya betul‐betul tidak mahu terseksa lagi gara‐gara Zero! Jadi, tanpa berfikir panjang lagi, saya pun terus menaip mesej untuk Dr. Stephen dan berserah kepada takdir apa akan jadi seterusnya!

***

Bunyi ayam berkokok bersahut‐sahutan membangunkan saya daripada tidur. Sejak mak saya mula memiara ayam‐ayam ini, memang selalu sahaja saya dipaksa bangun awal daripada yang selalunya. Saya tidak tahu kenapa mak saya beli ayam‐ayam jantan ini, ia selalu bising tidak kira waktu! Alasan mak saya satu saja: Dia rasa ayam jantan ini comel. Saya memusingkan bola mata saya mendengar alasan kebudak‐budakan itu.

Sambil merungut dan menyumpah‐seranah ayam jantan itu, saya pun terus ke bilik mandi untuk bersiap‐siap untuk menghadapi hari ini. Ya, hari ini adalah hari Krismas, dan saya diarahkan oleh mak saya untuk masak hidangan sempena Krismas. Mak saya kedengaran sedang mandi di bilik mandi di biliknya. Dia mahu ke gereja pada awal pagi ini. Dia sudah puas memujuk saya untuk ikut sama, namun saya yangatheistini tetap berkeras tidak mahu. Nasib baik dia tidak juga bising‐bising pasal pilihan saya tentang keagamaan ini.

Selepas saya siap mandi, saya pun mula membalut hadiah yang saya sediakan untuk mak saya dan juga untuk Makcik Solmah. Walaupun Makcik Solmah tidak merayakan Krismas ﴾Dia seorang penganut Muslim﴿, namun saya tetap mahu juga bagi dia hadiah. Lagipun saya takut saya mungkin akan terlambat untuk bagi dia sesuatu. Makcik Solmah semakin tenat. Dia sudah tidak dapat berjalan. Selera makannya juga kurang sehingga terpaksa dimasukkan saluran hos hidung ke perut itu. Saya makin lama makin rasa sedih setiap kali saya pulang daripada melawat dia di wad paliatif. Saya dapat merasakan yang Makcik Solmah tidak lama lagi akan pergi buat selamanya. Saya bertekad untuk membuat dia selesa selagi dia masih hidup.

Selepas saya siap balut hadiah, saya pun turun ke dapur untuk memasak masakan khas untuk Makcik Solmah, iaitu bubur kosong. Kelmarin staff nurse di wad itu cakap saya boleh beri dia bubur melalui hos hidung itu. Walaupun saya tahu dia tidak akan dapat merasai rasa sebenar bubur ini, namun saya mahu dia tahu yang ini adalah masakan saya. Sekurang‐kurangnya dia akan rasa lebih rasa dia berada di rumah.

Pada jam sembilan pagi, saya pun sampai ke wad itu, dan saya terkejut melihat seorang wanita yang saya tidak kenal sedang duduk di sebelah Makcik Solmah. Makcik Solmah nampak agak resah namun dia tidak mampu mahu bercakap lagi kerana dia kelihatan sangat lemah dan tenat. Saya pun cepat‐cepat ke sisinya dan mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

Tindakan itu membuatkan dia rasa tenang sedikit. Saya pun pandang ke arah wanita asing itu.

“Excuse me, boleh saya tanya siapa kau?”

Wanita itu dengan angkuhnya menjawab, “I’m Salmiah, anak kepada dia. You pula siapa?”

“Saya Annie, kawan baik dia.”Oh, ini rupanya Salmiah, satu‐satunya anak Makcik Solmah.

Peliknya, kenapa di saat‐saat Makcik Solmah mahu pergi, dia tiba‐tiba prihatin pula? Saya ada
perasaan yang tidak baik yang lawatan dia ini bukan ikhlas...

“Kawan baik ya. Huh! Mari sini kita keluar dulu, ada I mahu cakap sama you.” Tanpa menunggu, dia pun keluar ke lorong hadapan wad itu sambil memeluk tubuhnya. Saya tahu dia mesti mahu menghina saya, bukan mahu cakap terima kasih sama saya. Saya menggenggam erat tangan makcik itu lalu saya pun keluar untuk bersedia mendengar apa yang anak tidak tahu mengenang budi ini mahu cakap. Salmiah memang cantik orangnya, dengan tubuh badannya yang ramping. Rambutnya dia biar terburai singgah ke bahu, berwarna coklat perang. Gincu dan mekapnya agak tebal. Dia berpakaian baju kebaya yang agakfitjuga. Saya juga dapat hidu perfume yang berjenama.

“Annie. Dia ialah mak I. Bukan mak YOU. FAHAM?”Seakan‐akan saya tidak tahu akan kenyataan
itu! Saya rasa geram pula dengan anak sombong ini! Saya mengangkat kedua‐dua dahi saya dengan tanda‐tanya. “I yang sepatutnya akan mewarisi hartanya lepas dia mati. Kalau YOU yang dapat tu harta, I minta supaya YOU bagi itu harta sama I sebab YOU ni tidak layak, okey?”

Nadanya penuh dengan sindiran, sambil itu dia mengangkat dagunya.Mentang‐mentanglah dia tinggi dari saya! Bolehlah dia tunjuk lagak di sana. Okey, perempuan! Kita tengok siapa yang pijak siapa!

Saya mengeluh panjang. “Cik Salmiah. Saya ikhlas berkawan sama Makcik Solmah. Dia banyak
bantu saya masa kami sama‐sama di wad berbulan‐bulan lalu. Sekarang saya jaga dia untuk bayar balik hutang budi dia sama saya, di samping itu saya ambil berat sangat sama dia dan anggap dia sebagai makcik saya sendiri juga.. Saya tidak berminat langsung dengan hartanya. Jadi, kau boleh rasa lega sekarang, okey? Cuma satu saja saya mahu kasitahu kau: Makcik Solmah deserve better than you!”

Matanya terbeliak besar mendengar kenyataan saya itu. Dia mendengus dengan kuat. “Berani you cakap begitu sama I! You ingat you tu siapa, hah?!” Nada suaranya mula meninggi.

“Saya ialah kawan baik dia. Saya sudah cukup kaya dengan persahabatan yang dia berikan pada saya. Kalau sebab kau datang sini ialah untuk memaksa dia beri harta dia pada kau, baik kau berambus dari sini. Dia sudah nazak baru kau sibuk mahu lawat dia, sudahlah tidak ikhlas! Tolong pergi dari sini sebelum saya panggil sekuriti.”

“Berani you! I berhak datang sini, I adalah anak dia!”
“Anak atas dasar nama saja! Apa yang kau buat masa anak kau, iaitu cucu dia, meninggal? Kau
salahkan dia seratus‐peratus! Kau menyebabkan dia jadi depresi! Kau hampir menyebabkan
dia bunuh diri! Sekarang kau dengan tidak malunya datang sini minta waris harta dia! Anak
jenis apa kau ni, hah?!” Saya tunding jari saya pada dada dia, saya sudah tidak peduli dengan
orang di sekeliling kami yang sedang tengok gelagat kami ini. Saya renung dia dengan tajam,
mencabar dia untuk berdebat dengan saya. Beberapa minit kemudian, tanpa berkata apa‐apa,
dia pun terus pergi dari sini. Saya menghembuskan nafas saya dengan kuat, lalu saya dengar
beberapa orang di situ memberikan saya tepukan.
“Bagus! Dia memang patut kena teriak begitu!”
“Tulah tu perempuan sombong‐sombong lagi!”
“Kau jugalah yang hebat!”
Saya menggaru kepala saya sambil tersenyum malu dengan perhatian yang diberikan secara
tiba‐tiba itu. Saya pun bergegas kembali ke tempat Makcik Solmah dan memegang tangannya
lagi.
“Makcik, jangan risau, okey? Dia tidak akan datang lagi ganggu kamu.”
Makcik Solmah senyum dengan lemahnya. “Terima kasih, Annie. Aku ingat dia datang sini
sebab dia sudah insaf, tapi aku salah rupanya. Aku dengar juga apa yang kau cakap sama dia
yang paling akhir tu. Kau memang sangat hebatlah, Annie.”
Saya tersenyum lembut. “Saya cuma mahu pertahankan kau daripada perempuan itu. Saya
paling alergik kalau dengan keluarga sendiri tiada rasa kasih sayang. Saya tidak mahu makcik
kena layan seperti mana bapa dan adik saya sendiri layan saya.”
“Bapa dan adik kau tu bodoh sebab tidak menghargai orang yang hebat macam kau,” pujinya.
Saya ketawa kecil kerana dalam keadaan begini makcik ini masih mampu menyumpah‐seranah
orang. Saya akan rindu makcik ini sangat‐sangat... Saya berdoa pada yang mendengar doa
saya ﴾Ya, walaupun saya ini atheist, tidak semestinya saya tidak boleh berdoa﴿ supaya makcik
ini dipanjangkan umurnya lagi, namun saya tahu yang itu adalah mustahil. Penyakit kansernya sudah merebak teruk. Tiada apa lagi yang boleh dibantu selain daripada dari segi
keselesaannya...
***
Sehari selepas Krismas, saya menapau bubur nasi lagi untuk Makcik Solmah. Kelmarin perutnya
nampak boleh tolerate dengan bubur yang saya masak itu, dan dia pun nampak lebih
bertenaga selepas itu. Jadi, saya mahu beri dia bubur lagi hari ini. Cuaca pada masa ini agak
suram, seakan‐akan mahu hujan. Apabila saya sudah melangkah masuk ke dalam HQE 1, hujan
sudah mula mencurah‐curah dengan lebat. Nasib baik saya sempat masuk sini, kalau tidak
sudah basah kuyup saya jadinya.
Saya menghidu bau bubur masakan saya yang wangi itu. Saya rasa bangga dengan diri saya
kerana walaupun saya ini kira tidak pandai memasak, namun bubur ini mampu membuatkan
Makcik Solmah gembira. Saya cuma harap anak dia yang tidak tahu mengenang budi itu tiada
lagi datang mengganggu hidupnya. Bila saya melangkah masuk ke dalam wad paliatif, saya
dapat merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku. Dan, langkah saya terhenti tatkala mata saya
singgah pada bahagian katil Makcik Solmah di mana ianya ditutup oleh tabir. Saya tercegat di
situ, atas sebab tertentu saya tidak dapat meneruskan langkah saya. Saya dengar juga bunyi
mesin yang merekod nadi pesakit. Bunyi itu mendatar saja... Sebelum ini bunyi itu ada ritma...
Tapi sekarang ia mendatar saja...
Plastik yang berisikan bekalan makanan itu terlepas daripada genggaman saya, menyebabkan
bubur itu tumpah daripada bekal itu. Namun, saya tidak perasan akan itu. Perhatian saya cuma
tertumpu ke arah katil Makcik Solmah. Tidak lama kemudian, seorang staff nurse pun keluar
daripada tabir itu dan dia nampak akan kehadiran saya di situ. Tanpa berkata apa‐apa, dia
cuma tersenyum pahit dan menggeleng kepalanya sambil mengeluh dengan rasa kesal. Masa
itu barulah saya tersedar ke alam nyata. Saya pandang staff nurse itu dan dengan suara yang
terketar‐ketar, bertanya, “M‐mmmak‐cik...Sol‐‐‐m‐‐mah?”
Staff nurse itu datang mendekati saya dan memicit bahu saya. “Sorry, Annie. Dia... Dia baru saja
pergi, beberapa minit sebelum kamu datang.”
Dia sudah pergi. Dia sudah perg?. Makcik Solmah? Makcik Solmah?! MAKCIK SOLMAH!! Saya
terus melangkah dengan lemahnya ke arah katil itu, dan masuk melalui celah tabir itu.
Kelihatan beberapa staff nurse tengah mencabut semua jarum, hos dan mesin daripada Makcik
Solmah. Seorang doktor di situ baru sahaja siap memeriksanya, dan dia memandang saya
dengan pandangan simpati. “Sorry.” Itu saja yang dia mampu katakan. Yelah, mahu cakap apa
lagi, kan? Akhirnya pandangan saya tertumpu ke sekujur tubuh makcik yang saya sayangi itu.
Dia nampak tenang saja baring di situ. Seakan‐akan dia sedang tidur. Bezanya kali ini, dadanya
tidak kelihatan naik turun dengan pernafasan. Tiada sudah kedengaran dengkuran halusnya.
Makcik Solmah sekarang ini tengah tidur dan dia akan tidur buat selama‐lamanya. Tidak akan
membuka matanya buat selama‐selamanya.
Air mata saya akhirnya jatuh juga mengalir. Kini kenyataan sudah menggoncang seluruh jiwa
dan raga saya. Makcik Solmah sudah meninggal dunia. Dia sudah... Pergi. Tiada sudah
kedengaran tawanya. Tiada lagi lawak jenaka yang dia selalu berikan. Tiada lagi sumpahseranah
terhadap Dr. Stephen, Zero, dan yang lain‐lain.
Saya sudah kehilangan seorang sahabat yang paling saya sayangi.
Saya pun terus terduduk di kerusi di sisinya dan meletakkan kepala saya di katilnya sambil
menangis teresak‐esak.
***
Disebabkan saya dan Makcik Solmah berlainan agama, saya rasa buntu dan tidak tahu macam
mana mahu uruskan upacara pengkebumiannya. Nasib baik saya ada nombor Doktor Isya,
doktor muda di psikiatri yang baik dengan saya. Jadi, saya pun hubunginya untuk meminta
bantuan. Dia pun sudi memberi bantuan, dan beberapa jam kemudian, saya bersama‐sama
dengan mak saya dan juga staf di wad paliatif dan wad psikiatri yang tidak bekerja pada hari
itu pun berkumpul di rumah Doktor Isya untuk upacara itu. Beberapa ustaz yang Doktor Isya
telah panggil pun membaca Yasin pada Makcik Solmah yang kini hanya tinggal badan itu di
ruang tamu rumah yang agak mewah itu. Yang bukan Muslim termasuk saya juga berdoa ikut
agama masing‐masing. Saya juga berdoa untuk sesiapa yang sudi mendengarnya. Ketika ini,
air mata saya sudah kering dan saya rasa bekalan air mata saya sudah habis kerana sekarang
saya tidak dapat mengalirkan air mata saya sudah. Mak saya sepanjang masa ini meletakkan
tangannya di sekeliling pinggang saya.
Selepas doa Yasin itu selesai, kami semua pun pergi ke tanah perkhuburan Islam di Likas, di
mana Makcik Solmah telah selamat disemadikan. Setelah semuanya selesai memberi
penghormatan terakhir kepada arwah, semua yang hadir pun pulang ke rumah masingmasing,
kecuali saya, Doktor Isya, dan mak saya.
“Isya, terima kasih sebab bantu saya urus semua ini,” kata saya kepada doktor baik itu. Kami
sedang berdiri di hadapan khubur Makcik Solmah ketika itu.
“Sama‐sama. Saya tahu betapa pentingnya Makcik Solmah pada kamu. Dia memang sangat
baik dengan kita semua ketika dia di wad psikiatri.” Ada sedikit air mata kelihatan di celah
mata Doktor Isya itu.
“Ya, dia memang sangat istimewa. Sekurang‐kurangnya sekarang dia tidak terseksa lagi.”
Sebelum kami beredar, saya pun bisik kepada khubur Makcik Solmah itu. “Makcik, semoga kau
okey sahaja di atas itu. Jangan bimbang sama saya, saya akan ingat segala‐gala nasihat makcik
dan akan terus menjadi kuat menghadapi semua ini. Kita pasti akan bertemu lagi, makcik.
Makcik tunggu saya di atas itu, okey? Jangan lupa, makcik janji mahu cakap sama Tuhan mahu
tolong kasih ubah perasaan si Zero itu.” Saya ketawa kecil bersendirian mengenangkan
gurauan makcik beberapa hari yang lalu.
Rehatlah dengan baik, Makcik Solmah! Bisik kata hati saya untuk kali terakhir ini, buat masa
ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan