Label

Ahad, 19 Mac 2017

NOVEL Re Mimpi Rialiti Bab28

Kasihan Bianca dan Harris, terpaksa berdepan dengan datuknya yang garang itu sepanjang dia
menghilang tadi. Sekarang ini, dia pula yang harus berhadapan dengan datuknya. Dia lihat Takishima yang setia berdiri di luar pintu bilik bacaan datuknya. Lelaki itu tekun melihat tabletnya sehingga Suri berdiri di sampingnya. Pembantu peribadi datuknya itu hanya tersenyum. Tidak memberi apa‐apa komen tentang apa yang berlaku semalam atau hari ini sebaliknya mengetuk permukaan pintu bilik bacaan datuknya kemudian mengumumkan kedatangannya.

Suri masuk. Kepalanya tertunduk berjalan mendekati meja datuknya. Namun bila dia angkat wajahnya, orang tua itu lansung tiada di situ. Dia lihat sekeliling bilik bacaan itu dan dia jumpa
datuknya berdiri di beranda.

“Atuk tak sejuk?” tegurnya.

Datuknya tidak membalas. Badan lelaki itu membelakangkannya. Ia buat Suri berasa lebih gelisah kerana dia lansung tidak dapat melihat wajah tegas itu. Dia pasti akan dimarahi akan kejadian semalam. Apa yang akan dia buat jika Orang Tua Heitai minta dia buat keputusan akan hal itu? Adakah dia akan terus setia?

“Aku dah minta Taki selesaikan hal semalam dengan pihak media. Suri, apa yang kau nak buat
sekarang?” perlahan sahaja nada suara datuknya. “Kalau kau pilih untuk berhenti, kau akan sakit, kita akan sakit tapi kalau kau pilih untuk teruskan, adakah kau pasti kau akan bahagia?”

NOVEL POEM Bab63

A protest raged on a courthouse lawn,
Round a makeshift stage they charged on,
Fifteen hundred or more they say,
Had come to burn a flag that day.
A boy held up the folded flag,
Cursed it, and called it a dirty rag.

An old man pushed through the angry crowd,
With a rusty shotgun shouldered proud.
His uniform jacket was old and tight,
He had polished each button shiny and bright.
He crossed that stage with a soldier's grace,
Until he and the boy stood face to face.

"Freedom of Speech" the old man said,
"Is worth dying for, good men are dead,
So you can stand on this courthouse lawn,
And talk us down from dusk to dawn.
But before any flag gets burned today,
This old man is going to have his say!"

Sabtu, 18 Mac 2017

NOVEL POEM Bab62

I grew up in the golden years
when WWII was finally past.
A grateful country shed her fears
as fighting men came home at last.

We stood united, bold and brave,
inspired by freedoms we could name,
allied with nations we helped save,
and fair to those we overcame.

We worked together for one goal
Americans held fervently:
a union that was strong and whole,
a nation that was proud and free.

The means were often in dispute,
but one great end was crystal clear:
to crown with good and brotherhood
a land we all chose to revere.

Khamis, 16 Mac 2017

NOVEL POEM Bab61

IT FLIES HIGH UP IN THE SKIES
FOR ALL THE WORLD TO SEE
A BEAUTIFUL SYMBOL OF THIS LAND
OF FREEDOM AND LIBERTY

IT’S FLOWN FOR OVER 200 YEARS
ABOVE THIS WONDEROUS LAND
AND MANY A SOLDIER GAVE HIS LIFE
TO ENSURE IT CONTINUES TO STAND

WHEN FORMER POWS WERE ASKED
WHAT HELPED TO GET THEM THROUGH
MANY SHOWED TATTERED PIECES OF CLOTH
OF THE COLORS RED, WHITE AND BLUE

SO LET US NOT FORGET THE MEN
WHO FORGED THIS LAND WE LOVE
AND THE SYMBOL THEY CREATED
TO FLY THE SKIES ABOVE

REMEMBER TO HONOR THIS BEAUTIUL FLAG
EVERY TIME IT PASSES YOU BY
STAND AND SHOW THE PROPER RESPECT
AND LONG MAY IT CONTINUE TO FLY

Jumaat, 10 Februari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab7

Usai menjalani rawatan akhirnya di NCI Hospital yang terletak di Nilai, Anaz akhirnya boleh pulang ke rumah dengan hati yang lapang.Perjalanannya sudah semakin lancar.Kakinya sudah semakin kuat menapak.Dan Mayra sentiasa setia disisinya.Menemani setiap langkah lelaki yang bergelar suaminya yang sah itu kemana‐mana.

Sementara itu,Puan Raissya pula sibuk memilih catering untuk kenduri doa selamat yang akan dibuat mereka tak lama lagi di rumahnya,di Kota Warisan.

“Macam mana dengan yang ni Aizzat?Mama rasa okay kot ni.Kawan mama yang buat,”suara Puan Raissya sambil menunjukkan pakej catering dari caterer pilihannya yang juga merupakan kenalannya menerusi Ipad terhadap Aizzat.Aizzat menyambut Ipad dari tangan mamanya sambil terus membelek‐belek caterer pilihan si ibu tercinta.

“Okay ma..Aizzat no problem.Anything mama choose is okay for me,”balas Aizzat setelah beberapa ketika membelek sambil menyerahkan semula Ipad ke tangan mamanya.

“Laa..,Anak mama yang sorang ni.Kan mama tanya pendapat.Berilah pendapat Aizzat sikit,”keluh mamanya pula.

“Okay,okay ma..Aizzat pilih tema colour,lah,”ujar Aizzat sambil meninjau design yang di scroll oleh ibunya menerusi internet itu.Puan Raissya terus tekun membelek.

Jumaat, 27 Januari 2017

CERPEN Meniti Pelangi Indah

Hujan gerimis mengundang rasa terharu buat pelajar‐pelajar di kolej 12 Universiti Malaya. Tatkala ini kelihatan ramai yang melelapkan mata masing‐masing untuk menghayati lena tidur disulami kesejukan hujan. Namun tidak bagi zamani. Zamani watak utama bagi cerita ini. Zamani merupakan pelajar yang selalu merendah diri dan tidak pandai untuk menunjukkan bakat yang dia ada. Sikap zamani yang kadang‐kadang lurus bendul memberi peluang kawan-kawan yang lain untuk membulinya namun semua itu cerita lama. Jika ini diceritakan balik kisahnya saat mula‐mula menjejakkan kaki di kolej ini sememangnya banyak cerita yang terselindung dan boleh dibuat novel dalam beberapa bahagian. Namun cerita ini akan berkisar kisah hidupnya pada tahun akhir semester di kolejnya.

“zamani, mana ko nak pegi ni ujan‐ujan?” kata hakim yang merupakan teman sebiliknya.

“aku ada kerja sikit ni..penting sangat kot..”katanya sambil tersenyum.

“ko tu awek bukannya ada. Buat‐buat tergesa‐gesa pulak aku tengak ko.”perli Hakim.

“hai....setiap kali aku nak keluar ko mesti cakap benda yang sama. Awek2 ni tak pentinglah dan aku sedar siapa diriku ini.”katanya sambil berlawak jenaka.

Ahad, 22 Januari 2017

NOVEL Akhirnya Bab47

OMBAK petang itu turut jadi saksi. Dari kejauhan, Luqman Adzlie memandang ke arah laut lepas. Dada laut berombak memutih, arusnya tenang menuju ke pantai. Di sisinya, Manissa juga memandang ke arah yang sama. Luqman Adzlie memang tidak pernah serik.

“Tak sangka awak rupanya tetamu yang nak datang tu. Mak Intan pun dah pandai cover line!”

“Awak masih marahkan saya lagi?”

“Awak rasa?”

“Entahlah. Macam itulah yang saya rasa.”

“Awak dah pun jawab soalan tu.”

“Saya tahu awak berguraukan?”

“Saya tak main‐main awak!”

Dari air muka Manissa, dia memang nampak serius. Berkerut dahi Luqman Adzlie cuba menafsirkan sesuatu. Lain benar nampaknya emosi Manissa petang itu. Macam ada rasa tidak puas hati yang ingin disampaikan namun sukar untuk diluahkan. Hatinya berteka‐teki lagi.