Seperti yang telah dijanjikan, Shawn tiba di hadapan rumahnya pagi itu tepat pada waktunya. Saat loceng berbunyi di rumah teresnya, dadanya yang sudah sedia ribut menjadi lebih kencang. Untuk kali terakhir dia lihat penampilannya di hadapan cermin. Simple dan menawan.
Wajahnya dilapisi krim BB dan sedikit loose powder juga secalit gincu jingga sesuai dengan tona kulitnya. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas bebas dan rambut depannya dijalin ke kanan wajahnya. Setelah berpuas hati dia keluar dari biliknya dan pantas menuruni anak tangga. Di bilik tamu dia dengar suara Miza dan Shawn sedang berbual.
“Sorry,” katanya saat dia membuka pintu bilik tamu.
Dia lihat wajah Miza yang tersenyum palsu dan Shawn memakai riak ceria. Suasana di dalam bilik ini dirasakan sedikit janggal walaupun suasana yang dia dengar dari luar bilik yang kedengaran meriah tadi.
“Jom?” soalnya bila untuk beberapa saat mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain tanpa berkata apa‐apa.
Serentak Shawn bangkit. Begitu juga Miza.
“Kami gerak dulu,” pinta Shawn lembut dan bergerak mendekati Suri. “Jom,” ajaknya perlahan bila berdiri di hadapan gadis itu. Suri mengangguk kekok dan membiarkan Shawn keluar dahulu ke pintu depan. Dia pandang Miza yang masih lagi berdiri di depan sofa.
“Kau ada cakap benda pelik dekat dia ke?” soal Suri hairan dengan apa yang dia lihat tadi.
Miza menggeleng dengan senyum palsunya. “Aku lansung tak faham apa yang kau cakapkan sekarang ni,” cakap gadis itu selamba menyorok hakikat yang sebenarnya dia tadi telah ‘sound’ tunang sahabat baiknya. Tidak perlulah untuk dia bercerita panjang, hanya perkara biasa‐biasa yang orang sering lihat dalam drama televisyen. “Cepatlah pergi, nanti dia tunggu kau lama.”
“Fine! Halau nampaknya,” rajuk Suri dan hanya disambut dengan ketawa Miza yang nampak sangat dibuat‐buat. Teruk betul lakonan perempuan tu, desis hati Suri bersama kerut di bibirnya. Tanpa mengendahkan tawa Miza yang nampaknya seperti tiada sudah itu, dia berlalu pergi.
Keluar dari rumah teres itu, dia nampak Miza berdiri di tepi tingkap bilik tamu, tersenyum nipis, wajah separa risau dan tangan kanan gadis itu melambai ke arahnya. Suri ketap bibirnya. Takut dan debar yang dia rasakan semalam tidak pernah pergi namun sekurang‐kurangnya tadi Miza buatkan dia lupa seketika akan perasaan itu. Perlahan dia balas lambaian sahabatnya.
Tidak lama Miza hilang di balik langsir dan Suri menarik nafasnya dalam. Dia berpusing memandang Shawn yang berdiri di hujung tangga rumah teresnya, kedua belah tangannya terseluk ke dalam kocek seluar. Mata memandang ke arahnya bersama senyuman manis.
“Awak nampak rapat dengan housemate awak,” puji Shawn.
Suri bergerak menuruni tangga dan Shawn mula berjalan bila Suri berdiri searas dengannya. Mereka menuju ke kompleks beli belah yang terdekat untuk menunaikan syarat kontrak mereka. Temu janji pertama yang datuknya berikan dua hari lepas.
“Bukan nampak tapi kami memang rapat. Dia dengan saya dah berkawan sejak kami sekolah tadika lagi. Sebelum ibu saya meninggal lagi,” jawab Suri.
“Lama jugak tu. Patutlah dia protective,” komen Shawn sambil tersenyum‐senyum penuh makna.
“Dia ada cakap benda‐benda pelik ke?” soal Suri malu.
Shawn menggeleng. “She’s a good friend. Pandai awak pilih kawan,” pujinya lagi.
Memerah pipi Suri bila dipuji begitu. “Tak adalah. Saya sebenarnya beruntung sebab Miza sudi kawan dengan saya,” cakapnya penuh makna tersirat. “Macam mana jet leg awak? Okey?”
“Okey, okey. Saya okey,” tipunya.
Suri tersenyum sinis. “Tipu.”
“Saya cakap betul la,” protes Shawn seperti anak kecil.
Tawa Suri meletus. Masih tidak percaya dan hatinya terusik dengan kesungguhan Shawn untuk menjaga hatinya. “Okey. Okey. Berhenti jap,” tahannya lantas mengeluarkan telefon pintarnya.
Ikon kamera dipilih dan kamera hadapan dihidupkan.
“Selfie jom,” ajaknya.
Wajah Shawn seperti enggan untuk bergambar bersama. “Sini ke?” Dia memandang pejalan kaki yang melalui kawasan itu dan kereta yang berduyun‐duyun merentasi jalan tar di sebelahnya. “Malu la,” luahnya.
“Nak buat apa malu? Lagi bagus kalau orang nampak, senang nak publicity hubungan kita,” galak Suri dengan mata yang bersinar‐sinar. Dia pun sebenarnya bukan kaki selfie seperti Da Um tetapi dia suka juga bertangkap gambar dan post di Instagram. Cuma selama ini akaunnya hanya untuk teman rapat. Hanya kali ini dia terpaksa unprivate‐kan akaunnya dan bila unprivate... kemungkinan besar orang‐orang di bandar ini, di universitinya, di Fiction kelak akan mengetahui identiti dia. Dua tahun dia hidup low profile, perasaan takut ada juga. Namun demi menyelamatkan keluarganya, dia sanggup buka albumnya untuk tontonan semua.
“Bukan ke atuk saya nak tengok hubungan kita macam couple lain?” sambung Suri lagi.
Shawn ketap bibirnya. Dia tidak boleh membangkang kerana dia lansung tiada satu pun ilmu bercinta di dada. Sepanjang 22 tahun dia hidup, dia hanya ada cinta bertepuk sebelah tangan.
Dating? Jangan tanya.
“Cepat la,” gesa Suri.
Shawn mengalah juga. Malu‐malu dia pandang ke skrin telefon pintar Suri dan dalam kiraan tiga saat skrin itu berkelip.
“Lagi,” ujar gadis itu seperti tidak berpuas hati dengan hasil pertama mereka. “Awak dekat sikit dengan saya,” arahnya dan Shawn akur. Dia hanya berharap yang Suri tidak dengar bunyi degup jantung dia atau betapa panasnya wajahnya ketika itu. Setelah beberapa kali mencuba baharulah Suri berpuas hati dan tersenyum ceria.
“Tengok ni, cantik betul candid ni,” cakap Suri gembira sambil mengunjukkan telefon pintarnya pada Shawn. Lelaki itu melihat foto yang mereka ambil bersama dan matanya melekap pada dua wajah yang sedang ketawa. Seorang sedang seronok ketawakan seorang lagi yang ketawa malu.
“Cantik,” puji Shawn tanpa sedar. Matanya tidak lepas dari melihat ketawa Suri yang seperti terhenti di dalam foto itu.
“Kan? Nanti nak upload masuk IG. Mesti viralkan!” ujar gadis itu penuh semangat. Tidak pernah dia rasa begitu bersemangat untuk mem’viral’kan foto yang bakal dia post di Instagram.
Selalunya dia runsing juga jika dia post sesuatu di laman blog atau Facebook kerana takut akan situasi ‘viral’ yang sering berlaku kerana masyarakat ibu kota yang suka mengintai hidupnya. Sekarang ini, dia akan tunjukkan segalanya. Lihatlah seberapa banyak yang mahu melihat. Dia akan suka.
Shawn ketawa senang melihat semangat Suri yang berkobar‐kobar itu. Dia juga berasa semangat bila tunangnya begitu.
“Suri sensatif orangnya. Kalau aku tahu kau silap langkah sikit, bukan setakat muka handsome kau aku kerjakan, seluruh hidup kau aku rosakkan. Faham?”
Kata‐kata Miza tadi dia semat baik‐baik dalam fikirannya kerana niatnya telah pun berubah. Dia ingin bahagiakan Suri.
SEMENTARA menunggu Shawn membelikan minuman mereka, Suri muat turun foto yang mereka ambil tadi ke laman media sosial dengan caption ‘Love this moment’ dengan tambahan tiga hati di akhir kata. Tidak lupa juga dia tagkan pada akaun Instagram Takishima.
Datuknya tidak punya akaun itu dan orang tua itu akan pantau melalui pembantu peribadinya. Dia juga tag foto tersebut pada Instagram Shawn dan juga beberapa hashtag ﴾#﴿ di samping captionnya.
Lucunya pada foto tersebut ialah wajah‐wajah pejalan kaki yang memandang ke arah mereka dengan kepala yang tertoleh‐toleh dan juga mata yang tidak lepas dari memandang ke arah kamera depannya. Baharu sahaja dia muat turun fotonya, sudah ada orang menyukai fotonya.
Tidak lain dan tidak bukan, Miza. Juga disertakan dengan komen, ‘cutenya... nak juga macam ni... :C’
Suri ketawa kecil.
“Ketawa sorang‐sorang nampaknya,” tegur Shawn lalu meletakkan dua minuman panas dan sepiring pastri. Dulang yang dia bawa tadi di letakkan di kerusi sebelahnya. “Ketawa fasal apa?” soalnya.
Suri mengunjukkan skrin telefon pintarnya pada Shawn. “Saya dah post gambar kita...” umumnya. “... dan ramai orang like gambar kita,” jawab Suri gembira.
Shawn tersenyum senang. “Itu first time saya ambil gambar macam gitu.”
“Ya?” soal gadis itu tidak percaya. Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam beg tangan dan minumannya diteguk.
“Yup. So, are you ready?”
“Yes.” Suri letakkan dirinya dalam keadaan yang selesa dan memandang sekelilingnya.
Pelanggan di dalam kafe tidaklah ramai dan mereka duduk di meja yang sedikit terpelusuk menjadikan mudah untuk mereka berbual. Sepanjang mereka berjalan ke kompleks beli belah ini, mereka sudah bincangkan akan aktiviti yang mereka ingin lakukan dan mereka sudah sepakat untuk mulakan semula perkenalan mereka yang dulunya penuh drama.
“Ladies first,” persila Shawn.
Suri menggeleng. “Nope. You first.”
Kening Shawn terangkat. “Okey.” Dia berfikir. “Hai!” tegurnya kekok bersama ketawa di hujung katanya.
Suri cuba menahan tawanya. Kekok. Kekok. “Hai,” balasnya.
“Saya Shawn Ryuuji Kominato. Senang dengan panggilan Shawn.”
“Ryuuji,” potong Suri bersama sengihan nakal.
Dirasakan besar kecil besar kecil sahaja gadis di hadapannya ini. “Masuk tahun ni, umur saya 23 tahun, pelajar tahun akhir jurusan motor engineering. My citizenship is green and currently my guardian is my aunt and my uncle. Dua tahun lepas, saya pergi bercuti dengan Blake dan kawan saya yang lain ke New Zealand dan saya jatuh dari ski board saya dan bergolek sepanjang 200 meter. Tiga minggu saya koma dan saya tak sempat nak pergi ke pengebumian parents saya. Itu penyesalan saya sepanjang saya hidup.”
Shawn berhenti di situ, menarik nafas yang panjang dan pandang ke arah Suri dengan senyuman manis. Dia tidak mahu gadis itu terus memandangnya dengan pandangan simpati.
Mungkin tadi dia tidak patut cerita tentang keluarganya. Tidaklah wajah Suri bertukar sedih sebegitu sekali. “Awak pulak,” ujarnya dengan tona ceria. Gadis itu mengangguk kecil.
Suri kumpul segala semangat yang dia ada dan hembusnya perlahan. Jika Shawn boleh ceritakan kisah sedihnya dengan wajah yang tenang, dia juga mampu lakukannya. Dia telah bersedia sejak malam tadi lagi. Dia tidak perlu takut. Jika sekalipun Shawn mahu batalkan niat untuk berkahwin dengan dia, dia hanya perlu pasrah. “Hai!” tegurnya dan Shawn membalas.
“Saya Suri Nomiya. Anak tunggal dan musim panas ni saya akan naik 21. Pelajar tahun kedua jurusan perniagaan dan saya ada sebuah kafe – ”
“Fiction?” potong Shawn tidak percaya.
Suri tersenyum nipis. “Bukan sepenuhnya until saya graduate.”
“Cool.”
“Saya tinggal dengan datuk saya, orang gaji saya, pembantu peribadi datuk saya dan bodyguard slash doktor saya dan mereka ialah family saya...” Kata‐kata Suri terhenti di situ.
Gementar dia pandang wajah Shawn. Lelaki itu tenang menanti kata‐katanya yang seterus. Jemarinya saling bermain di pinggang cawan kertas minumannya. “Ryuuji...” panggilnya.
“Hm?”
Suri buka mulutnya tetapi tiada suara yang keluar. Bibirnya kering dan fikirannya bercelaru, penuh dengan ayat‐ayat yang dia susun cantik tadi kini saling bertingkah dan berterabur.
“Awak...” Dia telan liurnya kelat. “... awak masih nak teruskan pertunangan kalau awak tahu siapa saya?”
Shawn pandang wajahnya dengan pandangan keliru.
Berulangkali dia ulang situasi ini dalam memorinya. Berulangkali juga dia tukar baris kata yang dia bakal sebutkan pada Shawn, namun begitu lidah dia tetap kelu dan perasaan takut semakin mengusai dirinya. Perasaan yang kuat yang dia pernah rasai dua tahun lalu dan dia tidak pernah lupa sehingga ke dalam tidurnya. Dirinya yang mentah tidak pernah tinggalkan lenanya begitu sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan