Label

Jumaat, 2 Disember 2016

NOVEL Di Sebalik Talian Bab13

“Dear Diary, saya rasa sangat gembira kerana akhirnya saya bersemuka dengan Zero, satu‐satunya kawan baik saya. Saya ingatkan dia juga tidak wujud, tetapi dia memang wujud. Dia telah memberikan saya harapan untuk hidup lagi, untuk melawan penyakit ini, melawan suara‐suara jahat yang sering kali mengganggu minda saya. Walaupun Ste telah melemparkan kata‐kata sinis itu, namun saya memperolehi kekuatan daripada Zero. Saya bersyukur sangat tahu...”

Saya meletakkan pen saya di atas buku diari saya sambil mengeluh. Sudah mahu sebulan saya di sini, namun masih belum ada tanda‐tanda lagi yang saya boleh keluar. Walaupun setiap hari sama ada mak ataupun Zero akan melawat saya, namun saya sudah rasa sangat terkurung di sini dan mahu kembali ke dunia luar. Suara jahat itu masih lagi ada, kata‐katanya semakin hari semakin menjadi‐jadi pula. Dalam seminggu beberapa kali saya terpaksa dijarum ubat penenang kerana saya masih belum mampu mengawal kemarahan saya. Dos ubat‐ubat saya sudah dinaikkan lagi, dan saya sudah mula diberi jaruman Haloperidol juga.

Kehidupan saya di sini memang sangat sukar. Saya rasa sengsara di sini, apalagi kalau di dalam wad saya tiada sudah kawan bercerita. Semua pesakit di sini masih enggan mahu bercakap dengan saya. Setiap hari saya akan menghitung masa sehingga masa melawat iaitu dari jam dua belas setengah tengahari sampai jam dua petang. Minggu ini saya mula terlibat dalam aktiviti terapi kerja, iaitu melipat bungkusan kuih‐muih dan juga kerepek. Oleh sebab saya tiada kawan di sini, saya biasanya akan meluangkan masa yang lebih dalam aktiviti ini. Ia membuatkan saya tidak berfikir banyak tentang keadaan diri saya yang kasihan ini. Saya mengeluh panjang lagi. Alangkah bagusnya kalau mak cik Solmah masih ada di sini.... Hmm, bercakap pasal dia, apa cerita terkini pasal dia, hah?

Saya pun bergerak ke pintu wad dan memanggil jururawat Noi yang tengah tekun menulis laporan di kes nota pesakit. “Hai, Noi. Boleh saya tanya sesuatu?”

Noi senyum pada saya. “Boleh bah, Annie.”



“Mak cik Solmah apa khabar? Kau tahukah perkembangannya?”

Noi berfikir sejenak. “Oh, saya tidak tahulah, Annie. Saya tidak dengar apa‐apa pasal dia. Sorry...” katanya dengan nada kesal.

Saya menurunkan bahu saya. “Tidak apalah, Noi. Saya cuma mahu tahu...” Saya pun melangkah
kembali ke katil saya dengan rasa kecewa. Saya mengoyakkan satu helai kertas daripada buku diari saya lalu saya melakar secara rambang di atas kertas itu sambil fikiran saya melayanglayang.

Tiba‐tiba satu suara menegur saya dari belakang.

“Zero tu siapa?”

Saya menoleh ke arah empunya suara itu. Dia ialah pesakit yang baru sahaja dimasukkan di sini kelmarin. Katilnya berada di hadapan saya. Dia nampak muda daripada saya, cantik pula itu. Saya teringat kembali soalan yang diajukan itu, lalu memandang kembali kertas yang saya lakar itu. Dan saya pun terkejut. Kertas itu dipenuhi dengan nama Zero, siap ada bentuk love lagi. Saya mula tersipu‐sipu. Selama ini, saya tidak pernah fikir tentang Zero sebegitu...

“Zero ialah kawan baik saya,” saya jawab dengan suara perlahan. Perempuan itu tersenyum, lalu dia duduk di kerusi di sisi saya.

“Kau pastikah kawan baik sahaja? Siap ada bentuk love lagi itu,” usiknya. Muka saya makin merah pula dengan usikan dia.

“Y‐ya... Dia kawan baik saya.”

Dia ketawa lagi sambil menghulurkan tangannya kepada saya. “Saya Isabelle. Kau Annie, kan?”
Saya mengerutkan dahi saya sambil membalas salaman tangannya. “Ya... Saya Annie. Macam mana kau kenal saya?”

“Kau agak famous di sini...” jawab Isabelle, senyuman masih melekat di mukanya. “Saya budak baru di sini.”

“Ya, saya tahu.”

“Saya ada penyakit Bipolar,” ujarnya lagi. Saya rasa hairan pula. Perempuan ini baru saja kenal saya, dia sudah senang berkongsi pasal soal peribadinya dengan saya. Seperti dia dapat membaca fikiran saya, dia terus memberi penjelasan, “Saya memang jenis yang senang berkongsi cerita sama orang lain. Kira friendly jugalah saya, hehe.”

Saya tersenyum ikhlas padanya. “Saya kurang faham pula apa itu Bipolar. Saya cuma tahu
Skizofrenia sebab itu penyakit saya.”

“Oh... Skizofrenia... Kau mesti baru juga kena diagnose, kan?”

“Ya...” sekali lagi saya rasa kagum dengan pengetahuannya dalam hal ini. Dan sekali lagi, dia
membaca fikiran saya dengan tepat.

“Saya bekas pelajar perubatan, sebab itulah saya tahu pasal penyakit‐penyakit ini.”

Wow.“Oh... Kamu sudah lama kena Bipolarkah ni?”

“Ya. Dua tahun sudah. Cuma kali ini keadaan saya makin teruk, sebab itulah saya terpaksa kena
admit di sini.” Saya pandang Isabelle lagi. Dia nampak macam okey saja, nampak stabil pun ada juga. Saya mahu bertanya lebih lagi tentang itu namun saya tidak mahu dia rasa saya penyibuk pula. “Anyway,berbalik kepada perbualan kita tadi... Kau rasa Zero itu betul‐betul kawan baik kau, kah? Atau... Kau ada pendam perasaan terhadapnya? Zero itu lelaki bah kan? Ah, jangan risau. Dia lelakikah atau bukan, saya tidak akan judge punya. Love is love, kan?” Saya cuba untuk fokus seratus‐peratus padanya kerana dia punya percakapan agak laju.

“Dia lelaki. Zero itu nama chatting dia. Nama sebenar dia Marvin. Kami berkenalan mahu masuk dua tahun sudah.”

“Wah... Berkenalan melalui internet! Kau pasti dia ialah seperti yang dia perkenalkan pada kau?”

Saya mengangguk dengan rasa yakin. “Ya. Dia sekarang berada di KK. Besok dia akan pulang ke Sarawak untuk sambung kerjanya.” Rasa sedih mula menyelubungi saya pula tatkala saya
memikirkan tentang Zero yang akan pulang ke situ. Entah bilalah lagi dia akan ada masa untuk
datang ke sini... “Dan, ya...saya pasti saya anggap dia sebagai kawan baik sahaja.”

“Oh... Begitu... Kalau saya mengurat dia, kau tidak kisahlah tu, kan?” Usik Isabelle lagi. Saya secara automatiknya membeliakkan mata saya. Dia pun ketawa melihat reaksi wajah saya.

“Saya main‐main saja. Takkan serius.” Tanpa saya sedari, saya melepaskan nafas lega saya. Saya
sendiri pun tidak faham kenapa saya berkelakuan begini. Kalau dia mahu mengurat Zero, dia ada hak untuk berbuat demikian. Zero itu cuma kawan baik saya, sudah semestinya saya mahukan Zero bahagia. “Annie, kalau kau cintakan Zero, baik kau bertindak dengan segera sebelum terlambat,” katanya lagi sambil menepuk bahu saya dengan lembut, dan mengenyitkan matanya pada saya. Saya mula tersipu‐sipu lagi. Sebelum saya dapat berkata apa‐apa, Isabelle sudah pun beredar kembali ke katilnya. Saya memandang dia, dan saya rasa hairan pula kerana beberapa saat tadi dia nampak sangat gembira, sekarang dia sudah nampak macam murung pula. Mungkin itu maksud Bipolar kot...

***

“Sudahlah tu Annie... Nanti saya pun nangis ni kalau kau terus menangis,” kata Zero sambil menahan sebaknya. Walaupun puas dipujuk olehnya, namun saya masih susah mahu tahan tangisan saya itu. Saya terus menangis teresak‐esak seperti seorang bayi. Biarlah orang lain pandang saya semacam, saya tidak peduli akan semua itu. Saya rasa sedih sebab esok pagi adalah flight Zero ke Sarawak.

“Annie... Saya masih ada banyak baki cuti, nanti bulan depan saya cuba dapatkan cuti lagi, ya?
Harap‐harap kau sudah kena benar pulang masa itu, dapatlah kita road trip sama‐sama.”

Saya sempat membayangkan bagaimana rasanya road trip dengan orang yang saya sayang. Sayang, eh? Saya berfikir kembali pada lakaran namanya dengan bentuk love itu. Pertanyaan Isabelle terngiang‐ngiang di telinga saya.“Kau pasti yang dia cuma kawan baik kau?”

Adakah saya benar‐benar anggap dia sebagai kawan baik saya? Saya sendiri pun bingung akan hal ini. Memang selama ini saya anggap Zero sebagai kawan baik saya. Saya tidak pernah terfikir pun akan perasaan saya terhadapnya. Mungkin sebab dia dan saya jauh antara satu sama lain, jadi saya lebih selesa dengan status “kawan baik”? Adakah saya ada perasaan yang lebih daripada kawan terhadap Zero?

“Annie, apa yang kau fikirkan itu?” Suara lembut Zero itu mengembalikan saya ke alam nyata.

Saya terkebil‐kebil.

“Saya fikir pasal road trip kita,” kata saya dengan senyuman kecil. Air mata saya sudah berhenti
mengalir. Dia pun senyum lega pada saya.

“Ya, mesti akan rasa syiok tu, kan?” Dia punya riak wajah menjadi sangat ceria seperti seorang
budak yang baru sahaja terima hadiah.

Kami berdua diam lagi, tetapi kali ini dengan suasana yang agak selesa. Sebulan itu tidak juga begitu lama, dan saya berharap sangat yang saya akan dibebaskan tidak lama lagi. Doktor Syarifah ada cakap dengan saya juga yang dia nampak saya semakin stabil. Saya akan teruskan dengan kepositifan itu demi kebebasan saya ini.

“Nanti saya akan mesej mak kau bila saya selamat sampai di sana, okey? Dia lawat kau setiap hari, kan?”

Mak saya sudah beberapa kali jumpa Zero sepanjang Zero berada di KK. Dia beritahu saya betapa dia suka akan Zero itu. Dia memang sangat berkenan dengan dia, sampailah dia mahu saya kahwin dengan Zero. Saya berabis menafikan semua itu, terus‐menerus memberitahu yang Zero itu cuma kawan baik saya, lagipun saya masih tidak pasti lagi juga sama ada dia itusingleatau dah berpunya. Hari ini rasanya sesuai untuk saya bertanyakan akan hal itu.

Sekurang‐kurangnya kalau saya tahu jawapannya sekarang, mungkin saya akan dapat settlekan
status hubungan kami ini.

“Zero, selama ini saya memanjang pula cerita sama kau pasal Ste dan kisah cinta itu. Saya mahu juga tahu pasal kisah cinta kau. Kita sudah lama berkawan tapi sampai sekarang saya tidak tahu langsung pasal itu,” saya pura‐pura merajuk sambil memanjangkan muncung saya.

“Tiada apa yang saya boleh bagitahu, Annie. Kisah cinta saya sangatlah tidak menarik,” atanya. Saya dapat merasakan yang dia cuba mengelakkan diri daripada bercerita lanjut tentang itu, namun kali ini saya tidak akan membiarkan dia terlepas.

“Saya tidak kisah, menarikkah atau tidak, saya mahu tahu juga. Supaya adil, kan?” Saya cuba mahu kasih buat dia rasa bersalah. Dan ya, taktik itu agak berjaya.

“Okey. Kesimpulannya, saya jatuh cinta sama seseorang yang tidak ada perasaan pada saya. Hidup diteruskan. Noktah.”

“Eh, apalah pula terus lompat pergi kesimpulan. Pendahuluan pun tiada ni. Ceritalah lebih detail.”

“Saya suka dia sudah lama. Tapi dia suka orang lain. Dan sekarang, saya cuma mahu teruskan hidup sahaja. Apa lagi yang kau mahu tahu?Endingnya memang begitu pun,” dia mula rasa annoyed pula. Saya cuma menggelengkan kepala saya sambil mengeluh. Kesian pula dia, jadi saya tidak mahu paksa dia.

“Sorry, saya tidak patut memaksa kau kasitahu saya... Saya harap kau akan jumpa juga seseorang yang benar‐benar mencintai kau.” Saya memang ikhlas mengucapkan kata‐kata itu.

Saya sangat ambil berat terhadapnya, saya mahu dia bahagia juga.

“Tidak apa. Saya masih muda bah. Empat tahun lagi akan masuk tiga tanduk,” dia ketawa kecil.

“Lagipun, kebanyakan masa saya berada di kapal, manalah ada masa mahu cari teman...”

“Hmm... Online dating kan boleh... Gunalah itu Tinder application, banyak orang zaman sekarang guna itu.” Saya sendiri pun tidak pernah guna lagi benda itu, manalah saya tahu sama ada benda itu okey atau tidak.

“Tinder, ya? Okey, nanti saya cuba. Tapi kalau saya terkahwin sama orang spammer, jaga kau! Kau kena babysit anak kami seumur hidup, okey?” Kami berdua pun ketawa terbahak‐bahak, 
membayangkan Zero dengan spammer hidup bersama. Saya ternampak kelibat Isabelle yang sedang duduk keseorangan sambil termenung jauh. Kata‐katanya kembali terngiang‐ngiang di telinga saya. Hmm... Mari kita lihat kalau dia betul‐betul mahu mengurat Zero.

“Kejap ya, Zero,” saya berpaling ke arah Isabelle dan melayang‐layangkan tangan saya padanya. Bila dia perasan akan isyarat saya itu, saya pun memanggilnya datang ke tempat saya. Isabelle tanpa segan‐silu pun bergerak ke sini, dan tanpa dijemput dia pun duduk di sebelah saya, berhadapan dengan Zero yang mempunyai riak wajah yang tertanya‐tanya.

“Isabelle, lelaki di depan kita ini ialah kawan baik saya, Zero atau Marvin. Zero, ini Isabelle,
budak baru di sini.” Mereka berdua pun senyum sesama sendiri.
“Wah, akhirnya saya dapat juga jumpa empunya nama Zero ini. Annie selalu sebut pasal kau
ni,” kata Isabelle dengan ramah.
“Yakah? Harap‐harap semuanya benda yang baik,” Zero memandang saya dengan pandangan
nakal.
“Jangan bimbang, dia tiada apa‐apa benda yang buruk kalau berkaitan dengan kau.” Saya
menundukkan muka saya, tiba‐tiba rasa malu pula dengan Zero atas kenyataan si Isabelle itu.
“So,kau single and available kah ni, Zero?” Tanya Isabelle secara terus‐terang. Zero lantas
terbeliakkan matanya, terkejut mendengar soalan yang tidak disangkakan itu. Saya
memandang profil muka Isabelle sambil mengerutkan dahi. Dia betul‐betul seriuskah mahu
mengurat Zero ni? Saya tidak pasti sama ada saya mahu sokong atau tidak kalau memang dia
serius...
“Err... Saya terlalu sibuk dengan kerja. Tiada masa mahu fikir pasal cinta,” jawab Zero dengan
teragak‐agak. Saya masih tidak pandang Zero tetapi saya boleh rasa yang dia sedang pandang
saya.
“Hmm... Kau lelaki, jadi tidak apalah kalau kahwin lambat. Tapi Annie ni belum ada calon lagi...
Kalau kau tidak bertindak cepat, nanti dia tua susah kamu dua mahu dapat anak, tahu.”
Giliran saya pula yang membeliakkan mata saya, sambil mulut saya ternganga. Biar betul
Isabelle ini! Saya merasakan muka saya mula merah membara, rasa malu yang tidak terhingga.
Zero pun tidak terjawab lagi akan pernyataan innocent Isabelle itu. Jantung saya mula
berdegup dengan kencang, membuatkan saya rasa bingung dengan reaksi badan saya ini.
Zero ialah kawan baik saya. Kawan baik sahaja. Saya tidak mahu lebih daripada itu.
“Kau pastikah, Annie?” Pertanyaan Isabelle itu muncul di fikiran saya lagi.
Ya, sebab dia kawan baik saya! Kawan baik tidak sepatutnya bercinta!Jawab saya dalam hati
dengan tegas. Saya pun mengangguk dengan rasa semangat. “Isabelle, jangan risau pasal
sayalah. Saya sekarang cuma mahu fokus pada kesihatan saya dulu. Kalau kau mahu, kau
pergilah mengurat dia,” kata saya sambil mengenyitkan mata pada Isabelle. Akhirnya saya
memberanikan diri saya untuk menoleh ke arah Zero, namun dia ketika itu sedang
menundukkan mukanya.
“Annie, kau pastikah? Nanti kalau kami berdua betul‐betul terkahwin, kau jangan berdendam
dengan saya pula, okey?” Usik Isabelle, namun kedengaran juga nadanya ada berbaurkan
keseriusan.
“Buat apa pula saya mahu berdendam? Asalkan kau buat kawan baik saya ini bahagia, saya
pun akan rasa bahagia juga.”Ya, Annie. Teruskan anggap Zero sebagai kawan baik, dan
semuanya akan menjadi okey.
Isabelle menepuk tangannya sekali. “Okey,set sudahlah ni kan. Zero, jom dating lepas saya
kena keluar dari sini.”
Zero menoleh ke arah Isabelle, dan saya perasan yang dia cuba mengelakkan diri daripada
memandang saya. Apa pula kes dia ni? “Tapi saya tinggal di Kuching, Sarawak lah. Susah mahu
dating sama kau.”
“Alah, internet kan ada...” Isabelle mengenyitkan mata pada Zero sambil tersenyum nakal.
Muka Zero menjadi merah lalu dia menunduk lagi. Saya hanya pandang sahaja karenah
mereka berdua. Isabelle memang cantik orangnya, dengan tulang pipinya yang menyerlah,
matanya yang bulat dengan bulu mata yang panjang melentik, bibir yang merah secara
semulajadi, rambutnya lurus dan panjang hingga ke bahu. Saya mengangguk pada diri
sendiri.Ya, mereka dua sangat padan. Cantik dan kacak. Tentu anak mereka nanti akan nampak
lagi cantik atau kacak.
Sambil saya tidak mengendahkan rasa tidak senang hati, saya pun menggalakkan lagi potensi
hubungan mereka berdua. “Ya bah, Zero. Kalau kau boleh jadi kawan baik saya melalui
internet, takkanlah kau tidak mampu mahu dating melalui internet. Lagipun, kau sendiri yang
bilang kau mahu move on, kan?”
Zero memberikan saya pandangan yang agak tajam, sambil menggigit bibirnya. Dia marah
sayakah ni? Apa salah saya pula? Dia pun mengalihkan pandangan pada Isabelle, dan
memberikan dia senyuman Prince Charmingnya itu. “Okey, bagi saya e‐mel kau. Nanti saya add
kau diMessenger.”
Tatkala saya melihat mereka berdua saling bertukar alamat e‐mel mereka, perasaan tidak
senang hati itu makin menjadi‐jadi pula, sehingga sukar bagi saya untuk tidak
mengendahkannya. Masalahnya, saya sendiri pun bingung kenapa saya berperasaan begini.
Sepatutnya saya doakan kebahagiaan Zero. Dia kan kawan baik saya...
Ya, Annie. Teruskanlah cakap istilah “kawan baik” itu, kata suara hati saya.
***
Pada malam itu, saya ditemani oleh Isabelle yang tidak sudah‐sudah mengimbas kembali
tentang kejadian semasa masa melawat tadi itu. Dia nampak terlampau gembira pula,
senyumannya tidak pernah hilang daripada wajah cantiknya itu.
“Annie, kalaulah kami betul‐betul kahwin, saya akan namakan anak perempuan saya Annie,
sempena kau,” katanya sambil terlompat‐lompat di sisi katil saya.
Pada mulanya saya pun terus menggalakkan kegembiraannya itu dan juga mendoakan
kebahagiaannya, tetapi lama‐kelamaan bila sudah dua jam dia masih tidak berhenti bercakap
pasal kebarangkalian dia dengan Zero sebagai pasangan hidup itu, saya sudah mula rasa
jengkel, namun mantra “Zero ialah kawan baik saya” yang berulang‐ulang disebut di dalam
fikiran saya telah berjaya menahan diri saya daripada teriak padanya untuk berhenti bercakap
pasal itu.
“Annie, saya mahu kau jadi pengapit wanita saya...”
“Annie, kalau kami kahwin, saya akan pindah ke Sarawak jadi surirumah tangga sepenuh
masa...”
“Annie, kek perisa apa kegemaran si Zero, ya?”
Annie ini, Annie itu...Dan cara dia panggil nama Zero itu... Ya ampun... Memang saya rasa
jengkel pula. Selama ini saya seorang sahaja yang panggil dia dengan nama itu. Bila ada orang
lain yang memanggil dia Zero, saya rasa geram pula. Mak saya sendiri pun panggil dia
Marvin...
“Isabelle...Perlahan‐lahanlah dulu,” tegur saya dengan lembut secara paksa. “No offense, tapi
kamu berdua belum mula dating lagi, kau dah terus fikir pasal kahwin. Saya tidak mahu kau
kecewa pula nanti kalau kamuorang tidak jadi bersama...”
“Annie...Annie... Tadi saya bagi kau peluang, kau tidak mahu. Sekarang kau cemburu pula,
apasal ni hah?” Kata Isabelle, mula berasa berang dengan sikap saya itu.
“Cemburu? Mana ada saya cemburu oh. Saya cuma mahu kau slow down saja sebab kalau kau
terlalu berharap, nanti bila dia mengecewakan kau, kau sendiri yang seksa.”
Isabelle tidak dapat menerima logik yang saya cuba sampaikan. Dia memusingkan bola
matanya dengan rasa jengkel. “Cakap sajalah kau cemburu, habis cerita!” Tanpa menunggu
balasan saya lagi, dia terus ke katilnya dan menutup mukanya dengan selimut. Saya
menghembuskan nafas saya dengan kuat, lalu saya pun membaringkan diri saya dan
memandang ke atas siling.
Saya bukan cemburu. Zero ialah kawan baik saya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan