Label

Rabu, 4 Januari 2017

NOVEL Namamu Di Setiap Nafasku Bab2

Raja Zainab tiba di banglo mewah itu. Badannya sudah tidak sihat sejak beberapa hari ini. Selalu demam dan kerap jatuh sakit. Anaknya, Raja Syakir sangat bimbang akan keadaan bondanya itu. Tetapi dia tetap berkeras masih mahu ke pejabat menguruskan syarikat batik milik keluarga mereka.

“Bonda, kan saya dah cakap, tak payah pergi office. Saya boleh uruskan semua kerja dekat sana. Bonda tak percayakan saya?”

“Bonda bukan tak percaya dekat kamu. Tapi bonda masih kuat kalau setakat nak uruskan hal-hal syarikat kita. Kamu jangan risau ye.” Raja Zainab mengusap‐usap rambut anak lelaki sulungnya itu.

“Kalau bonda dah cakap macam tu tak pe la. Lega hati saya dengar. Tapi bonda jangan banyak sangat buat kerja. Kalau tak larat cepat‐cepat cakap dengan saya. Saya tak nak bonda jatuh sakit.”

“Kamu jangan risaukan bonda ye. Mana Ika? Bonda dengar dia dah balik. Panggil dia kejap. Bonda nak tanya pasal Mira.”

Raja Syakir menyuruh setiausaha bondanya yang juga berada di situ supaya memanggil anak sulungnya. Raja Syafika ialah anaknya bersama dengan Tengku Julia, anak sahabat baik bondanya. Perkahwinan mereka bukanlah berdasarkan cinta ataupun kasih sayang.



Perkahwinan yang diatur keluarga.

“Assalamualaikum daddy, Mak Tok. Dah lama sampai?”

“Mak Tok baru je sampai. Kamal bagitahu Mak Tok kamu dah balik sini.” Raja Zainab memandang kearah setiausahanya yang masih berdiri sambil tersenyum.

Kamal sudah berkhidmat untuk keluarga mereka terlalu lama. Dia merupakan orang kepercayaan Raja Zainab.

“Ika baru balik sini dua hari je Mak Tok. Ingat malam nanti baru nak bagitahu Mak Tok. Tak tahu pulak Uncle dah bagitahu.” Tajam matanya memandang Setiausaha Kamal. Dia kurang rapat dengan lelaki itu jika dibandingkan dengan Raja Syamira.

“Macam mana dengan Mira? Dia sihat tak? Mak Tok risau kan kesihatan dia je. Dia tu tak berapa sihat.”

“Betul cakap Mak Tok tu. Macam mana keadaan Mira dekat sana? Jangan cakap kamu tak jumpa dia pulak.” Sampuk Raja Syakir sambil membelek‐belek surat khabar ditangannya.

Matanya langsung tidak memandang wanita itu.

Raja Syafika terasa jauh hati dengan perbuatan bapa kandungnya sendiri. Dia tahu daddynya lebih menyayangi Raja Syamira berbanding dirinya. Dari dulu dia dapat merasakan perasaan itu.

“Ika ada jumpa dia Mak Tok, daddy. Dia cuma tinggal pesanan dia sihat je dekat sana. Dia pesan tak payah risau.” Diukirnya senyuman dibibir walaupun dia tahu senyuman itu ialah senyuman terpaksa. “Mak Tok tinggal sini berapa hari?”

“Mak Tok ingat, Mak Tok terus duduk sini. Lagipun sini lebih dekat dengan office. Boleh Mak Tok
berulang‐alik ke sana.”

“Mak Tok nak masuk office balik?”

“Ye. Pejabat tu la tempat Mak Tok habiskan masa dari dulu sampai sekarang. Betul tak Kamal?”

Raja Zainab memandang setiausahanya yang hanya beza beberapa tahun darinya itu.

“Ye Raja Zainab.”

Raja Syakir sangat berbangga dengan setiausaha bondanya itu kerana sudah mendapat kepercayaan dari bondanya. Dia juga sudah mengetahui apa yang bondanya suka dan tidak suka. Dia tahu bahawa bondanya juga menganggap lelaki itu seperti adiknya sendiri.

“Kalau dah tak ada apa‐apa, bonda ingat bonda nak rehat dulu. Kamal, jangan bagi sesiapa pun masuk bilik saya. Saya nak rehat.”

“Baik Raja.”

“Mak Tok, Ika keluar dulu ye. Makan malam nanti kita berbual lagi.”

“Saya pun keluar dulu bonda. Kamal, tolong tengokkan bonda ye.” Raja Syakir juga memberi kepercayaan penuh kepada lelaki itu.

Raja Syakir menuju kearah gazebo yang berada bersebelahan kolam renang itu. Tiba‐tiba fikirannya terbayangkan wajah anak kesayangannya itu.

“Daddy, Mira nak tanya sikit boleh. Daddy sayangkan Mira tak?”

“Mestilah daddy sayang anak manja daddy ni. Kenapa Mira tanya macam tu sayang?” Raja Syakir memeluk puteri kesayangannya itu.

“Mummy Mira cantik tak daddy? Daddy sayang kan mummy tak?

Raja Syamira sudah matang ketika itu untuk mengetahui tentang keberadaan ibu kandungnya. Gadis seusianya hanya mengimpikan belaian manja seorang ibu. Raja Syakir sangat faham dengan soalan anaknya itu.

“Mira nak tahu satu rahsia tak?”

Pantas gadis itu mengangguk mendengar pertanyaan daddynya itu.

“Mummy Mira cantik sangat. Nak tahu macam siapa? Macam Mira la. Mira tahu tak, mummy Mira la cinta pertama daddy. Daddy sayang mummy Mira dunia akhirat sayang.”

“Raja, ada apa boleh saya bantu?” Setiausaha Kamal sudah berdiri dihadapan Raja Syakir.

“Kamal, duduk dulu.” Tenang ketika melihat wajah lelaki yang sedikit berusia itu.

“Terima kasih, Raja.”

“Kamal,saya nak minta tolong sesuatu dari awak. Awak tahukan saya sayang sangat dekat Mira. Tak lama lagi Mira akan pulang ke Malaysia. Saya nak awak sentiasa ada bersama dengan Mira. Bolehkan?” Kepercayaan Raja Syakir terhadap lelaki itu seperti kepercayaan bondanya terhadap lelaki itu.

“Insyaallah, Raja. Raja Zainab juga ada mengarahkan saya bersama dengan cik Raja Syamira nanti.”

“Baguslah kalau dah macam tu. Saya tak nak sesuatu terjadi dekat dia. Awak tahukan macam mana Tengku Julia dengan Raja Syafika layan dia. Saya tak nak dia tersiksa lagi. Saya tahu selama ni dia dah cukup tersiksa. Awak faham kan?”

“Insyaallah Raja. Selagi saya masih mampu, saya akan pertahankan Cik Raja Syamira.”

Senyuman manis terukir dibibir lelaki itu.

Senang hati Raja Syakir mendengar kata‐kata Setiausaha Kamal yang sentiasa memuaskan hati keluarga mereka dari dulu sampai sekarang. Raja Zainab dan juga Raja Syakir tidak pernah sekalipun kecewa dengan lelaki itu.

“Mummy, apa yang daddy bincangkan dengan Setiausaha Kamal tu? Ika tak suka la dia tu.”

Raja Syafika dan Tengku Julia memerhati dari tangga.

“Mana mummy tahu Ika. Dah la jom kita naik bilik. Kan kamu nak keluar dengan Arif kejap lagi. Biar mummy siapkan kamu. Anak mummy ni mesti cantik tahu tak.” Tengku Julia menarik tangan anaknya itu.

Tengku Julia pantas mendandan anaknya itu. Dipadankan dengan pakaian yang sesuai. Di touch upnya sikit‐sikit ke wajah wanita itu.

“Mummy, Ika cantik tak?”

“Sayang, mesti la cantik. Anak mummy ni sentiasa cantik. Macam mummy.” Tengku Julia membetulkan rambut Raja Syafika.

“Habis tu kenapa Arif macam tak suka dekat Ika mummy. Dia tak pernah sekalipun puji Ika? Dah la selalu bawa Ika makan dekat tempat yang bukan‐bukan.”

“Sayang, cuba bersabar sikit. Arif tu macam batu je Ika. Ika titik dengan air nanti lembut juga. Ika kena bersabar sikit. Bukan senang tahu tak, nak bertunang dengan Putera Arif tu. Dah la kaya, pandai ambil hati orang tua pulak. Nasib baik Mak Tok Ika jodohkan dia dengan Ika.”

Raja Syafika kembali bersemangat selepas mendengar kata‐kata Tengku Julia. Terpancar keyakinan yang tinggi di raut wajahnya. Sudah tidak sabar untuk menunggu hari perkahwinan mereka nanti.

“Cakap pasal Mak Tok kamu, dia jumpa kamu buat apa tadi? Ada hal penting yang dia bagitahu?”

“Hal penting apanya mummy. Tanya pasal Mira ajelah. Yang tu je. And one more thing, mummy tahu tak, Mak Tok nak masuk office balik. Mak Tok cakap dia nak stay terus dekat sini.”

Bonda nak masuk office balik? Nak stay terus dekat sin? Dah mimpi apa dia ni. Makin banyak la kerja aku lepas ni. Aduh.

“Mummy, mummy. Cepatlah. Mengelamun pulak. Kejap lagi Arif dah nak sampai ni.”

“Kejaplah sayang. Mummy nak betul kan rambut ni. Mana ada mummy mengelamun. Pandai-pandai je Ika ni.”

“Habis tu apa lagi kalau bukan mengelamun? Mummy ni kan, asal dengar nama Mak Tok je mengelamun. Mummy ada masalah dengan Mak Tok ye?” bukannya dia tak faham dengan perangai mummynya itu. Mummynya dengan Mak Toknya memang tidak rapat seperti menantu lain.

“Ha. Dah cantik anak mummy. Cepat‐cepat. Arif dah tunggu tu. Jom.”

Raja Syafika hanya menurut langkah Tengku Julia dari belakang. Dia tahu mummynya itu cuba mengelak dari menjawab pertanyaannya sebentar tadi. Sudah beberapa kali mummynya itu cuba mengelak ketika ditanya hubungannya dengan Raja Zainab.

“Tu Ika dah turun Arif. Kamu nak bawak dia pergi mana?” soal Raja Syakir kepada jejaka tampan yang duduk dihadapannya.

“Saya pun tak tahu lagi Uncle. Saya ikut je dia nak pergi mana pun.”

“Uncle minta kamu sabar dengan kerenah dia. Dia memang macam tu. Uncle harap kamu faham ye Arif.”

Lelaki itu hanya tersenyum.

Tengku Julia melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Raja Syakir. Raja Syafika duduk disebelah Putera Arif.

“Sayang, you nak bawak i pergi mana hari ni?” Raja Syafika memaut tangan Putera Arif dengan lagaknya yang manja.

Putera Arif melepaskan tangan wanita disebelahnya itu kerana malu dengan kelakuan wanita itu dihadapan Raja Syakir dan Tengku Julia.

“Uncle, aunty. Kami keluar dulu.” Dia terus bangun dan bersalaman dengan Raja Syakir dan isterinya tanpa mengendahkan Raja Syafika yang masih terpingga‐pingga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan