"kau tunggu sini".
Jaka berhenti dari berjalan menyusuri pantai,hampir lima belas minit perjalanan mereka disisir pantai. Ajaq turut berhenti,Badang setia mengikuti.
"kau nk kemana woi,apsal berhenti kat sini,kau jangan macam macam".
Ajaq mula gelisah,takut ditinggalkan.
"kau diam la,kau tunggu dengan Badang di sini".
Badang seperti seekor kucing yang manja,berjalan dan bergesel gesal di kaki Jaka.Ajaq memandang Badang,gelisah,risau kucing yang kecil ni boleh bertukar jadi sebesar kapal terbang,risau sangat.
"lama ke?,kau nak kemana?binatang ni nanti makan aku".
Ajaq memerhatikan Badang.takut.
"hahahaha".
Jaka gelak besar,dan berlari menuju ke laut.
"tadi kau tanya pasal kapal kan,ni aku nak timbulkan kapal tu,kau tunggu".
Kata Jaka sambil berlari dan bersedia untuk terjun dan menyelam kedalam laut.Beg sandangya tidak dibuka.Bagai nyawa dijaga.Delima emas kekal utuh didalamnya.
Ajaq memerhatikan Badang,takut binatang ini bertukar jadi raksasa macam tadi.Badang diam dan memandang ke arah laut,menunggu dan setia menanti Jaka timbul bersama kapalnya.
"Badang,kau ni binatang apa ek?".
Ajaq tiba tiba bertanya.Dia pun tak pasti,Badang ini jenis binatang apa,seumur hidupnya tidak pernah dilihatnya binatang boleh bertukar menjadi raksasa.Ajaq pun tak pasti,kucing ini paham atau tidak apa yang ditanya.Takut takut berani,andai Badang tiba tiba bersuara dan menjawab soalannya,pasti dia akan pengsan menerima kenyataan itu.
Badang bangun dari menunggu,dia menghampiri Ajaq dengan manja digesel geselnya di kaki..
hampir dua puluh minit menanti.Ajaq risau,dua puluh minit menyelam,terlalu panjang nafas Jaka.
Berbagai taksiran dikepalanya memikirkan apa yang ada didalam laut ini.
Tiba tiba dia dikejutkan dengan buih buih didalam laut,gelembung buih yang besar,bagai ada sesuatu yang akan naik dipermukaan.
Badang yang dari duduk,terus bangun dan menghampiri ke gigi air,Ajaq cuak.Takut perkara pelik yang datang.Dia tidak bergerak,malah bersiap sedia dengan untuk lari andai yang timbul itu raksasa,akan dia lari.
Di permukaan air yang berkocak,tiba tiba terapung muncung kapal,dan sedikit sedikit badan kapal naik ke permukaan.Dan terapunglah sebuah kapal klasik yang berkilat warna kayu..Sungguh cantik seninya.
Jaka ada didalam,sedang tersenyum dan melambai ke arah Ajaq dan Badang.
Gemuruh hatinya hilang,berganti dengan kelegaan.
"Ajaq,cepat naik".
laung Jaka..tali sebagai tangga di lepaskan agar Ajaq boleh menaiki kapal.Badang cepat berlari dan memanjat badan Ajaq,dan menumpang dibahunya.Ajaq gigih memanjat tali hingga ke atas kapal.Badang bagai kucing manja.
"perghh,hebatnya kapal ni".
Setibanya kaki menjejak ke atas kapal,terpesona seketika,ukiran kayu yang cantik,walaupun kapal berbentuk lama,tetapi didalam kapal tidak terfikir oleh akalnya,bagai sebuah kapal moden di bumi.
Berserta dengan enjin dan ada beberapa kelengkapan memasak serta senjata yang dia sendiri tidak tahu kegunaanya.
"aku tak tau nak cakap apa,tapi semua ni memang canggih".
Bahasa duniadigunakan Ajaq.
"sepatutnya aku tinggalkan kau di pantai tu,tapi aku tak sampai hati".
Jaka memandang muka Ajaq,tangannya memusing kemudi kapal.
"terima kasih Jaka,aku memang tak tahu dan tak faham apa semua ni,banyak perkara aku nak tanya dengan kau".
Ajaq duduk di satu kerusi bersebelahan Jaka.
"kapal ni namanya Bahtera Sakti,boleh tengelam dan terapung,aku tahu,di dunia kau ada juga kapal seperti ini,tapi tidak sehebat ini,betul?".
Jaka memandang Ajaq,kemudi dikunci,satu butang ditekannya,kedengaran seperti angin kuat
dibawah kapal,beberapa saat sahaja,kapal telah meluncur laju,di tepi kemudi ada beberapa meter, jarum meter naik menunjukan ke angka 389km/j.ada hampir 20 jenis meter lagi.Ajaq hampir terjatuh,kelajuan kapal secara tiba tiba.Mujur sempat dia memegang tangan Jaka.
"aku boleh bercakap mengunakan bahasa dunia kau,sebab aku tinggal didunia kau bertahun tahun dahulu".
Jaka meneruskan perbualan.Dilihatnya Ajaq terlalu teruja dengan apa yang terjadi tadi. Bahtera Sakti meluncur laju membelah ombak di lautan,langit semakin gelap,malam akan menjengah alam itu sekejap lagi,matahari membenam dirinya dibalik gunung gunung yang tinggi.Bahtera Sakti membelah senja,diketengah lautan dalam yang berpenghuni sejuta mahkluk yang tidak terjangkau akal manusia.
Badang bergesel manja di kaki Ajaq,semakin manja dan semakin biasa bersama bau Ajaq.Badang merebahkan diri persis seekor kucing.Ajaq hanya membiarkan.Terasa senang dengan Badang.
"kau sebenarnya dari mana Jaka?".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan