Label

Jumaat, 6 Januari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab2

“Anaz,Mayra datang.Dia nak melawat Anaz,”suara ibunya Puan Raissya.Anaz sudah pun pulang ke rumah dan menyambung rawatannya dirumah untuk kali ini.

“Apa lagi dia nak ni mama?Macam mana pulak dia boleh tahu rumah mama ni?”soal Anaz menyampah.Aktivitinya sungguh terbatas kali ini dan dia jua masih tidak dapat bekerja lagi saat ini.Namun,kali ini,Anaz memeriksa perniagaannya secara online.Laptop Applenya itu sememangnya menjadi teman setianya saat ini.Selebihnya,dia mewakilkan adiknya,Aizzat untuk melawat companynya dikala ketiadaanya saat ini.Hampir setiap hari ada sahaja insan yang akan datang melawat Anaz dirumahnya saat ini.Jadi,meskipun hanya duduk dirumah umpama wanita berpantang,Anaz tidaklah berasa sunyi lagi ketika ini.

“Mama bagitahulah.Hari tu sebelum dia balik dia minta nombor telefon mama.Anaz jumpa dia kejap ya..Tak apalah,dia nak bagi sokongan je pun kat Anaz ya sayang,”pujuk ibunya lagi.

Puan Raissya dan pembantunya menolong Anaz menaiki wheelchair untuk ke ruang tamu. Sesampainya diruang tamu kelihatan Mayra duduk sendirian melayan perasaan.

“Hmm..Kenapa?”suara Anaz lebih tenang tanpa riak marah.Saat itu Puan Raissya sudah pun berlalu ke dapur.Menyediakan minuman katanya, sambil memberi laluan kepada mereka untuk berbual bersama.



“Encik Anaz sihat?”

“Macam yang kau nampak nilah.Ada apa?”

“Ermm..Hmm..Encik Anaz..Saya,saya..saya..”

“Cakap jelah,”

“Saya sanggup jadi isteri awak,”suara Mayra akhirnya memberanikan diri.

Agak lama,Anaz mendiamkan dirinya.

“Dah terlambat,”suaranya akhirnya.

“Haa?Apa maksud Encik Anaz?Sebab saya ambil masa untuk fikir dulu,”

“Kenapa tiba‐tiba setuju pulak?”suaranya dingin.

“Sebab saya nak tebus kesalahan sayalah.Tak apa,saya..sanggup.Saya yakin awak akan pulih macam biasa.Sebab tulah..”Mayra meyakinkan Anaz.

Anaz tersenyum sinis melihat kesungguhan diwajah Mayra.Macam tak percaya!

*****

“Kau jangan buat kerja gila lah Mayra!Kau tak cintakan dia macam mana kau nak hidup dengan dia??Lagipun accident tu pun bukan disengajakan.Aku tahu,kau pun tak nak macam ni.Kau baru je putus dengan si Zarel tuh.Sekarang kau nak kahwin pulak dengan mamat psiko yang tak boleh bertolak‐ansur ni.Dahlah kau pun tak kenal dia.Jangan tambah masalah baru Mayra.Kau dah banyak terluka selama ni.Kau kahwin dengan dia samalah dengan kau tambah lagi luka dihati kau dengan sengaja.Lantakkanlah dengan dia.Kau dah minta maaf pun kat dia.Lagipun,tu semua berlaku tanpa disengajakan.Kau tak salah.Dah.Kau biarkan dia.Kau tak perlu rasa bersalah lagi,”tutur Elsa,sahabat Mayra panjang lebar.

“Entahlah..Aku tak tahu..Aku..,betul‐betul tak tahu.Aku tak boleh…Tak boleh nak fikir.Fikiran aku
serabut sangat sekarang ni,”suara Mayra dalam tangisan.Perlahan,Elsa menggosok‐gosok belakang Mayra untuk menenangkannya.

“Family kau dah tahu ke belum?”soal Elsa inginkan kepastian.

“Nanti aku akan bagitahu,”jawap Mayra dengan gelengan.

“Dahlah tu,kau bertenang dulu.Ingat Allah banyak‐banyak.Doa pada dia.Minta petunjuk pada dia. Insya‐Allah,kau akan tenang.Jangan macam ni,”pujuk Elsa mula melembutkan suaranya menenangkan Mayra.Mayra mengangguk‐ngangguk dengan wajah tangisnya.

“Terima kasih El.Terima kasih sebab sanggup dengar cerita aku.”Mayra mula mengesat air matanya.

“Haruslah.Aku kan bestfriend kau kan..”balas Elsa ceria.

“Tapi,jangan lupa apa yang aku kata tu.Jangan tambah masalah dalam hidup kau.Jangan terima dia.Better kau biarkan dia macam tu.Buat tak tahu je.Bukannya kau sengaja pun.Tak faham bahasa pulak mamat tu.Dah takdir hidup dia macam tu.Redha jelah.Ni tak,nak seksa hidup anak orang pulak.Dah bagi betis,nak peha.Haishh..Menyampah sungguh!”bebel Elsa geram.

Mayra terdiam mendengarnya.

*********

Disebuah taman yang indah yang penuh dengan kehijauan dan warna‐warni bungabungaan yang tumbuh segar,wajah Anaz menyapa dirinya.Kelihatan Anaz berlari‐lari anak ke suatu tempat.Entah kenapa,Mayra terasa ingin mengikuti jejak jejaka itu kali ini.Setibanya Mayra disitu,kelibat Anaz tidak kelihatan lagi.Yang ada hanyalah kuntuman rose merah yang tumbuh segar di hadapan matanya.Sangat cantik.Entah dari mana,Anaz muncul kembali dan menghadiahkan setangkai rose merah kepada dirinya.

“Sudikah awak terima saya?”ucap Anaz penuh mesra.Sangat janggal dalam penglihatan Mayra.Tak pernah dia melihat Anaz semesra ini sebelum ni.

Dan Mayra,entah kenapa,hatinya meminta dia mengambil kuntuman rose merah itu.Lantas,Mayra mengangguk bahagia.Dia melihat senyuman manis terukir diwajah Anaz.

“Hah??”Mayra tersedar dari tidurnya.Dia bermimpi sahaja rupanya tadi.Hatinya penuh debaran mengingati kembali mimpi yang dialaminya sebentar tadi.Janggal!Sangat Janggal!Itulah yang dapat dirasakannya apabila memikirkan tentang mimpinya itu.

“Astagfirullah hal azim.Aku mimpi rupanya,”tutur Mayra sendirian.Masuk hari ini sudah hari ketiga Mayra melakukan solat istikharah meminta petunjuk dan bantuan dari‐Nya Yang Maha Esa.Dan setelah 3 hari berturut,barulah dia mengalami mimpi itu pada hari ke‐3 dia melakukannya.

“Encik Anaz.., Betul ke,”suara Mayra perlahan sendirian.Dia tertanya‐tanya dengan apa yang dialaminya itu.

‘Adakah benar dia jodohku?Sebahagian dari diriku?Insan yang sebenarnya selama ini aku tunggu?’ Mayra menyoal sendirian didalam hatinya.

‘Jika benar kau ditakdirkan untukku,rela ku terima dirimu apa adanya.’

*****

Setelah membuat solat istikharah pada hari itu,hati Mayra terasa lebih tenang.Dia mula memberitahu ibunya akan permintaan Anaz itu dan dia jua meyakinkan familinya yang Anaz adalah jawapan dari istikharahnya.Puan Annur yang pada mulanya agak keberatan mendengar permintaan Mayra itu akhirnya menyerahkan perkara itu kepada Mayra sendiri untuk membuat keputusan.

“Mayra,kamu pun dah besar panjang.Kamu dah matang dan bijak dalam membuat keputusan dan menentukan mana yang baik untuk hidup kamu.Kalau kamu rasa keputusan kamu ini yang terbaik,ibu sokong je.Tak ada apa yang ibu boleh bantah.Daripada jadi macam dengan Zarel,lebih baik begini.Asalkan kamu tahu latar belakang dia sememangnya baik‐baik,”penuh makna Puan Annur memberi nasihat.Kepada familinya,Mayra memberitahu dia dan Anaz sudah sama‐sama berkenan setelah peristiwa itu dan masing‐masing ingin lebih bertaaruf dan bercinta selepas nikah.

“Terima kasih,ibu,”ucap Mayra kegembiraan sambil memeluk ibunya dari belakang.Saat itu,Puan Annur leka memasak lauk kurma Ayam untuk mereka sekeluarga.Mayra pula sambil bercerita sambil ralit menyediakan perkakas untuk membuat sayur pulak.

Mengingati Zarel sememangnya membuatkan hatinya semakin terluka.Zarel curang padanya saat pernikahan mereka semakin hampir.Melalui 'instict’,dia dapat merasakan segalanya.Dan akhirnya terbukti.Melalui laman facebook fake yang direka Zarel,dia mengetahui lelaki itu berkasih sayang dengan seorang perempuan.Panggilan ‘baby,sayang,’antara ayat yang dituturkan Zarel terhadap perempuan yang dikenali sebagai Fera itu.

Bukan itu sahaja,dia juga dapat mengesannya melalui ‘google history’, panggilan telefon,dan whatsapps lelaki itu terhadap si Fera.Si Fera pun satu,bila Mayra berwhatsapp dengannya meminta dia meninggalkan tunang Mayra,Fera pada mulanya berpura‐pura mengundurkan diri. Namun, beberapa hari kemudian,keadaan kembali sama.Fera berterusan melayan tunangnya tanpa sedikitpun rasa bersalah.

Sebaliknya mungkin berasa gembira kerana hubungan pasangan lain terputus angkara penangan dirinya.Semenjak itu,mereka sering bergaduh sehinggalah Zarel memutuskan hubungan dengan Mayra.Mayra..terasa dirinya seperti seorang yang tak berguna,diperbodohkan sehinggalah akhirnya dia kemalangan kerana terlalu stress memikirkan kelukaan yang ditanggungnya itu.Namun,malang jadi bertimpa bila dia melanggar pula insan lain saat itu.Itu malang ataupun takdir?Astagfirullah hal azim.

“Anaz!”bibirnya menyebut perlahan nama itu.

“Mayra,apa duduk termenung lama tu?Tak siap kang sayur ibu tu,”panggil Puan Annur menyedarkan lamunannya.

“Owh,ibu!Ye,ye..Jap..hehe..”balas Mayra segan apabila tersedar dari lamunannya.Untuk menerima Zarel semula?Rasanya tidak mungkin!Lagipun,lelaki itu sendiri yang memutuskan hubungan mereka.Sudahlah,biarlah dia dengan dunia dia dan bahagia dengan cara hidupnya.Dan Mayra dengan dunia Mayra.Mayra redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan