Damansara Specialist Hospital,
seminggu berlalu...
Amir bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Tubuhnya basah dan berkeringat. Dia tersentak dari tidur lalu terbangkit dari baringan. Seakan ada kuasa yang menarik tubuh. Dato’ Mokhtar yang sedang mengalunkan Surah Yasin tersentak. Arianna dan Mak Senah saling berpandangan. Begitu juga Pak Usop dan Shahril. Arianna bingkas bangun dari sofa berlari mendapatkan papanya di sisi katil.
“Papa?”
“Amir.”
“Papa, apa yang berlaku?” tanya Amir seakan mamai. Wajah yang berkeringat diraup dengan tapak tangan.
Amir melihat keadaan sekeliling. Dia kehairanan setelah menyedari diri sedang terbaring di atas katil hospital, manakala yang lain sedang membaca surah Yasin. Seolah‐olah dia sudah mati.
“Papa, apa yang berlaku? Kenapa Amir boleh ada kat sini? Arianna?” Amir memandang papa dan adiknya silih berganti.
Arianna kelihatan tercengang manakala Dato’ Mokhtar tersenyum nipis.
“Kenapa Amir menjerit?” tanya Dato’ Mokhtar tanpa menjawab soalan anaknya. Dalam hati, dia
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana anaknya itu sudah mula sedarkan diri.
“Amir? Entah. Amir macam alami satu mimpi yang panjang. Tentang Maizura. Kenapa dengan Amir, papa? Astagfirullah hal azim.”
Amir kembali meraup muka dengan kedua tapak tangan. Dia kembali memandang papanya
mengharapkan jawapan yang pasti.
“Baguslah kalau Amir dah sedar. Alhamdulillah,” ucap Dato’ Mokhtar tenang.
“Kenapa papa? Kenapa dengan Amir?” Amir masih terus bertanya. Dia kemudian memandang Pak Usop anak beranak yang menghampiri katil.
“Sudahlah. Jangan difikir dan dipersoalkan apa yang dah berlaku. Apa yang penting sekarang Amir dah sedar. Sudah kembali ke alam nyata. Sama‐samalah kita bersyukur,” Dato’ Mokhtar meraup muka dengan tapak tangan.
“Alhamdulillah.”
Majlis kesyukuran yang berlangsung sempena kepulangan Dato’ Mokhtar dari Mekah juga sempena Amiruddin yang sudah sedar dan semakin sembuh berjalan dengan sempurna. Kesemua tetamu yang dijemput untuk majlis tersebut sudah pun pulang.
Di ruang dapur, Mak Senah dan dua orang temannya sedang membasuh pinggan mangkuk. Arianna sedang membersihkan ruang tamu dibantu Shahril.
Dato’ Mokhtar, Pak Usin dan Amiruddin bersandar tenang di kerusi kayu di halaman rumah. Dato’ Mokhtar tidak putus‐putus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana anaknya sudah sembuh seperti sedia kala. Dato’ Mokhtar nyata gembira.
Amir juga turut bersyukur kerana mampu bangkit lantas keluar dari dunia ciptaannya. Amir tahu semua itu kerana bantuan papa dan adiknya. Juga Pak Usop anak‐beranak.
Amir kelihatan termenung jauh. Tingkahnya menarik perhatian Dato’ Mokhtar.
“Kenapa, Amir?” Dato’ Mokhtar menyentuh bahu Amir.
Amiruddin tersentak. Dia tersenyum nipis sambil membetulkan duduk. Kedua lelaki di sisi
dipandang.
“Tak ada apa‐apa, papa. Amir sebenarnya terharu kerana masih mampu kembali hidup seperti dulu. Terima kasih papa, terima kasih Pak Usop sebab sudi bantu pulihkan Amir,” ujar Amiruddin sayu. Dia memandang papa dan Pak Usop silih berganti.
“Tak perlu nak ucap terima kasih dengan kami, Amir. Amir perlu bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk Amir sedar,” kata Dato’ Mokhtar.
Pak Usin mengangguk, mengiyakan semua itu. Amir turut mengangguk perlahan.
“Sebenarnya Arianna yang banyak membantu Amir. Dia yang bersungguh untuk tengok Amir
sembuh seperti dulu. Bukan papa, bukan Pak Usop dan bukan orang lain. Hanya Arianna, adik
Amir,” sambung Dato’ Mokhtar. Pak Usin mengangguk lagi.
Amir kembali beremosi. Amir kembali merasa sayu. Benar kata papanya. Arianna yang banyak
membantu dia selama ini. Amir benar‐benar terhutang budi kepada adik kesayangannya. Kalau bukan kerana Arianna, Amir yakin hingga hari ini dia masih tetap berkeadaan seperti dulu.
“Iye, papa. Amir tahu. Amir sebenarnya malu nak bercakap dengan adik. Amir dah banyak lukakan hati adik. Amir pun dah banyak lukakan hati papa, hati Pak Usop dan Mak Senah. Maafkan Amir, papa. Maafkan Amir, Pak Usop.”
Amir bangun dari kerusi mendapatkan papanya. Tubuh papanya dirangkul erat. Tangisan lelakinya meledak lagi.
“Sudahlah. Papa dah lama maafkan kamu. Janganlah bersedih lagi. Papa harap mulai dari hari ini kita sekeluarga akan buka lembaran baru untuk hidup. Kenangan lalu biarkanlah ia berlalu. Kenangan itu merupakan pemangkin untuk kita terus hidup,” ujar Dato’ Mokhtar sayu. Tubuh Amiruddin didakap erat.
Pak Usop turut merasa sayu. Belakang Amiruddin ditepuk perlahan.
“Terima kasih, papa. Terima kasih, Pak Usop,” ucap Amir setelah meleraikan pelukan. Mereka
bertiga saling berpandangan dan tersenyum.
Arianna dan Shahril melangkah ke dapur setelah siap mengemas ruang tamu. Mak Senah dan dua orang temannya masih sibuk mencuci peralatan di ruang luar bahagian dapur.
“Boleh Arianna tolong?” sapa Arianna yang terjenguk di muka pintu.
“Eh! Arianna. Tak apalah. Dah siap pun. Kat depan dah siap?” tanya Mak Senah.
Dia mengambil wayar getah yang bersambung pada kepala paip. Menyembur air ke lantai,
membersihkan sisa makanan dan buih sabun. Mak Piah dan Mak Su Tipah sedang mengelap tangan pada tuala bersih.
“Beres, bos,” jawab Arianna mengangkat tabik.
Mak Senah ketawa kecil. Begitu juga Mak Piah dan Mak Su Tipah. Shahril yang bersandar pada daun pintu hanya tersenyum.
“Senah, kalau macam tu kami minta diri dulu. Semua pun dah siap kemas,” Mak Piah bersuara.
Dia mencapai beg plastik yang berisi sedikit kuih dan nasi minyak lebihan majlis untuk dibawa
pulang. Mak Su Tipah turut berbuat begitu.
“Iyelah. Terima kasih Piah, Tipah. Susahkan kamu aje,” Mak Senah bersalaman dengan kedua
temannya itu.
“Sama‐sama. Tak ada susahnya,” balas Mak Su Tipah.
“Terima kasih mak cik, sudi datang tolong kami,” Arianna turut bersalaman dengan kedua teman Mak Senah.
“Iye, sama‐sama. Nanti kalau ada majlis lagi jangan lupa jemput kami. Lebih‐lebih lagi kalau majlis kawin Arianna. Jangan lupa jemput, ya,” Mak Piah sempat mengusik sebelum berlalu membuatkan Arianna menarik muka. Terkekeh‐kekeh Shahril ketawa.
Mak Senah menghantar dua temannya itu ke pintu pagar depan. Shahril masih lagi ketawa. Arianna mencebik panjang lalu melangkah ke luar.
“Apa yang kelakar sangat sampai abang ketawa macam tu?””
“Tak ada apa‐apa,” balas Shahril.
Arianna cuba mengangkat bakul berisi pinggan yang sudah siap dibasuh untuk dibawa masuk, tapi tidak terdaya dengan kudratnya. Shahril menghampiri menghulurkan bantuan. Bakul tersebut dibawa masuk dan diletakkan ke meja di tengah ruang dapur. Arianna segera mengambil tuala lalu mengelap pinggan. Shahril turut membantu.
“Habis tu kenapa ketawa tak henti? Kelakar sangat ke kalau Rian kawin?” tanya Arianna. Mata
dijeling tajam pada Shahril.
“Ish! Kelakar apa pula? Lagilah abang happy,” balas Shahril. Arianna mencebik. Mak Senah muncul di muka pintu belakang.
“Dah! Tak payah nak lap pinggan tu. Esok Mak Senah boleh buat. Pergi rehat kat depan aje. Dah! Tinggalkan aje kat situ.”
Mak Senah mengambil tuala dari tangan Arianna dan Shahril. Terlopong kedua mereka. Mak Senah kemudian menutup pintu dapur yang menuju keluar.
“Shah bermalam kat sini malam ni, ya? Hari pun dah lewat ni,” Mak Senah memandang anak
lelakinya. Arianna turut memandang. Shahril kelihatan sedang berfikir.
“Apa yang nak difikirkan lagi. Esok kita masih sempat singgah rumah abang untuk tukar baju
sebelum ke office. Suruh bermalam kat sini pun payah!” Arianna terus menarik muka. Mak Senah menggangguk kepala.
“Iyelah. Nanti ada orang kata Shah ni sombong pulak,” balas Shahril.
Arianna menjelirkan lidah padanya. Terkekeh‐kekeh Shahril ketawa. Mak Senah yang menjadi
pemerhati menggeleng perlahan.
Shahril dan Arianna melangkah ke ruang depan manakala Mak Senah menuju ke bilik rehat. Seketika Mak Senah memanggil Arianna..
“Ada apa Mak Senah?” Arianna mendekati Mak Senah yang terjenguk dari bilik di sebelah dapur
“Mari sini kejap.”
Mak Senah menarik Arianna masuk ke biliknya. Didudukkan gadis itu di birai katil manakala dia
menarik laci meja kecil di tepi dinding.
“Ada apa, Mak Senah?”
“Ni, ada harta milik Rianna tertinggal kat sini,” Mak Senah mendekati lalu melabuhkan punggung di sisi. Tangan Adrianna diraih.
Mak Senah meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Arianna terkejut membuatkan dia terkejut. Sebentuk cincin kelihatan berkilau dipancar cahaya lampu. Melihat cincin itu membuatkan Arianna teringatkan seseorang.
“Ya ALLAH. Macamana Rian boleh tak ingat!” Arianna spontan menepuk dahi.
Mak Senah tersenyum. Dia mengambil kembali cincin di tapak tangan Arianna lalu disarung ke jari manis. Arianna tersenyum.
“Cantik cincin ni? Mesti orang yang memberinya pun cantik,” ujar Mak Senah mengelus cincin
platinum yang sudah tersarung di jari manis Arianna. Arianna tersipu malu.
“Bukan cantik, Mak Senah. Hensem,” Arianna membetulkan ayat.
Mak Senah tercengang seketika sebelum menutup mulut yang terlopong dengan tapak tangan.
“Ops! Silap ayat. Hensem,” perbetul Mak Senah.
“Siapa lelaki bertuah tu? Tak nak kenalkan pada Mak Senah ke?”
“Err... kita orang belum declareapa‐apa lagi. Dia belum jadi boyfriend Rian lagi. Setakat kawan
aje,” beritahu Arianna. Dia turut menilik cincin yang sudah tersarung di jari manis.
“Tak jadi bopren apanya kalau dah bagi cincin macam ni? Mahal cincin ni. Err... siapa nama dia?
Boleh Mak Senah tahu?” Mak Senah teragak‐agak bertanya.
“Fariez. Kita orang jumpa masa kat USdulu,” beritahu Arianna.
Walaupun malu, dia sebenarnya merasa seronok dapat berkongsi semua itu dengan Mak
Senah. Wanita yang dianggap sebagai pengganti mama.
“Mat saleh ke?”
“Taklah. Orang Malaysia juga.”
“Iye? Emm... tak sabarnya Mak Senah nak kenal dengan lelaki bertuah tu. Ish! Mak Senah pulak
yang lebih‐lebih, kan?” Mak Senah tersipu malu mengingati keterujaannya. Arianna hanya
menggeleng perlahan.
“Tak adalah, Mak Senah. Lagipun Rian dah anggap Mak Senah macam mak Rian sendiri. Mesti
Rian akan beritahu Mak Senah pasal semua ni. Kalau Mak Senah nak tahu, Mak Senah orang
pertama yang Rian beritahu.”
“Iye ke? Seronoknya Mak Senah,” akui Mak Senah.
Arianna tersenyum lebar. Dia memeluk bahu Mak Senah. Mereka sama‐sama menilik cincin di
jari manisnya.
Shahril mengeluh kasar. Hati merasa cukup kecewa. Kecewa setelah dia sendiri mendengar
pengakuan Arianna. Gadis itu sudah dimiliki. Hati Shahril merasa pilu. Dia tersandar di dinding
bilik sebelum melangkah ke ruang tamu.
Shahril benar merasa kecewa. Namun begitu dia membiarkan luka di hati terpendam sedalam
mungkin. Biarlah rasa cintanya pada Arianna disimpan jauh ke lubuk hati. Biarlah hanya dia
yang terus menyintai.
Shahril tidak kisah. Apa yang pasti dia akan gembira jika gadis kecintaannya turut gembira.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan