PINTU terbuka luas. Bau rumah ditinggalkan lama menusuk hidung. Dia melangkah masuk.
Digantung kunci di dalam sebuah kotak yang dikhaskan untuk menyimpan semua kunci. Di bawah kotak itu terdapat sebuah almari kayu yang menyimpan semua koleksi kasut‐kasutnya. Ridduan meletak kasut yang dipakainya tadi. Di atasnya pula terdapat sebuah mesin penyegar udara. Dia cuba membuka dan memeriksa sama ada wangian telah habis atau tidak. Ternyata wangian masih berisi penuh mungkin bateri yang habis. Ridduan membuka beg galasnya, dua biji bateri diambil dan dimasukkan ke dalam tempatnya. Mesin itu berfungsi semula. Barulah segar bila bau haruman lavender masuk ke pelosok ruang rumah. Suis lampu utama ditekan. Terang segenap ruang penthouseyang luas.
Ridduan terus melangkah masuk. Beg galasnya diletakkan atas sofa kulit berwarna putih.
Kebanyakan kelengkapan rumahnya berwarna putih. Tirai berwarna putih juga ditarik hingga ke hujung. Dinding cermin dari atas hingga bawa, meluaskan pemandangan bangunan pencakar lagi di serata bandar raya Kuala Lumpur. Lampu neon di kebanyakan bangunan terbuka. Suasana yang hampir gelap menjadi terang dengan cahaya.
Pintu gelongsor dibuka. Angin kuat menghembus tubuh Ridduan. Teringat saat‐saat indah ketika di pulau. Pulau yang mengingatkan dia pada Hana. Bukan mudah untuk membuang Hana dari kotak fikirannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia duduk di kerusi rehat di beranda. Poket seluarnya diseluk dan sebutir cincin emas putih dipegang. Dibelek‐belek cincin itu.
“Kenapa di saat aku telah membuat keputusan ingin melupakan kau, aku jumpa benda ini.”
Ridduan berkata sendiri. Dia mengeluh.
Dia mengerling jam tangannya. Jarum menunjukkan nombor lapan. Dia hampir terlupa untuk
berjumpa Razak. Jika tidak tunjukkan mukanya, mungkin dia akan dibunuh malam ini. Razak bukan cakap sembarangan. Jika itu katanya, dia akan kotakan. Dia masak benar dengan perangai si Razak itu.
KERETA model Porsche 911 Carrera GTS berwarna putih berhenti di depan lobi kelab malam
mewah. Pintu dibuka oleh pekerja. Ridduan keluar dari perut kereta dan memberi tip. Kemudian, keretanya dibawa oleh pekerja itu. Dua orang lelaki yang berbadan besar menyambut kedatangan Ridduan dan mengiringnya ke sebuah bilik persendirian di tingkat dua. Bilik‐bilik di tingkat dua merupakan bilik VIP dan lebih eksklusif.
Pintu dibuka salah seorang lelaki berbadan besar. Kelihatan Razak sedang dilayan beberapa orang gadis separuh bogel. Hanya menutup di bahagian dada dan mini skirt yang terlalu singkat. Pasti mereka ini gadis‐gadis yang baru. Peneman Razak selalunya yang baru‐baru.
Mereka merupakan pelayan kelab malam. Tapi ada segelintir masyarakat memanggil mereka pelacur. Pelacur di kelab‐kelab malam eksklusif milik Razak. Rupa mereka yang cantik, badan yang ramping, buah dada yang besar, punggung yang cukup pejal, mana‐mana lelaki yang melihat mereka pasti terangkat. Tetapi tidak Ridduan.
Selepas habis sekolah, dia dipaksa menguruskan perniagaan kelab malam itu, dia sering digoda. Kebanyakan pelacur di situ ingin memiliki Ridduan. Tapi, tiada seorang pun yang dapat
membawanya ke katil.
Dia juga pelik dengan dirinya. Kenapa dia tidak pernah tertarik pada gadis genit yang menggoda dengan liuk lentok tubuh mereka. Adakah dia seorang gay? Yang suka pada kaum sejenis. Suatu ketika dia pernah di rudum perasaan risau. Bagaimana jika bernafsu songsang?
Dia cuba menaruh perasaan pada kawan baiknya Emeriz. Tetapi, ternyata jawapannya negatif. Geli rasanya. Tidak mungkin! Dia tidak pernah ada perasaan pada mana‐mana lelaki mahupun wanita. Tapi bila munculnya Hana dalam hidupnya, hatinya seperti berfungsi, perasaannya seperti hidup. Bila teringat saja pada Hana, lantas jantungnya pasti berdegup kencang.
Kenapa?
Seorang gadis datang kepada Ridduan. Cuba menggoda. Tapi, dielak Ridduan lantas masuk ke dalam bilik. Walaupun mereka digelar pelacur, dia tidak pernah sesekali mengasari mereka. Buruk mana pun, mereka tetap perempuan. Seorang perempuan tidak patut dilayan seperti itu. Kerana itu dia tidak pernah meniduri mereka. Tetapi, itu pilihan mereka sendiri. Keinginan mereka untuk hidup mewah. Satu malam untuk melanggan mereka pun paling busuk ribuan ringgit, tidak termasuk hotel dan lain‐lain. Cukup lumayan. Kebanyakan lelaki yang melanggan mereka semuanya yang berduit.
Razak melihat Ridduan menolak gadis itu, lantas tersenyum. Dia kenal benar perangai Ridduan.
Tiada seorang gadis yang dapat menawan dia termasuk Aleece. Gadis‐gadis di situ hampir semua tergila‐gilakannya. Dia ingin lihat sampai bila Ridduan mampu bertahan daripada godaan perempuan. Dia akan terus menunggu untuk lihat siapa gerangan gadis yang dapat menawan Ridduan. Pasti gadis itu cukup istimewa. Dia senyum sendiri. Ada makna di balik senyuman itu.
“Balik juga kau. Aku ingat, lagi sejam kau tak datang, aku nak hantar orang tembak kau dari jauh.”
Ridduan mendiamkan diri. Malah menundukkan kepala. Gadis tadi duduk di sebelah Ridduan. Sekali lagi cuba memegang tubuh Ridduan. Dia pula yang tergoda dengan ketampanan Ridduan. Tapi ditepis lembut sekali lagi. Ridduan tidak akan benarkan mana‐mana perempuan menyentuh tubuhnya walaupun berlapik baju.
Matanya merenung cermin di depannya. Dari bilik itu, boleh nampak segerombolan manusia yang terkinja‐kinja menari di bawah. Cahaya spotlight berbagai‐bagai warna juga seperti menari‐nari mengikut rentak muzik.
Razak meneguk gelas berisi minuman keras. “Minum?”
Ridduan masih mendiamkan diri. Dia lebih senang berdiam diri dari berkata‐kata. Dia tahu, kalau dia menolak pasti Razak bertambah marah.
“Oh... lupa... kau mana minum air setan ni kan. Kau kan baik. Tapi, kau ingat kau dapat masuk
syurga kalau tak minum air setan ni.” Razak tergelak besar seperti lucu dengan kata‐katanya sendiri.
Ridduan tidak bersuara lagi. Membiarkan apa saja yang Razak ingin katakan seperti masuk di telinga kiri dan keluar di telinga kanan. Malas nak bertelagah dengan orang seperti Razak yang ingat dia saja yang betul. Jika tersalah kata atau menyindir Razak, dia pasti dipukul oleh bodyguard Razak tadi.
Dah biasa...
“Aku dengar kau pergi bercuti.. lama kau pergi. Kau dah kaya ke? Perniagaan kereta kau tu dah
kayakan kau?”
Masih tiada jawapan dari Ridduan.
“Kalau nak cepat kaya, kau kena buat perniagaan macam aku. Baru cepat dapat duit, perempuan pun free, air sedap ni pun kau boleh melantak banyak mana kau nak.” Sambil menunjukkan gelas minuman keras di depan muka Ridduan lalu diteguk Razak lagi.
“Kau ingat perniagaan kau tu mampu bertahan. Tengoklah. Beberapa tahun nanti pasti lingkup dan kau... kau akan melutut di kaki aku ni, memohon, merayu ingin menguruskan semula kelab malam yang kau tinggalkan ini. Kau tunggu... kita lihat siapa yang menang.” Ugut Razak.
Dia bengang bila Ridduan tidak mahu menguruskan lagi kelab‐kelab malam miliknya dan dia
terpaksa membiarkan Aleece yang menguruskan. Dia berdendam dengan Ridduan. Tapi tak apa, dia nak tengok sejauh mana Ridduan boleh hidup dengan duit yang dikatakan daripada hasil yang halal itu. Dia juga ada perancangan akan merosakkan perniagaan Ridduan. Tapi menunggu masa. Kerana sekarang dia masih memerlukan pertolongan dari Ridduan dan kawannya.
“Kau ni dah bisu ke?” tengking Razak. Marah bila Ridduan tiada respons semua pertanyaan dan kata‐katanya tadi.
Ridduan menunduk pula. Tiba‐tiba pintu bilik terbuka luas. Aleece berdiri tegak. Dia tergesa-gesa
datang ke situ bila mengetahui Ridduan telah pulang dan bertemu dengan Razak.
“Abang.” laung Aleece gembira. Dia menolak gadis di sebelah Ridduan dan memeluk Ridduan.
Lama... Gadis‐gadis di situ mencebik. Cemburu bila Ridduan tidak menolak pelukan Aleece.
Mereka mengetam bibir dan menjeling. Geram...
Pelukan Aleece tidak dibalas dan tidak juga menolaknya. Aleece... dia anggap seperti adiknya
sendiri. Tapi, Aleece bukan adik sedarah sedaging dengannya. Mereka bukan adik‐beradik kandung tetapi adik beradik angkat. Mereka dibela oleh Razak sejak kecil lagi.
“Nasib kau datang. Kalau tidak mati aku belasah budak tak tahu dek untung ni.”
“Daddy... kenapakah daddy mesti marah abang? Asal jumpa, nak marah, nak gaduh. Patutlah abang tinggalkan kita. Semua sebab daddy, salah daddy.” Aleece memarahi Razak. Kerana Razak, Ridduan meninggalkannya. Pergi bercuti seorang diri tanpa membawanya sekali. “Jom abang, kita keluar dari sini.” Aleece menarik tangan Ridduan.
“Tunggu... Aleece kau ke tepi. Aku tak habis lagi bercakap dengan dia. Nak jumpa dia ni dah
mengalahkan nak jumpa menteri besar. Kau senang‐senang nak bawa dia keluar dari sini.”
Mendengar nada Razak tegas Aleece segera mengikut perintah. Kemarahannya reda serta-merta.
Dia tahu, kalau dia membawa Ridduan keluar sekarang, pasti Ridduan ditarik dan dipukul teruk oleh body guardRazak. Telah beberapa kali dia melanggar perintah Razak, Ridduan menjadi mangsa dipukul hingga lembik, tidak berdaya melawan. Razak tahu, kelemahan Aleece ialah Ridduan. Kerana dia terlalu sayangkan Ridduan.
“Ridduan. Kau dengar baik‐baik... aku nak kau uruskan tempat penyembunyian aku di luar negara. Tak kisah negara mana. Aku dapat maklumat yang polis sedang menyiasat aktiviti kita lagi. Sementara aku di sana, aku nak kau hapuskan segala bukti dan cari tempat operasi baru.”
“Baik.” Baru Ridduan bersuara. Bab kerja ni dia perlu jawab dengan kadar segera. Jika tidak
badannya akan binasa.
“Ingat jangan sampai tertangkap. Jika tidak, belum sempat aku ke tali gantung, aku gantung kau dan Aleece dulu. Faham.” tengking Razak memberi amaran.
“Faham,”lantas dijawab ringkas.
“Dah settle.Boleh Aleece bawa abang keluar sekarang?” celah Aleece.
“Dah... kau bawalah ke mana kau nak bawa budak ni. Ke bilik tidur ke, syurga ke. Itu pun kalau kau mampu. Kau orang semua boleh keluar. Kecuali gadis‐gadis cantik, boleh sambung kerja yang terbengkalai tadi.” Gadis‐gadis genit duduk di sebelah Razak kembali.
Aleece lantas menarik Ridduan keluar dari bilik itu. Ketika menuju ke kereta Ridduan, Aleece
merangkul tangan Ridduan sambil berjalan beriringan.
“Abang... abang sebenarnya pergi mana? Aleece call abang, tak pernah dapat. Message pun tak
deliver. Kalau deliver pun tak berbalas. Risau Aleece dibuatnya. Daddy pula bising tak dapat call
abang. Dia bising kat Aleece. Ni pun nasib abang balik. Kalau tak teruk abang dikerjakan daddy. ”
Soalan daripada Aleece bertalu‐talu tidak dijawab. Fikirannya melayang memikirkan permintaan Razak. Dia kena segera menyelesaikan permintaan itu kerana Razak tidak teragak-agak menunaikan apa yang di katanya tadi.
“Abang... abang dengar tak ni.” Aleece menarik tangan Ridduan. Sakit hatinya bila Ridduan langsung tidak mengendahkannya. Aleece segera memeluk Ridduan, erat. Rindunya pada Ridduan tidak terbendung lagi. Setiap saat fikiran ingat pada Ridduan hingga dia tidak mampu membuat kerja. Hampir setiap hari dia moody. Pekerja‐pekerja di kelab menjadi mangsa dia melepaskan kemarahan. Ini pun dia tinggalkan kelab malam begitu saja. Dia tidak peduli lagi.
Yang dia tahu, dia nak jumpa Ridduan, memeluknya dan melepaskan semua rindu dalam hati.
“Abang... jangan tinggalkan Aleece. Aleece terlalu sayangkan abang. Aleece tak boleh hidup tanpa abang. Tolong... jangan pergi lagi tanpa menghubungi Aleece.” Manja suara Aleece.
Ridduan meleraikan pelukan mereka. Memegang bahu Aleece dengan kemas. Menatap wajah Aleece yang putih gebu. Rambut Aleece yang panjang dan lulus selalunya berwarna kuning keemasan, kini berwarna coklat hazel dan kerinting di bawahnya. Pasti Aleece tertekan sangat.
Kenal benar dia dengan perangai Aleece, jika Aleece stress, satu perkara yang dia akan buat. Pergi salon,cuci rambut, urut kepala, tukar warna dan tukar gaya rambut.
“Abang ada. Abang tak tinggalkan Aleece. Abang pun sayangkan Aleece. Tapi, tempat abang bercuti tu tak ada line. Sebab tu Aleece tak dapat menghubungi abang. Sekarang Aleece jangan sedih lagi. Abang dah balik.” Ridduan buat wajah gembira dan senyum lebar sebagai pengubat tekaan Aleece.
“Abang mesti janji, selepas ni jangan sesekali pergi bercuti tanpa Aleece. Boleh?”
“Yang tu abang tak janji.”
“Ala... kenapa? Kenapa tak boleh janji? merajuk la macam ni.” Senyuman Aleece mati. Kini
mulutnya muncung sedepa.
“Jangan la merajuk... malam ni abang belanja makan di tempat kesukaan Aleece. Kita makan sushi di KLCC. Esok pula, abang teman Aleece pergi shopping. Okey....”
“Tapi kenapa abang tak boleh janji? Maksudnya abang akan tinggalkan Aleece seperti sebelum ni?” Aleece tidak termakan dengan pujukan Ridduan. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan Ridduan.
“Macam ni... abang janji akan beri tahu Aleece setiap kali abang pergi bercuti. Tapi abang tak janji bawa Aleece bersama. Sebabnya, Aleece sekarangkan dah uruskan kelab daddy. Mana boleh tinggal begitu saja. Mesti daddy marah.”
Aleece terdiam. Dia berfikir sejenak. Betul juga. Kalau dia pergi ikut Ridduan, tinggalkan kelab
malam begitu saja, pasti Razak marah. Marahkan dia, tapi Ridduan yang kena bahananya.
“Okey... Aleece terima dan sekarang abang belanja Aleece makan? Lapar tau... sejak abang tak ada, makan pun tak lalu. Tengoklah badan Aleece, dah kering sebab abang.” Perut yang kempis diusap‐usap.
Ridduan ketawa. Terasa lucu dengan kerenah Aleece. Terhibur hatinya sedikit. Aleece bila
bersamanya pasti menjadi seperti budak perempuan yang suka dimanja dan ingin dibelai-belai. Tapi dia sedaya upaya mengehadkan hubungan mereka. Kadang‐kadang Aleece sengaja berkelakuan terlalu manja untuk menggodanya.
“Okey... apa saja untuk Aleece sayang.”
Mendengar perkataan sayang keluar dari mulut Ridduan, hati Aleece berbunga. Rasa bahagia untuk seketika. Dia merangkul tangan Ridduan kembali. Kepalanya dilentokkan pada bahu Ridduan. Oleh sebab ketinggiannya paras bahu Ridduan, cukup selesa dapat berbantalkan bahu itu. Dia terlalu sayang pada Ridduan. Dia menganggap Ridduan sebagai kekasihnya dan bukan sebagai abang. Dari dulu hingga sekarang dan tak mungkin berubah, untuk selama-lamanya.
Sementara menunggu keretanya dibawa oleh pelayan, Ridduan mengerling Aleece di sebelahnya. Terukir senyuman di bibirnya. Kalaulah Aleece itu Hana, pasti dia lelaki yang paling bahagian di dunia.
Beberapa orang lelaki lalu di depan mereka.
“Eh... tu bukan perempuan yang kau nak try kat kelab hari tu ke?”
“Ye la... perempuan cantik tu. Muka cantik tapi garang macam singa..”
“Patutlah dia tak layan kau... dia dah ada special boyfriend.”
“Biarlah... kat dalam tu lagi ramai. Jom...”
Ridduan mendengar perbualan tadi. Sebenarnya, dia dan Aleece dibela Razak kerana wajah
mereka yang menawan. Razak mempergunakan wajah mereka untuk mengukuhkan dan
memperkembangkan lagi kegiatan haramnya. Kekacakan Ridduan, digunakan untuk menarik
perhatian perempuan. Tetapi, sejak Ridduan telah bergiat dalam perniagaan kereta mewah dan
eksport barang dari negara luar, dia tidak digunakan tujuan itu lagi. Tapi, dia di pergunakan
untuk pelindung pada aktiviti haram Razak pula.
Aleece pula dipungutnya di sebuah lorong, pada usia lima tahun. Rupa paras yang cantik dan
suaranya yang lembut ketika itu membuatkan Razak mempergunakan pada masa sekarang.
Selepas beberapa tahun kemudian, baru Razak membawa Ridduan pulang. Cuma satu yang
Ridduan mampu menarik nafas lega, walaupun Razak begitu, tapi dia tidak pernah menjadi haruan makan anak. Dia melepaskan hawa nafsunya pada pelacur‐pelacur dan bukannya pada
Aleece.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan