Label

Jumaat, 30 Disember 2016

NOVEL Kenapa Aku Tinggalkan Kau Bab6

Raila termangu seperti orang bodoh di bangku poc melayan fikirannya yang berserabut. Tengahari tadi dia disongsong oleh Adam yang menjemputnya makan tengahari bersama-samanya.

Raila menolak. Tidak sangka Adam akan mengekorinya hingga ke rumah dengan scramblernya. ‘Bab’ itu masih boleh dimaafkannya. Tetapi ‘bab’ Maheran yang beria‐ia menjemput Adam masuk itu memang menjengkelkannya.

Sudahnya dia bertengkar dengan ibunya mengenai isu tersebut sehingga membuatkan wanita itu merajuk dan melangkah pergi meninggalkan rumah.

“Bukankah masa mendaftar di U hari itu, Aila kata sukakan budak tu? Sebab itu ibu jemput dia masuk. Memudahkan lagi kelangsungan hubungan kamu. Mana tahu kalau‐kalau dia itu bakal jodoh kamu. Kan Aila sangat tertarik pada dia? Sekarang apa salah yang ibu buat?” Maheran meninggikan suara membela tindakannya.

“Ibu ni. Ingat Aila macam ibu ni ke senang‐senang je nak ajak lelaki masuk rumah?” Raila tahu serangan itu tidak patut terluah secara itu. Tetapi ibunya sudah terluka.

Maheran berpaling dan tidak lama, dia keluar. Dalam ‘mood’ ibunya begitu, kalau pulang pun, selalunya hampir pagi baru dia akan muncul semula di rumah itu. Raila berasa sepi yang teramat.

Kenapalah ibu beranakkan aku sorang saja... Kalau ada adik beradik lain kan bagus. Tak adalah sunyi macam ini...keluhnya.

Tiba‐tiba dia terasa ada yang memeluknya daripada belakang. Raila tersentap dan berpaling.

Darahnya berdarau. Apa yang dilihatnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan