HATIKU Milikmu Selamanya, tajuk novel aku yang seterusnya. Aku suka tulis tajuk dulu baru aku fikirkan jalan cerita yang macam mana yang harus aku karang. Sekarang aku dan Ucu sudah berkerja di kilang Sony sebagai pekerja kontrak yang membuat barang‐barang re‐work di stor. Buat masa sekarang hanya tajuk yang aku ada. Bab pertama belum lagi aku taip. Aku nak cari dulu plot cerita yang bagaimana yang harus aku lakarkan.Ucu pula sudah mula teruja bekerja di sini. Mana taknya ada ramai aweks daa. Tapi, bekerja dalam stor ni memberi peluang Ucu mengelakkan aku setiap hari.
Dalam stor ni ramai pekerja asing terutamanya lelaki. Mereka terdiri daripada pekerja yang datang dari Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Myammar. Puncanya aku digelakkan Ucu bila aku satu‐satunya perempuan yang masih muda yang menjadi pekerja kontrak di sini. Yang lain tu semuanya isteri orang yang berusia 30 tahun ke atas. Oleh sebab itu warga‐warga asing ni hari‐hari kacau aku sampai aku sendiri rasa terancam.
Bila dah ada ancaman, satu‐satunya jalan penyelesaiannya ialah berkepit dengan Ucu 24 jam. Aku perkenalkan pula Ucu sebagai suami aku. Padam muka Ucu. Tulah, gelakkan aku lagi. Sekarang dia sudah tak ada peluang nak ushar awek‐awek kilang ni lagi.
''Kak Yang ni tak aci tau. Ucu baru plan nak tackle awek cute yang ada di line depan stor tu. Frust menonggeng Ucu. Tau‐tau saja dah jadi suami orang.'' aku tergelak mendengar Ucu merungut. Muka Ucu masa dia cakap macam tu dah macam cekodok basi.
''Tujuan Ucu datang sini nak teman kak Yang dan melindungi kak Yang. Ingat tu! Bukannya nak
bercouple marple bagai.'' aku bertegas dengan Ucu. Aku kenal sangat dengan Ucu ni, kalau dia dapat tackle awek tu pun bukannya dia nak serius pun.
''Alahhh..sambil menyelam minum airlah kak Yang.'' aku pandang Ucu. Nak berperibahasa sangat. Tunggu dan dengar apa Ayang Mas Merah ni nak jawab.
''Kalau dah menyelam sambil minum air, kembunglah jawabnya. Kalau dah kembung, maknanya dah lemas. Lemas maknanyaa..'' belum habis aku cakap sebiji bantal dah landing atas muka aku. Main kasar nampak Ucu ni?!
''Ucu! Fine! Malam ni Ucu masak. Kak Yang nak mula menulis. Tak sedap, siap Ucu!'' sambil bercakap aku melangkah menuju ke bilik. Bantal Ucu tadi aku bawa sekali.
''Bantal Ucu tu nak bawa ke mana tu? Bak la balik!'' Ucu melaung kuat. Aku buat‐buat tak dengar dan terus menutup pintu bilik.
''Kak Yang! Ucu masak mee segera ya? Mee meggi cepat dimasak sedap dimakan..'' sayup-sayup aku dengar suara Ucu di luar bilik. Sambil melaung kepadaku dia menyanyi pula selepas itu. Nampaknya malam ni makan mee meggi lagilah aku. Ucu ni pemalas betul. Bukannya dia tak pandai masak. Yang namanya anak Datin Maimunah semuanya pandai memasak. Hurmm..
‘’KAK YANG! Meggi dah siap!’’ aku dengar Ucu melaung dari luar bilik. Aku baru saja habis menaip satu muka surat. Aku pangkah dulu manuskrip aku tu dan save apa yang telah aku taip.
Perut aku pun dah rasa lapar.
Aku bangun dan menuju ke muka pintu. Sebaik pintu aku buka aroma mee segera menyinggah ke rongga hidungku. Kuat betul baunya. Aku sudah telan liur berkali‐kali.
‘’Ucu, laaa..Ucu rebus saja? Pemalas betul budak ni. Patutlah, cepat benor siapnya.’’ aku mula membebel bila sudah berada di depan Ucu. Periuk meggi yang Ucu letakkan di atas meja di ruang tamu aku pandang dengan penuh ghairah. Meggi rebus pun rebuslah. Hatiku pula yang berkata‐kata.
‘’Ucu ambil mangkuk untuk Ucu saja? Mangkuk untuk kak Yang mana?’’ aku bertanya Ucu yang sudah mula menyuap.
‘’Kak Yang ambillah sendiri. Ucu dah masak takkan Ucu juga yang kena hidangkan untuk kak Yang?’’ aku mengetap bibir mendengar jawapan Ucu. Berkira ya amat. Sambil bangun semula, aku mengetuk kepala Ucu pantas. Membuntang mata Ucu sambil memandang ke arahku. Aku hanya menghadiahkan Ucu senyum kemenangan.
‘’Sakit tau!’’ Ucu bersuara dengan mulut yang penuh. Tak senonoh betul!
‘’Along call tadi, masa Ucu tengah masak. Along cakap nak bawa emak dengan ayah datang melawat kita.’’ Sebaik aku duduk semula membawakan mangkuk dan mengadap Ucu semula, dia mula bersuara. Walaupun begitu, Ucu langsung tak memandang wajahku. Dia hanya terus menyuap dengan berselera selepas itu.
‘’Along tahu ke macam mana nak datang ke sini?’’ aku menyoal selamba sambil tanganku terus menceduk meggi ke dalam mangkuk. Aku pandang ke arah Ucu yang sesekali akan meniup megginya itu. Meggi yang masih panas itu kemudian disuakan ke mulutnya dengan rakus.
Macam orang tak jumpa makanan sepuluh hari pula, bila aku melihat cara Ucu makan.
‘’Nanti Along call lagi, bila dia dah sampai ke sini.’’ Ucu menjawab dengan tenang dan mengelap bibirnya. Air sirap yang berada di sebelahnya diteguk rakus. Aku mengelengkan kepala memerhatikan gelagatnya.
‘’Ucu dah bosan makan meggi ni, sejak datang ke sini kak Yang pemalas betul!’’ aku mendonggak pantas mendengar kata‐kata Ucu. Dia terus tersengeh kepadaku. Giliran aku pula membuntangkan mata ke arahnya.
‘’Óhh..sebab bosanlah,Ucu makan meggi tu macam tak jumpa makanan sepuluh hari ya? Tengoklah tu, kak Yang baru nak mula makan, meggi Ucu tu dah lesap dari mangkuk.’’ aku membalas kata‐kata Ucu dan memuncungkan mulut ke arah mangkuk Ucu yang sudah dikosongkannya. Ucu tersengeh lagi sambil membuat tanda peace.
‘’Lapar!’’ sepatah saja Ucu menjawab sambil bangun dan menekan suis tv.
‘’Kak Yang, kita keluar ronda‐ronda penang nak? Ucu boringlah memerap saja dalam rumah ni. Kak Yang tak apalah, boleh berangan. Ucu ni dah macam ayam tertelan kapur dah..’’ suara Ucu kedengaran lagi. Aku berhenti menyuap dan memanggungkan kepala. Wajah Ucu ku cari, namun Ucu bersuara sambil matanya ralit memandang skrin tv. Aku meneruskan suapanku bila Ucu langsung tidak memandang ke arahku.
‘’Kak Yang, malam ni kita pi pekena nasi kandaq pula noo? Macam teringin saja. Macam sedap saja.’’ aku berhentikan suapanku lagi. Kali ini Ucu memandang ke arahku sambil mengjungkitkan keningnya kepadaku.
‘’Ucu belanja! Kak Yang okey saja, tapi masalahnya kita nak keluar naik apa? Ucu bukannya tak tahu, kawasan kita ni bas sejam sekali. Teksi pula payah nak dapat. Lainlah kalau kita ada kereta atau motor.’’ Aku membalas malas. Dalam pada itu, aku cuba juga mengambil kesempatan mengenakan Ucu. Gaji Ucu sebagai pekerja stor lebih banyak daripada aku, sedangkan gaji aku hanya cukup‐cukup makan saja.
‘’Kita sewa la motor jiran sebelah. Kita kongsi‐kongsilah bayar. Duit kak Yangkan banyak dalam bank. Jangan nak tangkai jering sangat. Buat apa nak simpan banyak‐banyak dalam bank tu? Nanti kena bayar zakat dan yang sewaktu dengannya.’’ Ucu tersengeh lagi selepas habis berkata‐kata. Aku pula menolak mangkuk yang telah kosong ke tengah meja dan mencapai botol air mineral dan meneguknya. Opppsss..lupa pula nak ambil gelas tadi.
‘’Ciss..’’ Aku mencebik melihat Ucu yang sudah tersengeh kemenangan. Niat di hati nak kenakan dia tapi rupanya dia pun ada niat nak kenakan aku juga.
‘’Along nak datang bila? Kita tunggu Along datanglah, baru kita keluar ronda‐ronda. Boleh save budget. Tak payah nak sewa motor bagai..’’ Tetiba mentol dalam mindaku menyala‐nyala.
Kalau bab nak berjimat ni boleh saja.
‘’Uishhh..sejak bila kak Yang kedekut sangat ni? Along tu belum tentu jadi datang ke tak, mungkin kalau datang pun, bulan depan ke? Tak apalah, kalau macam tu biar Uculah yang berkorban. Ucu keluarkan duit Ucu tapi, Ucu tak nak bawa kak Yang. Lebih baik Ucu ajak saja awek’s lain yang lagi cun..’’ kata‐kata Ucu buat aku memandang tajam ke arahnya. Dia hanya menjungkitkan keningnya berkali‐kali.
‘’Elehhh..macamlah kak Yang kemaruk sangat duit Ucu tu. Tak nak bawa kak Yang pun tak apa. Kemarin si Rahman tu ajak kak Yang keluar makan. Dia cuma perlu green light saja daripada kak Yang. Kalau kak Yang nak, boleh saja kak Yang suruh dia belanja nasi kandaq tu.’’ aku juga tak mahu kalah. Teringat dengan seorang warga Bangladesh yang selalu mengajak aku keluar makan dan menonton wayang tu. Memanglah, dalam hati aku sikit pun tak terniat nak terima ajakan Rahman tu, tapi sebab tak nak mengaku kalah dengan Ucu, sengaja aku buat ayat macam tu.
‘’Hahaha..Rahman? Budak Bangla tu? Agak‐agaklah kak Yang kalau nak bagi ayah dengan mak menantu pun. Ucu pun tak rela berabang iparkan dia, tapi kalau kak Yang nak, apa nak kata lagi. Bangla pun Banglalah.’’ Ucu ketawa kuat sambil bersuara pasrah. Hampeh punya adik!
‘’Uittt..bila masa pula kak Yang cakap nak kahwin dengan dia? Tak hinginlah kak Yang ikut dia balik negara dia. Kak Yang cuma nak dia belanja makan saja.’’ aku membidas kata‐kata Ucu.
Aku cuba membayangkan, aku sedang bersanding di atas pelamin dengan Rahman. Dengan tak semena‐mena kepalaku digelengkan berkali‐kali. Nahi khabi nahi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan