Harith Mishka membawa beg plastik yang baru dibelinya ke dapur. Kemudian dia membancuh teh panas untuk dirinya dan atuknya. Beginilah cara hidupnya apabila tiada orang perempuan di rumah mereka. Dapur tidak pernah berasap. Mereka hanya membungkus lauk dari luar dan makan bersama‐sama di rumah.
Harith Mishka mengambil dua biji pinggan lalu di bawa ke meja makan bersama‐sama dengan teko yang berisi air teh panas yang dibuatnya sebentar tadi. Dia mengeluarkan bungkusan nasi lemak yang dibelinya tadi. Apabila melihat ada tiga bungkusan baru Harith Mishka sedar yang ahli di rumahnya ini sudah bertambah seorang lagi.
"Huh nama sahaja ada orang perempuan dalam rumah ni tapi satu kerja pun tak tau nak buat," bebel Harith Mishka sendirian. Dia sebenarnya geram dengan perangai Anggun Danisha yang berlagak seperti tuan. Bukannya tahu masuk ke dapur. Malah dia akan keluar makan apabila dipanggil oleh Encik Hashim dan akan masuk semula setelah selesai makan tanpa mengemas dapur yang sudah bersepah!
"Apa yang dibebelkan seorang‐seorang tu, Mishka?" tanya Encik Hashim. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia membantu Harith Mishka menuangkan air teh panas ke dalam cawan yang telah dihidangkan oleh cucu kesayangannya itu.
"Tak ada apalah atuk. Mishka cuma mengata mam besar yang seorang tu," kata Harith Mishka sambil menjuihkan mulutnya.
"Kenapa dengan dia?" tanya Encik Hashim. Dia tahu siapa mam besar yang dimaksudkan Harith Mishka itu.
"Dia buat rumah ni macam hotel. Kita ni pula yang jadi cleaner dan chef dia! Tengoklah sekarang ni bukannya tahu nak keluar kalau tak dipanggil. Memang sebijik macam mam besar," rungut Harith Mishka yang segak memakai pakaian pejabat.
"Dia masih tak biasa lagi tu," bela Encik Hashim. Dia mengambil sebiji pinggan yang telah diletakkan sebungkus nasi lemak di atasnya. Bungkusan nasi lemak dibukanya tanpa sabar. Sudah lama dia tidak merasa nasi lemak kegemarannya ini. Semenjak Anggun Danisha pulang ke Malaysia Harith Mishka sering menyediakan sarapan ala‐ala barat sesuai dengan selera Anggun Danisha yang masih tidak biasa dengan masakan timur.
"Nampaknya Isha akan tinggal di sini dalam tempoh yang agak lama," kata Encik Hashim sambil menyuapkan nasi lemak kegemarannya dengan penuh nikmat.
"Rasanya sampai pengajiannya habis," tambah Encik Hashim lagi. “Boleh ke kau jadi supervisor dia?” tanya Encik Hashim lagi.
“Kenapa tak boleh pula? Dari segi undang‐undang kami bukannya ada hubungan persaudaraan tapi Mishka rasa nak bagi dia kepada Prof Melati untuk projek Finnish School yang kami kendalikan,” kata Harith Mishka. Dia dan Professor Dr Melati memperolehi geran dalam projek penyelidikan Finnish School. Harith Mishka merasakan Anggun Danisha sememangnya calon yang sesuai untuk mengendalikan projek ini kerana dia berasal daripada Finland. Sudah tentulah Anggun Danisha sangat berpengetahuan mengenai sistem pendidikan di Finland yang merupakan sistem pendidikan terbaik di dunia.
"Mishka sebenarnya tak bersetuju dengan keputusan Anggun tu. Apa ke patut hanya disebabkan Bunyamin dia sanggup ambil master di UM! Nampak sangat keputusannya tak matang. Macam budak‐budak," bebel Harith Mishka. Dia hanya menghirup teh panas untuk membasahkan tekaknya. Seleranya sudah mati apabila atuknya mula membuka cerita tentang sepupu angkatnya yang satu itu.
"Dia baru 22 tahun, Mishka. Memang tak matang lagi. Dia perlukan tunjuk ajar daripada kita. Mishka sebagai pensyarah dia perlu memainkan peranan. Atuk harap Mishka dapat mendidiknya dengan baik. Bukan setakat mendidik ilmu tentang pendidikan tetapi ilmu akhirat yang kekal abadi. Atuk tahu pegangan agama Isha longgar. Kita yang bertanggungjawab membawanya ke pangkal jalan," nasihat Encik Hashim panjang lebar.
Harith Mishka menelan liur. Tidak fasal‐fasal atuknya mahu melibatkan dirinya dalam masalah
Anggun Danisha. Oh tidak! Dia tidak sanggup berhadapan dengan karenah Anggun Danisha yang tidak matang itu. Lihat sahaja apabila dia mula angau, habis satu tingkap mahu dilukisnya dengan imej love. Huh perangai begini memang memalukan!
"Sebenarnya Mishka, atuk ada hal nak bincang dengan Mishka," kata Encik Hashim sambil merenungi Harith Mishka.
Harith Mishka mula memberikan perhatian kepada Encik Hashim dengan debaran di dada. Wajah dan gelagat Encik Hashim kelihatan serius sahaja. Pasti ada sesuatu yang serius yang mahu dibincangkan oleh atuknya itu.
"Ada apa atuk?" tanya Harith Mishka.
"Atuk nak minta Mishka pindah dari sini," kata Encik Hashim.
"Apa pindah? Tapi kenapa?"
Ternyata Harith Mishka berasa begitu terkejut dengan bicara atuknya itu. Hampir 23 tahun dia tinggal di sini tapi kenapa dengan tiba‐tiba sahaja Encik Hashim mahu menyuruhnya berpindah? Harith Mishka terus merenungi Encik Hashim sambil cuba mentafsir apa yang ada di benaknya tatkala ini.
"Mishka jangan terasa hati pula. Atuk buat semua ini atas dasar hukum," terang Encik Hashim dengan tenang. Dia yakin Harith Mishka akan faham dengan penerangannya kelak. Malah dia tahu cucu kesayangannya tidak akan sesekali berjauh hati dengan permintaannya itu.
"Maksud atuk? Mishka tak faham," kata Harith Mishka sambil menggelengkan kepalanya. Dia mula tertekan dengan sikap atuknya yang tidak terus berterus terang itu.
"Mishka tahu bukan yang Mishka dan Isha bukannya muhrim. Jadi atuk rasa tak elok sekiranya
Mishka dan Isha tinggal serumah begini," tegur Encik Hashim.
"Tapi atukkan ada," kata Harith Mishka sambil merenggus kasar. Sakit hatinya apabila dengan tiba‐tiba sahaja Encik Hashim menyuruhnya berpindah hanya disebabkan Anggun Danisha. Ah budak ni memang selalu menaikkan darahnya!
"Tak selalu atuk ada. Atuk bimbanglah kalau biarkan kamu berdua dalam rumah ini. Atuk tak nak tanggung dosa," kata Encik Hashim penuh hati‐hati.
Harith Mishka hanya memandang bungkusan nasi lemak yang masih belum dibuka. Tiba‐tiba seleranya menjadi mati. Semuanya angkara Anggun Danisha yang baru muncul dalam keluarga mereka.
"Kenapa Mishka pula? Kenapa tidak Anggun?" tanya Harith Mishka nyata tidak berpuas hati.
Encik Hashim hanya tersenyum kecil apabila mendengarkan pertanyaan Harith Mishka itu. Dia tahu pertanyaan itu sememangnya dipengaruhi oleh emosi. Mungkin marah mungkin kecewa. Namun dia yakin pada akhirnya cucunya itu dapat menerima permintaannya itu dengan hati yang tenang.
"Ada sebab mengapa atuk suruh Mishka bukan Isha. Pertama Isha adalah perempuan. Antara lelaki dan perempuan Mishka rasa mana yang sepatutnya lebih sesuai keluar dari rumah?" kata Encik Hashim cuba membuatkan Harith Mishka mengerti.
Harith Mishka hanya mendenggus. Dia tahu pertanyaan atuknya itu tidak perlu dijawab olehnya. Dia meraup mukanya berkali‐kali. Cuba menenangkan perasaan yang sedang bermukim.
"Keduanya sebab Isha masih belajar dan sudah tentulah dia tiada duit untuk membayar sewa," terang Encik Hashim.
Harith Mishka mengangguk. Dia faham keputusan yang dibuat oleh Encik Hashim adalah untuk kebaikan mereka bersama. Namun untuk meninggalkan atuknya yang sudah sebati dalam hidupnya bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukannya. Selama ini hanya atuknya tempat Harith Mishka menumpang kasih.
"Atuk nak Mishka pindah bila?" tanya Harith Mishka dengan perasaan berat.
"Secepat mungkin. Atuk tak nak berlaku fitnah," kata Encik Hashim lagi.
Harith Mishka hanya mampu mengeluh lemah. Fikirannya mula ligat untuk mencari lokasi rumah yang sesuai. Kalau boleh dia mahu rumah yang berdekatan dengan rumah atuknya itu. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan makan minum atuknya seperti selalunya. Dia hanya ada Encik Hashim saat ini. Kalau boleh selagi atuknya bernyawa dia mahu memberikan yang terbaik untuk insan yang telah banyak berjasa kepadanya itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan