TIGA hari telah berlalu, namun Intan Nawrah masih belum membuka mata. Air mata bercucuran tiap kali Siti Fatimah memandang wajah anaknya yang pucat dan lebam di sana sini. Tak sangka kepulangannya sekejap di Taman Bukit Hijau minggu lepas menjadi perbualan akhir mereka sebelum anak itu tidak lagi membuka matanya.Lebih menambah keperitan, anak itu langsung tak mengadu tentang masalah yang dihadapi dengan teman serumah. Kalau dia tahu tentang kes itu, tentu awal lagi dia akan menghalang Intan Nawrah pulang ke Kuala Lumpur, walaupun menumpang Natrah dan suaminya.
Sebentar lagi, doktor pakar akan datang untuk memaklumkan keputusan imbasan. Katanya, doakan yang baik‐baik saja untuk Intan Nawrah. Kecederaan di kepala memang bahaya tetapi tidak semuanya berakhir dengan kematian. Dan tidak semua kes, pesakitnya tidak akan sedarkan diri. Ada pesakit yang pengsan untuk satu tempoh masa, kemudian akan sedar sepenuhnya selepas itu. Ada pesakit yang menghidap hilang ingatan sementara atau kekal,dikenali sebagai amnesia dan gangguan ini akan melibatkan peristiwa yang berlaku sebelum atau selepas kecederaan ﴾trauma﴿.
Tetapi sebagai ibu, dia berdoa agar Intan Nawrah dijauhkan dari gejala penyakit tersebut. Dia mahu anaknya cepat sembuh dan mampu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Cukuplah Naufal seorang yang diuji dengan musibah, tak tertanggung lagi rasanya jika Intan Nawrah menerima nasib yang sama. Di katil hujung, kelibat seorang doktor pakar dan dua orang jururawat mulai kelihatan. Perkembangan pesakit diperhatikan dan dicatat di dalam rekod pesakit.
“Ada perkembangan dari pesakit, puan?” Tanya Doktor Hanbali, sebaik mendekatinya.
Siti Fatimah cuma menggeleng kepalanya. Ketika itu, dua orang jururawat yang datang membantu mengambil tekanan darah, rutin biasa jururawat setiap kali memantau keadaan pesakit. Doktor Hanbali sibuk merawat Intan Nawrah, malah meminta izin darinya untuk menarik tabir. Dia menanti dengan sabar kerana faham dengan tugasan doktor. Tidak lama kemudian, dia lihat tabir diselak kembali seperti sedia kala.
“Bagaimana keadaan anak saya, doktor? Apa keputusan CT scan semalam?”
“Intan Nawrah masih belum sedarkan diri, tapi nafas, tekanan darah, kadar degupan jantung dan ritma jantung semua normal. Bagaimanapun, saya akan terus awasi keadaan anak puan dari semasa ke semasa.”
“Pagi tadi, Doktor Aisyah, pakar daripada jabatan Nuerologi ada datang memantau pesakit.
Alhamdulillah, daripada keputusan saringan CT scan semalam dan daripada perbincangan bersama, kita tak perlu buat pembedahan terhadap Intan Nawrah. Memang ada darah beku di bahagian luar saluran darah dalam otaknya tetapi saiznya sangat kecil, lebih kurang dua sentimeter, jadi kita buat keputusan untuk pantau sahaja keadaan pesakit. Banyakkan berdoa ye, puan? Semoga anak puan cepat sedar.”
Terang Doktor Hanbali, panjang lebar. Siti Fatimah mengangguk tanda faham. Jika begitu katanya, maka legalah Siti Fatimah. Dia hanya bimbang kesan hentakan itu memberi kesan berpanjangan kepada anak sulungnya itu. Usianya sangat muda dan belum berumah tangga.
Jika ada kesan panjang yang memudaratkan, tentu Intan Nawrah tak berpeluang menjalani hidup normal seperti orang lain.
Kelibat Doktor Hanbali telah hilang dari pandangan. Siti Fatimah mendekati anaknya dengan berhati‐hati. Tangan anak itu digenggamnya dengan penuh kasih sayang. Kalau Intan Nawrah mengerti, dia sayangkan anaknya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri. Perlahan‐lahan tangan anak itu diletakkan kembali ke sisi dengan niat hendak mendapatkan Nur Idayu yang menanti di luar dengan suami dan anaknya, tetapi tidak dilepaskan. Perlahan, dia mendengar namanya disebut.
“Makkk...”
“Nawrah.”
“Mak.”
Panggil Intan Nawrah, sangat perlahan hingga hampir tak kedengaran. Dia berusaha membuka mata, perlahan‐lahan walaupun kelopaknya berat bagai digam. Dia mencuba lagi dan lagi, tetapi denyutan di kepala bagai mengganggu.
“Mak ada ni, Nawrah. Cuba buka mata, perlahan‐lahan.” Pesan Siti Fatimah, teruja bercampur aduk. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dalam hati, hanya perkataan syukur disebut tak henti‐henti.
ALEXANDER Zulkarnaeen diterpa rasa gelisah. Empat hari tak bertemu mata dengan Intan Nawrah di perhentian bas seperti selalu, fikirannya membuat andaian yang bukan‐bukan.
Masakan Intan Nawrah dah berhenti kerja pula? Ataupun dia dah tak pulang dengan menaiki bas? Dia dah ada kenderaan sendiri? Atau dia ditimpa kemalangan?
“Hisy! Kenapa aku fikir sampai ke situ pulak?” soalnya pada diri sendiri.
Surat buat Intan Nawrah dihantar setiap hari, tak pernah tinggal barang sekalipun. Tetapi, tak pernah sekalipun Adam memberitahu yang surat itu tidak diterima pemiliknya. Dek kerana tidak puas hati, pagi itu, dia sendiri yang menapak ke Balai Berita Metro. Wajah staf wanita yang bertugas di kaunter perkhidmatan dicari dengan segera.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah.”
Jawab Julia, tersenyum manis buat lelaki itu. Kemudian, memorinya beralih kepada Intan Nawrah serta‐merta. Teringat beberapa keping surat yang masih tidak disampaikan pada tuannya. Barangkali sang pemberi tidak tahu kondisi Intan Nawrah di hospital.
“Cik...maaf mengganggu. Boleh saya tahu, surat‐surat atas nama Intan Nawrah, sampai tak pada tuannya?”
“Surat ni?” tanya Julia, lantas mengangkat beberapa keping sampul surat menghadap lelaki itu.
“Kenapa tak sampai pada Intan Nawrah?” tanya Alexander Zulkarnaeen hairan.
“Maaf, encik. Intan Nawrah dah berapa hari bercuti sakit. Dia masih di hospital, tak sedarkan diri.”
“Hospital mana?” Tanya Alexander Zulkarnaeen terkejut. Patutlah lama sangat Intan Nawrah tak kelihatan. Dia dirawat di hospital rupanya.
“Global Doctors Hospital. Dekat aje.”
“Okay. Terima kasih.”
Ucap Alexander Zulkarnaeen, tak menanti reaksi dari Julia. Dia pantas meninggalkan kaunter itu, kembali ke arah Honda Civic Type R nya. Sebelum memandu, dia sempat menghantar pesanan ringkas kepada Adam, untuk memberitahu tentang ketiadaannya di pejabat. Jalan raya tidak sibuk pagi itu. Alexander Zulkarnaeen tiba di hospital selepas sepuluh minit memandu.
Maklumat tentang bilik rawatan yang menempatkan Intan Nawrah didapatkan daripada staf yang bertugas di kaunter pertanyaan. Sekejap sahaja, dia tiba di aras tiga. Satu persatu nombor bilik diteleknya. Selang beberapa nombor, dia sudah tahu kedudukan tepat wad Intan Nawrah.
Pintu bilik diketuk juga, tanda meminta kebenaran untuk masuk. Dan, walaupun tidak ada jawapan dari dalam, Alexander Zulkarnaeen memulas juga tombol pintu. Tak kisahlah Intan Nawrah marah sekalipun, hari ini dia nekad untuk melanggar syarat.
“Intan Nawrah...” Panggilnya perlahan. Disangkanya Intan Nawrah masih tidak sedarkan diri, tetapi wanita itu sedang menoleh ke arahnya. Terkejut Alexander Zulkarnaeen dibuatnya.
ALLAHHU Akbar! Dia dah sedar rupanya. Syukur, ALHAMDULILLAH!
“Nawrah...”
Tiada jawapan. Yang ada hanya sorotan matanya sahaja, memandang Alexander Zulkarnaeen aneh.
“Awak siapa?” Tanyanya dengan kening berkerut. Kemudian, dia menjatuhkan muka, memegang kepala yang berasa sakit.
“Intan Nawrah. Takkan awak lupa?”
“Maaf. Saya tak ingat awak. Siapa, ye?” soal Intan Nawrah lagi.
Kali ini Alexander Zulkarnaeen kehairanan. Intan Nawrah sakit apa sampai tak ingat namanya?
Takkan Intan Nawrah lupa yang dia melamar wanita itu untuk menjadi isteri? Bagaimana pula dengan surat yang dihantar setiap hari, takkan Intan Nawrah melupakan surat‐surat itu juga?
Ujian apakah ini, Ya ALLAH? Apa yang berlaku di luar pengetahuannya?
“Hemmm...macam ni rupa cuak awak rupanya, Zul. Baru saya tahu.” Usik Intan Nawrah tergelak‐gelak. Alexander Zulkarnaeen terkedu, nyaris mati terkejut dibuatnya dengan jenaka spontan Intan Nawrah. Masya‐ALLAH!
“Hisy awak ni...mujurlah saya tak ada sakit jantung.”
“Kalau ada pun apa salahnya. Alang‐alang dah ada di hospital.”
“Hisy!”
“Macam mana awak tahu saya kat sini? Awak pergi office, ye?” Tebak Intan Nawrah, tak segan lagi dengan Alexander Zulkarnaeen.
Sebenarnya dia terkejut saat lelaki itu muncul di sebalik pintu. Dia tak menjangkakannya dan tak tahu bagaimana nak bereaksi. Lakonan tadi pun spontan dan tidak dirancang. Akhirnya, mereka boleh berbual‐bual seolah‐olah tiada apa yang berlaku.
“Ha...ha...ha.” gelak Alexander Zulkarnaeen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan