Label

Khamis, 5 Oktober 2017

Career AliffYacob FifaOnline3 League2016 perlawanan kesembilan

Jumaat, 24 Mac 2017

NOVEL Clown No1 Bab2

IPD Ampang
8.15 pagi

Akkir menyelak kembali helaian dokumen laporan yang baru diserahkan oleh orang bawahannya. Seorang lelaki berpangkat konstable kini berdiri agak tegak, tapi kepalanya tunduk dari tadi. Seperti takut dihentam sekali lagi oleh fail yang dipegang oleh Akkir.

‘Betul, kau tak tinggal apa‐apa lagi?’

Lelaki tersebut mengangguk. Keringat mengalir dari bilik yang berhawa dingin tersebut. Akkir
memandangnya tajam.

‘Kau tahu kan apa yang kau dah buat’ Akkir mengerling tajam. Bibir lelaki tersebut bergetar tetapi cuba juga menjawab sesuatu kerana pada firasatnya Akkir mahukan alasan daripada diam. Lelaki yang kelihatan awet muda berbanding umurnya itu hanya diam. Walaupun dia sendiri merasakan yang dia lebih tua dari Akkir.

‘Saya tak sangka surat tu..’

Akkir menjegilkan matanya. Lelaki itu diam.

Isnin, 20 Mac 2017

NOVEL Clown No1 Bab1

Crime scene: Highway Ampang
10.05 malam

Hujan mengganas membasahi kawasan pergunungan jalan lama. Rintikan hujan makin kuat, dari satu detik ke detik yang lain. Embun dari hujung gelongsoran daun bertukar bah yang mengalir ke laluan parit kecil dari tepi highway tersebut.

Deras.
Hujan juga menimpa ke arah payung‐payung pelbagai warna tetapi banyaknya hitam, menyembunyikan tubuh‐tubuh yang cuba berlindung darinya. Setiap aliran hujan dari atas payung tersebut turun juga menimpa ke tanah. Tanah, darat semakin basah. Lecah. Tidak jelas warna mereka kerana malam sudah pekat.

Sunyi.
Sebelum diputuskan oleh bunyi derapan tapak kaki yang mematahkan akar‐akar kayu terhasil daripada 5 orang anggota polis berpangkat konstable yang berulang alik dari arah dalam crime scenetersebut. Pita kuning dipasang membahagikan kawasan jenayah dengan kawasan luar, membahagikan kawasan polis dan pakar forensik, dengan orang ramai dan wartawan yang bersepah. Semua masih menunggu pihak polis menggali kawasan yang dihidu oleh anjing kadaver sejam yang lalu.

Ahad, 19 Mac 2017

Novel The Time We Were Not In Love Bab1

Kringgg!! Kedengaran bunyi jam loceng memecah kesunyian pagi itu sekaligus memusnahkan mimpi‐ mimpi indah yang terjalin. Bunyi jam loceng yang sangat kuat dan nyaring itu membuatkan si pemiliknya terus tersedar dari tidur. Dengan mata yang masih terkatup rapat, perlahan‐ lahan jari‐ jemarinya mencapai jam loceng tersebut lalu terus menekan butang stop. Sunyi. Bunyi bingit tadi terus terhenti dan suasana kembali menjadi sunyi sepi. Si pemiliknya terus mencapai patung mashimaro kesayangannya kemudian memeluknya erat‐ erat dan menyambung kembali mimpi indah yang terganggu sebentar tadi.

Beby. Itulah nama panggilan manja untuk gadis ini. Nama manjanya cukup manis untuk disebut tetapi ia tidaklah semanis orangnya kerana Beby bukan tergolong dalam golongan gadis yang lemah‐ lembut namun bukan juga tergolong dalam golongan yang dipanggil tomboi itu. Dia cuma gadis berperwatakkan sederhana yang sangat aktif dan lasak. Sangat cerdik dalam pelajaran namun sikapnya yang selalu lambat datang ke kelas menyebabkan dia dilabel oleh pensyarah sebagai salah seorang pelajar bermasalah di kolej. Bukan sahaja kerap lambat datang, dia juga selalu lambat menghantar tugasan dan lab report yang diberi oleh pensyarah.

NOVEL Terbaik Untukmu Bab42

Juita baru sahaja selesai solat maghrib. Perlahan‐lahan dia membuka kain telekung lalu melipatnya. Kain serba putih itu kemudiannya diletakkan dekat dengan sejadah. Juita melangkah ke almari solek. Dia merenung wajahnya di cermin. Dia akur wajahnya ada mirip Bakri dan Kak Jah. Bukankah dia lahir dari cantuman cinta kedua‐dua manusia itu? Dia tidak boleh menidakkan kewujudan Bakri dalam hidupnya. Kerana lelaki itulah dia lahir ke dunia. Tiba‐tiba dia rasa berdosa kerana menyimpan perasaan benci terhadap lelaki itu.

Dia benci kerana Bakri berkahwin lain. Dia benci kerana Bakri meragut kebahagiaan keluarga mereka. Dia juga kesal kerana Bakri tergamak meninggalkan Kak Jah bersendirian membesarkan anak‐anak sedangkan ketika itu anak‐anak memerlukan kasih sayang seorang ayah. Bakri lebih banyak meluangkan masa bersama Munah sedangkan mereka tidak mempunyai anak.

Arrgghh.. Walau bagaimana benci pun dia terhadap lelaki itu, dia tetap penting dalam hidupnya. Namanya berbintikan lelaki itu dan lelaki itu jugalah yang akan menjadi wali di hari pernikahannya nanti. Sebagai anak berdosa dia menyimpan perasaan benci terhadap bapanya sendiri.

Hajat Juita untuk menyampaikan hasrat murni Kebeng kepada emaknya terbantut. Semuanya kerana kehadiran Bakri yang tidak langsung diharapkan. Dia mahu berkongsi cerita hanya dengan Kak Jah. Oleh itu, Juita terpaksa bersabar menunggu sehingga esok.