SAMPAI di kediaman Leviath, dia terus melaung memanggil nama tuannya. Kakinya melangkah masuk ke dalam kediamannya. Menuju ke ruang tengah kediaman itu seperti yang dibenarkan. Kaki Thysia terus dijatuhkan lalu melutut di hadapan Leviath. Kepalanya merunduk seperti seorang hamba yang taatkan rajanya.
“Aku ada berita tergempar, tuan!” Thysia bersuara jelas dan terang.
“Apa beritanya?”
“Sedikit masa lagi, akan ada serangan besar‐besaran di Penjara Agonia. Satu kumpulan musuh.
Mereka akan cuba merempuh kita dari luar!” maklum Thysia.
“Kumpulan musuh?” Leviath tercengang. “Aku perlu laporkan perkara ini segera kepada Yang Mulia Vasilias!” lanjutnya lagi. Dia berfikir sambil berpeluk tubuh.
Thysia menyuntik cadangannya.
“Begini, tuan. Kumpulan itu memang kuat. Tetapi kalau tuan, aku dan seluruh Minotaur bekerjasama, aku yakin. Pasti serangan mereka dapat dilumpuhkan dalam masa yang singkat,” ujar Thysia.
Ucapannya dilunakkan agar dapat memancing hati Leviath.
“Lagipun, kalaulah Tuan Leviath yang tamatkan serangan mereka, bayangkan. Yang Mulia Vasilias akan senang dengan tuan. Tuan juga yang bakal dapat ganjaran nanti.”
Mendengarkan kata‐kata manis yang disogokkan oleh Thysia, Leviath mula menaruh angan. Dia membayangkan pengiktirafan daripada Yang Mulia atas segala curahan tenaga selama ini. Sesuatu yang amat indah untuk dikecapi.
“Betul juga kata‐kata kau, Thysia. Jadi, apa perancangan kau seterusnya?” Leviath meminta
pendapat.
“Serangan akan dilancarkan di bahagian luar Penjara Agonia. Kepala mereka sangat banyak, tuan. Lebih baik kalau kita kerahkan semua Minotaur dari seluruh Kota Iremia...”
“Semuanya?” sampuk Leviath.
“Benar, tuan. Jangan risau. Menurut suruhan aku, memang mereka akan datang dari hadapan Penjara Agonia. Aku khuatir kalau kita tidak menggunakan semua tenaga Minotaur, kita akan tertewas!” lanjut Thysia.
Leviath berjalan beberapa tapak sebelum berhenti. Dia cuba mempertimbangkan kata‐kata Thysia tadi.
“Kita tidak akan tersilap langkah, Tuan Leviath. Aku berjanji dengan darahku sendiri. Bayangkan
kemewahan yang akan dikecapi nanti, tuan.” Pujukan itu umpama desakan.
Leviath akhirnya menoleh. Pandangannya ditundukkan melihat Thysia yang masih melutut di atas lantai. Rambut Thysia diusap sambil dia berbicara dengan nada lembut seperti seorang bapa.
“Kau adalah orang suruhan aku yang paling setia. Kau masih mentah. Perancangan harus bijak dan teliti. Begini, aku akan dapatkan ramai Minotaur untuk menguatkan pertahanan di Penjara Agonia. Tetapi aku akan tetap kekalkan beberapa kumpulan Minotaur untuk berkawal di bandar. Aku percaya pada kau, Thysia. Tetapi, kalau kau khianat...”
Tiba‐tiba rambutnya dicekak kuat dengan tangannya.
“... aku tak akan teragak‐agak untuk bunuh kau!”
Kepala Thysia terus ditolak sehingga hampir tersungkur.
Thysia menolak badannya sebelum dia bangkit berdiri. Kepalanya ditundukkan sebelum dia berundur lalu keluar dari ruangan itu.
MUSYRIF terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam sel penjara. Setelah semua rakan-rakannya
masuk, pintu penjara ditarik menghasilkan bunyi keriut lalu ditutup rapat. Mereka sekali lagi dikunci.
Gugusan kunci yang disimpan dalam sisipan Tunic dikeluarkan. Dipegang dengan berhati‐hati agar tidak terjatuh. Bibirnya terjungkit menampakkan senyuman lega.
“Buka gari ini. Hati‐hati. Jangan sampai mereka dengar,” beritahu Musyrif.
Lewis menyambut gugusan kunci dari tangan Musyrif. Dia meneliti label yang ditanda pada setiap kunci. Mengingati nombor Roman pada sel penjara mereka, batang kunci dicapai. Pergelangan tangan dibebaskan dari belenggu.
Hervey bergerak menuju ke pintu kayu. Dia mengintai ke luar pada bukaan yang berbentuk petak di bahagian atas pintu. Bebola matanya bergerak‐gerak mengesan kelibat Minotaur. Dia melihat Minotaur‐minotaur yang berkawal di Penjara Agonia berjalan dalam kelompok ke satu arah.
Hervey memberi isyarat kepada mereka agar tidak membuat sebarang bunyi. Seketika kemudian, dia menoleh ke belakang.
“Tak ada sesiapa di luar. Ini peluang kita!” ujar Hervey yang tampak bersemangat.
Lewis pula mengambil peranan. Dia berjalan ke pintu. Penumbuk dibentuk dengan jari hantu
dibengkokkan sedikit keluar dari jari yang lain.
Sasaran diagak dengan pandangan mata. Kemudian, penumbuknya dihentam pada bahagian tepi pemegang pintu yang mengandungi lubang kunci.
Setelah beberapa tumbukan padu, barulah lubang dapat dihasilkan pada pintu tersebut. Serpihan kayu yang melekat pada pintu dikopak sehingga membentuk lubang yang lebih besar.
Tangan Lewis dimuatkan menerusi celahan lubang itu dengan batang kunci yang telah dipilih. Batang kunci diputar sehingga menghasilkan bunyi detikan halus.
“Berjaya!” Lewis bersorak gembira dalam nada bisikan.
Seorang demi seorang menyelit keluar dari penjara.
Mereka berjalan di atas lorong kosong itu sambil bersiaga. Lysandra segera memasukkan anak kunci pada lubang kunci di sel penjara sebelah kanannya, lantas ia dibuka.
Sekumpulan wanita kelihatan duduk terpuruk di penjuru gelap dalam penjara. Mereka saling
berpelukan. Takut‐takut untuk mengangkat pandangan. Terlihat sahaja wajah Lysandra, riak wajah mereka terpinga‐pinga.
“Jangan risau. Kita semua sudah selamat. Mari, ikut kami keluar dari tempat ni sebelum Minotaur‐minotaur tu sedar,” gesa Lysandra.
Gari yang merantai mereka segera dibuka dan dileraikan. Kumpulan wanita itu keluar dari penjara perlahan‐lahan dengan gerak langkah kekok.
Lysandra dan Lewis bergilir‐gilir membuka kunci pintu penjara. Semakin lama, semakin ramai
tahanan melimpah di lorong itu. Semuanya daripada golongan wanita dan lelaki yang berusia.
Derapan langkah dan bunyi jeritan mereka menghasilkan bunyi hiruk‐pikuk yang bergema di seluruh Penjara Agonia.
“Ambil tombak! Pertahankan diri masing‐masing!” jerit Hervey.
Tombak yang bergantungan di tepi dinding segera disambar.
Musyrif mengepalai mereka lalu mendorong mereka bergerak ke pintu hadapan Penjara Agonia. Tombak yang dipegangnya dihulurkan ke hadapan. Bersedia untuk merodok mana-mana Minotaur yang menghalang kemaraan mereka.
Dari jauh, kelihatan Minotaur‐minotaur yang berkawal mengalihkan badan. Melihatkan kumpulan Asfalis yang bersedia untuk merempuh mereka, Minotaur‐minotaur membengis marah. Tombak yang menjadi senjata dihentam di atas tanah. Bersedia untuk mengganas.
Musyrif dan Lewis yang berlari di barisan hadapan terlebih dahulu melibas tombak. Bilah besi pada hujung tombak merodok tubuh Minotaur. Ramai antara mereka yang terpelanting ke sisi. Darah tersimbah ke mana‐mana.
Sebaik sahaja melihat kumpulan Asfalis yang terlepas, Leviath yang bersiaga di sebelah Thysia
terus berkalih kepadanya. Dia naik berang.
“Kau tipu aku!”
Pedang yang terhunus tadi terus menghentam Thysia. Mujurlah Thysia sempat menahan bilah pedang daripada membelah tubuh. Dia melakukan beberapa gerak bertahan dan serangan balas.
Sementara Minotaur‐minotaur itu berusaha ditumpaskan, Thysia dan Leviath garang berlawan
pedang di tepi penjara. Teknik perlawanan pedang Thysia hampir menyaingi ketangkasan Leviath walaupun ada masanya dia tersungkur ke tepi.
Lysandra dan Hervey turut berhempas pulas membunuh Minotaur. Libasan berselang seli dengan tendangan. Kumpulan Asfalis dilepaskan secara berperingkat‐peringkat.
Para tahanan dikumpulkan oleh Hervey di satu sudut jauh sedikit dari Penjara Agonia. Tombak
menujah mana‐mana Minotaur yang mendekati. Kayu tombak yang melentur memukul kuat. Tombak yang berada pada tangan Lysandra diputar di udara seperti gerakan kipas. Minotaur yang cuba mendekati begitu ramai yang tumbang akibat hambatannya. Dada Minotaur di hadapannya ditampar dengan padu sementara Minotaur yang lain ditendang serta ditikam dengan tombak.
Walaupun sudah bertungkus‐lumus, namun masih ada beberapa orang Asfalis yang gagal
diselamatkan. Sebilangan kecil daripada Asfalis dirobek isi kulit oleh kuku Minotaur akibat marah. Lysandra cuma boleh melihat sayu kepada mereka yang telah terkorban.
Setelah lama bertarung, akhirnya kumpulan Minotaur menjadi surut. Tinggal Leviath dan Thysia sahaja yang masih beradu tenaga.
Thysia sudah kelihatan mengah sementara Leviath masih galak mengasak. Pedang yang dihayun semakin lama semakin longlai. Namun, dia berusaha melawan demi nyawanya. Kelompok Asfalis didatangi oleh Musyrif, Lewis dan Lysandra. Musyrif mengangkat kepala, melihat ke arah Thysia yang sudah melemah. Setiap serangan Thysia kelihatan serba tidak menjadi.
Ketika Musyrif mahu meluru untuk membantunya, Lysandra merentap lengan Musyrif.
“Jangan halang saya!” marah Musyrif. Dia cuba meronta‐ronta namun pegangan Lysandra
diperkemaskan.
“Jangan, Musyrif. Awak tak boleh terkorban,” ujar Lysandra. Dia menggeleng‐geleng laju dengan paras yang sedih.
Thysia sempat mengintai ke arah kelompok Asfalis. Dilihatnya, Musyrif sedang berusaha melepaskan diri dari Lysandra yang asyik menghalangnya. Dia melihat mereka seperti bertekak. Kemudian, Musyrif melontarkan pandangan kepadanya.
“Pergi! Jangan risaukan aku. Bawa mereka semua ke pasir jerlus di tepi hutan, cepat!” arah Thysia. Pedang Leviath akhirnya berjaya ditepis sehingga terpelanting ke tanah. Dia mengambil kesempatan masa yang ada untuk mengisyaratkan kepada Musyrif bahawa dia boleh menjaga diri.
Thysia diuji kelekaan.
Leviath melihat peluang di hadapan mata. Tubuhnya mengengsot lalu mencapai hulu pedang. Thysia menangkap bunyi pergerakan di belakangnya. Namun, ketika dia berkalih pandang, perutnya terus ditusuk dengan bilah pedang Leviath. Mulutnya melopong akhibat menahan kesakitan. Tubuhnya merendah sehingga dia melutut di atas tanah.
“Rasakan! Kau memang patut mati kerana menipu aku. Biar kau mereput!” Leviath menyumpah. Bahu Thysia ditendangnya sehingga menghentam dinding luar Penjara Agonia.
Bagaimanapun, Thysia masih enggan mengalah. Dengan kudrat yang tersisa, tombak milik Minotaur di sebelahnya diambil. Tubuh Leviath ditikamnya sehingga tembus ke belakang.
Darah tersembur dari mulut Leviath. Dia rebah ke tanah dalam keadaan mengiring. Leviath akhirnya tertewas. Matanya terbelalak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan