PAGI itu Hana terjaga bila pintu biliknya diketuk. Mungkin itu Izwan. Izwan selalu menghantar sarapan padanya suatu ketika dulu. Dia teringat kejadian malam itu. Badannya menggigil ketakutan. Dia tidak ingin membuka pintu. Takut Izwan menolaknya ke dalam bilik dan menyambung niat yang tidak kesampaian.
Pintu masih diketuk tidak henti‐henti. Dia menguatkan semangat untuk membuka pintu. Bila dia berdiri, pergelangan kaki terasa amat sakit. Dia melangkah perlahan‐lahan dan mengintai di lubang kecil di pintunya. Tiada kelibat manusia. Hana membuka pintu lantas terkejut. Aman muncul dengan tiba‐tiba di depannya. Dia beristighfar panjang. Beberapa kali dia menarik nafas dalam bagi melegakan ketakutan yang datang.
“Hana okey ke ni?” tanya Aman bila melihat Hana semput.
“Abang... bila abang datang sini?”
“Hana.. semalamkan kita dah jumpa. Hana tak ingat ke?”
“Hah... oh... iyalah.” Hana menggaru kepala yang tidak gatal. Dia boleh terlupa Aman berada di situ.
Sampai saja di bilik malam tadi, fikirannya melayang bersama Ridduan. Kata‐kata indah Ridduan terngiang‐ngiang di cuping telinganya lagi, bayangan kacak Ridduan menghantuinya dan kenangan malam itu membuatkan bibirnya tersenyum tidak henti‐henti. Lamaran Ridduan buat dia berdebar‐debar setiap kali teringatkannya. Cincin tunang yang dipulangkan, mengingatkannya kepada Ridduan bukannya Aman. Antara Aman dan cincin tunang itu langsung tiada kenangan yang pernah tercipta.
“Hana... Hana! Mengelamun ke? Abangkan dah ada depan mata Hana. Hana ingat siapa lagi?”
“Eh, taklah. Tak ingat siapa‐siapa pun. Cuma mengantuk, tidak cukup tidur.”
“Jom teman abang breakfast...”
“Sekarang? Hana ada briefing 9.30 pagi.”
“Sekarangkan baru pukul lapan pagi. Masih banyak masa lagi.”
“Oh, iya ke? Hana tak tengok jam lagi. Kalau macam tu, abang tunggu sekejap. Hana mandi dulu.?” Hana menutup pintu, ditahan oleh Aman.
“Kenapa ni?” tanya Hana. Hairan bila Aman menahan pintu.
“Nak ikut.” Aman tersenyum dan mengenyitkan mata.
“Ke mana?”
“Mandi... boleh abang mandi sama‐sama dengan Hana.”
“Abang jangan mengada‐ada ya! Gatal...”
“Ala...boleh la sayang..” nada manja.
Hana senyum lebar. “No!” lantas dia menutup pintu. Hana tersandar di belakang pintu.
Tersenyum sendiri. Aman mengusiknya pagi ini. Oh, tidak. Sudah lama Aman tidakmengusiknya seperti zaman di universiti dulu. Ada saja idea untuk menyakatnya.
Hampir lima belas minit Aman menunggu di luar. Hana keluar beruniform kerja. Aman melihat dari atas hingga bawah. Cantik walaupun Hana beruniform. Hana masih cantik seperti kali pertama dia melihat Hana. Sejak mereka bekerja, beberapa kali saja dia pernah berjumpa Hana ketika bekerja di hotel. Itu pun kerana perkara penting. Inilah uniform paling cantik yang digayakan oleh Hana. Patutlah ada lelaki yang cuba memikat hatinya. Cemburu mengundang di hatinya. Aman memegang tangan Hana. Membawanya pergi ke tepi pantai.
Hana menatap tangan yang dipegang Aman. Hatinya tertanya‐tanya, kenapa Aman berubah dan bersikap lebih mesra.
Sampai di depan meja, Hana juga bertambah terkejut melihat hidangan pagi. Aman meminta Hana duduk di tepinya.
“Abang yang buat semua ni?” Tanya Hana sambil duduk di sebelah Aman. Hana tidak pernah terfikir akan bersarapan di tepi pantai bersama Aman begini. Aman yang dikenalnya, bukanlah begini orangnya.
“Hurmmm... pagi‐pagi lagi abang dah ke restoran untuk menempah breakfast di tepi pantai.”
Aman mengambil roti bakar dan menyapu jem strawberi kesukaan Hana lalu diletakkan ke dalam pinggan Hana.
Hana memandang setiap perbuatan Aman. “Tapi kenapa abang buat semua ni?”
“Untuk sayang...” Jawab Aman yang masih menyapu jem pada sekeping lagi roti bakar. Kali ini dia sua ke mulut Hana.
Hana cuba mengambil roti bakar tapi dielak Aman. Sekali lagi, Aman sua ke mulutnya. Hana memandang Aman dan roti bakar silih berganti. Dia semakin keliru. Teragak‐agak ingin menggigit roti bakar. Kekok rasanya. Lantas roti di ambil Hana. Mengunyah dan menelan.
“Terima kasih abang.” Hana mengulum senyuman.
Inilah kali pertama Aman membuat kejutan seperti itu. Sebelum ini, mereka akan makan di gerai‐gerai berdekatan tempat kerja Aman saja. Supaya senang Aman kembali bertugas jika dipanggil tiba‐tiba dan senang juga untuk Hana pulang sendiri. Jika Aman bercuti, mereka akan berjumpa dan makan di sebuah restoran di tepi tasik Putrajaya. Itulah tempat paling mewah yang pernah Aman bawanya. Itu saja tempat pertemuan mereka selama sembilan tahun bertunang.
Hana melihat set breakfast ala barat. Telur hancur bersama roti bakar serta potongan ayam bersama salad dan sos lada hitam. Pilihan menu Aman pagi ini juga amat pelik dari hari‐hari biasa yang lebih gemar makan nasi lemak dan teh tarik.
“Sayang... kita kahwin.”
Hana yang sedang minum air teh o tersedak. Terbatuk‐batuk dek sisa air yang masih berbaki di kerongkongnya. “Kahwin?” Hana terdiam. Teringat kembali lamaran Ridduan malam tadi ‘Kahwin dengan saya Hana’ terpancar wajah Ridduan yang sangat ikhlas.
“Ya sayang. Dah sembilan tahun kita bertunang. Abang rasa, dah sampai masanya kita berkahwin.”
“Abang dah bersedia ke? Abangkan sentiasa sibuk. Setiap kali kita berbincang tentang kahwin, abang mesti sibuk. Ada saja tugasan yang datang. Dari dulu sampai sekarang. Cukuplah kita dah tangguhkan tiga kali majlis perkahwinan kita dulu. Hana tak nak perkara itu terjadi lagi. Biarlah abang betul‐betul dah bersedia berkahwin, bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan telah menerima Hana seadanya.”
“Sebab itu ke Hana lari ke sini. Sebab abang sentiasa sibuk. Sebab abang dah banyak kalitangguhkan perkahwinan kita. Hana sanggup berhenti kerja di KL dan terima tawaran bekerja di pulau terpencil ini. Ingin jauh dari abang.”
“Dari dulu lagi Hana impikan kerja di tempat begini, yang jauh daripada kesesakan dunia, seperti mana hati Hana yang sesak, penat menunggu abang. Tempat ini cukup tenang, damai dan sunyi. Begitulah hidup Hana, hati Hana yang sunyi tanpa abang.”.
Aman menghadap Hana. Ditenung wajah Hana yang sedih. “Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Abang buat Hana menunggu selama ini. Abang lebih memilihkan kerjaya dari Hana. Sedangkan Hana setia bersama abang dari dulu hingga sekarang dan abang harap Hana akan terus setia bersama abang.” Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Selama sembilan tahun, baru dia sedar dia banyak melukakan hati tunangnya. Tangan Hana dipegang dan dicium, lama. Memohon maaf. Menyesal dengan masa yang telah dibuangnya.
Ridduan melihat dari jauh. Hatinya bertambah sakit. Bagai disayat. Dia yang ingin bersarapan, ternampak Aman dan Hana berjalan bersama dan duduk di situ. Kakinya tidak mampu bergerak, berlindung di balik pokok menyaksikan apa yang dibuat Aman pada Hana.
Smartphone bergegar, lantas dijawab.
“Aku nak kau hantar seorang gadis untuk aku.” Arah Ridduan pada salah seorang body guard Razak.
“Kau nak yang macam mana?”
“Tak kisah. Asal dapat bawa aku hanyut dari semua masalah. Aku nak kau hantar dengan kadar segera. Aku perlukan dia.”
“Baik. Aku akan hantar seorang gadis yang paling cantik, masih fresh, montok dan pandai menggoda hingga kau tidak mampu menolak dia lagi.”
Ridduan mematikan talian. Melihat Hana gembira di samping Aman, dia perlu berusaha untuk melepaskan Hana. Hana milik lelaki itu. Dia perlu buat sesuatu yang dapat melupakan Hana. Walaupun dia tahu, dia tidak mungkin dapat lupakan Hana. Dia dah cuba sebelum ini. Tapi apa yang dia boleh buat lagi, dia perlu cuba dan terus mencuba. Mungkin bersama dengan perempuan lain mampu menghilangkan perasaannya pada Hana. Mengalih perhatian daripada terus mengingati Hana. Dia membelakangi Hana dan berlalu pergi tanpa menoleh. Dia perlu kuatkan diri.
Hana ternampak kelibat Ridduan yang lalu di situ. Dia rasa bersalah tidak berterus terang dari awal statusnya yang sebenar sampaikan Ridduan tenggelam dalam perasaannya sendiri. Dia nekad akan memohon maaf dan minta Ridduan melupakannya kerana perasaan itu hanya sia-sia. Hubungan mereka tidak akan pergi ke mana. Dia bakal menjadi milik Aman.
“Hana... Hana tengok siapa?” Aman memandang arah pandangan Hana. Tidak nampak sesiapa pun. Lama Hana memandang arah itu seperti hanya tubuhnya saja berada di situ tetapi fikirannya, perasaannya sudah jauh entah ke mana..
“Hana...”
“Tak ada apa‐apa,” Hana menghabiskan sisa makanan di pinggannya.
“Kita balik ya sayang. Kita buat persiapan perkahwinan kita.”
“Abang. Kita bincang lain kali boleh. Hana tak bersedia lagi.” Dia tidak tahu kenapa mulutnya boleh berkata begitu. Selama ini dia hanya ikutkan saja semua kata‐kata Aman. Tidak pernah di bangkang walaupun menyakitkan hatinya.
“Tapi Hana...”
“Maaf abang. Dah sampai masanya Hana kena pergi. Briefing akan mula kejap lagi. Sementara abang dah ada di sini, abang berehatlah. Kalau tak silap Hana, sejak abang bekerja, abang tak pernah bercuti ke mana‐mana lagikan. Inilah masanya abang berehat daripada kerja. Lupakan semua masalah kerja abang.”
Smartphone Aman yang dikhaskan untuk tugasan rasmi berbunyi. Hana tidak sangka, Aman bawa juga telefon itu bersama. Sudah tentu panggilan itu dari ketuanya. Aman menjawab.
Hana bingkas bangun untuk pergi. Aman memegang tangan Hana.
“Hana pun ada kerja.” Hana melepaskan pegangan Aman. Dia meninggalkan Aman.
USAI briefing, Hana berjumpa Eric. Telah beberapa hari sejak tragedi hitam, Hana dia tidak bertanya khabar Eric, sedangkan Eric di bawah jagaannya di resort. Hana membawa Sofea menemaninya. Perasaan takut masih ada. Ketika lalu di simpang kecil itu, matanya melirik lama di situ. Badannya menjadi seram sejuk. Tangannya menggigil. Dipeluk tubuhnya ketakutan.
Sofea perasan wajah Hana resah apabila bunyi giginya yang bergetar.
“Cik Hana... kenapa ni?” tanya Sofea yang sejak tadi mendiamkan diri. Hari ini dia tiada mood nak bercakap dengan Hana. Dia hanya menurut perintah sebagai pembantu. Dia sedih bila melihat Ridduan seperti sukakan Hana. Pandangan Ridduan pada Hana tidak seperti pandangan padanya. Dia terlalu sedih hingga tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan malam tadi. Dia kecewa dengan Ridduan walaupun belum ada kepastian.
Hana tersedar bila ditegur Sofea. “Tak... tak ada apa‐apa.” Jawab Hana gagap.
“Kalau tak ada apa‐apa, kenapa saya tengok Cik Hana seperti ketakutan. Semalam pun sama. Ada apa‐apa yang berlaku pada Cik Hana ke?” tanya Sofea lagi.
Hana mendiamkan diri. Pertanyaan Sofea tidak dijawab. Dia perlu tenangkan diri dan cuba mengawal emosi serta perasaannya. Dia mengumpul semua semangat supaya lebih kuat. Kuat menghadapi apa yang telah berlaku.
Tiba di vila, kelihatan Eric duduk berehat di kerusi santai sambil melihat pemandangan yang indah. Hana berdiri di belakang Eric senyap‐senyap. Dia tidak mahu mengganggu ketenangan Eric. Biarlah Eric sendiri yang menyedari kehadirannya. Begitulah cara melayan tetamu VIP.
“Eh, Hana... dah lama awak ada kat sini?”
“Baru aje. Mr. Eric macam mana? Sihat? Everything okey?”
“Hana... esok saya akan pulang ke New York.”
“Hah...” Hana terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sangka Eric akan pulang secara tiba‐tiba.
“GM tak beritahu saya apa‐apa pun tadi.”
“Saya baru buat keputusan pagi tadi. Selepas mendapat panggilan daripada setiausaha saya. Ada urusan penting yang perlu saya uruskan. Esok pagi saya akan pulang” terang Eric sambil menatap wajah Hana. Dia ingin pergi dari situ. Dia tidak mahu mengganggu Hana dan pasangannya. Dia yang menaruh hati pada Hana ingin menawan hati Hana kerana wajah Hana seiras teman wanitanya dulu. Gadis Melayu yang menawan hatinya terpaksa ditinggalkan kerana adat dan agama.
“Okey. Saya akan uruskan semua pengangkutan serta tiket penerbangan ke New York.”
“Tak perlu. Tiket penerbangan ke New York telah diuruskan oleh setiausaha saya. Cuma awak uruskan penerbangan dari pulau ini ke Kuala Lumpur.” Jelas Eric. Dia pandang Hana dengan hati yang sedih. “Hana... awak ikut saya.” tambah Eric tanpa diduga. Dia telah nekad tidak mahu mengganggu Hana dan Ridduan, akhirnya kalah dengan perasaan sendiri. Dia mencuba nasib. Mana tahu Hana akan memilih dia dan mengikut dia.
Hana terdiam. Cuba memikirkan apa maksud sebenar Eric dengan kata‐kata tadi. “Ikut ke mana Mr. Eric?”
“New York. Jika awak ikut saya pulang, saya akan pastikan awak dapat kerja di pejabat saya.”
Sofea yang terdengar perbualan mereka, segera keluar dari vila. Menunggu Hana di luar saja. Dia tak nak mengganggu saat Hana bersama Eric. Mana tahu jika mereka boleh bersama.
Terlepas Ridduan untuk bersama Hana. Dia boleh terus berusaha memikat hati Ridduan.
“Maaf Mr. Eric. Saya rasa saya faham maksud Mr. Eric. Saya tak boleh ikut Mr. Eric. Tak lama
lagi saya akan berkahwin. Saya juga telah bertunang.”
“Saya tahu,” Eric melarikan pandangannya ke tengah Laut China Selatan. Dia tahu... daripada
cara perbuatan Ridduan kelihatan seperti Ridduan melamar Hana. Wajah Hana juga jelas
kelihatan menerima lamaran itu dengan hati yang gembira. Sudah pasti mereka telah
merancang berkahwin tidak lama lagi.
“Mana Mr. Eric tahu? Saya tidak pernah cerita hal peribadi saya pada Mr. Eric.”
“Never mind. Yang pasti, lelaki itu bertuah dapat bersama awak. Saya harap dia akan
bahagiakan awak, tidak akan melukakan hati awak dan tidak sia‐siakan hidup awak.”
“Mr. Eric...”
“Boleh tinggalkan saya sendirian?” pinta Eric.
Hana keluar meninggalkan Eric. Malam ini, malam terakhir vila ini berpenghuni. Selepas ini
akan sunyi kembali.
Sofea tersenyum‐senyum melihat Hana dalam perjalanan pulang. Hatinya gembira bila Eric
ingin membawa Hana bersamanya. Cuma dia tidak tahu Hana menerima atau menolak
pelawaan itu. Jadi, betul la semua gosip‐gosip mengenai Mr. Eric sukakan Hana.
Buggy berhenti di depan Kitchen Department. Sofea turun untuk berjumpa chef. Hana pulang
ke pejabat. Dia masih tidak bersedia bertembung muka dengan Izwan. Mungkin dia akan
ketakutan lagi menyebabkan emosinya kembali tidak stabil.
“Chef Mazuki. Pagi esok Mr. Eric akan pulang ke New York. Jadi chef perlu menyediakan
hidangan pagi saja.” Terang Sofea pada chef. Sekeping kertas diberi pada chef. Kertas yang
mengandungi menu yang dipilih Eric, bertukar tangan.
“Okey...”
“Chef nak tahu tak, betul la Mr. Eric tu sukakan Cik Hana. Dia ajak Cik Hana pulang bersama dia
ke New York. Kalau dah ikut ke sana bagai, mesti mereka merancang nak berkahwin. Tak gitu
chef” Sofea berkata dengan lantang. Dia sengaja cakap dengan intonasi yang kuat supaya
setiap perkataan jelas didengar ke telinga Izwan. Sofea tersenyum lebar. Puas hatinya dapat
berkata begitu supaya Izwan sedar diri yang dia tidak layak bersama Hana dan lupakan niat
untuk mengorat Hana.
“La... iya ke. Bagus la tu. Sama cantik, sama padan.”
“Ha kan... baru la padan. Bagai pinang dibelah‐belah. Mesti Cik Hana dan Mr. Eric akan
bahagian bersama. Dapat anak pun mesti comel‐comel.” Tambah Sofea untuk menghangatkan
hati Izwan. Dia ibarat menyimbah minyak pada api.
Anak... Izwan memandang tajam arah Sofea. Dia berhenti daripada terus menghiris bawang.
Sebelum ini, dia masih bertahan apa yang dikatakan Sofea. Tapi bila perkataan anak disentuh,
dia tidak dapat menahan marahnya lagi. Dia geram. Dia dendam dengan Hana dan Eric. Dia
tidak dapat memiliki Hana kerana Eric. Penghalang paling besar dalam hidupnya. Selama ini
dia berharap sangat mempunyai anak bersama Hana. Pisau yang dipegang, digenggam kuat.
Dia menghentak‐hentak pemotong dengan kuat.
Chef dan Sofea terkejut dengan perbuatan Izwan. Seperti ingin menetak orang. Sofea menelan
cecair dalam mulutnya. Kecut perut seketika dengan tindak balas dari Izwan.
“Izwan. Tak perlulah buat begitu. Kau tu potong bawang saja bukan melapah tulang lembu.”
Chef menegur Izwan kemudian memandang Sofea kembali. “Awak ni pun Sofea. Ada sampai
fikir ke situ pula. Terlalu jauh imaginasi awak ni. Bab jodoh, perkahwinan dan anak biarlah yang
atas tentukan. Itu semua rahsia dia. Dah la, jangan nak bergosip di sini. Saya banyak kerja lain
dari melayan gosip‐gosip awak tu.” Chef sambung memasak yang tertangguh akibat melayan
Sofea.
Sofea keluar dari dapur. Bibirnya tersenyum lebar. Hatinya puas telah menyakitkan hati Izwan.
Biar dia sedar yang Hana bukan untuk dia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan