HUJAN turun dengan lebat dari tengah hari membawa ke petang. Musim tengkujuh akan mula tidak lama lagi. Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda. Selalunya berlaku sekitar bulan November hingga Januari. Pengunjung juga semakin berkurangan. Bot‐bot laju juga tidak dapat bergerak akibat arus yang kuat dan ombak besar daripada tiupan angin yang kencang.
Petang itu Hana pulang lebih awal dari biasa. Sebelum pulang, dia berjumpa Erma untuk berbincang tentang salah faham terhadap seorang guest yang didaftar ke bilik yang salah. Usai penyelesaian dibuat, dia meneruskan hajat untuk pulang ke bilik. Dia terpandang seorang perempuan cantik, bertubuh genit dan berpakaian terlalu singkat melangkah arahnya. Baju yang terlalu sendat, terbonjol keluar buah dada yang besar. Skirt yang pendek menampakkan pahanya yang gebu dan punggung yang mantap. Ini, kalau dia menunduk, sudah tentu nampak punggung. Lelaki yang terpandang, sah‐sah tak pandang tempat lain lagi. Memang menggiurkan.
Sebaik saja dia melangkah di sebelah Hana, Hana memberi senyuman. Tapi dibalas jelingan dan wajah yang sombong membuatkan Hana masih melirik pada perempuan itu walaupun telah ditinggal jauh.
“Siapa perempuan itu? Tak pernah nampak pun.” Hana tanya sendiri dan berfikir. Group pengantin baru, semua telah pulang pagi tadi. Pengunjung pun semakin berkurangan. Boleh dikira dan dia mengenali semua wajah pengunjung yang ada. Tapi, perempuan itu tidak pernah dilihat. Nak kata pengunjung baru, dalam keadaan hujan lebat begini ada ke bot yang sanggup meredah arus kuat semata‐mata menghantar seorang pengunjung ke sini.
Hana terus melangkah. Malas nak fikir lebih. Dia ingin meneruskan niat di hati. Niat pulang awal, ingin bertemu Ridduan dan memohon maaf tidak memberitahu hal sebenar. Ridduan perlu lupakan dirinya kerana dia tidak mungkin menerima Ridduan. Itu yang perlu dikatakan pada Ridduan.
Hana menukar uniform kerjanya, mengenakan legging hitam dan baju sejuk berkait dari benang tebal yang labuh menutup punggungnya. Suasana sejuk begini sesuai mengenakan pakaian itu.
HANA berpayung menuju ke bilik Ridduan. Dalam perjalanan, Hana sempat menyusun ayat-ayat indah supaya dia tidak menyinggung perasaan Ridduan yang telah banyak membantunya dalam kesusahan dan menyelamatkan nyawanya. Dia tidak berhak menyakiti hati Ridduan. Dia sendiri tidak beritahu status sebenarnya dari awal. Memang dirinya yang salah. Jika tidak, pasti Ridduan tidak hanyut dengan perasaannya hingga dia sendiri terperangkap dengan perasaan Ridduan.
Mulut Hana terkumat‐kamit ketika melangkah tiba‐tiba berhenti diam tak terkutik. Matanya tidak berkedip. Wajahnya berubah merah. Dipegang pokok di tepinya bagi menyokong tubuhnya yang lemah. Dia tidak berdaya berdiri teguh bila melihat apa yang berada di depan matanya kini.
Ridduan bersama seorang perempuan. Perempuan berwajah sombong berselisih bahu dengannya tadi. ‘Siapakah perempuan itu?’
Dari apa yang dilihat, Ridduan merangkul tubuh perempuan itu dan perempuan itu juga memeluk Ridduan erat serta melentokkan kepala di dada Ridduan. Cara mereka seperti pasangan sudah berkahwin. ‘Takkan Ridduan dah berkahwin?’
Seingat dia, Ridduan tidak pernah beritahu apa‐apa. ‘Takkan Ridduan seperti aku. Tidak jelaskan status sebenar. Jika Ridduan dah berkahwin, kenapa dia masih menaruh cinta, melafazkan kata‐kata cinta hingga melamar aku untuk hidup bersama?’ Soalan Hana datang bertalu‐talu. Bertanya sendiri tanpa jawapan.
Mereka berdua masuk ke bilik. Tangan Hana menggigil hingga payungnya jatuh daripada pegangan. Hana basah kuyup. Hatinya teramat sakit dengan apa yang dilihat itu. Ridduan berdua‐duaan di dalam bilik bersama seorang perempuan. Dia tidak sanggup. Dia tidak sanggup Ridduan bersama perempuan itu. ‘Kenapa Ridduan buat aku begini? Kenapa dia rasa begini? Kenapa?’ Hati Hana terus bertanya‐tanya sendiri lagi.
Hana terhuyung‐hayang melangkah perlahan ke bilik Ridduan. Tangannya menekan‐nekan dada, menahan rasa sakit di dada. Air matanya berjurai laju dalam hujan.
Pintu bilik Ridduan diketuk, tapi tidak terbuka. Hana terus mengetuk berulang kali hingga terbuka. Ridduan terpacak di muka pintu. Hana melihat badan Ridduan tidak berbaju hanya berseluar pendek.
“Hana...” Ridduan terkejut melihat Hana di depan biliknya dengan pakaian yang basah kuyup.
Wajah Hana lemah seperti sakit.
“Awak buat apa kat dalam tu?” tanya Hana. Soalan itu terkeluar juga dari mulutnya. Fikirannya bercelaru. Dia ingin tahu jawapan sebenar dengan segera. Dia ingin tahu apa hubungan Ridduan dengan perempuan itu dan apa yang Ridduan buat bersama perempuan itu.
“Awak buat apa kat sini? Kenapa awak dalam keadaan basah ni? Nanti awak jatuh sakit.” soalan Hana tidak dijawab malah dibalas dengan soalan.
“Itu tak penting. Memang saya dah sakit. Sakit dipermainkan oleh awak. Apa semua ni? Siapa perempuan di dalam tu? Isteri awak ke?” Hatinya sakit. Perasaannya telah di selubungi cemburu, marah dan kecewa.
“Bukan..”
“Habis, kenapa dia ada dalam bilik awak? Apa yang sebenarnya awak dan dia buat? Apa!” Hana terus mendesak Ridduan dengan soalan‐soalan yang terpendam dalam hati.
“Balik Hana. Mungkin tunang awak sedang mencari awak sekarang ni.” Lemah tutur Ridduan.
“Kata‐kata awak malam itu adakah benar atau awak hanya ingin mempermainkan perasaan saya saja?”
“Ya. Memang saya nak mempermainkan awak. Semua kata saya malam itu tipu. Untuk memperdayakan awak.” Tegas Ridduan. ‘Maafkan saya Hana. Saya terpaksa menipu awak. Apa yang saya katakan malam itu semuanya benar. Tapi untuk kebaikan awak, lebih baik awak tahu saya menipu’ kata hati Ridduan tapi mulutnya berkata lain.
“Kenapa saya?”
“Saja.”
Hana menampar wajah Ridduan dengan kuat. Kebas tangannya tidak mampu melawan sakit dipermainkan. Jawapan Ridduan betul‐betul menghancurkan hatinya.
“Setelah awak lafazkan sayang, cinta dan kahwin. Semudah itu awak mempermainkan saya.”
Ridduan mendiamkan diri. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi. Walaupun, apa yang diluahkan benar, cintanya pada Hana memang wujud, apa yang dia boleh buat lagi. Hana dah jadi milik orang. Takkan dia nak merampas Hana daripada lelaki itu sedangkan Hana gembira dan tak ingin bersamanya.
“Sayang...” Gadis bertubuh genit memanggil Ridduan dari belakang. “Siapa ni?” Dia melirik tajam arah Hana.
“Masuk!” tegas Ridduan.
“Cepat la sayang. I dah lama tunggu you. Jom sayang...” Suara yang manja bagai menggoda Ridduan. Tangan Ridduan ditarik lalu pintu tertutup rapat.
Air matanya yang ditahan dari tadi, akhirnya tumpah ke pipi yang mulus. Hidungnya kemerahan. Hana tersandar dan terduduk di depan muka pintu bilik Ridduan. Semakin lama semakin laju hingga kedengaran esakan tangisan Hana yang tidak dapat disekat lagi. Hana berlari meredah hujan meninggalkan Ridduan. Dia terus berlari hingga ke tepi pantai. Dia menangis semahu‐mahunya. Air mata yang mengalir laju sebati dengan air hujan turun.
Hatinya terlalu sakit bila memikirkan Ridduan bersama perempuan itu. “Tidak... tidak... tidak...” Hana menjerit sekuat hati dan terduduk. Dia teresak‐esak kuat hingga wajahnya menyembah bumi.
Ridduan melihat Hana dari jauh. Tangannya digenggam kuat menumbuk pokok di sebelahnya. Hatinya sakit melihat Hana sedih begitu. Sebenarnya dia dengar tangisan Hana dari dalam bilik. Pintu dibuka kembali dan ketika itu dia nampak Hana berlari dalam hujan. Dia mengejar hingga ke tepi pantai. Ikutkan hatinya, mahu saja dia meluru memeluk dan memujuk Hana supaya Hana lebih tenang. Supaya Hana tidak salah faham antara dia dengan perempuan itu.
Supaya Hana tahu, perempuan itu tidak setanding dia, tidak mampu mengalih perhatian dia dan tidak boleh mengubah hatinya yang telah terlanjur mencintai Hana. Tapi apa gunanya jika Hana tahu semua itu. Tiada apa yang akan berubah. Hana tetap milik Aman dan bukan milik dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan