Dia merasakan bahawa saat ini merupakan waktu yang sesuai untuk menjalankan perancangannya, sementelahan anak dan menantunya bercakaran, pasti apa sahaja yang didendangkan akan dimenangkan oleh anak lelakinya.
Menantunya yang sedang termenung di tepi kolam renang dipandang dengan mata yang bersinar‐sinar, bermacam idea yang mula menerjah ke otaknya. Jam dinding dikerling sekilas, pasti anaknya akan lambat pulang pada hari ini kerana semenjak dia menetap di rumah itu, setiap hari akan diperhatikan waktu anaknya pulang ke rumah. Dia perlu memastikan dia tidak tersilap langkah, agar semua perancangannya dilakukan ketika anaknya masih berada di tempat kerja.
“Padan muka kau kena herdik dengan anak aku semalam!” Wan Zamilah sengaja melontarkan ayat itu sebaik melewati menantunya yang dilihat berkhayal dalam khayalannya sendiri. Langkah dimatikan tepat di belakang tubuh menantunya. Iddya Melissa yang sedang cuba menenangkan hati yang diruntun sedih, kembali terluka. Terasa ada bahang panas yang naik menyerbu ke segenap ruang hatinya lalu dia bangun dan bertentang muka dengan ibu mertuanya.
“Apa lagi yang mummy tak puas hati dengan saya? Apa yang mummy cuba buat dengan rumah tangga saya? Apa niat mummy masa muncul dekat depan pintu rumah saya ha?” Iddya Melissa melontarkan soalan dengan suara yang tinggi.
Tidak guna berlembut dengan wanita yang tidak mempunyai hati perut seperti ibu mertuanya itu. Datangnya tidak dialu‐alukan di kediamannya malah tidak segan silu pula cuba merosakkan masjid yang dibina bersama suami yang tercinta.
“Eh perempuan! Kau jangan ingat kau tu mem besar kat rumah ni! Ni rumah anak aku, aku ni mak dia, so… aku yang lebih berhak! Kau ajar anak aku halau aku kan? Kau ingat aku tak tahu? Kau dengar sini baik‐baik, aku tak akan berganjak dari rumah ni, semua harta ni aku yang punya! Kau dengan anak dalam perut kau tu boleh berambus, jangan nak mintak‐mintak hak aku! Aku tak restu perkahwinan kau dengan anak aku!” jerkah Wan Zamilah lagi.
Berdesing telinga Iddya Melissa mendengar ayat yang meluncur laju daripada mulut wanita yang menggelar dirinya seorang ‘ibu’. Harta? Masjidnya cuba diruntuhkan hanya kerana gilakan harta? Harta daripada titik peluh suaminya sendiri selama ini?
“Saya dah agak dah, memang ada sesuatu yang tak kena kalau sorang mak yang tak segan silu tinggalkan anak dia dari kecil, tiba‐tiba muncul menagih kasih bila anak dia dah berjaya! Rupa‐rupanya tu tujuan mummy selama ni kan? Sebab harta? Mummy datang bukan nak menagih kasih, tapi menagih harta!
Dasar muka tak tahu malu, dah tua tapi sikit pun tak ada perasaan malu! Mummy tak rasa bersalah ke tinggalkan anak sendiri, tak beri kasih sayang lepas tu sewenang‐wenangnya mummy datang berlakon depan kami konon mummy muncul sebab nak cari dan rindukan anak sendiri?! Mummy gelar diri mummy sebagai ‘ibu’? Jijik saya dengar! Ibu apa yang berperangai macam ni? Hadir semata‐mata cuma untuk membolot harta dan meruntuhkan masjid yang dibina? Binatang pun tahu sayangkan anak, mummy ni lebih hina daripada binatang mummy tahu tak?!” jerit Iddya Melissa lantang. Dia sudah hilang sabar.
Semua yang disimpan di dalam hati kini dimuntahkan menjadi tatapan telinga ibu mertuanya yang sememangnya dianggap patut menerima cacian sebegitu! Dia sudah tidak mampu bersabar sebaik mengetahui akan niat sebenar ibu mertuanya itu.
“Kurang hajar kau ni!” Pang! Pipi Iddya Melissa ditampar kuat, kemudiannya Wan Zamilah menolak Iddya Melissa ke dalam kolam renang.
“Mampos kau!” jerit Wan Zamilah lagi apabila melihat menantunya terkapai‐kapai mencari sisa oksigen. Apabila dia dapat menyingkirkan menantunya itu, pasti segala harta milik anaknya akan jatuh ke tangannya. Tiada lagi yang menjadi penghalang apabila menantunya itu sudah mati. Jika anaknya mahupun polis bertanya akan punca kematian menantunya itu, jawapannya mudah saja. Bunuh diri! Malah tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia merupakan punca kepada kematian menantunya itu nanti.
Tersungging senyuman di bibirnya, bahagia apabila anak yang masih berada di dalam kandungan menantunya itu turut akan mati bersama. Anak itulah penghalang yang terkuat dalam perancangannya merebut harta. Sudah tentu Izdham Syah akan memberikan sepenuh kasih dan harta buat zuriatnya sendiri. Lantaran itu, untuk memastikan itu tidak terjadi, dia harus cepat bertindak, dan saat ini merupakan masa yang paling sesuai.
“Tolong! Tolong!” Iddya Melissa menjerit dengan kudrat yang masih bersisa di dalam tubuhnya, mengharapkan akan ada jiran‐jiran yang mendengar jeritannya. Tangannya terkapai‐kapai, kakinya dihayunkan di dalam air, cuba menerapungkan tubuhnya agar tidak terus tenggelam ke dasar. Semakin lama, dia semakin kelelahan. Wan Zamilah terbahak‐bahak ketawa melihat keadaan menantunya ketika itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan